Posted by: pinkturtle2 | Januari 30, 2010

Jawatan itu tidak penting, hendak merayu buat apa? – Khalid Samad

Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi. Ahli BPPNS harap ambil perhatian tentang perkara ini - Khalid Samad

“Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR”

Keputusan JK Displin

Jawatan Kuasa Disiplin PAS telah mengambil keputusan untuk mengantung jawatan-jawatan dalam parti yang sedang saya sandang selama 6 bulan. Jawatan berkenaan adalah sebagai YDP kawasan Shah Alam dan sebagai ahli Lujnah Politik PAS Pusat. Sebenarnya, saya sememangnya tidak pernah mementingkan jawatan. Ada atau tidak, sama sahaja bagi saya. Yang penting, perjuangan perlu diteruskan. Kalau bukan sebagai seorang ‘Jeneral’, maka sebagai seorang askar biasa. Kalau Khalid Al-Walid suatu ketika dahulu pun sanggup, mengapa tidak Khalid Samad?

Ada juga yang bertanya tidakkah saya merasa kecewa? Mengapa pula saya perlu merasa kecewa? Keputusan sudah dibuat dan insyaAllah saya terima dengan hati terbuka. Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minima saya telah pun tercapai. Tindakan Dato PJ selama ini yang saya tentang secara terbuka telah diisytihar SALAH dan beliau telah diberi amaran keras serta seterusnya dilarang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan menjejas PR Selangor. Beliau tidak boleh lagi memberikan gambaran bahawa tindakan beliau direstui oleh pemimpin tertinggi. Ahli BPPNS harap ambil perhatian tentang perkara ini.

Ya betul, jawatan saya digantung tetapi itu tidak sepenting mendapat kata dua berhubung sikap dan tindakan Dato PJ selama ini. Jawatan digantung 6 bulan. Dasar perkukuhkan PR akan dipertahankan selagi mana PAS bersama PR.

Harap semua faham, saya dikenakan tindakan kerana cara saya menegur Dato PJ dianggap memudaratkan PAS. Mungkin betul, mungkin tidak. Namun saya telah lama berusaha sebelum itu, secara dalaman, secara surat kepada pihak atasan tetapi semuanya tidak berhasil. Budaya wala’ terlalu menebal. Menghampiri ketaatan membuta tuli. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali berhadapan perbalahan secara terbuka. Memang mengikut budaya Malaysia, apabila melawan ‘tauke’ kuli yang akan kena. Ikut macam mana pun pasti akan kena. Tetapi kali ini ‘tauke’ pun kena juga. Walaupun hanya sedikit tetapi pada saya sudah mencukupi. Kalau terus dengan cara lamanya, saya tidak akan menyanggahnya lagi. Saya sendiri yang akan buat Laporan kepada JK Disiplin. Seperti yang dibuatnya terhadap saya dalam kes ini. Itu caranya dan kita lihat pula sejauhmana kesungguhan amaran yang diberi.

Apabila menentukan sesuatu tindakan, saya telah diajar melakukan ‘risk analisis’ terlebih dahulu. Risikonya diketahui dan saya mengambil risiko tersebut kerana ada peluang yang baik untuk mencapai hasil. Seperti yang dijangka saya diadu kepada JK disiplin. Saya tidak mengadunya kepada JK Disiplin, pihak lain yang berbuat demikian. Risiko diambil dengan penuh sedar. Kesan datang melanda kita terima kerana memang telah dijangka. Namun hasilnya turut diraih.

PAS sememangnya mementingkan disiplin ahli, ketaatan kepada pemimpin, thiqah dan wala’. Saya tahu semua itu, tetapi semua telah saya usahakan. Bukan semakin baik, semakin parah. Akhirnya saya tiada pilihan kecuali melakukan apa yang pasti sukar diterima parti. Walaupun berasas tetapi akan dilihat melanggar disiplin. Ketua pemanah meninggalkan Bukit Uhud. Yang membantah dan menghalang dianggap melanggar disiplin jemaah kerana membantah dengan cara yang kasar.

Ada pula yang bertanya, adakah saya akan merayu? Saya masih belum lagi memutuskannya. Mungkin tidak. Seperti Saidatina Aisyah dalam kisah fitnah terhadapnya. Memadai dengan saya meyakini bahawa saya bertindak demi PAS dan PR. Lagipun, seperti yang telah saya nyatakan, jawatan itu tidak penting. Hendak merayu buat apa? PRU 13 semakin hampir. Bersama kita terus asak UMNO sehingga mereka tersungkur. Itu prioriti kita yang perlu dilakukan tanpa adanya kenyataan-kenyataan yang akhirnya akan menyulitkan diri kita sendiri.

WaLlahu ‘Alam
KHALID SAMAD


Responses

  1. Tahnaih… anda seorang yang bijak berpolitik…

    • Saya salute pendirian saudara.

  2. Pas tak layak jadi kerajaan. Hukuman tidak adil. Orang Bangsawan buat salah di bebaskan. Orang bawahan yang salah dihukum. sama dengan UMNO JE.

  3. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suke aka
    Salam Khalid Samad akan suke.

    Berpolitik kena suke.
    Kalau tak suke.
    Apalah maknanya.

    Jawatan tidak penting.
    Itu sudah baik, itu sudah bagus.
    Kalaulah benaq.
    Hanya pada hati.
    Maka, nasik kandaq.
    Bagaikan KELI kena ketuk.

    Hendak merayu buat apa.
    Tak kan nak merayu2.
    Bagaikan KELI dua selubang.
    Tidak.
    Merayulah pada yang kasih.
    Kasihan.
    Pun ada kasihnya.

    Tak apa KS.
    Jadilah politik wadah perjuangan.
    Membangun bersama Islam.
    Kalau itulah wadahnya.
    Pilihlah jalan, jalan2.
    Jalan terbuka luas.
    Pilihlah, yang mana satu.

    Kadang2.
    Satu jalan saja tak jadi.
    Kerana ada kalanya.
    Tak gi, tak gi.
    No go, no go.

    Sekadaq TGNA dah nak bersara.

  4. Kesalahan Khalid kerana mendedah mesyuarat PAS yang dikategorikan sebagai rahsia. Apa yang mendesak Khalid mendedahkan mesyuarat ini tentu disebabkan tekanan yang dibuat oleh PJ negeri.
    Tanpa tekanan tidak mungkin Khalid sanggup mendedahnya. Itulah kesalahan Khalid.

    Sementara kesalahan PJ Selangor Dato’ Hassan Ali kerana menegur dan tidak puas hati dengan SELCAT yang diujudkan oleh Yab. Menteri Besar Selangor. Teguran DHA itu menggambarkan SELCAT tidak punya kredebiliti dan keupayaan mengurus tindakan yang tidak menguntungkan PR dan Umno. Kes ini sahaja yang dipilih sebagai kesalahan DHA.

    Kes2 yang mengundang PAS tidak senada dengan komponen parti PR yang juga menggambarkan PR adalah juga gabungan yang bermasalah, tidak berkeupayaan mentadbir negeri yang dimenangi,

    Kes seperti ini tidak diambil kira dan tidak perlu dibicarakan, kerana tindakan bertemu dalam gelap untuk menubuhkan UG mendapat restu dari pimpinan pusat kecuali TGNA dan mereka yang seminda dengannya.
    Komplot ini dikira satu tindakan politik yang sekiranya berjaya diujudkan akan memertabatkan status dan darjat pemimpin2 Pas termasuklah DHA.
    Mengkhianati kerajaan PR akan diistilahkan sebagai “Tahlluf Siyasi” yang tidak difahami oleh TGNA. Pengkhianatan yang diizin.

    Mendedahakan tokak dan pekong Pas kepada bloggers Umno juga tidak ditakrif sebagai kesalahan, kerana Umno telah dianggap sebagai bakal rakan kongsi yang lambat laon kerajaan UG ini dijangka terpaksa direalisasikan demi agama Islam dan bangsa melayu.
    Maka kesalahan ini tidak perlu diangkat sebagai kes yang perlu dikenakan tindakan disiplin.

    Kesimpulannya Dato’ Hasan Ali hanya cuma melakukan kesalahan kecil kerana menegur SELCAT yang dituduh tidak adil kepada Pegawai Daerah dan pegawai lain yang sewaktu dengannya walaupun mereka ini ahli Umno yang akan menggugat kesetabilan kerajaan negeri Selangor.

    Hukuman yang dikenakan kepada DHA ditakrifkan sebagai setimpal dan sesuai kerana ianya bukan kesalahan tetapi hanya tersasul sahaja.

    Adu..Yaiii Pas…

  5. ha ha ha ha ha ha ha
    berapa ramai yg melatah bila berperang secara terbuka
    ramai yg hilang fokus tika menyerang
    yg takut bila berperang secara umum
    banyak yg rosak bila terdedah
    ini la tapisan jiwa dalam pemilihan untuk berjuang
    he he he he he he he
    Lu khalid aaa,cakap sama bikin ada sama
    terang nya lu aaaaa sampai silau org lain cuma aku sedang menunggu buah kebenaran
    lambat cepat wa tatak helan
    eemmmmmm
    aku suka bila keadaan makin berselerak
    supaya aku makin bijak mengemas
    nak tahu sejauh mana kekemasan diri
    tak ada ujian mana nak ada peningkatan
    kat tadika pun ada ujian ye dak
    tak gitu budak ijau

  6. salam para sahabat………….
    salam yg BT suka………………

    cerita keputusan JK Disiplin PAS ni…….kalah cerita hindustan laa

    kadang tu ralet juga tengok cerita ni……….
    ada climax…..ada anti climax……

    bila hero di seksa…..
    penonton mula marah…….
    mula kelam kabut
    mula bercempera……..
    mula nak bakaq panggung………

    bila ada hero……
    ada laa juga rival dia……..
    yg syoknya tu
    rival dia tu bertukaq jadi hero
    tak ke naya tu
    maka riuh rendahlah saentero Tanah Melayu

    syahadan……….
    bertempik laa
    para juak
    para hulubalang
    para betara…………

    gegak gempita laa seluruh alam
    berkokok laa sang jalak
    bersiul laa si burung tiong….
    mengaum laa sang hanuman
    maka sauh jong dan bahtera pun diangkat laah orang
    belayar lah mereka kenegeri bernama antah berantah………

    Tabik Khalid
    biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya

  7. Salam nasik kandaq.
    Salam TumpangLalu.
    Salam sukusakat.

    Nasik kandaq.
    Jangan, jangan.
    Budaya pak arab pun masih tebal.
    Nak melarat kat hindustan pulak.
    Ni yang TumpangLalu tak bekenaan.
    TumpangLalu nanti gelak ha ha ha ha ha.
    Hodohnya gelak.

    PAS kena ada prinsip.
    Susah2 sangat.
    Ikut sajalah.
    Principles of War, Barat.
    Sesuaikan.
    Atuq strategi.

    Kalau Nabi kita pun Panglima Perang.
    Kaji akan prinsip perangnya.

    Di sinilah, kita perlukan.
    Ustaz2, Tok Guru-Tok Guru, Ulamak2.
    Mengkaji strategi nabi.
    Sesuaikan dengan keadaan sekarang.
    Jadikan ia asas perjuangan.
    Lupakan jawatan, jawatan tak penting.
    Sumbangkan pemikiran Islam yang kita ada.
    Barulah cendiakawan2 Islam ada uuuuummph.

    Berenti buat perkara2 yang tak berfaedah.
    Merapu sana, merapu sini.
    Kutuk sana, kutuk sini.
    Akhiq2nya, tak gi, tak gi.

    Sekadaq kita dok perati.

  8. salam…

    konklusinya PR kalut…semakin kalut…macam mana nak perintah saentero malaya?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: