Posted by: pinkturtle2 | Januari 30, 2010

PENDEDAHAN EKSKLUSIF! KEPUTUSAN JK TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA

KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA

1. Keputusan JK Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kpd YB Dato Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.

2. Dengan membuat keputusan tersebut, JK Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.

3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.

3. Amat menghairankan bila individu yang bermatian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan PR Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk “membersihkan” Dato Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.

4. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. JK Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti PR. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan PR perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb Oktober 2009.

5. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti PR dalam PAS.

6. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota exco kerajaan negeri yang sentiasa bercanggah dengan MB dan Exco yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.

7. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.

8. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan JK Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.

9. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada JK Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !

10. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semual aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.

11. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti PR maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.

Yang benar,

ABDULLAH ABDUL KARIM
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/
NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG
SESI 2009-2011.

30 Januari 2010.


Respon

  1. apa kata rakyat wat demo kali ni protes PAS pulak!!awat ingat rakyat tak nak wat benda yg sama kat PAS!!kepung Ibu Pejabat PAS..panngil Tn.Ibrahim dgn kroni2 dia!!

  2. Masalah PAS sekarang ialah memilih pemimpin yang tidak dikehendaki oleh rakyat untuk membimbing mereka. Pemimpin yang ditolak di Terengganu telah dijadikan pemimpin mereka.
    Nasihat buat PAS. Jangan jadi macam UMNO. PAS harus berjuang di atas landasan keadilan sejagat tetapi kalaulah dalam PAS sendiri pun depa tak dapat berlaku adil, apatah lagi …. Jangan lupa rakyat sedang melihat gelagat hangpa tu. Janga cuba menerapkan semangat keMelayuan dalam diri PAS, buruk padahnya sebab Islam tu bukan untuk Melayu saja dan harus ingat bukan semua Melayu tu Islam. Pemikiran sebegini hanyalah mitos di negara Malaysia kita saja. Melayu = Islam harus ditinggalkan dan dilunturkan dari pemikiran ahli PAS terutama pemimpinnya. Islam untuk semua dan bukan untuk Melayu saja.
    Keadilan harus ditegakkan dan bukan menjadikan Khalid Samad sebagai kambing biri-biri berbulu hitam. Entahlah … mungkin akhir zaman. Harap-harap tak berlaku gempa bumi di Malaysia. maklumlah Melayu kita masih tak sedar……

    • Bismillah..
      MANUSIA ini makhluk. Ada akal. Haiwan pun mahkluk. Ada naluri.
      Dalam 24 jam manusia tidak siuman sepenuh masa. Ia tidak siuman dalam tandas dan bilik berpasangan. Nafsu kebendaan cepat merayap ke mata dan hati.

      KEMBVALILAH KEPADA LANDASAN DAN FAKTOR POLITIK UNDIAN DAN SISTEM DEMOKRASI YANG LEMAH ALA Wesminster Abbey…DAN KEKUATAN PLUTOCRACY yang bersarang biak dalam DEWAN PERNIAGAAN dan BANK.

      BELAJARLAH falsafah dan dasar politik terus kepada perkembangannya. Malaysia dan kebanyakan negara Islam masih teperangkap dalam belon bocor dengan demokrasi liberal ala WESTMINSTER ABBEY… selama ini.

      TAMBAHAN PULA NILAI WARISAN MELAYU dan ISLAMnya masih sangat lemah wibawanya, tidak bermaya dalam cara berfikir. Otak kebanyakan pemimpin Melayu melekat di siling ; gerak dalam bilik yang terkuci atau dalam belon bocor yang melayang…

      ISU KHALID dan HASAN~ DAN “LELONGAN POLITIK”

      BAB PERTAMA :
      Minta Khalid dan Hasan Ali periksa kembali urusan hidup niaganya masih ada titik hitam dalam urusan niaga mereka. Jangan ia ber”cendawan” dipangkal “Buluh” dan…
      MAAF JIKA BERITA TIDAK BENAR. Boleh semaK.

      BAB KEDUA : MINTA…siapa yang mahu sambung siapa makan lada dia rasa pedas, BUKAN ?

      TATATERTIB dan PENGESAHAN :
      DALAM KERAJAAN apa yang didengarkan dan baca bahawa sesuatu KENYATAAN yang disebut walaupun oleh Sultan, Perdana Menteri, Menteri atau sesiapa sahaja yang menjadi ketua tidak boleh dijadikan “kenyataann sah” selagi ia tidak gezet atau sebut dalam penyata kerajaan.

      Berikutan dengan itu maka dalam sesuatu organisasi yang berperlembagaan peryataan atau “isu” yang keluarkan oleh sesaipa pun, walalupun TGN Aziz hanya berupa sebuah pernyataan peribadi selagi ia tidak disahkan oleh “ijma” pimpinan organisasi.

      PERNYATAAN INI PERLU DISIARKAN DI HALAMAN HADAPAN SUARA ORAGANISASI SEPANJANG MASA SUPAYA IA TIDAK MENJADI SASARAN RAKYAT ATAU MANA-MANA PIHAK TERHADAP ORAGANISASI BERKENAAN. Sekian dahulu.
      ahmadnun@gmail.com + Aq~ 310110~

      By: ahmad + Aq on Januari 31, 2010
      at 6:43 pm

      Balas

      Komen anda sedang ditapis.

  3. Lembaga disiplin Umno mengenakan tindakan kepada Ali Rustam tidak boleh bertanding Naib Presiden kerana kesalahan rasuah. Sama seperti kesalahan Isa samad dalam zaman Tun, tapi keahlian Umno Isa Samad digantung selama 3 tahun. dan diminta letak jawatan.
    Kenapa Ali Rustam tidak diambil tindakan sama seperti Isa Samad?. Kerani Ali Rustam kroni Abdullah.
    Begitu juga Khairy Jamaludin, hanya diberi surat amaran sama seperti Hassan Ali.
    Khairy menantu dan kroni Abdullah Badawi.
    Hasan Ali sahabat dan kroni kepada pengerusi lembaga disiplin Pas Tuan Man Tuan Ibrahim.

    Khalid Samad walaupun lebih senior keahlian Pasnya dari Hassan Ali, dikenakan gantung 6 bulan sebagai YDP kerana Khalid bukan kroni.

    Kenapa perkara ini berlaku kepada Pas yang beriya iya nak berlaku adil kepada rakyat, tetapi tidak kepada ahli Pas yang setia mempertahankan konsep Pakatan Rakyat?.
    Kerana Khalid telah disenaraikan bukan rakyat dan bukan kroni.
    Apa bezanya Lembaga tindakan Disiplin Umno dan Pas?
    Tidak ada bezanya, kerana kedua duanya organisasi orang melayu yang bercadang nak menubuhkan Kerajaan UG. Tuu…Saja.

  4. apa la lu abdullah karim…PAS semua bodoh..

  5. Tindakan yang mirip umno- eloklah mereka keluar ramai2 masuk umno atau tubuh parti baru.kita nak tengok berapa ramai pengikut dia.Biar Pas Bangun balik macam dulu lepas Presiden keluar parti.

  6. erm… bongkar lagi.. buat lagi kenyataan..
    biar PAS berpecah.. terus..

    kalau dulu ada dikatakan..
    puak erdogan dan UG..

    skang tunggu apa lagi..
    kalau ini kenyataan dari naib ketua Pemuda PAS Pahang…

    nah.. korek lagii.. biar kasi PECAH sama PAS..

    mungkin lepas ni.. baru semua orang puas Hati..

    aku tak terkejut ..
    engkau terkejut….. hahaha

    aku tak terkejut sbb Pengadil salah??
    engkau terkejut sebab keputusan j/k ??

    hahaaha..

    ayuh.. tuan Ibrahim Tuan Man.. Puaskan hati semua pihak..

    Tuan Ibrahim letak jawatan je..
    mungkin puak2 ni bersorak riang..

    alahai jemaah aku ni……..

  7. Salam

    Izinkan abang din linkkan ke mountdweller.

    Terima kasih.

  8. salam..

    ketuk dulang paku serpih
    kata orang…kita yang lebih

  9. tuan seorang pemimpin muda yang berani. Ada masa depan. Jangan menjadi ahli parti yang yes man. Yang tak betul mesti dibetulkan

  10. salam ………….
    salam para sahabat……….

    selain dari TITM aka Tuan Ibrahim Tuan Man ni……. sapa lagi yg dok dlm JK Disiplin PAS ni?….. sapa tau tlng habaq mai sat……….

    depa ni bukan tau yg mana betoi dan salah antara dua manusia yg diadili tu……..tapi saja nak cari pasai………

    aku nampak kemelut dalaman PAS ni tak akan sudah di sini……dendam depa ni lebih bahaya dari dendam grombolan kat depa……….

    jangan jadi macam kadok……..
    kadok ni dok kira nak naik junjung saja…..
    kadok tak akan peduli kat junjung…………
    bila junjung rebah…….makan anai-anai ka……
    baru depa nak kelam kabut……..

    Telah jelas kerosakan di daratan dan di lautan akibat dari tangan-tangan mereka sendiri – maksud dari al-Quran………..

    JK ni bukan lah JK profesional……..
    JK ni adalah JK pro jugak…….tapi prosak

    depa dok ingat ahli-ahli bawahan PAS ni bengong ka?
    seperti kata kucing kota……pemimpin2 yg duduk dlm JK ni dah berbau nafas grombolan……… depa dah syok ngan grombolan………tu pasal orang yg pertahan PAS dan PR kena ‘blackmail’

    ini lah padah kalau tak dengaq nasihat Mursyidul Am……..depa ketepikan signal yg TGNA isyaratkan……..
    nak kata tak faham depa lebih faham……
    tapi depa cuba lari dari realiti……….
    ……….. anti establishment………..

    PRU akan datang ni mungkin akan jadi petaka kpd mereka kalau trend lagu ni mereka teruskan jugak……….
    ahli bawhan dah mulai panas…..mulai berhati-hati….. mulai berubah……mulai berdendam…
    aku bimbang ini akan terjadi……
    takut yg dikejar tak dapat………yg dikendong berteraboq………

    sayang memang laa sayang……..tapi dok tengok ke perangai puak-puak ni…….PAS boleh lingkup……boleh jahanam……..bukan jeep sahaja jahanam seperti dlm ‘anak bapa’…….

    P.Ramlee pun tau mcm mana nak bina plot yg macam hangpa buat tu…….
    P.Ramlee lagi cerdik…….bapa dia sendiri pun dia tipu (dlm cerita tu laa)……..
    sama laa mcm mana hangpa tak dengaq isyarat tok guru……
    last sekali P.Ramlee menang jugak ….. dpt kawin lagi ngan Roseyatimah…………

    sekadaq jng pebodoh ahli sudah laaa
    dah lama ahli dibodoh-bodoh kan

  11. rakyat bukan bodoh macam dulu. rakyat dah sedar penipuan hamPAS dan Pakaan Rapuh. Tak lama lagi PR akan terus tenggelam. Bye2 PR.

  12. Selagi geng UG keparat masih ada dlm PAS selagi itulah PAS akan terus bergolak…

    Buat EGM dan buang keluar segera geng UG perosak PAS tu…

    Harapkan pagar, pagar makan padi…

  13. Bismillah..
    MANUSIA ini makhluk. Ada akal. Haiwan pun mahkluk. Ada naluri.
    Dalam 24 jam manusia tidak siuman sepenuh masa. Ia tidak siuman dalam tandas dan bilik berpasangan. Nafsu kebendaan cepat merayap ke mata dan hati.

    KEMBVALILAH KEPADA LANDASAN DAN FAKTOR POLITIK UNDIAN DAN SISTEM DEMOKRASI YANG LEMAH ALA Wesminster Abbey…DAN KEKUATAN PLUTOCRACY yang bersarang biak dalam DEWAN PERNIAGAAN dan BANK.

    BELAJARLAH falsafah dan dasar politik terus kepada perkembangannya. Malaysia dan kebanyakan negara Islam masih teperangkap dalam belon bocor dengan demokrasi liberal ala WESTMINSTER ABBEY… selama ini.

    TAMBAHAN PULA NILAI WARISAN MELAYU dan ISLAMnya masih sangat lemah wibawanya, tidak bermaya dalam cara berfikir. Otak kebanyakan pemimpin Melayu melekat di siling ; gerak dalam bilik yang terkuci atau dalam belon bocor yang melayang…

    ISU KHALID dan HASAN~ DAN “LELONGAN POLITIK”

    BAB PERTAMA :
    Minta Khalid dan Hasan Ali periksa kembali urusan hidup niaganya masih ada titik hitam dalam urusan niaga mereka. Jangan ia ber”cendawan” dipangkal “Buluh” dan…
    MAAF JIKA BERITA TIDAK BENAR. Boleh semaK.

    BAB KEDUA : MINTA…siapa yang mahu sambung siapa makan lada dia rasa pedas, BUKAN ?

    TATATERTIB dan PENGESAHAN :
    DALAM KERAJAAN apa yang didengarkan dan baca bahawa sesuatu KENYATAAN yang disebut walaupun oleh Sultan, Perdana Menteri, Menteri atau sesiapa sahaja yang menjadi ketua tidak boleh dijadikan “kenyataann sah” selagi ia tidak gezet atau sebut dalam penyata kerajaan.

    Berikutan dengan itu maka dalam sesuatu organisasi yang berperlembagaan peryataan atau “isu” yang keluarkan oleh sesaipa pun, walalupun TGN Aziz hanya berupa sebuah pernyataan peribadi selagi ia tidak disahkan oleh “ijma” pimpinan organisasi.

    PERNYATAAN INI PERLU DISIARKAN DI HALAMAN HADAPAN SUARA ORAGANISASI SEPANJANG MASA SUPAYA IA TIDAK MENJADI SASARAN RAKYAT ATAU MANA-MANA PIHAK TERHADAP ORAGANISASI BERKENAAN. Sekian dahulu.
    ahmadnun@gmail.com + Aq~ 310110~

  14. Salam 1Malaysia aka
    Salam adikberadik aka
    Salam sukusakat aka
    Salam TGNA suka aka
    Salam yang nasik kandaq suka.

    Relax lah.
    Baru PAS.
    Kalau tidak.
    HamPAS (bahasa great chief).

    Baru kena tindakan gitu.
    Dah kelamkabut.
    Ada yang dah merajuk.
    Ada yang dah moyok.

    PAS ni.
    Jantan ke betina.

    Sebab.
    Kadang2 garang macam jantan.
    Kadang2 moyok macam betina.

    Yang berasa chief yang great, jantan lah.
    Yang terkelip, kelip Kucing Kota, betina lah.

    Khalid dan Hasan.
    Adalah dua makhlok Allah.
    Bukan indispensible.
    Kalau bersalah, salahlah.
    Jangan dok persoal kewibawaan
    JK Disiplin.

    Apabila JK Disiplin buat keputusan.
    Maka noktahlah jawabnya.
    Tak dak tapi, tapi, lagi.
    Salah betul, lain cerita.
    Adil, tak adil pun lain cerita.
    Takkan tu pun.
    BT nak bagi tau.
    Kan, kan.
    Nasik kandaq.

    Macam manalah rakyat nak sokong.
    Rimas.

    Sekadaq TGNA jangan rimas.

  15. Nie lagi satu kebodohan pemimpin . Nak cari populariti . Aku rasa lepas nie pemimpin PAS tak payah hantar aduan @ apa tuduhan kepada pimpinan tertinggi . Terus Publish dalam BLOG biar semua baca aduan tu . Tak puas hati lagi .. apa kata panggil utusan @ bhairan @ sinar . Mesti depa suka nak siarkan surat aduan tu . Ye la ada konspirasi dalam PAS . Mai sama2 pimpinanku kita tanamkan kebencian terhadap PAS . PAS berjuang untuk dunia . M.ALi nak jadi menteri TGHH nak jadi PM Nash nak jadi TPM .. jadi mai sama2 kita tenggelamkan PAS . Lebih baik UMNO memerintah dari kita dapat TGHH dan Nasha . Takke gitu …. apa lagi jom la … Karim hang tunggu apa lagi .. buka lagi apa cerita hang ada . Baru nak diclose satu kes ada lagi yang mai buka .

    Baguih2 pimpinan macam nie ……… memang patut la sebodo2 umno mereka akan kekal kerana masih bersatu dalam kejahatan tetapi sebaik2 PAS mereka berpecah dalam kebenaran ………

    boleh laaaaa…..

  16. baru kena cuit skit… dah mengelupur.. tgk orang umno berpolitik.. selamba jerk dengan muka tak malu janji ????.. kalau nak berjaya jgn jaga ati semua orang.. jaga rukun dulu.. tiang tu jaga…


Tinggalkan Jawapan kepada AKU Batal balasan

Kategori