Posted by: pinkturtle2 | Februari 17, 2010

Hentikan Perarakan Semua Upacara Agama


Responses

  1. Entah kenapa sejak akhir ini apa saja yang dibuat oleh UBN yang berkaitan isu Islam serba tidak kena saja dipandangan mata rakyat yang tak menyokong mereka.
    Yang menyokong tetap membiarkan akal mereka dibahlolkan oleh isu demi isu.

    Isu kepala lembu yang dipijak, bila dirujuk mengikut hukum Islam tetap terdapat nas yang melarang umat Islam menghina agama kaum lain, sedangkan Umno hendak menjadikan isu ini untuk dilihat sebagai organisasi politik yang memperjuangkan Islam.

    Bila dikaitkan pula isu pengunaan nama Allah hanya untuk penganut Islam sahaja.
    Ada pula jawapan tidak ada salahnya agama lain menggunakan nama Allah ini selagimana tidak ada tujuan untuk menghina. Membakar gereja rumah ibadat kaum lain adalah sangat dilarang didalam Islam. Umno kecewa lagi.

    Sekarang ditimbulkan pula isu LGE kononnya tidak membenarkan perarakan Maulidur Rasul, kerana LGE berpendapat berhimpun beramai ramai dan mendengar ceramah perjuangan Rasulullah tentang tuntutan Islam yang dibawanya, adalah lebih bermenfaat dari berarak.
    Lalu Umno berkeras nak berarak hanya kerana teradisi dan sejarah,
    dan LGE difitnah pula sebagai anti Islam kerana tidak maklum yang perarakan sudah lama diamalkan di Pulau Pinang.

    Sekarang Umno menyerang Australia yang dituduh campur tangan dalam urusan negara Malaysia dalam perkara tuduhan sodomi Anwar.

    Australia dan Amerika tidak pernah faham tentang Islam, walaupun begitu daya intelek akal berdasarkan fakta yang didedahkan oleh bukti perubatan dan lain2 bukti yang lemah ini, telah memaksa mereka untuk berkata benar berbanding dengan melayu Islam Umno yang tetap akan mengurong minda intelek mereka demi wang dan kuasa. kerana inilah sikap minda yang telah menjauhkan Umno kepada Islam.

    Umno yang mencipta dan mengambil kesempatan isu Islam ni bagaikan organisasi yang tiada tokoh Islam yang hendak dirujuk supaya Umno tidak kecundang dan dilihat jahil. Sebenarnnya tokoh agama yang dilantik sebagai menteri dan mufti hanya sekedar Umno untuk dilihat masih ingin nak menegakan syiar Islam. Menteri agama dan mufti yang dipilih bukan tempat rujukan tetapi mereka yang sanggup menggadai prinsip untuk membela Umno.

    Sekarang dalam kenyataan DR Maza ini telah menjelaskan perarakan Maulidurrasul itu bukan budaya Islam. Yang menjadikan umat Islam itu dikatakan sayang pada Rrasul ialah apabila umat Rasul itu melaksanakan Islam secara keseluruhannya dan mempertahankan Islam dimana juga penganutnya berada.

    Sebenarnya kenapa Umno semakin jauh tersasar?

  2. assalamualaikum ? Tak dapat nak di nafikan oleh sesiapa ,apa yg KT cakap mmg benar.

  3. Puak-puak umno bukanlah faham sangat tentang ISLAM.
    Dulu ada islam hadari . Sekarang dah tidak lagi.

    Sedarlah orang melayu.

    • sama mcm Keranamu Malaysia .gheyoh ghata ngan selogan

  4. Bongkar !! 3 Tahun Kerajaan P.Pinang Tidak Anjur Perarakan Maulidur Rasul?
    Posted on Thursday, February 18 @ 15:05:38 UTC by ismet_ulamraja

    Minda Wan Fauzdin TERKEJUT beruk juga bila saya membaca tulisan dari sahabat saya di dalam blognya Perisik Rakyat hari ini. Beliau menulis tentang Kerajaan P.Pinang tidak pernah menganjurkan Perarakan Maulidur Rasul selama 3 tahun iaitu mulai tahun 2003, 2004 dan 2005. Kerajaan P.Pinang sekadar mengadakan sambutan Maulidur Rasul sahaja pada tahun tersebut. Bila difikirkan, mustahil juga kerana sewaktu itu Bn yang memerintah P.Pinang dan Umno adalah tunjang kerajaan. Bukankah Umno ini tidak terasa `Islam’nya jika tiada perarakan Maulidur Rasul?

    Terfikir pula di benak saya, mungkinkah ketika itu Umno belum lahir di P.Pinang? Atau ketika itu belum keluar fatwa bahawa Perarakan Maulidur Rasul itu adalah WAJIB diadakan. Jika tidak, masakan Umno boleh berdiam diri ketika KM P.Pinang sewaktu itu dari pemimpin Gerakan tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul sebagaimana yang Umno lakukan sekarang. Untuk memastikannya, cuba lihat rekod di JAIPP betul atau tidak kerajaan P.Pinang tidak menganjurkan perarakan Maulidur Rasul pada tahun-tahun yang disebutkan tadi.

    Jika ada, atau selepas tahun tersebut jika ada pun, cuba semak pernah tak KM P.Pinang turut sama meraikan perarakan tersebut seperti KM P.Pinang dari PR yang turut bersama meraikannya pada tahun lepas. Oleh yang demikian, mari kita berfikir secara jujur samada Umno ini ikhlas atau tidak terhadap Islam. Atau, kerana politik mereka sanggup berlakon apa sahaja demi untuk menipu Islam dan rakyat.

    Sekiranya anda tidak mahu bersubahat dengan penipu seperti ini, tekadkan hati anda dan keluarlah dari Umno. Buat apa bersama mereka yang berjuang untuk menipu agama sendiri dan menipu rakyat. Masakan anda ingin ditipu selama-lamanya. Terbukti mereka sanggup mengkhianati rakyat semata-mata gagal dapat projek RM 2 juta. Jika mereka dapat projek itu, anda dapat apa? Cukuplah menjadi hina dan cubalah menjadi manusia yang bermaruah serta berakal.

  5. Kerajaan Bn and UMNo kan sekular, tak payah dok risau depa tak buat perarakan maulidur, parti sekular mesti takkan ikut cara islam,,,TETAPI….Pulau pinang hari ini mesti buat perarakan, takkan negeri contoh saidina Umar Abdul Azizi tidak mengikut contoh islamnya…..

  6. ha ha ha ha ha ha ha ha
    sapa tak suka kerja karut
    org2 karut memang suka kerja karut
    d suruh belajar agama
    sibuk pulak nak berjalan2 kat jalan
    nak belajar tawaf kooottttt
    ha ha ha ha ha ha ha ha
    kalu nak sangat tawaf pi la selesai haji tuu
    pastu pi la mekah tunaikan
    kalu tak mampu pun kurang2 dah selesai haji tuuuuu
    eemmmmmm
    Islam yg ku cintai d cemari bau2 neraka

  7. salam………..
    salam bt yg selalu bagi salam

    Isu belarak Maulid mulanya kecik saja macam antah dlm beraih…..

    bila ada yg bersilat n menyindir Pakatan Pulau Pinang tidak mahu mengadakan perarakan Maulidur Rasul, semua orang tesentak…..terkedu…….tak tau nak kata apa

    depa rasa macam bumi kena gempa………….
    macam nak kiamat…….
    begegaq satu M

    depa rasa pelik……….
    pada hal kegiatan belarak ni hanyalah adat saja……satu ritualiti agama semata………
    tidak pernah pun dibuat pada zaman Rasulullah.
    bukan pun benda fardu…………

    benda ni ditiup dibubuh api hari hari……….
    bila tak mau buat dikatakan pula hina Islam…
    maka yg kecik tadi jadi kian besaq dan membusung……….

    gerombolan sanggup buat apa saja…….
    isu ini mesti dihangatkan, dipanaskan….biaq sedap dimakan…dikunyah dan ditelan…..
    biaq pun kecik…….biaq pun remeh….
    janji LGE dan DAP boleh kena…….
    biaq kita hentam depa……inilah peluang kita…
    maka besoraklah mat meloya ngan minah hairan…hari-hari buat riuh….sampai naik rak…..

    tak pasai-pasai depa dok betegang urat dlm tv….
    kena ngan dr agus pun tak reti nak jwb…..
    lintang pukang bagi idea…….
    rupanya idea bankrupt……….
    kecik macam mana pun, remeh pun remeh laa, mesti hentam jugak sama itu Lim Guan Eng dan DAP.

    ramai dok senyum sumbing
    ramai beguling-guling………
    ramai lari keluaq tak tahan nak gelak…..

    pasai dia mudah saja……..
    dok tak dok peghelih, johor n pahang angkat bendera putih……..batalkan perarakan maulid…

    kata dulang paku serepih
    kata orang depa yg lebih………

    salut kat mamak mamu n nana pasai dok buat riuh rendah………
    pulang balik depa yg kena…….

    lain kali belajaq jangan dok buat perangai lagii..
    laa ni awat sunyi sepi saja…….
    opppppppppss…….dah pagi…….masuk hari lain dahh……..

    selamat pagi………
    sabahal khair………..
    Bonjour………
    namaste
    Zao shang hao
    goog morning bro n sis


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: