Posted by: pinkturtle2 | Februari 18, 2010

Tiga Pakar Forensik, DNA Bantu Pembelaan Anwar


Responses

  1. assalamualaikum ……!!!

  2. Percaya sbb makhluk tu bersumpah atau percaya pasai oghang duk bercakap percaya sbb benci kat soghang lagi atau percaya pasai penah kena liwat aku tak caya pasai aku tak tengok dan tak pernah kena liwat mai lewat ada kalau betui2 belaku benda tu aku masih tak caya sebab aku tak nampak. dulu gah mcm ni juga. kali ni hampa jaga depa nak usung katil plak.

  3. Memang la hang x percaya sebab tak jadi kat adik hang, kalau adik hang kena liwat macam tu baru hang nak percaya. Apa pun biar makahmah yang tentukan samada liwat tu betul atau tidak ,bila disuruh bersumpah tak nak pulak takut anunya hilang..apa punya turrrr

    • ni syeh suruh la makhamah
      pakai sumpahan sepol valid…
      hukumlah dsai…lagi tuuuuur
      samdol pedukai salam
      pedukang masalodey

    • awat adik hang penah kena ka?

  4. Salam kepada semua pembaca.
    Cerita ni serupalah umpama seorang mengatakan ada orang masuk mencuri kedalam rumahnya. Tetapi
    apabila polis siasat tidak ada kesan-kesan yang menunjukkan ada pencerobohan kedalam rumah itu.
    Serupalah kes Anwar dengan Sepol ni. Allah lah yang mengetahui. Ingat….Azab Allah amatlah pedih.

    • MASALAH NYA DEPA TAK DAK SEMASA KEJADIAN. LEPAIH TU GHEYUH HEBOH MCM DEPA DOK PEGANG KAKI SAYFOL ADA YG TLG SAPU KRIM BRGKALI.DOK ELOK2 TAK LEH.DOK CAGHI DOSA KEGHING.

  5. Bismillahirahmannirahim !
    Dalam perkara “zina” termasuk liwat (sex) Islam membuat BENTING menyekat sebarang tuduhan
    tanpa saksi yang tulin.
    UNTUK BERTIKAM LIHAT DAN BERBAHAS DI DALAM OTAK DAN PERASAAN YANG TERMAMPU MAKA SILA SEMAK ANTARA LAIN RATUSAN BERITA DAN PENULISAN MENGENAI ‘NEGATIVE EVIDENCE OF DNA” DALAM GOOGLE.
    BEGITULAH BANYAKNYA KELEMAHAN MANUSIA YANG BELUM TULIN DALAM ILMU MEREKA.
    ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALANYA.

    • DNA Evidence Frees Man From Zoo | The Onion – America’s Finest News …
    DNA Evidence Frees Man From Zoo. August 6, 2007 | Issue 43•32 … Nation’s Strangers Decry Negative Portrayal Among Children 02.02.10
    o http://www.theonion.com/content/news/dna_evidence_frees_man_from_zoo
    o • Cached page
    • The Pol beta -14 Dominant Negative Rat DNA Polymerase beta Mutator …
    Google Scholar: Articles by Clairmont, C. A. Articles by … Dominant negative rat DNA polymerase mutants interfere with … in intact and permeabilized human fibroblasts: evidence that DNA …
    o jb.asm.org/cgi/content/full/180/9/2292
    • Multicenter Study Using Paraffin-Embedded Tumor Tissue Testing PITX2 …
    Google Scholar: Articles by Harbeck, N. Articles … Our studies provide strong evidence that, based on measurement of PITX2 DNA methylation, a … Estrogen receptor–positive, node-negative …
    o jco.ascopubs.org/cgi/content/full/26/31/5036
    • The Daily Courier – DNA evidence can mean life or death
    DNA evidence can mean life or death … I have personally suffered the negative effects of this … your print subscription online; Add a dCourier.com Google …
    o http://www.dcourier.com/main.asp?SectionID=1&subsectionID=1&articleID=76285
    o • Cached page
    • PLoS ONE: An Information Gap in DNA Evidence Interpretation
    Related Articles on the Web Google Scholar PubMed … Juries tend to find DNA evidence highly persuasive once the … total information value when all the (positive and negative …
    o http://www.plosone.org/article/info%3Adoi%2F10.1371%2Fjournal.pone.0008327
    o • Cached page
    • DNA fingerprint – definition of DNA fingerprint by the Free Online …
    DNA fingerprints are often used as evidence in criminal law cases. Also called genetic fingerprint. … Google?
    o http://www.thefreedictionary.com/DNA+fingerprint
    o • Cached page
    • DNA Evidence Frees Man After 15 Years Of Marriage | The Onion …
    DNA Evidence Frees Man After 15 Years Of Marriage. October 25, 2006 | Issue … Nation’s Strangers Decry Negative Portrayal Among Children 02.02.10
    o http://www.theonion.com/content/news/dna_evidence_frees_man_after_15
    o • Cached page
    • Faked DNA evidence torpedoes certainty | Henry Porter | Comment …
    Google Bookmarks; Twitter; del.icio.us; StumbleUpon; Newsvine … One could fabricate DNA evidence by conjuring up a set of … example of wrong interpretation creating a false-negative …
    o http://www.guardian.co.uk/commentisfree/henryporter/2009/sep/10/dna-research-fabricated
    o • Cached page
    • Ancient DNA – Pubfeed
    cited on Google Scholar by [16] on Jul … Jin: Improving the sensitivity of negative controls in ancient DNA … Kivisild, N Lynnerup, J Dissing: Evidence of Authentic DNA …
    o pubfeed.cs.toronto.edu/f/186/ancient-dna
    o • Cached page
    • Detection of Epstein-Barr Virus in Hodgkin-Reed-Sternberg Cells : No …
    Google Scholar: Articles by Staratschek-Jox … In contrast, none of the EBV DNA probes hybridized to the H-RS cells in the five LMP-1-negative cases. Thus, there is no evidence for the …
    o ajp.amjpathol.org/cgi/content/abstract/156/1/209
    • 1
    • 2
    • 3
    • 4
    • 5
    ahmad~ 18 02 10.

  6. Budaya UMNO 7: UMNO Pengkhianat Bangsa
    Posted on Thursday, February 18 @ 16:17:11 PST
    Dilulus untuk paparan oleh songkokputih

    Oleh Tun Telanai

    Saya terasa amat geram, meluat, benci dan muak melihat perangai para pemimpin UMNO Pulau Pinang dan golongan seangkatan dengannya yang pandai berlakon, bersandiwara dan hidup penuh dengan kepura-puraan. Tindakan mereka menentang pemerintahan Pakatan Rakyat di bawah KM Lim Guan Eng melalui beberapa siri demontrasi kononya kini orang Melayu Pulau Pinang terpinggir dari arus pembangunan Negara adalah satu pembohongan dan bermotifkan politik.

    Ramai yang berpendapat, UMNO sekarang sudah mereng, tidak lagi siuman dan telah menjadi gila babi serta ia sudah tidak relevan lagi. Apabila ia membangkitkan isu Melayu terpinggir dalam tempoh hampir genap dua tahun Pakatan Rakyat memerintah, akal yang rasional tidak dapat menerimanya kerana dalam tempoh 35 tahun parti Gerakan/UMNO/BN memerintah nasib Melayu Pulau Pinang, nasib yang menimpa orang Melayu tidak berubah malah semakin teruk berbanding orang Melayu di negeri-negeri lain.

    Sukacita saya hendak mengemukakan pertanyaan kepada golongan ini tentang taraf kehidupan orang Melayu di Pulau Pinang dalam tempoh UMNO/Gerakan/BN memerintah selama 35 tahun :

    1.Adakah perniaga Melayu mempunyai ruang niaga di Air Itam Tua Pek Kong Temple ?
    2.Berapa kerat peniaga Melayu yang berniaga di Tanjung Bungah, Pulau Pinang?
    3.Berapa ramai pengusaha Melayu yang terlibat dalam industri perhotelan di Batu Ferenghi?
    4.Berapa kerat yang mempunyai tapak perniagaan di bandar George Town ?
    5.Siapa paling ramai berniaga di pusat beli belah Komtar umpamanya?
    6.Adakah peniaga Melayu menguasai Restoran Nasi Kandar di negeri ini?

    Dasar UMNO tidak tahu malu, pengkianat bangsa dan agama. Mereka mahu mengakui atau tidak bahawa taraf hidup peniaga Melayu tidak ubah seperti mana zaman Malaysia belum merdeka 1957. Peniaga Melayu Pulau Pinang hanya mempunyai gubuk buruk untuk berniaga atau menyelit di banyak gerai yang dipunyai oleh peniaga Cina. Atau paling tidak pun mempunyai gerai pasang siap yang tanahnya menumpang tanah kerajaan atau disewa daripada bukan Melayu. Silap haribulan kena halau oleh tuan punya tanah terbabit.

    Apa yang UMNO telah dilakukan selama 35 tahun dalam usaha merapatkan jurang ekonomi rakyat di negeri ini? Siapa jua khususnya orang Melayu yang insaf dan sedar akan nasib bangsanya, akan terasa sakit mata dan telinga melihat kemiskinan orang Melayu di Pulau Pinang . Bohonglah kalau kita mengatakan kita boleh berlapang dada dengan situasi yang melanda orang Melayu di negeri ini. Ianya berlaku sebelum Lim Guan Eng atau Pakatan Rakyat memerintah lagi.

    Mari kita kaji satu contoh teladan UMNO sebagai pengkianat bangsa. Lihat semula beberapa kejadian yang berlaku di negeri Pulau Mutiara itu. Jika dahulu pembangunan pesat ditumpukan di kawasan Pulau dengan menghilang dan menghapuskan saki-baki perkampungan Melayu, kini ia merebak ke bahagian Seberang Perai pula. Dahulunya kawasan inilah yang masih banyak dikuasai oleh orang Melayu. Keadaan sudah jauh berubah, pembangunan yang sering diasak dan didodoi dalam boria sedikit masa dahulu sebenarnya adalah pendekatan ala-Israel terhadap Palestin. Perhatikan bahawa para pemimpin UMNOlah yang terlibat menjadi dalang dan juara demontrasi kononnya pembela nasib orang Melayu itulah musibat besar yang bergerak rakus dibelakangnya.

    Lembaga Pembangunan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) telah secara paksa mengambil tanah sawah orang Melayu di kawasan yang kemudiannya dikenali sebagai Bandar Alaf Baru PERDA berhampiran Bukit Mertajam. Tanah yang dibayar dengan harga yang tidak seberapa itu, kemudiannya diserah kepada seorang pemimpin UMNO keturunan mamak, Kadir Sheikh Fadzir untuk dibangunkan melalui Syarikat Aseana. Pembangunan Bandar Baru itu kemudian telah diserahkan kepada Syarikat pegangan adiknya pula, Aziz Sheikh Fadzir.

    Dalam proses membangunkan Bandar Baru itu, keluarga Kadir melaksanakan ala-Mafia apabila tidak membayar bil-bil syarikat anak Melayu yang digunakan perkhidmatannya. Malah sehingga hari ini [kalau tidak silap saya], Syarikat Aseana masih berhutang hampir RM50 juta dengan PERDA dengan niat menghanguskannya. Lebih mengharukan apabila dalam proses pembinaan PERDA diikat dengan ‘akujanji’ PERDA akan membeli mana-mana unit yang tidak dapat dijual kepada pembeli. Dalam erti kata lain Syarikat milik keluarga Kadir ini tidak mahu mengambil risiko untung rugi perniagaan.

    Rasanya golongan istimewa Down Syndrome pun boleh menjadi usahawan berjaya jika mengikut kaedah lanun dalam UMNO ini. Keadaan ini terjadi semasa Dr Ibrahim Saat memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Apabila Dr Helmi Yahya mengambilalih jawatan itu, orang Melayu ‘ Penang ‘ merasa seolah-olah nasib mereka akan terbela sepertimana Melayu Kedah rasai apabila Sanusi Joned naik menggantikan Osman Aroff. Kuih tidak akan berubah bentuknya jika datang dari acuan yang sama. Begitu jugalah dengan nasib Melayu Penang tadi.

    Semasa zaman Dr Helmi ini, lagilah dahsyat sehinggakan sanggup menyelewengkan tanah wakaf seperti di Lebuh Acheh yang dimajukan sebagai kondominium. Sanggup pemimpin ini menggula-gulakan waris si mati dengan wang RM600,000, sedangkan mereka telah bersekongkol dalam memakan harta yang haram. Kita juga diberitahu bagaimana Pegawai tertinggi di Majlis Perbandaran Pulau Pinang [MPPP] yang telah menolak pembinaan kompleks perniagaan ala-Pekan Rabu di Kedah untuk dimajukan bagi kegiatan ekonomi orang Melayu. Cuba kita lihat siapakah yang mengungguli di MPPP jika bukan Dr Helmi Yahya ketika itu.

    Pemimpin UMNO ini bukan setakat mengkianati bangsanya di Penang sahaja, malah ia berlaku mencakupi seluruh Negara. Pemimpin UMNO sangat serakah [macam binatang] dengan kuasa yang diamanahkan. Ia berlaku di Kedah terkenal dengan peristiwa ‘kolam udang Kerpan’ [mahkamah barua di Malaysia telah menangguhkan kes ini beberapa kali tanpa ada satu penyelesaian yang muktamat dan begitu juga dengan kes pembunuhan di Memali juga turut tersangkut di mahkamah-perkataan’barua’ yang digunakan oleh penulis sebagai interpretasi kemarahan penulis terhadap mahkamah yang gagal menegakkan keadilan bagi kedua-dua kes ini yang berlarutan sampai kini] dan Empangan Beris.

    Di Melaka pula dengan rampasan tanah tradisi di Pengkalan Kundor. Negeri Sembilan dengan isu Tanah Felda Labu Johnson (LBJ). Johor dengan isu pasir yang dijual kepada Singapura dan kisah air minuman. Begitu juga halnya di Sarawak dan Sabah . Kesemua kejadian itu didalangi oleh pemimpin setempat yang sering bekerjasama dengan musibat dari UMNO pusat dengan menjadikan orang Melayu sebagai barangan dagangan dan mereka senantiasa berada dalam kedudukan kerugian selama-lamanya selagi adanya UMNO berkuasa.

    Seorang Professor Ekonomi USM, Dr Amir Husin Baharuddin dengan berterus-terang menyalahkan kepimpinan UMNO peringkat negeri Pulau Pinang sebagai orang yang bertanggungjawab dalam soal ini. Memang betul bahawa pemimpin tempatan UMNO hanya mementingkan diri, kedudukan dan tidak memperjuangkan nasib orang Melayu. Merekalah yang menjadi duri dalam daging bagi kemajuan bangsa Melayu dan mereka jugalah pengkhianat bangsa yang boleh dibeli dengan wang. Selama ini mereka juga yang menjadi ejen bagi ‘menghalau’ kedudukan orang Melayu dari bertapak di Pulau Pinang .

    “UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”.
    “SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

  7. Kehadiran 3 pakar forensik ini.
    Tak ubah seperti kisah seorang peladang tua disebuah desa penghujung sebuah benua.

    Kisahnya bermula dari kes seorang petani tua yang dituduh mencuri ubi keledek dari ladang seorang kaya dan berkuasa. Berita kes Petani Tua mencuri telah disiar dan dihebahkan semau maunya dengan harapan menjadi tekanan.

    Tuduhan yang dirancang ini, semata mata atas niat untuk memiliki tanah kebun orang tua yang juga jiran disebelah ladangnya.

    Orang kaya ini telah menggunakan segala kuasa dan pengaruhnya bersekongkol dengan hakim dan polis untuk mendakwa petani tua supaya didapati bersalah kerana mencuri.

    Barang bukti yang ada hanya semata mata seketul Ubi yang didapati dikebun petani tua. Petani tua cukup hairan dari mana Ubi ini datang, memang ketika tuduhan dibuat, hanya ladang ubi orang kaya sahaja yang ada ubi, kebun ubi diladangnya sendiri tidak berisi, walaupun begitu dia tidak pernah sekali pun menceroboh ladang ubi orang kaya ini. Tetapi apa yang menghairankannya bila polis datang memeriksa kebunnya, polis berjaya mengambil seketul ubi. Ubi ini lah yang diangkat sebagai bukti.

    Dalam perbicaraan tanpa mendapat khidmat peguam, setelah tuduhan dibaca, petani tua yang diminta faham dengan tuduhan ini dan ditanya mengaku salah atau tidak?.
    Petani tua memohon supaya bahan bukti ditunjuk kepadanya, dan dia minta izin menyentoh bahan bukti ini. Hakim mahkamah mengizinkan.

    Petani tua mengunakan pena menyentoh bahan bukti. Walaupun keras seperti ubi,dia menguis nguis dan menikam sedikit bahan bukti, kemudian dia menghidu hujung mata pena. “Kwekk!! bau yang menyerbu kehidung petani tua cukup meloyakan. Maka faham lah Petani Tua bagimana bahan bukti itu diperolehi oleh Polis.

    Petani.” Yang arif! boleh saya buat sedikit pertanyaan kepada pendakwa”. Mohon Petani Tua.

    Hakim” Silakan”

    ” Tuan! apakah bukti yang mengatakan ubi ini milik orang kaya”
    Pendakwaraya: “Setelah disiasat diseluroh ladang, Polis mendapati hanya ladang orang kaya ini sahaja yang berisi”

    Petani.” Adakah ubi ini telah bibuat pemeriksaan secara DNA”
    Pendakwaraya ” Ya. Dan hasilnya ia adalah seketul ubi”
    Petani “Apakah tuan telah memeriksanya”
    Pendakwaraya. ” Belum, kerana percaya pada polis”.
    Petani. ” Tidak adil, kerana tuan yang mendakwa sedangkan tuan langsung tidak menyentuh bahan bukti. Bolehkah tuan sendiri mengamati bahan bukti ini”.

    Pendakwaraya memohon kepada pegawai mahkamah untuk memeriksa bahan bukti sama seperti apa yang dilakukan oleh Petani tua. Tiba tiba muka pendakwaraya kelihatan pucat yang amat sangat bagai menahan sesuatu yang mendesak dari dalam. Pendakwaraya memohon izin untuk kebilik air. Hakim terpinga pinga melihat wajah pendakwaraya.
    Rasa ingin tahu yang menerjah hakim membawa ia meminta untuk sama melihat bahan bukti. “Kwekkk!! Hakim juga diserang desakan dari dalam perut.
    ” Tong, tong, tong Mahkamah berhenti rehat seketika” . Perintah hakim.

    Bila mahkamah disambung semula tanpa membenarkan Petani tua menyambung Hujjah. Hakim telah mengistiharkan. Petani tua didapati bersalah kerana mencuri ubi orang kaya dan dijatuhkan hukum 6 bulan penjara.

    Petani tua memohon rayuan untuk dibicarakan dimahkamah tinggi dan dia meminta simpati dari beberapa NGO untuk mendapat khidmat 3 orang pakar forensik dari mana2 negara yang sudi datan membuat pemeriksaan kepada seketul ubi.

    Petani tua dibawa keluar dari mahkamah. Petani tua teringat semasa seminggu sebelum bahan bukti diambil polis diladangnya, dia malam itu terdesak dan tergesa gesa menyelak kain dan membuang sesuatu dari dalam, dan dilepaskan betul betul sebelah batas ubi yang baru mula nak berisi.

    Nah sekarang semua orang terlibat dalam tuduhan ini telah mencium bahan yang didakwa seketul ubi sebagai barang bukti. Dan mahkamah telah mengesahkanya ia adalah seketul Ubi.

    Kita tunggu keputusan tiga forensik yang dijemput ini samada yang diperiksa itu adalah UBI atau bahan yang keluar dari LUBANG TAIK.

    Suka atau tidak. Seluruh rakyat akan mengakui ia seketul ubi kerana mahkamah telah mengesahkannya.

    • salam,

      Bahan bukti ubi tu telah
      di sajikan pada Tok Jib
      tempuh hari di Langkawi.
      Kena tala pi kat dia…….

      naaahaaaaai

    • jgn sebut LUBANGTAIK kasaq sangat KILANG KUNYIT kira ok. nanti ada yg geli geleman. Bukti tak berapa kisah janji PakLebai tu duk dlm. Itu yg depa nak.

  8. amin !!!!!!!!!

  9. Anuar Shaari and George Soros (UPDATED with BM Translation).

    * Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. “Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?” Pawanchik menyoal saya.

    THE CORRIDORS OF POWER
    Raja Petra Kamarudin

    “Anuar Shaari, bekas pegawai Kementerian Kewangan yang bekerja untuk Anwar antara 1996 dan 1998, tiba di pejabat polis daerah Melaka Tengah sekitar jam 10 pagi pada Khamis dan menghabiskan sekitar 30 minit dengan OCPD ACP Salehhudin Abdul Rahman bagi menyampaikan maklumat itu,” akhbar The Star melaporkan.

    Sebenarnya, laporan ni tak menceritakan segala-galanya. Ia tidak menjelaskan hakikat bahawa Anuar Shaari terus bekerja untuk Anwar hingga tahun 2004 ataupun mungkin lebih lama daripada tu. Dia adalah salah seorang ‘pengendali’ utama Parti Keadilan Nasional, iaitu sejak parti tu dilancarkan pada 14 April 1999 hinggalah ke saat pelancaran Free Anwar Campaign pada Ogos 2000, dan seterusnya.

    Pada sekitar tahun 2003, Anuar Shaari, Ezam Mohd Nor dan dua orang lain yang telah meninggalkan parti pembangkang pergi ke Amerika Syarikat. Saya hanya mengetahui tentangnya apabila saya ditelefon seseorang dari Amerika Syarikat. Dia ingin saya mengesahkan identiti keempat-empat orang berkenaan dan bahawa mereka adalah sebahagian dari Free Anwar Campaign.

    Saya terkedu dan tak tahu apa yang harus saya jawab. Saya berbohong dan berkata bahawa saya sedang bermesyuarat dan meminta untuk menelefonnya kemudian. Saya kemudiannya menghubungi seseorang yang pasti tahu tentang apa yang sedang berlaku, lalu bertanya mengenai perkara tu.

    Orang tu terkejut kerana saya mengetahui tentangnya.

    Pada masa tu, saya memang resah. Ini kerana hanya saya yang terlibat dalam Free Anwar Campaign. Saya menjalankan Free Anwar Campaign secara sendirian. Tak ada orang lain yang terlibat dalam Free Anwar Campaign. Jadi, macam mana pula sekarang ni ada empat orang di AS yang kononnya ke sana atas urusan yang berkaitan dengan Free Anwar Campaign?

    Orang yang berhubung dengan saya tu menerangkan tentang tujuan mereka (’empat sekawan’) ke AS. Dia kemudiannya meminta saya untuk menelefon kembali orang hubungan saya di AS dan mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya melakukan seperti yang diminta, tetapi hanya selepas saya melepaskan geram saya kepada orang tu dan menyatakan pendirian bahawa saya tidak menyenangi akan perkara yang sedang berlaku. Namun demikian, demi perjuangan, saya mematuhi arahan tu.

    Saya kemudiannya menelefon orang hubungan saya di AS bagi mengesahkan identiti empat sekawan tu. Saya juga memberitahunya nama keempat-empat orang individu itu dan orang hubung saya di AS mengesahkannya.

    Menurutnya, adalah penting bagi saya mengesahkan bahawa empat sekawan tu dibenarkan untuk bertindak atas nama Free Anwar Campaign. Selepas tu, dia mengajukan pertanyaan lain kepada saya, “Benarkah pembangkang amat kekurangan wang dan jika mereka mempunyai beberapa juta ringgit, maka mereka mempunyai peluang yang lebih baik bagi memenangi pilihanraya umum yang seterusnya?”

    “Ya,” saya menjawab.

    “Okey,” ujarnya. “Kalau begitu, kami akan dapatkan sejumlah wang untuk mereka. Setakat sepuluh ataupun dua puluh juta ringgit, tu tak jadi masalah bagi kami. Kami boleh mendapatkannya.”

    Ini berlaku sejurus sebelum pilihanraya umum Mac 2004. Tapi dana pilihan raya puluhan juta ringgit tu tak pernah pun dihantar ke Malaysia. Sebaliknya, ia disalurkan ke Hong Kong dan pilihanraya umum Mac 2004 berlangsung sebelum wang tu sempat disalurkan dari Hong Kong ke Malaysia. Sehingga kini, duit tu ghaib entah ke mana. Tak lama selepas tu, Ezam dan gengnya, termasuklah Anuar Shaari meninggalkan pembangkang dan menyertai UMNO. Ada juga yang meninggalkan pembangkang sejurus sebelum pilihanraya 2004.

    Saya kemudiannya diberitahu oleh seorang pemimpin kanan parti bahawa wang itu diberikan oleh George Soros (dapatkan maklumat lanjut mengenai George Soros di sini: http://www.georgesoros.com/). Malah empat sekawan tu bertemu dengan Soros secara peribadi di pejabatnya. Saya juga diberitahu tentang individu yang menetapkan pertemuan tu dan penyaluran wang yang berkenaan.

    Pada 2 September 2004, saya bertemu dengan salah seorang peguam Anwar, Pawanchik Merican di Istana Kehakiman di Putrajaya. “Awak tahu tak yang Ezam dan Anuar Shaari sedang galak mengutip derma atas nama Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign)?” Pawanchik menyoal saya.

    “Ya, saya tahu,” jawab saya.

    “Awak ada dapat duit daripada mereka?” soal Pawanchik.

    “Satu sen pun tak ada,” jawab saya.

    “Mmm… dah agak dah,” kata Pawanchik. “Saya diberitahu bahawa mereka menggunakan nama awak untuk mengutip jutaan ringgit dan bahawa mereka tidak memberikan satu sen pun kepada awak. Kenapa awak tak tutup saja Free Anwar Campaign? Kalau dibiarkan, puak-puak ni akan memperalatkannya bagi mengutip derma.”

    Isteri saya yang berada di situ sependapat dengan Pawanchik. “Saya dah lama suruh tapi dia ni degil sangat,” isteri saya menambah.

    “Saya takkan meninggalkan Anwar separuh jalan,” kata saya kepada Pawanchik. “Saya akan tutup Free Anwar Campaign apabila Anwar dibebaskan.”

    “Bagaimana jika dia tak dibebaskan? Bagaimana kalau dia meringkuk selama 15 tahun di penjara? Awak nak ke teruskan Free Anwar Campaign untuk lagi sembilan tahun tanpa dibayar gaji dan terus membiarkan mereka memperalatkannya bagi mengumpul kekayaan?”

    “Yelah kot,” jawab saya. “Tapi hari ni, Anwar akan dibebaskan. Jadi, saya boleh tutup Free Anwar Campaign hari ni juga.”

    “Tak ada seorang peguam pun yang sependapat dengan awak,” kata Pawanchik. Saya hanya mengangkat bahu saya. Dua jam kemudian, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan dan saya pulang ke rumah untuk membuat entri terakhir saya, ‘Alhamdulillah, Anwar is now free’ (Alhamdulillah, Anwar kini bebas) dan seterusnya menutup Free Anwar Campaign.

    Ya, itulah cerita tentang Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari dan ya… saya juga tahu identiti dua orang lain yang juga pergi ke AS serta ‘orang kelima’, iaitu lelaki yang saya telefon. Saya juga tahu nama pemimpin kanan parti yang memberitahu saya bahawa puluhan juta ringgit tu datang daripada Soros. Selain tu, saya juga semestinya tahu nama orang hubungan saya di AS yang menguruskan segala hal yang berkaitan dengan penyaluran wang tu. Tapi selagi mereka tak kacau saya, maka saya takkan bocorkan rahsia mereka. Tetapi kalau mereka sengaja cari fasal dengan saya, maka saya akan dedahkan nama mereka.

    • mintak kat soros.. bagi plak soros tu kate nak bebas anwar.. ish2.. lepas tu kena rembat.. mintak tolong kat yahudi sebab nak bebas anwar.. lepas tu kena kebas ngan orang BN… so takde satu pon yg betul kat sini.. yahudi.. mintak tolong kat yahudi.. lepas tu org BN… hahahaha

  10. Mokhtar…mokhtar…mokhtar….ok sekarang boleh masuk

  11. assalamualaikum kepada umat Islam semua.

    wat pengetahuan, aku org penang jadi perkara yang terjadi kat sini hanya kami org penang ja yang rasa so mana2 org luar yg tau tahu apa2, lebih elok diam ja k.
    tapi kalau korang nak dengar dari mulut org Melaka tu atau dari mulut An-War tu jugak, lantak korang lah.
    kalau setakat korang tgk tv, berita, pastu dgr ceramah berapi2 dari pengkhianat utama bangsa Melayu tu pastu nak bagi komen tah apa2 tah, buang karen dan tambah dosa ja.

    p\s : sapa yang makan cili, dia yang akan rasa pedasnya.. so kalau terasa dgn apa aku gtau, mesti korang akan reply dan menunjukkan korang tak boleh ditegur a.k.a. ckp tak serupa bikin.

    • setakat p kerja kilang kat Penang dok ngaku oghang Penang. Bangla pun boleh ngaku

    • budak_penan kalau nak cekop
      bewak di Penang parit kat kilang tu
      pon jenuh….

  12. ops.. ada lagi aku nak pertikaikan..

    1) sebagai org islam, kita bolehkan berkawan dengan syaitan seperti yang diberitahu oleh tok guru korang tu?
    kalau mmg betul la cakap dia tu, banyak buku agama kena rombak nie.. silap2 dalam al-quran pun kena ubah suai gak ( ubah suai? dosa besar tu )
    2) pangkah 1 parti ja leh masuk syurga ka? xperlu wat ibadat? atau cuma sokong ja pun dah layak masuk syurga? kalau 1 mamat nie lalok isap dadah, masa pilihan raya nanti, pangkah bulan, dia masuk syutga gak la? mudahnya, yela kan, nama pun PAS. ( PAS or PAS Away? )

    bye

    • salam………
      salam budak_penang…………….

      hang ni dok mereben apa?
      apa yg tak kena?
      tak ketahuan biji buah pun?
      isu apa hang dok merepet panjang sangat ni?
      mana hang dok mai ? jangan-jangan mamak tosai transfer road apa?
      kalau lagu tu…….. hang satu geng ngan budak tadika tu laa…..
      dua-dua masih budak……..tapi dah tua bangka pun…….masih dok tak reti lagi..pi baca buku bagi banyak…..kot-kot boleh pandai sikit………
      kalau nak ndak buku…….mintak ngan budak tadika……geng hang tu

      pasai bekawan dgn syaitan ni……memang ramai dah dok bekawan…….
      awat hang tak tau lagi ka???………
      kesian……..mengaji tak habih
      aku nak jwb bab ni saja….

      Isu berkawan dengan syaitan adalah propaganda jahat grombolanketika ZAM menjadi setiausaha parlimen Kementerian Penerangan. Ketika itu mamak maiden yang juga jaguh propaganda telah menggunakan media sepenuhnya untuk menyalurkan kebencian terhadap Pas dengan mengambil ucapan2 pemimpin Pas kemudian dipotong supaya ucapan itu nampak jahat sebelum disiarkan.

      Lalu ucapan itu ditayang berulang2 kali sehingga menimbulkan rasa meluat rakyat pada tv dan media. Bahkan berberapa kali Pas cabar agar mamak maiden menyiarkan sepenuhnya ucapan2 pemimpin Pas supaya rakyat faham apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz. Mamak maiden enggan berbuat demikian kerana bimbang tembelangnya pecah.

      Sebenarnya Nik Aziz telah pun mengulas tentang bagaimana beliau menjawab soalan wartawan mengapa Pas mahu berkerjasama dgn DAP pada 23 Januari 1999: `Jika DAP ikhlas nak tolong Pas, saya terima. Usahlah DAP, syaitan (jin) pun boleh saya terima’ ujar Nik Aziz.

      Maksud Nik Aziz kita boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk Islam (dlm isu bekerjasama dengan DAP) termasuk Syaitan * jin disebut syaitan oleh org kelantan

      Jin/syaitan menurut bahasa kelantan berbeza dengan iblis. Macai grombolan kena faham yang ini dulu. Ini istilah Kelantan. Manakala iblis sehingga kiamat menentang Allah.

      jadi hang tu yg bingai……..
      bahasa kelantan tak sama ngan bahasa mamak penang hang tu…..
      pasai tu hang kantoi…..lepas tu dok mereben merepet tak tentu arah…….
      apa punya turrrrrrrrrrr daaaa

      lagi satu geng syaitan memang banyak di mesia ni……..
      dlm al-Quran ada disebut seperti

      *pembazir dari rakan syaitan
      *penipu memebership syaitan
      *menolak ketentuan Islam dan hukumnya jugak rakan syaitan

      hang dok bangkit isu lama ni pasai apa…….
      lepas tu senang-senang hang kata pak syeh pengkhianat……..
      hang balik study elok-elok…….sapa pengkhianat…….
      bagi celik minda hang sikit……..
      dah lama hang dok kena tipu pun tak sedaq kediri lagi…………….

      sekadaq tosai ngan kuah parpu saja depa dok lantak hari-hari………

    • Assalamualaikum Budak Penang…

      awat hang ni…… hang ni “budak penang” ke “budak pening”……. ni mesti terlebih makan kas kas ni…..

    • mangkok la hangni,bukan tegoq cagha lagutu, awat hg suka bagi oghang maghah,hang tengok kan dah bejela jela keluaq,toksah dok habaq apa2 kat sini pasai oghang meluat pemimpin2 yg dok peghabih duit ghaayat. Kalau tak dak Parti Pas,BN pun oghang tak akan pangkah dah. MINDA SETAKAT KELILING PULAU dah aku pun takmau layan hg, biaq hg syok sendighi

    • Oii budak_penang
      Melayu penang jangan belagak le
      Apa umnoi beri pada melayu penang
      Tanah wakaf pun umno sapu

      Aku orang luar pun tahu
      Melayu penang ramai pindah pi kedah

      Apa pemimpin umnobn buat untuk orang melayu penang
      Boria sahaja la
      Lepas ni melayu umno penang kena buat tarian singa pula
      Baru 1 malaysia

      Rasa aku dulu pun Ketua menteri pun orang cina
      Bila umno perintah pun bagi pada koo shu kun
      Ambik tanah orang melayu beri pada orang cina
      Apa orang melayu umno buat

      Tengok ramai orang cina buat business di tanjung
      Melayu setakat bawa lanca sahaja
      52 tahun umnobn pegag

      Melyu umno penang sikit mau ingat la
      jangan terpengaruh dengan melayu umno yang rosakkan melayu penang

  13. Pemimpin memang nak bertelagah aje, yang huru hara rakyat. Pasai tulah dia kata rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Lagi 2 tauun nak mengundi lagi, apa lagi cogankatanya. sekarng ni one malaysia, masjid beradap dengan tok kong, kubur Islam beradap dengn kubur cina, lama-lama sok, kubur pun one malaysia. Kalau aku biarlah kebumikan kat kampung.

  14. cadangan saya,sila panggil balik mangsa yang kena liwat sebelum ini…..bawa mereka sebagai saksi utama.Tentu Umno masih dapat mempertahankan tuduhan ini….jika mereka(umno) dikandang orang benar.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: