Posted by: pinkturtle2 | Mac 3, 2010

Mohsin Baca Skrip Yang Telah Disiapkan Keluar PKR


Responses

  1. Betullah, org tua ni jenis tak sedar di untung…

  2. yang aku geram tuh si Dato Salahudin tuh apahal dia ada disemua pengumuman keluar parti?apa dia dah jadik ketua umum lompat parti ker?dia nak lawan Anwar sebagai ketua umum PKR,dia nak jadi ketu umum MP bebas ker?aku cadang rakyat dikawasan parlimen sibangsat2 ni buat sembahyang hajat tiap-tiap malam supaya Allah balas kat katak2 zalim dan pengkianat ni,baru demer ada akai,kita tak berdaya kita ngadu dengan Allah.

  3. lompat si katak lompat
    lompat la tinggi-tinggi
    apa si katak dapat
    habuan berguni-guni

    apek awas depan ada longkang….lompat..lompat.

  4. Berjuang untuk PERUT DAN BAWAH PERUT

  5. siap baca skrip tu … hehe…
    pandai sungguh .. siapa la yg buat skrip tu …

  6. salam rakan taulan………….

    hilang kepercayaan???????

    apa yg hilang toh??????????????????????????
    skrip pun depa siapkan…………
    aku baca saja
    hangpa punya pasai laa …………
    aku peduli apa…………..
    janji ada bende beb………………..

    sekali ayaq bah………
    habih pakat rebah………..

    he just likes 2 think of himself as an opportunist……..
    kualiti syakhsiah kepimpinan dia ni tak pernah dengaq pun…………
    tak perenah dengaq ada ‘intellectual discourse’ pun…..
    …….poociiik…….
    macm mana mamat ni boleh tersangkut daaaaaaaa

    tup tup dengaq keluaq……..
    sikit punya lawak kaaa………
    memang bulan ni banyak ‘lawak’ laaa……….
    kan kaa la nie tengah pakat pokai………
    melayu pokai..cina pokai….
    nampak india belum pokai lagi………..
    tapi ada mamak yg dah pokai……………….
    tu pasai pakat riuh kat penang tu…………

    dengaq cerita ramai lagi katak dok tengah main okestra……..tunggu hujan saja….
    la ni musim kemarau……..menyorok dulu……..
    lepaih hujan nanti…….ramai laa pakat keluaq melompat………
    jaga-jaga……ada alip wau lang sueh……dok tunggu…….
    silap tak silap dia telan habih……………

    sekadaq katak orang buat mengelau saja aka buat umpan ikan ruan

  7. Kalau keluar tu keluar terus, letak jawatan.

    Kami undi PKR , PR, bukannya dia, jadi letak lah jawatan bagi kami undi semula wakil kami.

  8. Alasan sengaja diada-adakan kerana habuan sudah menanti…alasan bodoh! kalau nak ikutkan UMNO/BN labih teruk dari PR…

    Nak buat cam ner..iman nipis !!

    Aku cadangkan PRU 13 setipa parti dlm PR haruslah memikirkan kriteria calon yg nak dipilih..mesti calon yg tahan lasak, setia dan tahan uji…bak kata pepapatah “Rebus pun tak mati” punya org tu!!!
    ini sbg satu peringatan !!!

  9. Apa barang..skrip yg ditulis lagi teruk drpd standard tahap pmr..alasan bodoh ! Rakyat semua rasanya mcm nak muntah.

    Beruk2 ni semua gelap mata le tuu..dah duit berkepul2 depan mata..samada pakcik tua ke, abg aji ke, bersongkok, berkopiah, muka macho, muka poyo, muka ganas aka salehuddin hashim..semuanya dah dihasut setan..iman pon berkocak !

  10. http://www.bio-asli.com/bioasli/bioasli.asp?id=zromiia

  11. Siapa jugak kena faham. Semua kerusi yang dimenangi oleh PR itu, adalah aset kepada calon. Kalau ditakdir PR jadi kerajaan negeri dan pusat. Kerusi tetap akan menjadi aset. Kalau tidak jadi kerajaan, kerusi itu boleh dipertaruhkan sebagai modal calon untuk dijadikan sumber rezeki yang melimpah ruah. apatah pulak calon bukan dikalangan orang yang mewah harta, sedangkan yang mewah pun akan sanggup menyandarkan kerusi ini sebagai tawaran untuk melipat gandakan kemewahan yang ada.

    Iman itu terlalu misteri sifatnya. Wang dan peluang bisa buat iman jadi lintang pukang, apa peduli dengan setia dan taat. Kalau hukum pada khianat itu neraka, balasannya hanya dihujung kematian tah bila…akal dan nafsu manusia ragu2 hendak percaya….Kan lebih baik calonkan haiwan dari manusia.
    Baca terjemahan Pimpinan Ar Rahmah dalam surah Al A’raf ayat 179. Saya kira anda akan setuju dengan maksudnya.

  12. salam,

    Jelas mmg jelas yg ramai manusia keparat dan kamjat menumpang di atas kemasyuran DSAI.Realiti kalau nak di sebutkan kamjat2 ni tak dak apa2 keistemewaan pon atau kelebihan.Lihat saja pd ahli2 yg lain seperti Bandar baru kulim,fairus,zahrain dan …..

    Apa lagi nak tunggu kalau sudah jelas di depan mata habuan dtg, menjelma.Entah bila akan dtg sebegini lagi dgn. hanya PRU13 sudah dekat menghampiri.Di ketahui jangka hayat mereka tidak akan kekal….maka so sorry brother

    I’ve to make a choice for my own benifit.

    Tak kata ke dia lah…kalau aku mungkin sama jugak sekira aku melayu……….

    tapi

    kalau aku muslim …kerja camni pi main jauh2..

    “”””innallahhamaassobirin”””

  13. Assalamualaikum….

    “Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yangbmempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang.”
    Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn. ‘Amr.

    Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik :

    1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.

    2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengnan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keteranngan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang keil dan memperkecilkan yang besar.

    3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.

    4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujjahnya.

    Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

    Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah gadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

    Wallahua’lam

  14. lupe bagi salam satu melesia lah dia.. hahahaha ni br avatar.. hahaha

  15. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA dah suka.

    Moshin baca skrip pon.
    6sukusakat dah kutuk2.
    Dah nak dijadikan isu.
    TGNA tak kata apa2 pon.
    TGNA dok suka, suka.
    Dengan De La Tour, La Tour.

    Apalah salahnya membaca skrip.
    Membaca skrip lebih selamat.
    Iman sembahyang tarawih pon.
    Membaca dengan melihat Al Quran.

    Senagai manusia, Mohsin mungkin.
    Tersilap cakap.
    Kita tahu lah, bila tersilap.
    Puak2 6sukusakat, mulalah.
    Kutuh sana, kutuk sini.
    Sebab depa2 suka sangat dengan.
    Budaya kutuk mengutuk.

    Sekadaq KeLiWoN kena jadi ustaz.

  16. Salam
    salam rakyat malaysia

    inilah jadinya
    bila harta,tahta,wanita
    yang menjadi pilihan mereka
    dosa dan pahala tak dipedulikan
    amanah rakyat dikianati
    yang penting poket berisi
    halal dan haram peduli apa
    seperti mana dak tadika
    walaupn haram tak dirasakan haram
    yang penting????????????
    …wang berjuta……

    sekadaq begurau senda…..

    • Salam GUBIQ.
      Salam Kedah Lanie.

      Inilah jadinya, apa yang dah jadi.
      Bukanlah perkara baru.
      Ia berlaku, di zaman tok nenek kita lagi.
      Cuma, caranya berbeda.
      Dan jumlahnya jugak berbeda.

      Hang jangan dok kata kat kita.
      Kita budak tadika logo hijau.
      Warna yang TGNA pun suka.

      Tapi, nak tanya sikit la.
      Kita dok becerita tentang Mohsin baca skrip.
      Yang dok melalut kat lain, buat apa.
      Hang kena fokus, kena tumpu.
      Jangan dok biaq melelong.

      Kita rasa, tak ada salahnya baca skrip.
      Bergurau senda P. Ramlee pun.
      Baca skrip.

      Sekadaq Melayu jangan bengong.

  17. Hutang keliling pinggang. Apa lagi lompat la. Ada juga masuk.

    Dari ameno engkau datang kepada amenuo juga kamu pergi.

    Kapada MP lain yang ingin melompat, lompat lah cepat-cepat. Sebelum lompat jangan lupa ada habuan menunggu. Sudah pasti pe.

    Jangan peduli siapa yang mengundi anda. Kerana anda telah menjadi sampah PKR. Elok sampah ini dilonggok kepada ameno.

    Kutip jangan tidak kutip

  18. aku cukup seronok tengok apa yang berlaku pada PKR akhir-akhir ini. patutla penulisan blog ni dah kurang isu. sebab isu semua kena batang idung sendiri. sebenarnya PKR dah tak relevan lagi dengan perjuangan bangsa. nak relevan apa kejadahnya mentor PKR pun But.. But, But punya kaki. korang apa tunggu lagi angkat kaki la. buang masa saja dalam parti yang tarak masa depan ni. sekali lagi untuk yang masih menyokong PKR. Padam muka korang kah, kah, kah.

    • Cuma 1 orang pemimpin sahaja yang keluar. Mereka itu semunya bermasalah. Ameno seronok kutip sampah Negara dan Ugama. Penguni tidak keluar parti.
      Ameno kutip Pengkianat bangsa, ugama dan Negara.

      Apa masa depan Ameno?
      Buat duit untuk adik beradik dan anak beranak. Ada akal fikirlah. jangan disempit pemikiran.

      MINYAK mau naik lagi. Padan muka orang Ameno.

  19. assalamualaikum

    tak kisah depa nak keluaq ramai2 pon, sebab yang keluaq tu semuanya orang-orang yang tak amanah, munafik dan punya agenda kepentingan diri mengatasi kepentingan pengundi dan mengkhianati amanah yang dah diberikan serta munkir pada janji depa semasa pilihnaraya dulu….. orang mcm tu mmg tak layak jadi pemimpin pon….. depa tu dah termasuk dalam golongan “munafikun = hipokrit”

  20. Yg peliknya naper umno juga yg dipersalahkan. apa kene mengenenya. yg lompat tu yb pkr. lompat pun bukan ke umno. dia lompat ke bebas. biarlah waras pikiran kita.

    • Wira yang belum wira
      UMNO sebagai penaja
      Katak ni nak duit dari umno
      Masuk BEBAS mesra Umno
      Kira umno juga la

      Kita tak salah umno
      1 orang sahaja yang lompat
      Pengundi tidak lompat

  21. untuk wirawaja………..

    hang ni betoi laa lemah sangat…….
    nak kata lemah pun…….hang ni jenih wira…..waja pulak……..

    waja lama kot hang ni……..
    dah tak dak baja……..macam BT jugak
    mengaji bab zahir saja……..
    nafkah pun ada zahir batin
    sekilas ikan diayaq………sudah tau jantan betina nya……….

    politaik ni kena baca jauh……
    jangan tengok takat jadi jadi laa ni…………
    dia punya kaki panjang lagi………..
    akan jadi jadian kemundian nanti……..

    sekadaq kena tengok jauh sikit…………
    sekadaq kena keluaq dari kepompong daaaa….

  22. Satu lagi contoh munafikun …
    contoh yang boleh merosakkan nama baik Islam.
    Baru dua tahun jadi MP, dah tak tahan. Eloklah munafikun ni berhenti. Memang dia tak layak pun jadi pemimpin.
    Alasan yang diberi cukup memalukan. Awat dalam Al-Quran ada tertera Allah swt itu Tuhan bagi orang Islam atau lebih tepat lagi, orang Melayu di Malaysia sajakah? Bukankah Allah swt tu Tuhan bagi alam semesta ni dan semua makhluk yang terdapat di dalamnya? Orang Islam di dalam PAS pun faham akan isu ni dan depa tak keluar dari parti pun. Patutnya ramai orang Islam keluar dari PAS memandangkan PAS tu kan parti yang memperjuangkan Islam TAPI depa tetap tenang dan sabar menghadapi isu ni. Islam memerlukan umat yang berfikir secara waras, telus, berintegriti, adil dalam menangani hal-hal yang sebegini.
    TAPI KALAU DAH DASAR MUNAFIKUN, TETAP MUNAFIKUN. Biarkan sajalah labu ……. kita tunggu akan akibatnya nanti. Yang sedihnya ialah umur dah lewat senja ….. haaaai

    • Salam AKU.

      Apa dah jadi dengan mu sorang ni.
      Dok munafikun, munafikun.
      Lain BO BO Idea ke.

      Amboi seronok baca apa mu tulis.
      Tentang PAS.
      Mu tak tahu, mu belum tau.
      Ramai orang PAS dah suka 1Malaysia.
      Ramai pulak yang teringinkan UG.

      Sekadaq mu jangan dok bermimpi.

  23. Assalamualaikum semua

    Kalau orang ISLAM dia faham, tapi kalau dia Melayu memang dia tak faham sebab depa ada Islam Hadhari 1Malaysia, dia orang mana faham apa itu halal dan haram, apa itu amanah dan hipokrit, pada dia orang cuma faham keduniaan, materialistik, kuasa dan kepentingan diri. Tidak ada jati diri untuk berjuang dan membela agama serta berdakwah, menyebarluaskan serta mengimarahkan muka bumi ini dengan cahaya agama Allah.

  24. Salam KeLi de WoN
    Salam 1Malaysia.

    Apa nak jadi dengan KeLi sorang ni.
    Tak tau lah.
    Kadang2 macam ustaz.
    Kadang2 melalut.

    Apa salahnya, kalau Mohsin baca skrip.
    Dimana yang tak kena.
    Mohsin tu orang PKR.
    Mungkin PKR tak pernah beri peluang pada Mohsin.
    Bercakap, berceramah kot.
    Tu yang Mohsin, kena baca skrip.

    Hang marah, hang sindiqlah pada.
    Pimpinan PKR.
    Jangan marahkan Mohsin.

    Sekadaq dah BO BO Idea ke.

  25. salam 2 all…
    petikan dari malaysian insider..

    KUALA LUMPUR, 5 Mac — Ketika hampir genap dua tahun selepas pilihan raya umum ke-12, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008.

    Beliau menceritakan keangkuhan PAS Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

    “Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara PAS dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (Umno) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

    “Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat PAS menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.

    “Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

    “Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini
    Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.

    Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud PAS akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

    Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

    “Kenapa PAS tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

    “Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    “Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

    “Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

    Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi PAS telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

    Beliau mendakwa, PAS Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

    “Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya.

    Bagaimanapun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dengan menteri besar dari PAS hanya bertahan 10 bulan.

    Ia digulingkan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat keluar PKR dan DAP, sekali gus menjadi wakil rakyat
    bebas.

    • Mat Oiii

      Ini Mufti duit. Mufti Harus Money. Apa yang dicakap cuma rekaan semata-mata.

      sekian. Bukan nak kata tetapi itu lah hakikat

  26. Orang melayu islam yang diberi amanah untuk memerintah,masih jauh untuk memahami bertapa perlu nya memerintah itu atas dasar pertunjuk ugama,dan malah kebanyakan dari mereka memperolokan kebenaran islam itu,juga peluang itu telah diberi pada mereka lebih dari 50 tahun.Dan untuk bersama mereka dalam mencari kebenaran hak ugama itu masih pada jalan yang begitu sukar.Rasa nya perlu berkerjasama dengan kelompok yang bukan islam dalam mencari titik keadilan serta untuk melahirkan negara yang bebas dari apa juga kebusukan rasuah dan salah guna kuasa.

  27. Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Besar Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ke -8 di Yayasan al-Jenderami
    InsyaALLAH, pihak Yayasan Al-Jenderami berserta kerjasama Madrasah Islamiah Al-Jenderami berhasrat menganjurkan Majlis Sambutan Maulid Kubro Nabi Besar Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم ke -8 dan butir-butirnya adalah seperti berikut:

    Tema
    “Tradisi Salafussoleh Benteng Ahli Sunnah Wal Jamaah”

    Tarikh
    18hb – 20hb Rabi’ul Awal 1431
    Khamis, Jumaat dan Sabtu
    bersamaan
    4hb – 6hb Mac 2010

    Tempat
    Kompleks Yayasan Al-Jenderami, Kg Jenderam Hilir, 43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan

    Antara ulama-ulama yang dijangka hadir (sila klik pamplet dibawah untuk paparan lebih jelas)

    Tentatif Program (sila klik pamplet dibawah untuk lebih jelas)


    Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi saudara Faiz – 0123625192.

  28. salam mesra semua……..
    salam BT……..yg masih tak reti-reti…….

    Bt memang sukusakat grombolan……..
    pasai tu petahan sangat mamat ni…………..

    “Apalah salahnya membaca skrip.
    Membaca skrip lebih selamat.
    Iman sembahyang tarawih pon.
    Membaca dengan melihat Al Quran”.

    awat yg hang ngok sangat………
    baca skrip kamjat dengan baca al-quran pun hang tak tau beza……..
    pasai tu orang suruh mengajiiiiiiii…..biaq ceredik sikit……….

    silap baca skrip tak sama ngan silap baca Al-Quran…….tak kan yg tu pun hang jadi ngok…

    baca skrip pun nampak teketaq-ketaq……
    habih camna nak harap bagi idea dlm parlemen???
    pasai tu tak pernah dengaq pon mamat ni bahas dlm parlemen…..jauh sekali ambik bahagian dlm debat ke, hujjah tv 9 pun orang tak panggei….orang tau tak dak idea………

    nampak sangat melehaq……elok dah laa depa kutip pun…….PKR tak rugi punya……..
    lagi banyak kamjat keluaq lagi baguih…….
    nak jadi emas pun kena bakaq punya lama…….
    nie sikit dugaan pun dah tak tahan daaaaaaa….

    he he he……..
    sekadaq pebetoi analogi ngok saja………


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: