Posted by: pinkturtle2 | Mac 12, 2010

Solat Sunat Istisqa’ Alhamdulillah… Hujan Mulai Turun

Gambar ini dirakam pada pukul 1tgh hari tadi...

Alhamdulillah…. Pagi Ini Cuaca Redup Dan Hujan Mulai Turun Di Beberapa Tempat Di Kelantan

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Allahuakhbar! MB, Exco, pegawai basah kuyup ketika solat istisqa

KOTA BHARU, 12 Mac: Hujan yang turun di bandar raya ini membasahkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan serta ribuan rakyat yang menyertai solat sunat istisqa.

Hujan agak lebat tiba-tiba turun pada rakaat pertama solat sunat Istisqa yang diadakan di Padang Perdana pagi tadi.

Solat tersebut diimamkan Menteri Besar bermula kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketika Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang membawa surah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun agak lebat sehingga membasahkan ribuan yang menunaikan solat.

Hujan hanya berhenti selepas selesai solat sunat tersebut.

Semua yang hadir termasuk pembesar negeri dan pegawai kanan kerajaan kelihatan basah kuyup.

Program tadi dihadiri hampir kesemua pegawai kanan kerajaan negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Solat Istisqa tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Cuaca kering dan panas kini melanda seluruh negara sehingga ada tempat paras sungai dan empangan semakin surut dan tanah-tanah menjadi merekah.

Ketika membaca khutbah Menteri Besar memalingkan badan ke arah kiblat seketika sebagai mengikut amalan sunnah Rasulullah s.a.w. ketika baginda mengerjakan solat Istisqa. Harakah


Responses

  1. alhamdulillah.

  2. salam sumers…………..

    NI MISTI PUAK2 ADIK2 KAPIAQ TADAK CAYA LA.
    MISTI DEPA KATA DAH KEBETULAN MEMANG HARI
    NAK HUJAN.

  3. salam………………

    Subhanallah……
    Maha Suci Allah……..
    Walhamdulillah……………
    Segala puji bagi Allah……………..
    Wallahuakbar…………………
    segala kebesaran adalah milik Allah SWT…….

    TGNA……….
    adalah susuk sebuah figura yg dikurniakan Allah….
    memandu umat melaksanakan tugas ubudiah dengan hal dan bil hal……teori dan amali……

    dakwah dlm salat istisqa’ ini……
    cukup menggamit keinsafan……..
    cukup membuai syahdu…………
    cukup untuk dipikirin……………….

    di utara ni pun rasanya panas terlalu membahang……….
    kering kontang…………..
    Ustaz Azizan apa habaq??
    boleh kot ramai-ramai buat salat sunat istisqa’ nie……….
    stadium Darulaman kaa………
    ustaz sendiri boleh jadi imamnya………….
    stadium Bandaraya kaa……..Us Elias Zakaria boleh jadi imamnya………….

    Allahumma Taiyyiban Naafiaa……….
    doa semasa hujan membasahi bumi……..

  4. Alhamdulillah.

    Saidina Ali r.a. menyampaikan sabda Nabi s.a.w. :

    Bila manusia telah memberi para fakir miskin,dan amat bergiat membangun keduniaan,lalu berebutan seperti anjing dalam menghimpun dirham,mereka akan dilempari Allah dengan empat hal :Musim kemarau,aniaya dari penguasa,khianat dari para pejabat dan pukulan kuat dari musuh.

  5. Senjata orang mukmin ialah doa’.
    Muslim dan muslim mukmin adalah dua perkara yang berbeza.
    Doa orang yang dianiaya dan doa sang penganiaya juga adalah dua perkara yang berbeza.
    Doa yang mendakwa muslim selalunya mengikut adat kerana mengikut agenda berakhir dengan doa’.

    Doa muslim mukmin disertai keikhlasan dan sentiasa berharap perkenan dan keredhoaan ilahi.

    Doa mereka yang dianiayai tiada hijab yang melindungi dimaqbul ilahi kerana ianya satu janji.

    Doa penganiaya satu lakunan untuk menutup sifat zalim buat orang lain tertanya tanya.

    Doa sikafir Allah maqbul kerana mereka telah memilih nikmat dunia.

    Cuba bayangkan doa muslim mukmin yang tergabung didalamnya kerana mereka dianiaya lalu merayu kepada ilahi nekad memohon doa yang buruk ditimpakan kepada penganiaya, lalu Allah maqbul, tentu saja hamba2 yang beriman dan mereka yang zalim. Allah timpakan dengan bala. Tidakkah negara dan seluruh umat didalamnya ditimpa musibah derita merana baik yang kecil tua dan muda sudah tentu hiruk pikuk mencari ruang selamat diri dan nyawa.

    Selalunya muslim mukmin tidak sampai hati berdoa hanya kerananya. Bukan mustahil pulak tanpa mereka berdoa Allah tidak akan menurunkan balanya.

    Berhati hatilah wahai manusia.

  6. syukur alhamdulillah…………………

    DOA SENJATA MUKMIN YG TAJAM………

  7. Subhanallah, Allah hu Akbar! Doa adalah senjata mukmin yang ampuh. Allah telah maqbulkan doa Tok Guru dan seluruh rakyat Kelantan.

  8. YA ALLAH, YA TUHAN KAMI.

    Kami akan sentiasa memuji Mu.
    Tuhan yang Maha Memiliki sifat
    Keagungan dan Kemuliaan,
    atas segala yang telah Engkau sempurnakan
    untuk kami.

    Selawat dan salam ke atas junjungan Mu
    Muhammad SAW.

  9. Mana mufteyy Harusmoney=muftey ameno

    Ajak najib jadi Imam.
    Boleh ke najib jadi imam?

    Ini lah umno, dulu kini dan selamanya.

  10. Apa kata rakyat ajak Najib dan Mahyudin berpadu mengadakan solat Istisqa’ dan solat hajat mintak hujan dan mintak diberi pertunjuk bagi membuktikan yang Umno adalah organisasi yang dituntut oleh Allah sebagai wadah yang benar dan mendapat Redho Ilahi.
    Manalah tau jika dimaqbulkan, tak susah susahlah kita nak ajak semua orang melayu berpadu.

    Apa pendapat sifu kita YB budak tadika?.

    • salam KK,

      Kita nampak ada kekuatan la
      Kekuatan ukhwah
      Baru lah npk. satu jemaah…
      Mengadap pon pd yg satu

      Ni dok ajak masuk dlm. satu jemaah
      yg hitam kata putih
      yg putih kata hitam
      double line pon redah
      stop look go pon balun serupa
      semua go go go..agogo
      laporpo watakunci landing time
      gelong dan krosot la jadinya
      “””BuTa Kayu””” bo bo iq

      • Salam great chief.

        Hang ni, rasanya.
        Boleh jadi.
        Sahabat setia kita.

        Yang kita tulis tentang Kerajaan Perpaduan.
        Pada 6 Mac pon.
        Hari ni, hang komen.
        Dah seminggu pon.

        Kat sini pulak, hang.
        Dok a go, go.
        Ikut istilah kita.

        Begitu setianya hang pada kita.
        Nooo.

        Kita tabiklah kat hang.

        Tapi soal hujan.
        Kita bersyukurlah pada Allah.

        Sekadaq jangan BO BO LI VIA mali.

      • salam bt,

        Bangun pagi bleh celik mata
        patut dah mau bersyukur.
        Pas tu badan sehat walafiat
        tak jatuh sakit boleh pi
        melata ke pelusok dunia
        cari rezeki pon dah patut
        bersyukur…apa lagi syeh
        dok mai meratuih…

        “””ada tugas pg-kl tiap2 minggu”””
        tu yg rasa ada missing in life..
        kita pon tabik juga la..
        kita berseloro bawa ceria
        bkn bawa celaka..ingat tau

    • Salam Kucing Kota.

      Hang tak bagi salam pon.
      Tak apa.
      Kita salam jugak kat hang.
      Moga2 terbuka hati hang.
      Selalu masuk dengan salam.
      Salam.
      TGNA terlalulah suka.

      Hang ni, ketinggalan zaman lah.
      Hang tak tau ka.
      Timbalan Presiden PAS.
      Timbalan Presiden UMNO.
      Dah bersama.
      Dok berbisik, bisik.
      Bisik apa, tak tahulah kita.

      Cuma, kita rasa, kita harap.
      Ada harapan.
      Ada peluang.
      Peluang apa, hang kena teka lah.
      Nak tengok.
      Hang masih bengong ke, tidak.

      Tentang solat.
      Tak payah solat2 kat padang.
      Solat sendirian dan berdoa pon.
      Allah Maha Mengetahui.

      Sekadaq ikhlas saja, jangan bengong.

      • Assalamualaikum BT

        أن رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏صلاة الجماعة أفضل من صلاة أحدكم وحده بخمسة وعشرين جزءا ‏
        Rasulullah saw. bersabda: Salat berjamaah itu lebih utama bahagiannya dari salat sendirian.

        tula hang kena banyak membaca dan berguru, kalau setakat baca sendiri dan faham sendiri, ni la jadinya, sbb belajaq tak berguru, guru hang tu syaitan….

      • Salam KeLi.

        Tu lah hang.
        Tak pandai.
        Tak baca betoi2.

        Kita tak tulis pon.
        Solat BERJAMAAH.

        Kita hanya tulis.
        Solat kat PADANG.

        Hang, kalau ambik periksa.
        Failed.
        Failed tu, tak PAS lah.

        Sekadaq hang, kang tak tau.

  11. “Solat sendirian dan berdoa pon.
    Allah Maha Mengetahui.”

    hang putaq belit la kenyataan yang sendiri….

  12. “Solat sendirian dan berdoa pon.
    Allah Maha Mengetahui.”

    hang putaq belit la kenyataan hang sendiri….

    • Salam KeLi.

      Ni marah sangat lah ni.
      Sampai menggelepaq.
      Sampai posting 2 kali.

      Sekadaq sekali pon, kita faham.

  13. ha ha ha ha ha ha ha ha
    nak penyaksian yg bagaimana utk menundukkan diri
    nak macam penyaksian N. musa agaknya
    yg dah d perlihatkan pun masih liat nak mengakui
    agak2 sampai tuhan tu menjelma kat depan mata kuuutttt
    kut menjelma tuhan kat depan aku
    aku suruh dia cuci kasut aku gamaknyaaaa
    ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha
    Solat itu mengandungi segala kejadian
    pinta laa dlm solat apa2 pun
    nanti akan termakbul
    biasanya ramai yg minta urusan dunia dlm solat ni
    termasuk aku laaaa juga
    ha ha ha ha ha ha ha ha
    lalai dan cuai dlm solat,terlalu ramai begitu
    sebab aku pun macam tuuuuu
    ha ha ha ha ha ha ha ha ha

  14. Pasai Yb bt Kata kata kat Kucing

    ketinggalan zaman lah.
    Hang tak tau ka.
    Timbalan Presiden PAS.
    Timbalan Presiden UMNO.
    Dah bersama.
    Dok berbisik, bisik.
    Bisik apa, tak tahulah kita.

    Hari depa mula jumpa tu, Kucing dah tahu.
    tapi mana boleh komen tanpa maklumat lengkap.
    Bagi Kucing berjumpa tak salah atas sebab Hablum minannass.

    Kucing tak akan komen selagi tak dapat maklumat lengkap. Kucing bukan jenih orang yang prejudis kepada orang yang belum buat apa2 kenyataan.

    Bagi Kucing biar kita dilihat bengong dari kita dilihat bongkak, sombong, riak dan takabbur, konon kitalah yang pandai, kitalah yang ceredik pasai banyak membaca walaupun bila kita menulis, baru orang lain tahu penulis macam YB bt yang N3 blog ini, luruih bendol dan sebodoh bodoh manusia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: