Posted by: pinkturtle2 | Mac 20, 2010

Laporan polis Terhadap Setiausaha Sulit Sultan Dan Penulis Blog

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad Abdul Halim berkata kesahihan kenyataan itu dipertikaikan kerana pihak Istana tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Datuk Wan Hashim Wan Daud sebagai Setiausaha Sulit Baginda dan tiada pelantikan jawatan itu dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).

Pejabat Sultan Pertikai Kesahihan Kenyataan Wan Hashim

KOTA BHARU: Pejabat Sultan Kelantan hari ini mempertikai kesahihan kenyataan yang dikeluarkan semalam berhubung titah Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra mengenai sambutan Hari Keputeraan Baginda ke-60 pada 30 dan 31 Mac nanti.

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad Abdul Halim berkata kesahihan kenyataan itu dipertikaikan kerana pihak Istana tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Datuk Wan Hashim Wan Daud sebagai Setiausaha Sulit Baginda dan tiada pelantikan jawatan itu dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).

“Sepanjang pengetahuan pejabat Sultan jawatan Setiausaha Sulit kepada Sultan itu masih kosong,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) Kelantan, Datuk Ismail Mohd Noor dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Kelantan (Pengurusan) Shafie Ismail.

Dalam kenyataan pengisytiharan yang dibaca oleh Wan Hashim semalam, beliau berkata, baginda menitahkan bahawa semua acara sempena Perayaan Hari Keputeraan baginda ke-60 pada tahun ini tidak diadakan kecuali majlis solat hajat dan doa selamat sahaja yang melibatkan seluruh rakyat jelata setiap masjid di negeri ini.

Kenyataan itu juga menyebut, Sultan Kelantan sama sekali tidak memperkenankan pengurniaan gelaran Kebesaran serta pingat-pingat kemuliaan di bawah perkara 43, Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.

Abdul Halim berkata kenyataan yang dikeluarkan Wan Hashim di dalam media adalah mengelirukan dan tidak benar kerana Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra yang dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan oleh Majlis Perajaan Negeri pada 24 Mei tahun lalu mempunyai kuasa untuk menentukan pelantikan jawatan itu.

“Untuk makluman, segala urusan Diraja diuruskan oleh Pejabat Sultan Kelantan yang sentiasa patuh dan taat setia kepada Sultan dan Pemangku Raja. Pejabat ini juga tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang telah digariskan pihak kerajaan,” katanya.

Ditanya mengenai sambutan hari keputeraan baginda, Abdul Halim berkata majlis sambutan akan dipenuhi dengan acara keagamaan seperti solat hajat dan doa selamat, manakala acara pengurniaan darjat dan pingat bergantung kepada keputusan Pemangku Raja.

Susulan kenyataan Wan Hashim itu, dua laporan polis telah dibuat Pejabat Istana Kelantan terhadap Wan Hashim kerana penyamaran dan penggunaan kepala surat Pejabat Sultan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Laporan itu dibuat oleh Abdul Halim dan seorang pegawai Pejabat Sultan Kelantan, Mohamed Safaruddin Ismail di Ibu Pejabata Polis Daerah Kota Baharu hari ini.

Satu lagi laporan dibuat oleh pegawai Pejabat Sultan Kelantan, Tuan Saharizam Tuan Hamzah, terhadap seorang penulis blog yang dikenali sebagai Kickdefella berhubung sesi ramah mesra antara Abdul Halim dengan wakil media di Hotel Sutera Inn yang didakwa telah disalahertikan di laman blog itu dan menganggap laporan laman blog itu cuba mengelirukan rakyat dan mempunyai unsur-unsur fitnah dan tidak berasas. – BERNAMA

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

arahan yang dikeluarkan melalui satu kenyataan media oleh Wan Hashim yang mendakwa dirinya Setiausaha Sulit Sultan, tidak perlu dipatuhi.Itu (arahan Wan Hashim) tidak perlu ikut, kerajaan negeri ada benda sendiri - TGNA

Wan Hashim tidak diiktiraf

KOTA BHARU 19 Mac – Kerajaan negeri tidak mengiktiraf kenyataan Datuk Wan Hashim Wan Daud bahawa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra menitahkan semua perayaan dan penganugerahan darjah kebesaran sempena hari keputeraan baginda yang ke-60 pada 30 Mac ini dibatalkan.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, arahan yang dikeluarkan melalui satu kenyataan media oleh Wan Hashim yang mendakwa dirinya Setiausaha Sulit Sultan, tidak perlu dipatuhi.

Kerajaan negeri kata beliau, mempunyai cara sendiri untuk mengadakan majlis tersebut, bagaimanapun beliau tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.

“Itu (arahan Wan Hashim) tidak perlu ikut, kerajaan negeri ada benda sendiri,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Wan Hashim yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri mengedarkan kenyataan media yang mendakwa titah Tuanku Ismail Petra berhubung sambutan hari keputeraan baginda.

Sementara itu pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini, Pengelola Diraja Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, sambutan sempena hari keputeraan Sultan Kelantan akan diteruskan seperti yang dirancang.

Beliau berkata, ia akan diadakan secara sederhana dengan majlis berbentuk keagamaan termasuk solat hajat di beberapa buah masjid di seluruh negeri ini.

“Begitu juga dengan majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sehingga ke hari ini tidak ada maklumat acara tersebut dibatalkan,” katanya.

Abdul Halim berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Hashim amat mengelirukan dan tidak benar disebabkan kuasa pentadbiran negeri ini adalah di bawah Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra.

“Sebagai Ketua Pejabat dan Pegawai Pengawal Istana, saya tidak dimaklumkan oleh mana-mana pihak bahawa Wan Hashim dilantik sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan dan Tengku Shah Buddin Tengku Mohd. Maasum sebagai Ketua Istiadat Diraja Kelantan,’’ katanya.

Beliau berkata, mengikut rekod, Tengku Shah Buddin telah tamat perkhidmatannya pada 14 Ogos 2009.

Katanya, sebagai Pemangku Raja, terpulang kepada Tengku Muhammad Faris untuk mengurniakan darjah kebesaran atau apa-apa sahaja mengikut Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Kerajaan Kelantan.

“Saya berharap semua pihak terutama orang yang pernah berkhidmat sebagai pegawai kanan kerajaan dapat merujuk kepada Perlembagaan Negeri dan tidak menjadi ‘pak turut’. Sebaik-baiknya kaji dengan teliti dan rujuk kepada orang-orang yang mahir dalam hal perundangan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN), Datuk Ismail Mat Noor berkata, sehingga hari ini pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai Setiausaha Sulit kepada Sultan dan Ketua Istiadat. Utusan

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Laporan polis terhadap Wan Hashim

Abdul Halim Hamad (tengah) bersama Mohamed Safarudin Ismail (kiri) dan Tuan Shahrizam Tuan Hamzah menunjukkan laporan polis di balai polis Kota Bharu, Kota Bharu, semalam. – utusan/Azran Fitri Rahim


KOTA BHARU 19 Mac – Krisis Istana Kelantan menjadi semakin rumit, apabila tiga laporan polis dibuat di Balai Polis Kota Bharu, di sini, hari ini.

Dua daripada laporan itu berkaitan kenyataan media yang diedarkan semalam oleh Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, manakala satu lagi membabitkan penulis blog Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz.

Pegawai-pegawai yang membuat laporan polis tersebut ialah Pegawai Tadbir Perhubungan Awam dan Media Istana Kelantan, Tuan Shahrizam Tuan Hamzah dan Pegawai Tadbir Khidmat Pengurusan Istana Kelantan, Mohamed Safarudin Ismail.

Mereka diketuai oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad. Mengenai laporan pertama, Abdul Halim berkata, ia berkaitan Wan Hashim yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Sulit Sultan.

Katanya, mengikut perjawatan di Pejabat Sultan, jawatan itu harus diisi oleh pegawai tadbir negeri dengan gred N48 melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).

“Saya mendapati tidak ada dokumen yang menyatakan pelantikan telah dibuat oleh SPN atau mana-mana pihak berautoriti, oleh itu tindakan mengaku sebagai Setiausaha Sulit Sultan boleh dianggap sebagai menyamar dan tidak sepatutnya dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, jawatan Setiausaha Sulit Sultan kosong sejak Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra gering apabila penyandang sebelum ini Engku Rajhan Engku Ismail ditukarkan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Semalam, Wan Hashim mengedarkan kenyataan mengenai titah Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra yang membatalkan kesemua perayaan dan penganugerahan sempena Hari Keputeraan Baginda yang Ke-60 pada 30 Mac ini.

Kenyataan empat perenggan yang ditandatangani Wan Hashim itu diedarkan kepada media pada sidang akhbar di pekarangan Istana Mahkota petang semalam. Beliau adalah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri.

Abdul Halim berkata, beliau hanya menyedari dakwaan Wan Hashim itu selepas menerima kenyataan akhbar yang diletakkan di kenderaan rasminya ketika tiba di pejabat hari ini.

Beliau berkata, laporan polis kedua pula berkaitan penggunaan kepala surat Pejabat Istana Kelantan pada kenyataan akhbar tersebut.

“Sebagai ketua dan pegawai pengawal Pejabat Sultan, saya berasa bertanggungjawab untuk menjaga kepala surat rasmi itu supaya tidak digunakan oleh mana-mana pihak tanpa mendapat kebenaran saya atau Pemangku Raja.

“Disebabkan itu, saya sendiri membuat laporan polis kedua supaya pihak polis menjalankan siasatan terhadap penyalahgunaan kepala surat berkenaan,” katanya.

Sementara itu, katanya, Tuan Shahrizam telah membuat laporan polis terhadap penulis Kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz kerana tulisannya bertajuk Usaha menabalkan Sultan Kelantan yang baru dalam proses dalam entri terbarunya.

Abdul Halim berkata, tulisan berkenaan boleh mengelirukan rakyat, oleh itu ia perlu disiasat dan diperbetulkan demi menjaga nama baik institusi kesultanan Melayu Kelantan. Utusan

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Siapa Di Belakang Wan Hashim ..

Kemelut yang berlaku di istana Cik Siti Wan Kembang nampaknya semakin kusut tanpa penyelesaian yang sewajarnya.

Kenapa jadi begitu, bagi aku ini semua permainan UMNO yang berada dibelakang, UMNO Kelantan nampaknya jenis manusia baling batu sembunyi tangan… Sekurang-kurangnya bila isu topik istana diperkatakan isu royalti beloh senyap seketika.

Berbalik kepada tajuk aku, siapa Wan Hashim, serti dalam gambar ni, Wan Hashim ni setahu aku sewaktu Kelantan mula diperintah PAS tahun 90han dulu lagi dah mula tunjuk kurang ajar dengan TGNA.

Siapa yang tak ingat bila ia menjadi SUK Kelantan, TGNA selaku MB mengarahkan Wan Hashim melepaskan jawatan No1 dalam Persatuan Bola Sepak Kelantan. Namun sampai kesudah, sampai ia pencen mamat ni tetap jenis gedebe…

Aku ingat dah senyap dah, sebab lama tak dengar nama dia ni, rupanya hari ini timbul balik, kali ini ia lagi hebat, umpama pelesit yang mengacau manusia-manusia lemah semangat, Siapa tuannya ,,, tak payah cakaplah….,

Kisahnya baca Di SINI. dan SINI/. Walaupun report polis telah dibuat, tetapi faham-faham ajalah,, setakat report ajalah, jangan tak report,, aku nak tengok apa tindakan Polis Kelantan.

Itu satu hal, namun ada lagi sejenis makluk spesis, tetapi yang ini lagi hebat, ibarat hantu raya, ia tak peduli sapa, semua ia belasah, kalau dulu ia kata ia cukup hormat dengan TGNA, tetapi sekarang dah berapa banyak ia hentam TGNA, dan yang terbaharu ia pun turut sama-sama menyibuk hal-ehwal istana negeri Kelantan, kenapa ya,,, ialah, ia ni pun masih ada tuannya, dah tuannya arah, jenis hantu raya ni ia setia dengan tuannya, sekali ia dapat habuan..

Apa tidaknya, tuannya dah mula risau jikalau Tengku Mahkota yang sekarang memangku tugas Sultan Kelantan dilantik menjadi Sultan,,, he he.. dulu kamcing sangat dengan Tengku Temenggong, sekarang Tengku Temenggong pun dah kena lucut, jadi Tuan empunya hantu raya ni pun gelabah puyuhlah.,, Tunggulah hukum karma yang akan tetap datang…

Manjung mari

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Jawapan balas Kickdefella boleh baca di sini




Responses

  1. Di Kelantan ada dua kuasa yang rakyat kena hadapi.

    1) Kerajaan yang memerintah yang diketuai oleh menteri besar. Menteri besar kena mengurus negeri ikut seperti perlembgaan.

    2) Kuasa Istana. Sultan atau pemangku Sultan yang duduk dibawah perlembagaan Kelantan.

    Kita percaya kekalutan yang berlaku di Kelantan ini, tentunya ada campur tangan pihak ke 3 yang pastinya ada kepentingan dan agendanya sendiri.

    Oleh kerana untuk mendapat kuasa eksekutif memerintah Kelantan itu melalui politik. Bukan mustahil bahkan sebenarnya lah UBN akan mengambil peluang mengeksploitasikan arahan dan perlembagaan dengan niat memporak perandakan kerajaan Kelantan.

    Kita juga kena faham bahawa kerabat dalam mana2 istana juga ada penyokong kepada fahaman politik masing2.

    Walau bagaimana pun kebenaran tidak pernah hilang walau dicampak kedalam sebusuk busuk perlimbahan. Kebenaran tidak semestinya zahir hari ini. Kebenaran itu hak tuhan(Allah), ia akan lahir bila kebenaran Allah buktikan.

  2. salam KK………..

    apa dua saja ka ???????

    ada satu lagi hang tak pemasuk……..
    tu yg dok bawak duit pitih ehsan tu……….
    tu pun kena kira gak……….
    depa pun ada kosa daaaaaaaa………….

    see u

  3. Salam

    Woou banyaknya N3 hari ni. Kena baca karanglah nampaknya, abe din ada hal nak gi jumpa setiausaha poltik najib jap.

    Hal orang lain, tapi dah dibawa ke rumah, kena sanggup jugalah.

  4. Rupanya Wan Hashim ni masih gila kuasa lagi yek?
    Abe Din rasa Abe Din tahu sape lantik dia tu, sapa jugalah sape yang ceraikan Istari Kedua Sultan tu!

  5. ku anis dalang kemelut ini

  6. pendedahan kickdifella nampaknya lebih hebat, ada fakta dan kebenaranya. Secara ikhlas saya tidak pernah meragui kepimpinan tok guru sebelum ini, tapi selepas membaca blog kickdifella, keraguan saya semakin tinggi kepada kepimpinan tok guru. kalau tiada usaha utk menangkis fakta kickdifella, saya percaya ramai lagi yg akan hilang kepercayaan kpd tok guru kita.

    • Assalamualaikum “min”

      sebelum hang pecaya apa yang ditulis oleh “kickdefella” tu hang kena kenal dulu “siapa” dia kickdefella tu. jangan terus pecaya ja, bak kata orang adakah kita boleh pecaya kepada pencuri yang mengaku tak mencuri? pecaya kepada pembunuh yang mengaku dia tak membunuh?

      inilah sikap “orang Melayu” yang mudah sangat terpengaruh dengan kata-kata orang yang tidak boleh dipercayai yang kita telah tahu latarbelakang dia memang buruk dan teruk. sama la jugak macam orang pecaya kat si siful tu yang dah tahu perangai dan latarbelakang dia, segala fitnah dia orang pecaya bulat2.

      berbaliklah kepada Islam, Islam mengajar kita cara terbaik dalam mengatasi sesuatu isu, itu sebabnya Islam ada hukum syara’ yang patut dipatuhi dan di ikuti, bukan bila orang bercakap saja, terus terima sehingga membelakangkan syara’ dan al-Quran sehingga sanggup mengutuk orang yang berilmu tinggi dalam bidang agamanya…… astaghfirullah……

    • Percaya pada Najib.
      Perdana Menteri Naik pangkat pasal Engin jet hilang

      Jangan percaya pada orang ugama
      Percaya pada orang Bn yang kuat islam.

    • salam,

      Sudah menjadi kebiasaan
      manusia ttg keyakinan.
      Ragu dan syak wujud.
      Apa nak di hairankan
      malah berapa ramai manusia
      meraguikan ttg. kenabian
      s.a.w. apatah lagi TGNA…
      sedangkan kedua2nya manusia
      biasa yg memliki kelebihan anugerah
      dari ALLAH swt.

  7. aloo min……
    hang kena tau sapa dia pelesit dlm episode nie…….
    pelesit aka hantu raya……..
    kalau hang tak jamu teloq kat dia………
    dia tokak hang balik…..

    hang cari laa sendiri sapa dia pelesit tu…….
    jangan dok pecaya sangat ngan pelesit ka…hantu raya ka……depa tu jenih suka tokak-tokak…..

    he he he

  8. ha ha ha ha ha ha ha ha
    nama pun dah kickdifella
    memang sesuai la nama tu dia pakai
    ha ha ha ha ha ha
    lebih elok nama freekick

    • KICKDEGILLA
      he he he

  9. nasik kandaq ! siapa hantu raya kickdifella ya? tapi kickdifella mempunyai fakta dan bukti yg tidak disangkal oleh semua pihak..betul-betul nampak kebenarannya. memangla ada syarak Al-Quran dan Sunah tapi sangkallah fakta-fakta kickdifela tu.

    saya kasihankan tok guru krn org sekeliling tok guru nampaknya bnk memberi kesusahan kpd tok guru

    • assalamualaikum min

      dia menulis dengan fakta yang direka2…. kalu betul fakta dia, buat la kenyataan secara terbuka atau buat laporan polis….. bukan kah dia telah dibuang dari tugas dia, dia ada rasa sakit hati dan berdendam, jadi kita yang tak tau hujung pangkalnya, jangan la turut berasa waham dan syak wasangka, nanti kita dapat dosa kering je

    • salam min……………..

      maaf……..lambat balas
      masa dok isap teloq dulu…….. pelesit ni tak buat kacau sangat…………
      lepaih tu.orang kenai dia ni……..
      kadang-kadang ‘tuan’ dia pun dia tokak…….
      dia rasuk……..
      habih tu depa berubat…….
      cabut keluaq dari badan……..perambat teruih……..
      teloq pun dah tak bagi dah………..
      tu yang mengamuk tu…………………

      tapi pelesit ni dok geng ngan hantu-hantu raya lain…….
      rata depa duduk…….
      tengah dok cari teloq la tu……… he he he

  10. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka aka
    Salam TGHA pun suka.

    Kena ada jiwa.
    Mana pergi jiwa.

    Alahai tak habis2.
    Dengan laporan polis.
    Sikit2 lapor, sikit2 lapor.
    Tak terterima dah laporan.
    Polis Malaysia.

    Kucing Kota semacam.
    Memberi ceramah.
    Nasik kandaq bo bo idea.
    Tambah juga.
    KeLiWoN dengan kickdefella.
    Sama2 seropa.
    Bo bo reti nak pilih nama.

    Kelate dah tak gi dah.
    Kalaulah manusia.
    Semacam jiwa dah tak ada.

    Itulah TGNA kena bersara.

    • Najib kena memerintah selamanya. Dulu kini dan selamanya
      Kerajaan Melaysia adalah kerajaan yang pertama jual enjin jet. Tidak ada dalam dunia berlaku demikian.

      Haparak kerjaan, beli kapal selam tidak boleh selam.
      Nak jaga pertahanan macam mana.
      Kenapa bodoh sangat.

      Inilah kerajan Bn yang memerintah Melaysia masa kini. Itupun mereka kata pandai memerintah. haparak kerajaan bn
      Lepas apa pula yang akan hilang

      Puterajaya akan hilang.
      Melayu akan hilang

      Cina akan kaya
      India kaya

  11. salam semua……..
    aloooooooooooooo budak tadika……

    ingat kot hang ada laa idea lepaih hang p betapa kt gua gendang ngan gua itik tu………
    ropanya dok macam tu jugak………….
    menceceh saja lebih……..
    idea pooociikkkkkkkkk….
    gendang saja bunyi kuat…….nak bagi orang menari….

    sekadaq gendang saja bedegaq………
    tak dak sapa yg nak menari……………

  12. salam BT

    apa habaq…. sonok cuti sekolah? makan angin hang kt mana? tetiba timbui….
    banyak ka baca buku untuk menambah ilmu dan unuk tambahkan “kecerdikan”?

    komen hang dok takat tu jugak… dok tak gi tak gi jugak…..
    budak tadika kena bersara dari menulis….. tak gi mana dah…. sekadaq dok takat tu dulu, kini dan selamanya……

  13. salam BT

    apa habaq…. sonok cuti sekolah? makan angin hang kt mana? tetiba timbui….
    banyak ka baca buku untuk menambah ilmu dan unuk tambahkan “kecerdikan”?

    komen hang dok takat tu jugak… dok tak gi tak gi jugak…..
    budak tadika kena bersara dari menulis….. tak gi mana dah…. sekadaq dok takat tu dulu, kini dan selamanya…

  14. aku ikut kickdefella dr dulu.. but yes, xsemua yg aku bace aku telan tanpa cerna t’lbih dahulu..n some cases dia ade point yg aku rase kerajaan kelantan kna jawab.. tp itulah, satu2 benda ni kita leh buat satu2 benda tu jd negatif kalo kita nk dia jd negatif..just tekankan negative side dia n tenggelamkan positive side smpi jd ignorance.,so,satu benda leh jd negative hasilnya.itu yg slalu kickdefella buat..n berlambak org termakan ngan pandangan dia..ingatlah, cerna btul2..

    anyway kes istana ni, aku mmg dah agak ramai yg amik kesempatan atas istana..n perasan x masalah timbul lpas pemangku naik n dia buat perubahan dalm pemerintahan istana/kerajaan..kalo perasan diraja kelantan byk project2 itu ini.tp hasilnya xdirectly dinikmati rakyat kecuali pihak2 tertentu..ini yg pemangku ubah n ramai yg melenting..dr itu la mulanye penentangan terhadap pemangku n usaha tersebut smpi efek kpd tuanku sultan..tp apepon usaha,sgt berharap bumi kelantan diperintah oleh yg benar2 layak n dpt mharmonikan..n harapnye suara rakyat klantan sntiasa didengar pemimpinnya..

    ps:dulu aku plik nape byk comment puji sheih kick.tp lpas beberapa komen aku xdiapprove, then i know:)

  15. Salam nasik kandaq
    Salam KeLiWoN.
    Salam Kucing Kota

    Khabaq baik.
    Semuanya baik2.

    Alahai.
    Cuti sekolah, biasalah.
    Kita nak cari jiwa.
    Jiwa kena cari.
    Baca buku pun.
    Kena ada jiwa.

    nasik kandaq.
    Nak komen, komen lah.
    Yang semacam menjerit tu.
    Pasai apa.
    BO BO Idea ke.

    KeLiWoN.
    Menggelepaq semacam aje.
    Dua kali posting yang sama.
    BO BO Ilmu lah tu.

    Kucing Kota.
    Memang tenang.
    Tak menjerit dan tak menggepaq.
    Dia, dia renong saja.
    BO BO Isu lah tu.

    Yang dok buat laporan polis tu.
    Buat apa.
    Buat susah polis saja.
    Nanti banyak yang sakit jiwa pulak.

    Bisiklah kat TGNA.
    TGNA kena berjiwa besaaar.
    Bersaralah, bagi peluanglah kat Husam.
    TG bolehlah mengajaq, berceramah.
    Sekurang2 pada se bo bo, se bo bo.
    Sekelian.

    Itulah TGNA kena ada jiwa.

  16. Kesiaaaannn…budak tadika
    sepanjang cuti sekolah ni dia cari
    jiwa yang hilang..

    Nasib baik dia terjumpa balik.
    Kalau tidak bt tentu tak balik2

    Cuma bimbang jiwa yang dia jumpa tu,
    bukan jiwa dia,
    tetapi jiwa orang yang sakit jiwa.

    Semoga bt tidak dijangkiti
    seperti tuan punya jiwa.
    anak imam yang bunuh keluarganya tu.
    Kamariah Katas adek Mansor Katas.

    • Salam Kucing Kota.

      Orang yang tidak ada jiwa.
      Orang masuk tak bagi salam.

      Orang kecil jiwa.
      Seperti kucing yang terkelip-kelip mata.

      Orang yang kurang jiwa.
      Seperti keli2 yang tahu hanya menggelepaq.

      Orang yang ada jiwa besar.
      Budak tadika yang berlogo hijau.

      Sebab itu hijau kesukaan TGNA.
      Hijau jugak kesukaan great chief.
      Begitu pun hijau kesukaan nasik kandaq.

      Bila suka2 buat laporan polis.
      Nanti polis2 akan sakit jiwa.

      Itulah TGNA kena berJIWA besaaar.

  17. pendedahan terbaru kickdifella mengenai surat drp hospital Elizabeth kpd tok guru menampakkan bahawa tok guru tahu apa yg sebenarnya berlaku tetapi dirahsiakan.

    saya harap pinkturtle dapat menangkis pendedahan ini kerana blog kickdifella ini telah banyak mempengaruhi kawan-kawan saya di pej. dulu mrk percaya kpd tok guru ttp nampaknya skrg ada perubahan yg amat ketara akibat blog kickdifella ini.

  18. 1 Malaysia = 1 israel

    Teruk sangat penyokong 1 malaysia
    Sampai tidak faham dunia luar

    1Malaysia sama lah juga dengan (=) 1 israel.

  19. 1. Majlis Maulid/Ta’lim Darul Murtadza pimpinan Habib Ali Zainal Abidin Alhamed : http://wp.me/piAx4-1go

    2. Taqwa Kepada Allah – Al Habib Umar Bin Salim Bin Hafidz : http://wp.me/piAx4-fn

    3. Merasakan nikmat membaca Al-Qur’an – Al-Habib Umar bin Muhammad Bin Hafidz : http://wp.me/piAx4-gb

    4. Cinta kepada Rasulullah SAW – : http://wp.me/piAx4-mj

    5. Menggapai Ridho Allah – Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz : http://wp.me/piAx4-uG

    6. Pendidik JIWA – Habib Umar Bin Hafiz : http://wp.me/piAx4-1gY

    7. Habib Umar bin Hafiz, Ulama Habaib Terkenal Masa Kini : http://wp.me/piAx4-oP


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: