Posted by: pinkturtle2 | Mac 24, 2010

Sultan Kelantan masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas – Pemangku Sultan

Sultan Kelantan Masih Gering: Pemangku Raja

Sultan Kelantan Sultan Ismail Yahya Petra masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan, demikian menurut anakanda baginda yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, Baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang DiPertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada sidang akhbar di Istana Balai Besar di sini, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.

“Kita telah menitahkan panel doktor-doktor pakar yang telah dilantik untuk membuat pemeriksaan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan mengangkat maklum kepada kita dalam tempoh secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,” titah Tengku Muhammad Faris Petra.

Baginda juga bahawa bertitah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Jan lepas, isu mengenai kesultanan Kelantan hendaklah diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri dan bukannya oleh mana-mana individu di luar majlis berkenaan.

“Sehingga Majlis Perajaan Negeri bersidang dan membuat keputusan mengenai perkara tersebut, kita selaku Pemangku Raja Kelantan tetap kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan dan akan terus menjalankan fungsi-fungsi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan mengikut perlembagaan negeri,” titah baginda.BERNAMA


Responses

  1. Salam..

    semoga dipermudahkan
    buat tuanku sultan ismail petra

  2. Bismillah hirrohma nirrohim

    Dengan nama Allah yang Maha menyembuhkan, dengan nama Allah yang Maha sempurna, dengan nama Allah yang Maha menyihatkan, dengan nama Allah yang Maha menyempurnakan, dengan nama Allah yang memiliki langit dan bumi, dengan nama Allah yang tidak memudaratkan sesuatu dibumi dan dilangit, dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui, ku mohon kepada Mu Ya Allah, berikan kesembuhan dalam apa jua penyakit yang dihidapai oleh Paduka Sultan dengan sebaik-baik kesembuhan sama ada penyakit jasmani maupun penyakit rohani. Hanya Engkaulah Maha Pengasih lagi Penyayang dan Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

    Amin, amin ya Rabbal ‘Alamin…..

  3. penulis banjingan kickdefella memulakan serangan kepada pemangku raja kelantan,nampak sangat penulis upahan ini menjadi barua kepada tg temenggong dan tg anis,selayaknya banjingan ini mati dipanah petir !

    • ABANG KELABU TAK BERAPA SETUJU MAMPUIH DIPANAH PETIQ…….ABANG KELABU SUKA KALU MAMPUIH DILANGGAQ LORI TAIK.

      ABANG KELABU MASUK JUGAK KOMEN KAT BLOG KICK DE GILLA TAPI
      KOMEN ABANG KELABU DEPA PADAM.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: