Posted by: pinkturtle2 | Mac 25, 2010

Tengku Faris kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan – Setiausaha MPN

Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota MPN pada 29 Mei tahun lalu - Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias

Tengku Muhammad Faris kekal Pemangku Raja Kelantan

25/03/2010 6:24pm

KOTA BAHARU 25 Mac – Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkata, pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta-merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, Tengku Abdul Aziz telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

“Ini jelas bahawa tindakan tersebut adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai,” katanya. – Bernama
………………………………………………………………………………………………………………………………………

Pelantikan Tengku Aziz Pemangku Raja Kelantan tak sah

25/03/2010 5:14pm

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata pelantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Tengku Abdul Aziz Hamzah sebagai Pemangku Raja Kelantan yang baru adalah tidak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan.

“Pelantikan Tengku Abdul Aziz tidak ikut Perlembagaan negeri kerana untuk sebarang pelantikan dan pemecatan ianya memerlukan dua pertiga persetujuan daripada ahli Majlis Perajaan Negeri dan bukannya daripada seseorang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Yahya Petra yang didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Muhammad Faris Petra, sebagai Pemangku Raja berkuatkuasa serta-merta.

Titah mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz, 76, abang kepada Tengku Razaleigh Hamzah, itu dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota di sini hari ini.

Mengenai keadaan Sultan Kelantan, Wan Hashim berkata: “Dia boleh bertitah, boleh bercakap dan ingatannya bagus.”

Katanya Tengku Abdul Aziz berpendapat bahawa tidak perlu dipanggil ahli MPN untuk diadakan mesyuarat bagi berhubung keputusan pemecatan Tengku Muhammad Faris kerana Sultan Kelantan sudah boleh bertitah dan sihat serta tindakan itu tidak salah.

Beliau berkata pihaknya akan memaklumkan kepada Tengku Muhammad Faris dan kerajaan negeri berhubung pengumuman itu.

Semalam Tengku Muhammad Faris bertitah ayahandanya, Sultan Kelantan masih gering dan beliau kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan untuk menjalankan tugas hal ehwal negeri sejak beliau dilantik pada 29 Mei tahun lalu disebabkan Sultan Kelantan gering dan terpaksa dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Baginda bertitah kesemua laporan mengenai kesihatan Ayahandanya selain daripada pakar doktor-doktor yang dilantik adalah tidak tepat.

Abdul Halim berkata satu sidang akhbar akan diadakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias, yang juga Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. — Bernama
………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Kerabat Nik Kelantan Sokong Tengku Mahkota Sebagai Pemangku Raja

KOTA BHARU: Kerabat Nik Kelantan (KNK) hari ini mengisytiharkan sumpah taat setia tidak berbelah bahagi kepada Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra dalam menjalankan tugas memerintah dan mentadbir negeri ini sepanjang Sultan Kelantan berada dalam keadaan gering.

Pengerusi Penajanya, Datuk Nik Sapeia Nik Yusuf berkata, KNK yang turut melibatkan Pertubuhan Kerabat Long Ghafar Kelantan dan Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan mengisytiharkan taat setia itu kepada Tengku Muhammad Faris Petra berdasarkan peruntukan dalam Majlis Perajaan Negeri.

“KNK mewakili keseluruhan kaum kerabat raja dan rakyat Kelantan khususnya menyatakan rasa kurang senang dengan krisis yang berlaku di istana ketika ini.

“Dalam perjumpaan kaum kerabat hari ini, kami sebulat suara menyokong dan mengisytiharkan taat setia kepada Sultan Kelantan dan juga Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra. Tidak ada orang kedua lagi.

“Kami juga menasihatkan mana-mana pihak terlibat supaya menghentikan pergolakan dan krisis perebutan kuasa yang wujud ini secepat mungkin bagi membolehkan Pemangku Raja menjalankan tugas kepada negeri, agama dan rakyat. Krisis ini perlu diselesaikan secara perbincangan kekeluargaan, bukan melalui media,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Telipot di sini hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Pertubuhan Kerabat Long Ghafar, Profesor Madya Engku Ibrahim Tengku Ismail dan Yang Dipertua Pertubuhan Raja Jembal, Nik Yusof Nik Muhammad serta bersama anggota jawatankuasa setiap pertubuhan.

Nik Sapeia berkata, seluruh ahli pertubuhan kerabat itu mahu semua pihak mematuhi peraturan yang sudah termaktub dalam perlembagaan dan menerima pelantikan Pemangku Raja sekarang.

Menurutnya, apa yang dilakukan pertubuhan itu ialah sebagai bukti mereka hanya menerima pelantikan dengan cara betul dan keputusan yang dicapai itu adalah untuk mempertahankan warisan beraja serta amanat nenek moyang.

“Apa yang kami buat ini adalah bukti bahawa kami hanya menerima pelantikan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja yang dibuat mengikut saluran betul dan keputusan sebulat suara yang kami berikan ini adalah untuk mempertahankan warisan beraja dan amanat nenek moyang kami.

“Kami mahu selamatkan institusi beraja supaya berada pada landasan betul dan tidak sewenang-wenangnya diperkotak-katikkan oleh pihak berkepentingan diri, kerana ini akan menjejaskan rasa hormat rakyat terhadap raja,” katanya.

Beliau berkata, KNK dan pertubuhan kerabat di negeri ini akan berusaha mengadakan perjumpaan dengan Pemangku Raja untuk menyatakan sokongan serta melahirkan kekecewaan dengan apa yang berlaku.

Sementara itu, Engku Ibrahim menyatakan rasa sedih dengan apa yang berlaku dalam istana masa kini dan menyifatkan ia tidak wajar berlaku.

Beliau berkata, kira-kira 50,000 ahli keluarga dalam pertubuhan itu melahirkan kekecewaan dengan krisis yang melibatkan istana, di samping meminta semua pihak menghormati kesihatan Sultan yang sedang gering. – BERNAMA
………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tengku Muhammad Faris Tenang Biarpun Ada Cubaan Rampas Kuasa

KOTA BHARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismai Petra tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan “merampas kuasa” melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.

Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 6 petang tadi dari Singapura, mampu melemparkan senyuman dan lambaian kepada rakyat dengan disambut pembesar Istana serta beberapa anggota exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

Sewaktu berjalan menuju ke kenderaan rasminya, baginda dihampiri para wartawan yang ingin bertanyakan reaksi baginda mengenai pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud bahawa Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Hamzah telah mendakwa Sultan Kelantan melantik beliau sebagai Pemangku Raja yang baru menggantikan baginda berkuat kuasa serta merta.

Tengku Muhammad Faris Petra hanya sempat menjawab sambil berjalan: “Tokleh (tidak boleh),Tokleh (tidak boleh), nanti biar sudah. Ginilah kirim salam kat semua orang,” katanya dengan tersenyum dan berlalu menaiki kenderaan baginda.

Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta. Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama,Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkata, pengumuman Wan Hashim awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, Tengku Abdul Aziz, abang kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

Mohd Aiseri berkata, oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.

Pada sidang media yang sama, Ahmad berkata, pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.

“Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.

Ahmad berkata, sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Hashim berhubung mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja. – BERNAMA


Responses

  1. wan hashim sudah ditahan polis,bila agaknya penulis banjingan kickdefella akan ditahan polis di bawah akta hasutan.rosli ibrahim serta konco-konconya juga elok ditahan sama kerana mewujudkan situasi yang tidak aman di kelantan,

  2. Hal sultan saya kira tidak perlu di bincangkan.

    Hal royalty ok la juga.

  3. Datuk Wan Hashim ni langsung takdak simpati kepada Baginda Sultan yang masih lagi gering itu.

    (Mengenai keadaan Sultan Kelantan, Wan Hashim berkata: “Dia boleh bertitah, boleh bercakap dan ingatannya bagus.”)

    Ini 2 petikan kenyataan Wan hashim.

    Katanya Tengku Abdul Aziz berpendapat bahawa tidak perlu dipanggil ahli MPN untuk diadakan mesyuarat bagi berhubung keputusan pemecatan Tengku Muhammad Faris kerana Sultan Kelantan sudah boleh bertitah dan sihat serta tindakan itu tidak salah.

    (Sultan Ismail Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta. Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.)

    Isu ini adalah isu penting kepada kerabat istana yang ada hubungkait dengan takhta negeri Kelantan. Menduduki takhta, adalah sesuatu yang meletakan tuan punya diri dan keluarganya mendapat keistimewaan darjat bila dilantik sebagai sultan.

    Kalau Wan Hashim mendakwa yang baginda

    ” Mengenai keadaan Sultan Kelantan, : “Dia boleh bertitah, boleh bercakap dan ingatannya bagus.”

    Bukankah lebih baik dia memohon supaya sultan meneruskan pentadbirannya dinegeri Kelantan, atau Wan Hashim buat satu sidang akhbar tunjukan kepada rakyat dan jemput semua media hadir untuk membuktikan dakwaannya.

    Siapa sebenarnya yang menjadi dalang wayang kulit yang Wan Hashim main ini?.

    Fuluss!!! Fulusss!!!…

  4. Hail to Tg Faris .


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: