Posted by: pinkturtle2 | Mac 26, 2010

Jawatan YDP Majlis Perajaan Telah Dibatalkan Oleh Pemangku Raja Kelantan

Kami rakyat Kelantan menyokong penuh dan sentiasa berada di belakang kepimpinanan kerajaan negeri dan menyatakan taat setia kepada pemerintah yang sah mengikut perlembagaan Negeri Kelantan

Jawatan Tengku Abdul Aziz dibatalkan Pemangku Raja Kelantan

2010/03/26 11:29:46 AM

KOTA BHARU: Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri Kelantan, Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah dibatalkan jawatannya oleh Pemangku Raja Kelantan mulai semalam.

Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri Kelantan yang baru.

Keputusan diumumkan Setiausaha Majlis Perajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias.Utusan

…………………………………………………………………………………………………………………………………

Datuk Wan Hashim Wan Daud (Setiausaha Sulit Palsu) telah ditahan polis

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri ditahan

26/03/2010 2:56am

KOTA BHARU 25 Mac – Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan polis di rumahnya di Taman Seri Aman, Kubang Kerian di sini malam ini.

Beliau yang ditahan pada pukul 8.40 malam kemudian dibawa dengan kenderaan polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Penahanannya dipercayai mempunyai kaitan dengan penglibatannya sebagai `Setiausaha Sulit’ Sultan yang telah membuat pengumuman rasmi pagi ini dengan mendakwa Sultan Kelantan telah menitahkan pemecatan pemangku raja. – Utusan


Responses

  1. eloklah tu,baru aman sedikit negeri kelanatan tapi takkan qan hashim seorang yang tahan polis di bawah kanun keseksaan,tahan pula tok dalangnya sekali iaitu tg anis,tg temenggong yang menjadi mastermind dlm kemelut ini juga barua-barua mereka spt syed azidi – kickdefella,rosli ibrahim salor,ibrahim mamat dan lain-lain yang cuba mengganggu gugat kuasa pemangku raja kelantan.
    HIDUP TG MAHKOTA 3X !

    • kita sebagai org islam ..kena la terima qada qadar drp Allah SWT…raja perempuan and the gang kena la terima hakikat…bahawa sanya kita bukan boleh dok atas sokmo…rakyat la ni bkn nya bodoh mcm dulu…mereka blh menilai sapa yang betul dan sapa yang salah….hentikan lah pada gila kuasa tu…dan terima hakikat yang era tuanku sudah berakhir

  2. Salam 1Malaysia.

    Kesian kat Tok Guru.
    Selama ini, ropa2nya.
    Depa tak segan pun.
    Pada Tok Guru.

    Sepatutnya.
    Tok Guru menjadi tempat.
    Untuk segala rujukan.

    Tu lah, TGNA kena bersara.

  3. syukur ALHAM DULILLAH, semoga DARUL NAIM berkibar dan bersemangat, aman damai sentiasa di bawah naugan TENGKU MAHKOTA, DAULAT TUANKU 7X. saya sokong tak berbelah bagi dan harap POLIS dapat cari yang menghasut seperti TOK KI WALE cerita tadi. DAULAT TUANKU7X

  4. Congrats to my uncle, YAM Tengku Laksamana Kelantan.

  5. Alhamulillah..moga2 kelantan akn lebih makmur selepas kemelut ini..berkat doa seorng tok guru..

    aminn..

  6. Alhamdulillah semoga selamat dan berkekalan…
    perlantikan ini.

    Kenapa?. Cuba bayangkan kalau YDP Majlis Perajaan lambat atau tidak dibatalkan, dalam tempoh tersebut jadi sesuatu kepada Baginda Sultan, tentulah YDP Majlis Perajaan ini yang akan diangkat menjadi Sultan. Sebab beliau sendiri diangkat menjadi pemangku Sultan. Selalunya pemangku Sultan lah yang akan ditabal sebagai Sultan.

    Kalau Tengku Abdul Aziz Hamzah sudah ditabal sebagai Sultan, ertinya nasab Sultan Ibrahim nenenda Pemangku Sultan tiada lagi.
    Mana mungkin beliau akan melantik Tengku mahkota dari keluarga Sultan Ismail.

    Sekiranya ini terjadi yang dapat tempias faedah hanya Tg.Anis kerana Tg Aziz ayahanda saudaranya.
    Maka malanglah kerabat yang sewajarnya menyambung amanah almarhum Sultan Ibrahim kepada anakanda dan permaisurinya.

    Apa sebenarnya Tg. Anis ini hendak?

    Semoga tiada lagi krisis istana selepas ini demi kebaikan rakyat Kelantan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: