Posted by: pinkturtle2 | April 2, 2010

Titah Sultan tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika – PPMM

titah Sultan itu langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang sebelum ini mahu disebat secara syarie atas kesalahannya itu dilaksanakan.Hak dan ku asa sebagai ketua agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri,Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada hukum syarak - PPMM

Khidmat masyarakat: Peguam Muslim bantah

Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) hari ini menzahirkan perasaan dukacita mereka dengan arahan Sultan Pahang yang meringankan hukuman sebatan syarie ke atas bekal model Kartika Sari Dewi Sukharnor kepada perintah menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan.

Menurut PPMM, titah Sultan itu langsung tidak mengambil kira hasrat dan kemahuan Kartika yang sebelum ini mahu disebat secara syarie atas kesalahannya itu dilaksanakan.

Kartika ditahan pihak berkuasa ketika minum arak di sebuah resort di Cherating pada 11 Julai 2008 dan selepas mengaku bersalah, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan.

“PPMM yang mewakili lebih seribu ahli yang berkelulusan undang-undang dan syariah khuatir titah perintah ini tidak mempunyai keabsahannya di sisi undang-undang kerana walaupun bertindak sebagai ketua agama negeri KDYMM Sultan Pahang seharusnya mempertahankan undang-undang Islam serta memperkukuhkan institusi mahkamah syariah.

“Hak dan ku

asa sebagai ketua agama hendaklah dijalankan mengikut hukum agama itu sendiri,” menurut kenyataan media yang dikeluarkan di Bangi, Selangor.

Kata PPMM lagi, undang-undang Islam telah menetapkan secara definitif hukuman bagi kesalahan meminum arak.

“Walaupun sebatan syarie sebanyak enam kali itu tidak mencapai jumlah yang ditetapkan oleh hukum syarak, namun ianya hendaklah dilaksanakan juga kerana ia lebih hampir kepada hukum syarak.”

Sebatan syarie amat ringan

Menurut PPMM, mereka juga musykil peringanan hukuman itu yang didakwa berasakan faktor kemanusiaan sedangkan hukuman berkenaan sendiri adalah amat ringan dan mempunyai falsafahnya yang tersendiri.

“Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya,” kata kenyataan itu.

PPMM berkata undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diperkenan oleh Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah.

“Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan hukum syarak.

“Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini,” kata kenyataan itu.

Menurut PPMM lagi, tindakan beberapa ahli-ahli politik termasuk menteri-menteri dan kumpulan NGO lain berhubung isu itu jelas membelakangkan undang-undang Islam dalam pendirian mereka mengaut keuntungan politik atau populariti.

Kartika mula jalani khidmat masyarkat

“Setiap undang-undang yang ditetapkan oleh Allah itu mempunyai falsafahnya yang tersendiri dan kadang-kadang menjangkaui logik akal manusia. Oleh itu, kita tidak boleh menggunakan akal fikiran sendiri bagi menandingi ketetapan Allah itu.”

Berikutan titah Sultan Pahang itu, Kartika memulakan hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, di Kuantan kira-kira jam 9.35 pagi tadi.

Sebelum itu, beliau diberi taklimat di Bahagian Penguatkuasa di Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) selama 20 minit.

Kartika menerima sepucuk surat Rabu lalu yang memaklumkan mengenai keputusan itu.

Surat berkenaan ditandatangani Timbalan Yang Dipertua, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu, Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Surat tersebut berbunyi:”Menjunjung titah perintah kebawah Duli Yang Maha mulia Sultan Pahang, saya dengan ini memaklumkan kepada Puan bahawa berikutan daripada Majlis Mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang yang diadakan pada 3 Mac 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sulatan Pahang selaku Ketua Agama Islam Negeri Pahang telah berkenan memutuskan bahawa sebagai ganti kepada hukuman sebat Puan dititah perintah supaya menjalankan kerja khidmat kemasyarakatan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatima, Kuantan di alamat Jalan Tengku Muhammad, 25050 Kuantan selama 3 minggu mulai 2 April 2010.”

Malaysiakini

Sebatan syariah amat berbeza dengan sebatan sivil yang mencedera dan menzalimi pesalah. Sebatan syariah lebih bersifat mendidik sebagaimana bapa mendidik anaknya.Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan hukum syarak



Responses

  1. LEBIH BEIK TOSAK DIBUAT ENAKMEN JANAYAH SYARIAH LANGSUNG KALU TADAK IKHLAS MAU MENJALANKANNYA.

    ABANG KELABU TAW LA. DEPA TU BUKAN APA….
    TAKUT KAT AMERIKA DAN ISRAEL LA. KALU
    HUKUMAN SEBAT DI JALANKAN…… NANTI AMERIKA NGAN ISRAEL TAK WAW BERSAHABAT.
    KENA JAGA JUGAK HATI SAHABAT TU WALAUPUN
    MEMBELAKANGKAN KURAN DAN KADIS.

    TAK GITU KOSING GIGI JONGANG ?

    he he he
    abang kelabu gurau ngan kosing jongang

  2. oii lord reid pukimak lebih baik hang jangan campur tangan dalam hal ni , hang mana tau bab ni yang hang tau maki ,mai kita maki mai

    • ANJIN……. ANJIIIIIIIIIN

      APA LA ADIK HAJI KAPIAQ NI MAI DOK MAKI2 NI…….. APA SALAH ABANG KELABU NI…. MASA ADIK KAPIAQ MAI TU……. TENGOK JAM…… MASA
      NI KALU ORANG ISLAM DOK KAT SURAU DAH…… BUKAN DOK MELALUT TAK TENTU PASAI.

      KITA TADAK MAKI ADIK KAPIAQ HAIH…….. KITA MINTA JUBUQ TAIK JER..
      YANG ADIK KAPIAQ JAJA WAKTU2 SOLAT MACAM NI. NGAKU ISLAM…..
      KALU KITA KATA KAPIAQ MAGHAH. NENTAH2 HANG NI GHUSAK SEJAK NENEK MOYANG TUGHUN TEMUGHUN LAGI.

      he he he

      kita terliuq kat jubug taik kapiaq

  3. salam bro n sis…….
    salam adik kartika……………

    kan kah manis dan cukup sopan…….bila adik kartika berpakaian macam tu……
    bila dok pakai macam tu…….tak laa ada yg berani ganggu………
    buah nangka bila dibungkus dan dibalut…….tentu bebas dari serangan ‘ulat’ dan serangga…………bila dah masak ranum……tentu sedap dimakan…………

    bila dah pakaian mengikut acuan Islam…..
    kita nak langgar hukum Islam pun rasa kekok dan malu dengan ‘tarbiah’ pakaian kita tu……..

    teruskan dengan adab ini…..tentu tidak ada lagi ‘fitnah’ melanda diri……..
    upgrade yr Islamic touch………………

  4. Apa dah dah jadi dengan Melayu Kita ni? Dah la hukum Allah swt tak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya, dok kata pulak hukuman sebat ni zalim. Jangan lupa bahawa hukum yang dilaksanakan ini kehendak Allah swt. Kalau kita katakan hukuman ni zalim, secara tak langsung kita mengesahkan bahawa Allah swt tu zalim. Kalaulah kita rasa hukum ni zalim, kenapakah kita masih mengaku diri kita ni hamba Allah swt dan muslim? Apa beza kita dengan orang bukan Islam?
    Di negara kita ni memang pelik. Penghinaan terhadap Allah swt, Nabi Muhammad saw atau Hukum hakam Islam dibenarkan tapi tak boleh terhadap pemimpin negara sama ada terhadap Sultan maupun dari BN (UMNO terutamanya). Dakwaan di mahkamah akan dikenakan. Teguran terhadap pemimpin tersebut tak boleh dibuat dan dianggap menderhaka. Awat penderhakaan terhadap manusia lebih berat hukumnya dari penderhakaan terhadap Allah swt? Yang hangpa dok solat 5 waktu sehari tu buat apa? Lebih baik hang pa pi sembah Sultan atau Geng BN tu (terutama Tok Det Kerling – keramat seperti Melayu Kuno)? Yang hairan ialah puak ni pun solat 5 waktu seperti kita juga. Jadi ….. inilah bodohnya Melayu kita, yang sebodoh-bodohnyanya. Logik akal sikit pun tak ada. Patutlah Che Det Kerling kata Melayu Mudah Lupa. Dia tu tak lupa sebab dia bukan Melayu (sama seperti Tok Sami @ Sammy) tapi mengaku sebagai Melayu supa boleh jadi pemerintah, yang bodohnya Melayu kita.\
    La ni kita fikir secara jelas dan teliti, adakah kita perlu bertaqwa kepa Alla swt atau kepada Sultan? Fikir-fikirlah dengan jelas wahai Melayu Ku. AKU tetap pilih Islam dulu …. 1 Islam …. kan Islam ada 1 aje.

  5. Assalamualaikum….

    apa dah jadi dengan hukum Allah. Raja-Raja Melayu yang diperkatakan sebagai ketua agama rasmi negara iaitu agama Islam telah membuat keputusan mengatasi hukum Allah. Sudah lah hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah itu pun tidak mengikut yang sepatutnya, itu pun diatasi oleh “titah perintah Sultan”???

    “titah” siapa yang lebih berkuasa? titah Allah atau titah Sultan? kemana perginya para ulama dan mufti? adakah sekadar membisu dan “menjunjung titah perintah” tanpa bersuara dan menasihati Sultan?

    Dunia sudah akhir zaman……

  6. hahahaha.. kejadian paling klaka..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: