Posted by: pinkturtle2 | April 23, 2010

Mereka beli orang dengan memberi kontrak untuk lompat parti – DSAI

Saya mahu tunjuk kepada Umno. Mereka boleh beli orang dengan memberi kontrak kepada mereka untuk lompat parti.Tapi rakyat majoriti daripada semua kaum menyokong pakatan rakyat, PKR, PAS dan DAP,rakyat pada hari ini sudah bijak menilai dan mereka akan menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah dan tidak telus dalam pemerintahan mereka - DSAI

DSAI Yakin PKR Menang Majoriti 30,000 Undi

BATANG KALI: Pakatan Rakyat (PR) yakin calon mereka daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim akan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor 25 April ini dengan majoriti 30,000 undi.

Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengundi di Hulu Selangor sudah bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan ‘janji-janji politik’ yang ditaburkan oleh Barisam Nasional pada PRK kali ini.

“Mereka boleh beli tiga orang dan tiga puluh orang tapi 30,000 lagi masih sokong kita di Hulu Selangor.

“Saya nak kita menang majoriti semua kaum, Melayu, Cina, India dan Orang Asli menyokong Pakatan Rakyat (PR),” katanya ketika berucap pada ceramah umum di Dewan Orang Ramai, Kg Gurney Hulu Yam Bharu di sini malam tadi.

Menurut Anwar, rakyat pada hari ini sudah bijak menilai dan mereka akan menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah dan tidak telus dalam pemerintahan mereka.

“Saya mahu tunjuk kepada Umno. Mereka boleh beli orang dengan memberi kontrak kepada mereka untuk lompat parti.

“Tapi rakyat majoriti daripada semua kaum menyokong pakatan rakyat, PKR, PAS dan DAP,” katanya.

Anwar yang juga Penasihat PKR menyeru pengundi di sini memilih pemimpin yang ada prinsip seperti Zaid.

“Kalau Datuk Zaid menang dan masuk Parlimen dia akan jadi hero kita, dia akan lawan untuk rakyat. Ini dia calon kita,” katanya.

Beliau berkata pemilihan Zaid sebagai calon membawa tuah kepada rakyat Hulu Selangor.

“ Dulu dia dalam Kabinet letakkan jawatan sebab tak puas hati dengan keputusan Jemaah Menteri dalam isu Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA).

“Sebab itu saya mintak anda semua mengundi Pakatan Rakyat pada 25 April ini,” ujarnya.

Ketua Pembangkang itu berkata, jika hendak memilih pemimpin pengundi perlu bijak membuat pilihan dengan memilih mereka yang tidak mengamalkan rasuah.

“Kalau hendak jadi pemimpin di negara ini kita perlu cari yang ada prinsip.Kita tidak rasuah, pemimpin kita tidak sombong… kita tidak ambil tanah orang.

“Anda semua tahu kami tolong orang Melayu, Cina, India, Iban dan Orang Asli di negara ini,” katanya.Mstar

Advertisements

Responses

  1. salam…

    Tanya sat kat Zaid pasai nk laksanakan hukum Hudud kat Malaysia, aku teringin nak dengaq apa jawapan dia..??
    PAS SOKONG ZAID….TAKEBEER..
    haha

    • ANJIN……. ANJINNNNNN

      APSAL PULAK NAK NANYA KAT ZAID NIE………
      PATUT ADIK KAPIAQ HABAQ TEGHUIH HANG SOKONG TAK HUDUD?
      PASAIPA ADIK KAPIAQ PON NGAKU ISLAM. TOSAH DOK PONG PANG PONG PANG KAT ZAID LA.

      KITA TANYA ADIK KAPIAQ……… PASAIPA NAK SUH ZAID JAWAB. GILA LA ADIK KAPIAQ NIE.

      he he he
      gurau ngan ANJINNNNNNNNNNNNNN

      • salammm

        ala..wey…aku soh tanya ZAID tu…pasai hudud, pi tanya saja la
        atas pentas depan nik najis…
        hahaha
        tanya sekali pasai hukum murtad…
        hahaPAS sokong ZAID….
        Anti HUDUD
        malu malu malu…tak beretika langsung
        muka selipar la..PAS ni

    • kau ni ketinggalan zaman la rempahman…kalau tak silap aku zaid tu dah lama jumpah TGNA dan tarik balik bantahan dia ttg hukum hudud….kalau nak bagi komen pun agak2 la….

  2. memang betul pun yang keluar parti telah dijanjikan dengan pelbagai habuan bukan setakat kontrak je. macam-macam lagi la.

  3. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

    JANGAN. jangan lupa kepada dasar kehidupan rakyat : TANAH, AIR, API dan ANGIN.
    JANGAN, jangan terlupa dan tertidur bersama sistem kapitalis yang membolot semua faktor penting tersebut.
    SEBUT tentang menuju” ke PENDIDIKAN PERCUMA bagi semua rakyat dan JANGAN LUPA KESIHATAN dan PERUBATAN PERCUMA kepada rakyat.
    SEBUTLAH RANCANGAN BERKENAAN.
    NEGARA bukan dibolot dan dikuasai oleh ELIT KAYA RAYA. KEKAYAAN TERBATAS.
    MEREKA tidak boleh bolot semua ‘BASIC COMMODITIES”.
    TIADA LAGI perbagaian dewan niaga YANG BERKUASA yang menentukan HARGA BARANGAN dan aliran pasar bebas.

    BOleh BAHAS, silakan. Maaf. -Aq

  4. kalau betul macam si hasni rahmat cakap tu … takkan la bn nak bagi semua kontrak kepada semua orang daripada ahli parlimen sampai ke peringkat ahli bawahan. mungkin ada kesilapan dalam kepimpinan PKR yang pemimpin tidak perasan atau buat – buat tak tahu. muhasabah la diri demi kebaikkan dan jangan menuduh orang lain tidak tentu pasal.

    • TIDAK SUMA ORENG DAPAT KONTRAK TUE. ORANG MACAM HANG JE DAPAT.
      YANG LEIN DAPAT RIBU2, RATUS2, PULUH2….. YANG DAPAT 5 RINGGIT RAMAI…….. DALAM BENTUK DUIT DAN BARANGAN.

      RM 5.00 – BAAAAAAYAK2
      PULUH2 – RAAAAAMAI2
      RATUS2 – JARANG2
      KONTRAK – KADANG2

      he he he

      • salam..

        ala..wey…aku soh tanya ZAID tu…pasai hudud, pi tanya saja la
        atas pentas depan nik najis…
        hahaha
        tanya sekali pasai hukum murtad…
        hahaPAS sokong ZAID….
        Anti HUDUD
        malu malu malu…tak beretika langsung
        muka selipar la..PAS ni

  5. Pinkturtle…

    Dalam semua parti ada masaalah tersendiri. Dalam parti juga ada berjenis gila. Ada ahli gila nama, gila pangkat, gila duit, gila kuasa… dan gila ini boleh diubat dengan rasuah.

    Parti UMNO ditubuhkan pada asalnya adalah untuk kebaikan masyarakat khususnya bangsa melayu. Tapi disebabkan dalam parti itu ada ramai pemimpin yang gila… mereka telah membuat berbagai peraturan dan undang-undang khusus untuk memberi kelebihan pada kedudukan mereka untuk terus berkuasa.

    Anuar Ibrahim adalah bekas pemimpin UMNO… kenapa dia disingkirkan dari parti itu..? Alasan pengingkirannya adalah dia seorang pengkhianat parti… benarkah tuduhan itu atau sekadar untuk mengelirukan ahli bawahan..?

    Setiap orang yang menjadi pemimpin dalam sesebuah parti mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam diri masing-masing.

    Dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor yang bertanding sebenarnya adalah Datuk Seri Mohd. Najib diwakili oleh P. Kamalanathan dari BN dengan Datuk Seri Anuar diwakili oleh Zahid Ibrahim dari PKR (Pakatan Rakyat).

    Kenapa kita sokong Datuk Seri Mohd. Najib Razak…? Dan kenapa pula orang lain menyokong Datuk Seri Anuar Ibrahim..? Sedangkan kedua-duanya mempunyai masaalah peribadi dan kelemahan yang selalu dipertikaikan oleh masyarakat…?

    Sebagai rakyat yang suka mengambil tahu hal yang berkaitan dengan politik perlu berfikir waras dan bersikap adil pada perasaan sendiri.

    Jangan kerana kita telah termakan budi dengan seseorang pemimpin dari sesuatu parti maka kita akan terus sokong semua orang yang ada dalam parti pemimpin tersebut tanpa menilai secara rasional.

    Pengundi di Hulu Selangor perlu faham pilihanraya kecil yang diadakan itu adalah untuk memilih ahli parlimen yang boleh menyuarakan masaalah penduduk berbagai kaum dalam dewan.

    Bolehkah seorang ahli parlimen dari BN mempersoalkan kelemahan kerajaan menyelesaikan masaalah rakyat dalam dewan…?

    Jawapannya mereka tidak akan cakap. Apa yang dapat kita lihat dalam dewan mereka akan putar belitkan bukti dan fakta berkaitan kelemahan kerajaan. Untuk kepastian, sila ikuti perkembangan semasa dalam parlimen. Benarkah ahli parlimen BN memperjuangkan masaalah rakyat…?

    Oleh kerana itu calon dari Pakatan Rakyat,Zahid Ibrahim adalah lebih sesuai menjadi ahli parlimen di Hulu Selangor berbanding P. Kamalanathan kerana Zahid Ibrahim boleh menyampaikan masaalah rakyat dalam dewan tanpa perlu menjaga protokol BN atau menutup kelemahan pemimpin kerajaan.

    Pengundi Hulu Selangor wajib diberitahu bahawa pilihanraya kecil ini adalah untuk melantik ahli parlimen yang mewakil rakyat dan bukan menjaga kepentingan pemimpin parti kerajaan.

  6. UMNO adalah parti yang mengumpul pemimpin yang mengambil rasuah dan pemberi rasuah jika perkara ini berterusan

    Dan umno akan disokong oleh pencacai yang rela dan redh untuk ditipu dan diperbodohkan sepanjang hayat mereka.

    Sebilangan pencacai mereka mendapat pendidikan tinggi tetapi pemikiran mereka sentiasa dijajah oleh harta,wang dan kuasa.

  7. salam,,
    pengundi hulu selangor harus memberi peluang kpd muka baru untuk mewakili
    mereka kerana calon seperti zaid amat ketara dengan kelemahan2 seperti
    1. menentang hudud
    2. proksi dap
    3. menyebelahi isu murtad
    4. minum (beer je tak pe sbb beer bukan arak kata orang pakatan rakyat)
    5. judi
    seharusnya kita beri peluang kepada orang baru untuk membuktikan kemampuannya.
    orang mcm zaid akan bawa kepentingan anuar sahaja ke parlimen.

    • hehehe…apakata kita tanya pulak pendapat datok seri najib tentang hudud dan judi di malaysia?agak2 apa jawapan dia?

      • salam 1 malaysia,
        tak payah tanya najib tapi tanya dulu kat nik ajis???
        kan pas for alll….

    • Sokong orang calon India boleh

      1. Laksana hukum Hudud 1Malaysia
      2. proksi MIC
      3. Menyebelahi yahudi zionis
      4. Orang UBN kata kamal ni Islam 1malysia
      5. Akan mengharamkan ARAK tetapi orag islam 1malaysia boleh buka kilang arak.
      6. Judi – lesen kasino akan diberi pada kaum india pula (kaum yang disanjung tinggi oleh melayu ubn.
      Orang cina dah dapat gunung kasino.

      Kawasan majori Melayu ubn mahukan orang India jaga.
      Tiada maruah langsung. Orang melayu di buta tulikan oleh UBN

      Macam ni nak jaga Melayu.

  8. Terima kasih UBN kerana berkempen untuk orang India.

  9. Assalamualaikum,
    Kepada sesiapa yang masih tak faham-faham isu HUKUK HUDUD DAN ZAID DIKELANTAN boleh layari laman ini

    http://nmjnh.wordpress.com/2010/01/18/penjelasan-kenapa-zaid-saman-hudud-dikelantan/

    Kemudian kalau dah faham tak usah la nak melalak lagi isu lama tu. Kalau masih tak faham, cepat-cepat la bertaubat, insyaallah akan diberi hidayah oleh Allah swt

    Kalau nak bercakap pasal judi, sila nasihatkan dulu towkey-towkey UMNO agar menutup pusat judi mereka dan jgn keluarkan lesen. Kat sini ada senarai kekawan UMNO yg terlibat judi secara terang-terang

    http://nmjnh.wordpress.com/2010/04/22/prk-p94-hulu-selangor-senarai-pemegang-saham-judi-umno/

  10. salam 1 malaysia..
    kan dulu bang anuar kata
    ‘malaysia ini bukan melayu yang punya….
    malaysia ini orang cina yang punya
    malaysia ini orang india yang punya….’
    so maka kerajaan laksanakannya..
    hehehe…
    melayu ni memang mudah lupa..
    dulu kan bang nuar kata semua kena sama rata..depan belakang semua sapu rata
    kenapa nak marah pulak!!!!

    • ANJIIIN………ANJIINNNNNN

      MUKA TADAK MALU LA…… DIHINA, DICERCA , DOK MAI TUNJUK MUKA KAPIAQ.

      SESIAPA YANG MENGKAPIAGKAN ORANG-ORANG BERIMAN MAKA SESUNGGUHNYA DIA MENJADI KAPIAG. SESIAPA YANG TIDAK MENGKAPIAGKAN ORANG KAPIAG, DIA MENJADI KAPIAG. DAN SESIAPA YANG RAGU TENTANG KEKUFURAN ORANG KAPIAG, DIA MENJADI KAPIAG.

  11. PUNGKOQ AFTAR PON DA SAMA RATA…

    EKEKEKEEKEKKKKKK……


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: