Posted by: pinkturtle2 | April 23, 2010

Dua Katak di Perak Bebas Dari Tuduhan Rasuah

BEBAS ... Dua bekas Exco Pakatan Rakyat, Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi (kanan) dan Adun Changkat Jering Kapten (B) Mohd Osman Jailu menunjukkan tanda bagus selepas dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini. Turut dibebaskan daripada tuduhan sama ialah bekas Adun Bota, kapten (B) Usaili Alias, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Cul Hassan dan kontraktor, Fairul Ismail (di belakang). Kesemua mereka dituduh melakukan rasuah berkaitan projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar pada tahun 2008. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh dalam keputusannya berkata keputusan dibuat kerana pihak pendakwa raya gagal membuktikan kes prima facie

Dua Bekas Exco Perak Bebas Tuduhan Rasuah

IPOH: Dua bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak bersama tiga individu lain dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Dua bekas anggota Exco terbabit ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.

Kedua-dua mereka adalah bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas.

Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.

Kesemua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. – BERNAMA

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

ulasan blog lain

Kalau mike semua nak kelihatan bersih, join je Downline Najib (Umno) gerenti apa saja tuduhan keatas anda boleh diterbalikkan. Baik kes rasuah, rogol, apa kes sekali pun yang melibatkan mahkamah (Umno) boleh kowtim punya. Ini bukan kes pertama dan terakhir, selagi BN diberi memerintah selagi itulah Mahkamah dan mana-mana Institusi yang berkepentingan akan mereka kudakan untuk kepentingan politik songsang depa ni.

Umno sendiri yang mengatakan 2 katak ni terlibat dalam rasuah, namun bila katak-katak ni melompat dan menyokong taat setia kepada kepimpinan Lanun dalam rampasan kuasa di Perak, inilah jawapannya. Jawapan yang sememangnya dah diduga dulu, kini dan selamanya.


Responses

  1. “Nampak gaya.. 2 katak belaan ini sudah menerima upah masing masing…. Bagi seekor lagi yang tidak menghadapi kes rasuah, sudah diupah dengan gelaran “Datuk”… tetapi, PRU13 nanti, mahu ke BN calonkan 3 ekor katak ni bertanding lagi di kawasan masing masing…??? masa tu baru padan muka depa ni….!!! baru tau BN hanya memperguna depa saja….

    Inilah bukti bahawa yang melompat parti tu sudah ada deal dengan BN/UMNO untuk melompat… sebarkan maklumat ini di Hulu Selangor!!!

  2. Salam.

    Tak baik.
    Tak baik panggil orang katak.
    Kita kan Melayu Islam.
    Kita kena guna bahasa yang baik.
    Terutama perjuangan pimpinan ulamak.

    Kita kena hormat orang.
    Baru orang boleh hormat kita.

    Depa keluaq PKR dulu, ada sebab.
    Sebab apa, kita tak tau.
    Kita, jangan dok sondoi, sondoi.
    Yang kerja sondoi, sondoi tu.
    Kotoq.

    Tentang kotoq.
    great chief tau.
    nasik kandaq tau.
    Kucing Kota tau.
    GUBIQ tau.
    Kesian kat depa.
    Nak komen pon, rasa susah.

    Sekadaq kena ada jiwa.

    • TAK BEIK PANGGIL KATAK……..
      PANGGIL BEWAK JER

  3. Depa keluaq PKR dulu sebab apa?..sebab dh masuk jerat umngookk..bkn susah pon jawapan dia..kl x kna jerat dgn duit..kompem kna dakwa dgn SPERM..

  4. kick de gilla @ syed azazil terus mabuk dgn posting dlm blognya,dasar banjingan penulis upahan ini belum lagi berani menyahut cabaran tulang besi,supaya melaporkan terus kepada SPRM apa yang didakwanya penyelewengan kerajaan Pas Kelantan.Perangainya sebijik mcm setan botak yang mabuk setelah tongok arak bergelen-gelen.
    Dulu dia sibuk pasal hal konflik istana kelanatan,menjadi pencacai angkat tahi Ku Anis,Ku TT utk menjatuhkan Pemangku Raja Kelantan,Tg faris Petra.Setelah gagal segala rancangan jahat dan licik itu,maka Azazil @ kick de gila ini menyerang TGNA dan kjaan Ktan.Ini maruah seorang blogger yang dipungut dari sampah oleh Husam Musa dari KL.diberi jawatan kerana lama mengganggur,tapi kini menggigit tangan orang yang memberi rezeki ibarat melepaskan anjing tersepit.
    Barua ini akan terus mengganas dalam kemabukan arak dlm postingnya akan dtg.
    setelah diancam penogok arak ini berpindah ke KL atas alasan yang bacul.
    INI DIAAAAAAAAAAAA satu lagi YAHUDI MELAYU DI MSIA

  5. salam……..bro n sis

    untk bt………

    tak kan panggil ‘katak’ ke…….’bewak’ ke nak marah kot……..tak boleh kot……..
    perangai dia lebih teruk dari dua spesis tu……
    kira ok laa panggil tara tu…..tu………

    nak bezakan sorang dgn sorang…….kena panggil lain sikit laa…..kena tambah laa………….

    nak bezakan budak-budak yg ramai tu,,,,kena boh ‘tadika’ laa………..baru tau nak beaza…….

    nak hormat mcm mana bt woiiii……..
    kalau depa tak dak hormat dengan prinsip depa…….orang yg jenih tak dak tulang belakang niee………kira ‘out’ laa……..no more respectiveness……..

    dua spesis ni laa yg menybbkan kerajaan PR Perak lingkup telungkup……..tak kan hang tak tau…….
    so n so ‘the condemnation of society’ dah pun kena ataih kepala depa………….

    Umar bin Hisyam…….adalah nama dari gelaran ‘Abu Jahal’ ……….pengkianat Islam nombor satu…….dia digelar ‘firaun dari umat ini’ yankni umat Nabi Muhammad saw……………..
    jadi sebab musabbab sorang tu diberi gelaran….taetulah pasai perangai depa cukup memualkan…….jijik dan kotor dari sudut pandangan umum yg waras………

    jadi hang BT……..kenalah waras bepikior sikit…….jngn hang pun jadi mcm puak-puak tu…..

    sekadaq kena kenai laa puak KAMJATUN…….

  6. Salam nasik kandaq.

    Terima kasih lah.
    Kita setuju dan tak setuju lah, dengan hang.

    Beza, memang kena beza.
    Species ada tulang, species tarak tulang.
    Species ada prinsip, species bo species.

    Tapi jangan kata katak, tak baik.
    Katakan ARAB LAPOK (AL).
    Cukup lah.

    Kata bodoh, pon tak baik.
    Kata hantu, pon tak baik.
    Tapi.
    Kalau nak mengaku bodoh dan hantu.
    Mengakulah.
    Kerana teringin nak jadi.
    Bodoh dan hantu lah tu.

    Bercakap bekenaan rasuah.
    Nak suruh buat baik pon.
    Allah kena bagi balasan.

    Tanyalah ustaz.
    Buat baik begini, balasannya begini.
    Buat baik begitu, balasannya begitu.

    Depa bedua pon begitu jugak.
    Depa buat baik pada sapa.
    Sapa tu lah bagi balasan.

    Kalau depa baik kat hang pon.
    Hang jamu nasik kandag.
    Kan.

    Sekadaq jangan dok mengata.

  7. ke arah 1Malaysia. Bebaskan perasuah bukan bebaskan malaysia dari rasuah

  8. Untuk info lebih lanjut mengenai kerajinan perak silahkan kujungi situs perakjogja.com online shop

  9. YE!JANGAN PANGGIL KATAK!
    PANGGIL BABI LAGI ELOK!
    MANA TEMPAT BAIK KAT SITU JUGA DI PEGI SONDOL!
    UMNOGOL DAH OFFER BAIK KAT DEPA 2 EKOR TU!APA TUNGGU LAGI!
    AKU TABIK DGN USTAZ AZIZAN MB KEDAH!KALAU DOK LOMPAT LOPAT SANGAT BUBARJE PARLIMEN!TAK MCM DGN PERAK!BELUM APA APA LAGI DAH RAMPAS!TAK GENTEL LANGSUNG!YG SI KAMBING TU PULAK TERSENGIH SUMBING DAPAT JADI MB UMNO!HE3……BILA TENGOK LAWAK PUN ADA!!!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: