Posted by: pinkturtle2 | April 24, 2010

Nik Aziz goes all out to defend Zaid


Responses

  1. Kita hormati TGNA kerana ilmunya. Ilmunya akan tinggal dalam minda yang mendapat didikannya, Apabila jasad TGNA ini dijemput Allah, ilmunya menjadi saksi keatasnya dan keatas kita.
    Biarkan saja kepada mereka yang menghina ilmunya kerana ilmunya ini juga akan menjadi saksi kepada mereka yang menistainya.

    Bukan mudah jika ada insan yang bergelar ulamak akan mewakafkan dirinya memilih jalan politik untuk menegakan Islam dan kebenarannya.

    TGNA telah menghamparkan maruah dirinya diinjak dan dinista dari segenap sudut semata2 untuk menyampaikan Islam. Iltizam dan istiqomahnya telah diuji oleh Allah kerana untuk berkata “Allahu Rabbuna wrobbukum”.

    Misinya untuk menegakan Islam sebagai cara hidup dipandang kolot dan primitif oleh oleh mereka yang berpendidikan sekular. Organisasi parti yang dipimpinnya, pada satu waktu dahulu dipersenda dan dianggap organisasi lebai kampung yang tak punya visi kepada negara dan apatah lagi untuk mentadbir sebuah negara.

    Naif dan fasik sungguh golongan ini yang mencatatkan daftar lahir mereka sebagai berugama Islam dan didik secara kampung oleh Ibu bapa yang mampu mengajar dalam perkara fardhu ain, setelah terpisah jauh dari pengajaran dan pengertian Islam sebagai cara hidup.

    Kemudian,
    Berbekalkan ilmu sekular. Golongan ini kembali membawa turapan warisan nasrani dan yahudi laknatullah mentadbir negara penuh ego menjulang kuasa mengilik agama sekadar fardhu ain dan kifayah sebagai persiapan hari tua atau hari2 nazak bagi menghadapi sakaratulmaut menunggu Izrail.

    Harapan manusia ini tinggi supaya ditalqin dan minta didoakan, diterima sebagai para salafus saleh mengharap allah memberi ganjaran syurga
    jannatul firdaus.
    Sedangkan,
    semasa hidup dan punya kuasa mereka hanya mengiktiraf Islam hanya mampu mengurus adab masuk tandas dan nikah kahwin sahaja.
    Mereka tidak pernah peduli hal megurus manusia dan alam yang dinukil dalam Alquran mengikut tuntutan Allah, dan pada saban tahun pemimpin Islam ini mempersendakan alquran atas nama “Tilawatul quran” sempena menyambut ramadhan. Itu saja.

    TGNA, demi menyahut untuk menyampaikan visi alquran telah mengorbankan segala2 milik penghormatan yang selalu diberi kepada ulamak, kerana memilih politik untuk menyampaikan visi itu, pemimpin sekular Islam melayu telah memberi amaran jika ulamak berani menceburkan diri dalam politik, dan menentang kami, maka ulamak itu harus berani terima cercaan makian, tohmah, fitnah dan nista dari kami sebagai musuhnya. Itulah ajaran politik yang diajar oleh Macheivelli pelopor ilmu politik yahudi.

    Zaid! Mampukah kau mempertahankan TGNA setelah kau memilih untuk berpolitik dalam kemnya?.

    • Salam Kucing Kota.

      Amboi hang.
      Masuk tak bagi salam.
      Nanti TGNA marah.
      Baru hang tau.

      Hang tulih panjang2.
      Cut n paste atau ide hang.

      Kalau cut n paste, tak apalah.
      Penulisnya merapu.

      Kalau ide hang.
      Baguslah, nampak dah pandai sikit.
      Tapi masih belum sampai tahap.
      Cerdik.

      Kena banyak membaca.
      Kena terus menuntut ilmu.
      Sampai ke liang lahad.

      Hang kena ajak jugak, sukusakat hang.
      great chief dan nasik kandaq.
      Menuntut ilmu.
      Baru cukup sakat.

      Sekadaq TGNA belum boleh besara.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: