Posted by: pinkturtle2 | April 30, 2010

Peguam Negara arah siasatan kes Amirulrasyid dilanjutkan

Peguam Negara arah siasatan kes Amirulrasyid dilanjutkan

SHAH ALAM 30 April – Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata Peguam Negara mengarahkan polis melakukan siasatan lebih lanjut berhubung kes seorang remaja lelaki, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis pada Isnin lepas.

Beliau berkata arahan itu dikeluarkan selepas pihak Peguam Negara meneliti kertas siasatan yang telah diserahkan oleh polis Selangor hari ini.

“Selepas kita laksanakan arahan ini, kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara pada minggu hadapan untuk diteliti,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pagi ini dilaporkan berkata kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dihantar kepada pihak Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya hari ini.

Musa berkata polis juga mengalu-alukan inkues dijalankan berhubung kes berkenaan bagi mengetahui kejadian sebenar dan punca insiden itu.

Khalid berkata sehingga hari ini keterangan lebih 20 saksi telah direkodkan bagi membantu siasatan.

Mereka termasuk anggota keluarga allahyarham Aminulrasyid dan penunggang motosikal yang dikatakan berlanggar dengan kereta yang dipandu remaja itu.

Bagaimanapun beliau berkata setakat ini pemandu kereta yang dikatakan dilanggar oleh allahyarham belum tampil untuk membantu siasatan.

Khalid berkata seorang lagi saksi kejadian yang juga jiran kepada Aminulrasyid telah tampil membuat laporan polis dan keterangannya diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini malam tadi.

Pada kejadian pukul 2 pagi itu, Aminulrasyid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan Seksyen 11 di sini. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: