Posted by: pinkturtle2 | Mei 5, 2010

Sultan Diletakkan Dibawah Kawalan Ketat Kerana Bimbangkan Keselamatan Baginda

Tengku Faris: Sultan Diletakkan Dibawah Kawalan Ketat Kerana Bimbangkan Keselamatan Baginda

KOTA BARU: Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra bertitah bahawa ayahandanya, Sultan Ismail Petra telah diletakkan di bawah pengawasan polis yang sangat ketat kerana bimbang akan tahap keselamatan baginda berikutan kejadian pengawal istana ditembak di Tumpat, Sabtu lepas.

Tambah Tengku Faris, Ketua Polis Kelantan, Datuk Rahim Hanafi telah diminta supaya menyediakan kawalan keselamatan 24 jam kepada ayahanda Baginda yang sedang menjalani rawatan susulan masalah jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sejak semalam.

Jumaat lalu, Ramli Mohd seorang pengawal istana parah apabila ditembak oleh empat individu yang tidak dikenali dalam satu kejadian dekat Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat, pada jam 12.25 pagi, selepas selesai bertugas di Istana Negeri, Kubang Kerian.

Mangsa adalah pesara tentera yang berkhidmat secara kontrak sebagai pengawal keselamatan di Istana Mahkota dan Istana Negeri sejak 17 tahun lalu telah dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab III dan masih berada dalam keadaan koma selepas doktor yang merawatnya gagal mengeluarkan peluru yang tertanam di dadanya.

Tengku Muhammad Faris telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan segera menyiasat punca berlakunya insiden tersebut.

Tengku Muhammad Faris yang juga Tengku Mahkota Kelantan menambah, sejak semalam ayahanda dan bondanya, Tengku Anis Tengku Hamid telah di bawa ke Wad Diraja HUSM dengan iringan ketat polis supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.

Kenyataan Pemangku Raja Kelantan itu dibacakan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad di Istana Balai Besar di sini hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin dan laporan dalam blog-blog, sebaliknya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan atau pihak yang bertanggungjawab.

“Sebelum pada ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan,” katanya.

Mohd Halim berkata, Tengku Muhammad Faris amat prihatin dan menyayangi ayahanda baginda dan akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi kebahagiaan Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan tiub untuk makan.

“Kita perlu faham apa yang berlaku adalah urusan keluarga Diraja Kelantan dan segala-galanya adalah takdir Allah dan kita terima seadanya,” katanya.

Petang semalam, anakanda ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbar di sini berkata beliau bercadang membawa ayahandanya menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Bagaimanapun penerbangan itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Sultan Kelantan pada 14 Mei 2009 dimasukkan ke HUSM di Kubang Kerian kerana gering, dan pada 24 Mei 2009 dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantungnya dan hanya kembali ke Kelantan pada 3 Mac lepas setelah hampir setahun berada di hospital itu.

Abdul Halim berkata Sultan Kelantan telah dibawa ke HUSM semalam dengan iringan ketat polis dan ditempatkan di Wad DiRaja supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada Pemangku Raja dan kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.

“Sebelum pada ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan,” katanya.

Menurut pegawai-pegawai Istana, Sultan Kelantan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang esok dengan pesawat kerajaan untuk menerima rawatan susulan.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Krisis Istana Kelantan Meruncing – Dua Peguam Ancam Bawa Kes Ke Mahkamah

KOTA BARU: Dua peguam yang mendakwa mewakili Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid berkata hari ini, polis telah menghalang mereka daripada bertemu dengan anak guam mereka.

Pada satu sidang media yang diadakan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Datuk Mohd Haaziq Pillay dan Gobind Singh Deo mendakwa mereka telah tiba di hospital berkenaan pada pukul 4.35 petang namun mereka tidak dibenarkan masuk ke wad diraja selepas mengadakan perbincangan dengan pihak polis selama 15 minit.

Kedua-dua peguam berkenaan mendakwa mereka mempunyai bukti bahawa Baginda Sultan dan Raja Perempuan telah ditempatkan di Wad Diraja berkenaan tanpa kerelaan Baginda.

Gobind berkata pertemuan dengan anak guamnya itu penting bagi mendapatkan fakta dan mengumpulkan bukti sebelum membawa kes itu ke mahkamah.

Beliau menjelaskan bahawa butiran mengenai tindakan susulan yang akan diambil akan didedahkan pada satu sidang media yang akan diadakan di Kuala Lumpur esok.

“Saya tidak faham mengapa pihak polis menolak permintaan kami. Apa yang kami mahukan ialah hanya mahu bertemu dengan anak guam kami,” katanya.

Gobind mendakwa pihak polis juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada pasangan diraja itu.

Tambahnya, mereka difahamkan bahawa tiada sesiapa pun yang dibenarkan bertemu dengan Sultan Kelantan dan Raja Perempuan kecuali mereka mendapat lampu hijau daripada pihak atasan istana.

Semalam, pesawat yang disewa khas untuk membawa Sultan Kelantan ke Singapura telah tidak diberikan kebenaran untuk mendarat oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa.

Sebaliknya, Sultan yang sedang menunggu di lapangan terbang itu telah dibawa olehpasukan keselamatan untuk menjalani rawatan susulan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.

Bagaimanapun tiada siapa yang mengetahui pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya Baginda Sultan tidak boleh meninggalkan Kelantan.

Jabatan Penerbangan Awam ketika dihubungi hari ini bagaimanapun enggan mengulas mengenai arahan yang tidak membenarkan jet persendirian untuk membawa Sultan Kelantan ke Singapura mendarat di lapangan terbang di sini semalam.

Rombongan yang membawa Sultan Kelantan dan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Hamid bersama-sama doktor peribadi Baginda dijadualkan berlepas ke Singapura pada pukul 11.30 pagi semalam.

Bagaimanapun, cubaan kedua untuk membawa Baginda meninggalkan Kelantan pada pukul 7.30 malam juga tidak berjaya kerana Baginda diletakkan di bawah kawalan keselamatan yang ketat di Hospital Kubang Kerian.

Difahamkan, Baginda Sultan sepatutnya mendapatkan rawatan susulan selama sepuluh hari di Singapura.

Sultan Kelantan sebelum ini dirawat di Hospital Mount Elizabeth selama sembilan bulan sejak 24 Mei tahun lalu dan baru sahaja kembali ke Kelantan sejak 4 Mac lepas.

Gobind menanmbah, tindakan polis menghalang beliau berjumpa dengan anak guamnya akan di bawa ke mahkamah atas kesalahan melanggar hak asasi manusia yang mahu mempertahankan dirinya sendiri.

“Perkara pokok dalam isu ini ialah menjadi hak seseorang individu untuk membawa perkara itu ke mahkamah dan tujuan kami datang adalah untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan untuk memulakan proses menuntut keadilan.

“Oleh kerana kami dihalang bertemu dengan anak guam, kami akan menggunakan cara lain untuk berbuat demikian dan ada kemungkinan kami akan memfailkan kes ini dalam tempoh beberapa hari lagi,” katanya.

Tambah Gobind, mereka akan menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk menentukan sama ada pihak polis mempunyai hak untuk menghalang peguam daripada berjumpa dengan anak guamnya.

Ketika ditanya sama ada kes itu boleh diklasifikasikan sebagai kes penculikan, Gobind berkata: “ Saya tidak mempunyai kuasa untuk mengulas mengenainya tetapi sekiranya siasatan dijalankan tidak sukar untuk membuat kesimpulan berdasarkan penilaian dan pemerhatian yang dijalankan.”

“Kamu (wartawan) tahu faktanya dan seperti yang saya katakan sebelum ini, biarlah mahkamah yang menentukannya,” kata beliau.

Gobind berkata, beliau dan Hazziq akan mencari jalan untuk membawa Baginda Sultan dan pengiringnya pulang ke Istana Mahkota dengan menggunakan cara yang sah. Mstar

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Polis pertingkat kawalan keselamatan Sultan Kelantan

KOTA BAHARU, 5 Mei — Polis diarahkan meningkatkan kawalan keselamatan ke atas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang sedang menjalani rawatan susulan masalah jantung di Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian berikutan kejadian seorang pengawal keselamatan istana ditembak Sabtu lepas.

Pengelola Istana DiRaja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra telah menitahkan kepada Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan Sultan lebih terjamin.

Sultan Ismail Petra (berkerusi roda) dan rombongan istana tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra 4 Mac lepas. — Gambar Bernama

Ini berikutan insiden pengawal keselamatan Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohamad, 50, yang cedera parah di dada akibat ditembak empat das oleh suspek yang tidak dikenali pada 1 Mei lalu, katanya.“Berdasarkan titah-titah arahan tersebut, maka bermula 4 Mei pihak polis telah meningkatkan kawalan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian semalam untuk menjalani rawatan susulan masalah jantung.

Petang semalam, anakanda ketiga Sultan Kelantan, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra pada sidang akhbar di sini berkata beliau bercadang membawa ayahandanya enjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Bagaimanapun penerbangan itu tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Sultan Kelantan pada 14 Mei 2009 dimasukkan ke HUSM di Kubang Kerian kerana gering, dan pada 24 Mei 2009 dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura bagi menerima rawatan lanjutan masalah jantungnya dan hanya kembali ke Kelantan pada 3 Mac lepas setelah hampir setahun berada di hospital itu.

Abdul Halim berkata Sultan Kelantan telah dibawa ke HUSM semalam dengan iringan ketat polis dan ditempatkan di Wad DiRaja supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada Pemangku Raja dan kerajaan negeri untuk rawatan susulan dan tindakan lanjut.

“Sebelum pada ini pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan ke bawah Duli Tuanku Al-Sultan,” katanya.

Menurut pegawai-pegawai Istana, Sultan Kelantan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang esok dengan pesawat kerajaan untuk menerima rawatan susulan.

Abdul Halim meminta orang ramai supaya tidak mendengar khabar angin dan laporan dalam blog-blog, sebaliknya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan atau pihak bertanggungjawab.

Beliau berkata Pemangku Raja amat prihatin dan menyayangi ayahanda baginda dan akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi kebahagiaan Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan “tubing”, iaitu makan melalui tiub.

“Kita perlu faham apa yang berlaku adalah urusan keluarga Diraja Kelantan dan segala-galanya adalah takdir Allah dan kita terima seadanya,” katanya. — Bernama


Responses

  1. Kesiaaannnn…..Baginda Sultan, Istana dan keluarganya berantakan……

    Jadi guano ni deh!!!…
    Payoh nak bowok tubik pasir dale mato..

  2. mungkin kini giliran TM pula untuk menjaga ayahndanya pula, wallahuAllam

    semoga Tuanku Sultan cepat sembuh dari kegeringan, pakar perubatan di Malaysia pun hebat juga.. insyaAllah

  3. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Apa sebab nak bawa Sultan Ismail Petra ke Singapura untuk berubat . Kenapa susah sangat bawa Doktor Pakar dari Singapura untuk merawat Sultan Ismail Petra di HUSM . Semua peralatan perubatan telah sedia ada di HUSM, cuma bawa sahaja Doktor Pakar dan Ubat Ubat Khas dari Singapura??????

  4. Mirip kepada agenda merampas takhta…

  5. SELINGAN

    Hai Manusia setiap nama ada maksud.Jadi aku guna nama ini.Satu keistimewaan orang gila dia nampak perkara yang ghaib yang orang lain tak nampak.
    Dalam kes Anwar ini aku pernah berdialog dengan malaikat langit dan malaikat bumi.Mereka bersedia untuk menolong Anwar ibrahim kerana doa yang tak tertolak ialah orang yang teraniaya.

    Pertolongan yang pertama kami akan turunkan banjir besar yang akan menengelamkan sebahagian besar Kuala Lumpur.Tempohnya sebelum habis bulan Mei ini.

    Mereka menjawab: Maha suci engkau!Tiada sepatutnya kami mengambil pelindung selain daripada engkau.Tetapi mereka dan bapa-bapa mereka engkau beri kecukupan harta benda,sampai mereka melupakan pengajaran dan mereka kaum yang binasa
    18 AlFurqan


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: