Posted by: pinkturtle2 | Mei 6, 2010

Judi Bola Sepak Piala Dunia… Kerajaan Timbang Beri Lesen

jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini - Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein

Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

“Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

“Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

“Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

“Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah,” katanya.Bernama


Responses

  1. “Begitulah kami adakan ditiap-tiap negeri penjahat-penjahat besar,supaya mereka mengadakan tipu daya dalam negeri,tetapi mereka hanya memperdayakan diri sendiri,sedang mereka tidak sedar

    123 Al an’aam

  2. salam

    KALU BAGI MALAUN DATEH TU JADI MB KELANTAN,BERLAMBAK LA KEDAI JUDI NANTI. TAKPA LANAK HALALKAN BENDA2 TU KALU ADA RASIONALNYA OK LA.

    DIA NI TADAK KESIAN TENGOK RAKYAT MAIN JUDI HARAM DALAM SEMAK SEGHOPA ORANG NAK LEPAIH GIAN. LEBIH BEIK BAGI LESEN MENEGA JUDI HALAL PULAK.

    he he he

  3. Salam 1Malaysia.

    Kita belum boleh komen.
    Kena tunggu.

    Kena tunggu komen.
    Ustaz Neutron al Munafikun.

    Kena bagi laluan pada ustaz ni.
    Kalau tidak.
    Ustaz ni marah.

    Sekadaq TGNA pon nak baca jugak.

    • salam saudara BT,

      Memanjang harap ke ustaz
      Kita yg dok selalu byk baca
      Tak naik senawi ka….
      Handicap pon tak berubah sama apa

      Komen la…komen la…
      Cikgu terar bleh guide..

  4. “Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah,”

    Kelakar betul. Adakah dengan membenarkan perjudian bolasepak menandakan kerajaan itu prihatin?

    “jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan”

    Kalau macam tu kena bagi lesen kat pelacur lah sebab, tidak mengeluarkan lesen pun aktiviti perlacuran tetap berlaku.

    Sekolah tinggi2 tapi alasan tu yang diberi.
    Cukup2 lah dengan lesen2 judi yang ada kat malaysia skrg ni.

  5. Takpa aih!!!Ikut saja fatwa Islam hadhari.
    Judi yang takdak lesen tu Haram.
    Bagi la lesen!. Nanti dia jadi Halai.

    Bila sampai hari jumaat. Surohlah Majlis agama Islam Malaysia buat khutbah dan edarkan seluroh negara, supaya larang jangan main judi haram.
    Main lah judi dipremis2 yang berlesen.

    Lepehtu pakat2 baca doa mintak Allah taala jadikanlah Malaysia negara yang mendapat keberkatan dan mendapat keampunan mu.

    Yang rakyat tak ceredik2 pun akan jawab.
    Amin.. amin…
    Kesiaaannn….. selamanya rakyat diperkotak katikkan oleh pemimpin Umngok.

  6. salam bro n sis………

    yang dok main judi nie….sapa???……….
    awat banyak duit sangat ke depa nie???
    dah tak tau nak hamboq kat mana dah ka……..

    mula-mula main pakau…….
    paih tu main bacoq…….
    paih tu main toto………
    paih tu main ekoq………….
    paih tu main race………
    paih tu pi genting………
    tapi yg pi genting tu orang penting saja……….
    sapa agak-agak tu???………..
    budak-budak main sinkong……mcm BT………

    bt kecik lagi mana tau main judi……..
    bookie pun tak tau pabende……..
    pasai tu dia tak mau komen lagi………

    apa laa nak jadi ngan mesia ni…….
    lepaih satu……..satu…….benda yg Allah tegah yg tu nak dipromote sangat……..

    takdak cara lain ka nak bendung bookie nie???……..
    dah bo bo idea ke???……..
    tak boleh kaa ajaq rakyat tengok bola seronok-seronok saja……..habih tu…..habih laaa………

    dlm sejarah judi….tidak ada orang yg senang dengan bertaruh judi…….melainkan tokeh judi yg senang……..kaya raya………

    adakah ‘prihatin’ vs rakyat…….mesti dihayun jugak benda yg tak betoi dari sudut syara’…….
    tak gerunkah kita dengan azab Alah……….

    sekadaq menjlnkan amr maaruf nahi mungkar

  7. hehehehe…budak tadika kehabisan modal.
    kesian….takde isi nak sanggah.
    dasar budak2 la katakan.kena bg coklat, abis abisan dok backup UMNGOK hahahahaha

  8. Salam 1Yahudi

    Judi,rasuah,pengkianat & pencuri hak rakyatmana boleh dipisahkan oleh UBN

    Telah menjadi dasar UBN judi dibenarkan. Mana Ulama UBN. Kelu tidak oleh jawab.
    Ulama kelu.

  9. salam,

    Kuasa ada pd. depa bagi menentukan halal atau haram.

    Begitu juga kuasa ada pd depa utk. kembali kpd ISLAM yg benar.

    “””krosot @ serabut”””

  10. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka, tapi tak mau kata.
    Salam great chief.
    Salam nasik kandaq.
    Salam Kucing Kota.

    Kita dok harap sangatlah.
    Ustaz Neutron al Munafikun.
    Bagi fatwa.
    Tapi, tak komen2.
    Tak apa ustaz.
    Ustaz boleh baca lagi.
    Kena cari tesis yang ustaz tulih dulu.
    Atau ustaz boleh fikiq lagi.

    great chief tu cakap saja.
    Yang dia dok main daun terop kat P. Kota.
    Bukan judi ka.
    Nala punya main.
    Sampai kadang2.
    Tak ingat bini kata rumah.

    nasik kandaq pulak.
    Hang dok bubuh ‘ganja’.
    Dalam gulai tu.
    Tak apa kah.
    Ni orang nak halal judi.
    Bukan untuk orang Islam.
    Untuk orang bukan Islam.
    Kalau yang pakai baju melayu pon.
    Kalau yang pakai kopiah, ketayap pon.
    Pegi main judi.
    Tu.
    Bukan Islam lah.
    Hang saja yang dok kata depa Islam.
    Depa bukan Islam.
    Sebab tu depa main.

    Seropalah kat sini.
    Yang dok kutuk2 orang.
    Yang dok fitnah2 orang.
    Depa bukan Islam.
    Cuma nama depa ala Islam.

    Formulanya senang saja.
    Kayu pengukoqnya senang saja.
    Yang dok kutuk orang.
    Yang dok main judi.
    Depa memang bukan Islam.
    Hangpa saja yang dok kata.
    Depa Islam.

    Kucing kota pulak.
    Kena berguru pada Ustaz Neutron al Munafikun.
    Kalau tidak, jangan dok komen.
    Tak ada tauliah nak komen.

    Yang hez sorang ni.
    Sukusakat sapa.
    Nama pon pelik noo.

    Sekadaq kesian kat TGNA.
    Dah letih dengan Kelate.

    • Salam sauudara BT,

      Hang guna pengukoq kayu golf ka.
      Kalau judi hang bleh kenai utk.
      bkn islam…..
      Awat tang undang2 yg haq utk. org.
      Islam pi letak tANG MANA.
      Bila nak letak di tempat yg tinggi.
      Asyik letak kat pala lutut saja…

      sembang saja mau deraih…
      kan dah kantoi

      • Salam great chief.

        Hang dok kalut apa.
        Biaq pi lah kat depa.
        Depa nak main ka.
        Depa tak mau main ka.
        Itu hak depa.

        Kerajaan nak bagi lesen tu.
        Kerana ada bukan Islam kat bumi Malaysia ni.
        Yang Islam, tak akan main judi.
        Hang jangan susah hati lah.

        Sekadaq TGNA pon tak kalut.

      • Salam BT,

        Biaq pi ke depa……
        Aruah Tunku Abd. Rahman
        Suka la ayat ni…..
        Sbb. tu no gi no go
        Dok laghu tu sampai ke la…

        Betoi la yg islam tak main.
        Kalau melayu dia main.
        Lebih kurang hang kata
        Aku main pakau kat Pdg. Kota.
        Melayu la tu…..

        aku ingat keghajaan prihatin
        tang Islam pasai dia dok dukong
        syahadah.dok carry weight.
        berat tu..timbang timbang la
        sesuai dgn cap timbang.
        tak kan timbang pon gelong.
        Setau aku tayaq sekat ja gelong
        .sepatutnya no. 1 priority.

        Biaq pi ke depa
        Sampai 52 tahun
        Boleh ke depa…
        yakpur pedukang masalodey
        taik pon sedut…tu la pedukang

  11. Yb bt..
    Awat! hang ingat hang tu
    bertauliah ka yang dok masuk buat komen ni.
    Banyak soalan yang hang tak jawab.

    Hang ingat Islam yang hang paham tu
    takat jadi penganut saja ka?

    Pasai tokwan ngan Pak hang Islam
    Jadi, hang rasa cukup dah hang jadi Islam.

    Hang bukan saja pi balik membaca lagi…
    Hang tu kena berguru lagi…..
    Kalau takat membaca dgn apa yang hang dok baca…
    tu laa komen Iblis yang dok keluag dari otak hang!….
    Komen budak tadika sebenag pun tak terok macam hang…

    Kami rasa hang nii…
    budak tadika down syndrom

  12. […] https://pinkturtle2.wordpress.com/2010/05/06/29228/ http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4602 http://www.malaysiakini.com/news/131132 […]

  13. MALAYSIA BOLEH!
    Yang HARAM boleh diHALALkan dengan diberi lesen.
    Yang budak mentah pun boleh beri komen dalam hal ni.
    MALAYSIA BOLEH!!!!!
    Melayu Menafikun dok cuba bohong Melayu Islam.
    AKU dah kata dari dulu lagi, Budak Tadika tu anak haram @ munafikun, hangpa dok layan dia buat apa? Naik muak AKU dgn komennya. Nak minta Tok Guru berhenti berdakwah…… dasar anak haram.

  14. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM ~
    ISLAM BUKAN AGAMA REKAAN DAN MAIANAN
    HUKUM DAN NILAI SUDAH LENGKAP DENGAN
    HUJJAH.
    ***
    MENURUT PENGAMATAN SAYA BAHAWA UMMAT ISLAM SEKARANG BERADA DALAM CABARAN DEMI CABARAN.

    CABARAN DALAM BERBAGAI BENTUK DAN MANIFESTASI ATAU PENGUCAPAN dan PERBUATAN.
    PERIHAL HAQ BERTENTANGAN DENGAN ISU BATHIL. PROJEK BATHIL DIPUKUL OLEH PIHAK YANG HAQ.
    INSYA-ALLAH, MAHA KUASA AKAN MENGAJAR MEREKA DENGAN AZAB DI DUNIA INI LAGI.
    Surah Sajdah ayat 21 memberi amaran.
    Dalam Surah Al Baqarah Ayat 42 menyatakan :

    ***Dan janganlah kamu campurkan KEBENARAN ATAU YANG HAQ dengan YANG BATHIL dan (jangan) KAMU SEMBUNYIKAN KEBENARAN ITU, SEDANG KAMU MENGETAHUINYA.***

    PERTEMBUNGAN dan CABARAN MENJADI-JADI SEKARANG. SINSINGLAH LENGAN… Lihatlah becana diri, kumpulan dan BENCANA ALAM yang sedang mendatang memusnahkan segala yang bahtil. Tunggu dan tunggu.. ISLAM BUKAN AGAMA MAINAN ALASAN YANG REMEH TEMEH, HAI MANUSIA.
    MAAF. ~Aq Mei 09, 2010.

  15. Salam 1Malaysia.
    Salam untuk 3sukusakat kita.
    great chief.
    nasik kandaq.
    Kucing Kota.

    Hangpa be3 dok kalut apa.
    Kerajaan tu.
    Dok ‘drytesting’ saja, lah.

    Ni, hangpa.
    Dok komen, macam dunia.
    Nak kiamat.
    Ada suruh kita pi mengaji lah.
    Ada yang tulih surah2 lah.

    Awat.
    Hangpa ingat, orang lain tak.
    Hangpa saja tahu.
    Pe ra sa n, tak abis2.

    Lagi satu.
    Yang dok takut dengan lesen tu.
    Pasai apa.

    Judi ka.
    Arak ka.
    Itu ujian lah.
    Kalau orang ada iman, tak kisah.

    Yang dok kisah2.
    Yang tak tahan dengan judi dan arak.
    Kot lah, kita pon tak tahu.
    Maaflah, kita ibaratkan saja.

    Kita bayangkan saja.
    Orang macam 3sukusakat.
    Tak tahan tengok judi dan arak.
    Iman bergoncang, goncang.
    Sampai.
    Ketayap great chief, berkocak-kocak.
    Serban nasik kandaq berbelit, belit.
    Kopiah Kucing Kota berkedut, kedut.

    Sekadaq kena tunggu komen TGNA jugak.

    • Salam Bt,

      Kita pon tau ..depa tu tau
      Saja la peringat………..
      Hang perngat aku
      Aku tolong peringat hang..
      Mana ada salah..
      Sifat kasih sayang sesama kita

      Ni dok mai awai ..
      dah biaq pi ke depa..
      Awat tak bleh tegoq ka

      Berita awani tadi singh pon tak setuju
      Tapi kalau dah melayu,cina & india
      setuju…carry on la…
      Pesan kat koboi2 tu nnt piala dunia
      Ramai dok balik lewat mlm dan pagi
      Dok lepak tgk kat kedai mamak ramai2
      takut koboi pi tembak plak…

      • Salam great chief.

        Yang tua2, kena terus belajaq.
        Kena terus mencari ilmu.
        Kena banyak membaca.
        Kena baca buku yang baik2.
        Buku yang baik2 pon, kena yang banyak bab.

        Barulah.
        Yang tua2 tu.
        Tak lepak kat kedai mamak.
        Dok sokong pasukan ni, pasukan tu.
        Dok syok, tak tentu pasai.
        Utamakan bolesepak.
        Lupakan anak bini di rumah.
        Silap2, anak keluaq malam.
        Buat projek, tertembak pulak.

        Jadi yang tua2 kena ber ilmu.
        Baru yang budak2 boleh tiru.
        Macam.
        Tiru macam saya.

        Hari ini.
        TGNA telah komen tentang judi.
        TGNA marah.

        Sekadaq jangan main2 dengan marahnya.

      • salam,

        Tang judi boleh duduk lapangkan
        masa dan brainstorming
        utk. mengeluarkan lesen.

        Tang haq ALLAH kita nak letak
        di tempat yg paling tinggi tak
        mau nak muafakat laksanakan.

        Tengok saja ulamak keghajaan.
        Apa statement pon tak kluaq.
        Nasib baik ada budak byk. baca
        Ada juga dia tolong cover.
        “””sedut taik cirit merata”””

        pengotoq nama tu………
        tok tak habaq ka….

  16. Ulama Bn semuanya sokong lesen judi

  17. Salam great chief.

    Tu lah salahnya, hang ni.
    Pakai nama great chief.
    Dok perasan great.
    Dok terasa, macam seorang chief.

    Hang nak ambik tau semua.
    Hang nak kandaq semua tanggongjawab.
    Tanggongjawab kerajaan.
    Tanggongjawab ulamak.
    Tanggongjawab TGNA.

    Nak kandaq semua tanggongjawab tu.
    Baguis, bukan tak baguis.

    Tapi, hang ni, orang tua jenis tak suka.
    Membaca.
    Kalau membaca pon, setakat harakah.
    Manalah hang boleh kandaq, semua tu.
    Setakat kandaq nasik, bolehlah.
    Koot.

    Sekadaq chief dah tua sangat, koot.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: