Posted by: pinkturtle2 | Mei 7, 2010

kes pertama di dunia.. Writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah

kemelut istana berterusan dengan Tengku Anis masih enggan keluar dari wad diraja di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, tempat Sultan Kelantan dirawat.Baginda difahamkam masih 'sangsi' terhadap Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris yang memangku tugas ayahandanya Tuanku Ismail Petra yang gering sejak tahun lalu.Wad itu kini difahamkam dikawal rapi oleh puluhan anggota polis - Malaysiakini

The lawyers representing the Sultan of Kelantan are (from left) Datuk Mohd Haaziq Pillay, Datuk Param Cumaraswamy, Raja Aziz Addruse and Gobind Singh Deo. – Picture by Choo Choy May

Peguam mohon Sultan Kelantan dibawa keluar dari HUSM

07/05/2010 2:45pm

PUTRAJAYA 7 Mei – Peguam yang mewakili Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra hari ini memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan, di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira pukul 11.45 pagi menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd. Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.

Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.

Peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy, yang hadir bersama peguam Gobind Singh Deo dan Datuk Mohd Haaziq Pillay, berkata, ini merupakan kes pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri.

Mahkamah Khas ditubuhkan pada 1993 untuk mendengar sebarang prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: