Posted by: pinkturtle2 | Mei 7, 2010

Panel 10 pakar perubatan periksa kesihatan Sultan Kelantan bermula hari ini

Panel 10 pakar perubatan periksa kesihatan Sultan Kelantan

07/05/2010 7:52pm

KOTA BHARU 7 Mei – Sebuah panel dengan 10 pakar perubatan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memulakan pemeriksaan kesihatan ke atas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra, yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini Selasa lepas untuk rawatan susulan masalah jantung.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, kesemua pakar perubatan itu tiba di sini pagi ini untuk menjalankan pemeriksaan rapi ke atas Sultan Kelantan.

Menurutnya, pakar-pakar perubatan itu tiba di HUSM kira-kira 3 petang dengan menaiki kenderaan kerajaan negeri.

“Mereka melakukan pemeriksaan untuk mengetahui status kesihatan baginda Al-Sultan Kelantan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, pasukan pakar perubatan itu akan berada di HUSM sehingga laporan status kesihatan baginda selesai dijalankan.

Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, pihaknya tidak pasti berapa lama pakar perubatan itu akan berada di HUSM.

Beliau berkata, setelah siap, laporan itu akan diserahkan kepada Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra. – Bernama
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

ALHAMDULILLAH… Akhirnya berjaya juga hari ini, dah beberapa kali Panel 10 pakar perubatan yang dilantik oleh pihak kerajaan Negeri Kelantan gagal untuk bertemu dan memeriksa keadaan kesihatan tuanku sultan akhirnya pada hari ini mereka dapat juga melakukannya… mudah-mudahan tidak akan ada lagi kerenah dan halangan selepas ini.. Terima kasih banyak-banyak kepada Pihak Polis Kelantan yang memberi bantuan dan kerjasama sepenuhnya dalam melaksanakan titah  Pemangku Raja Kelantan dalam meredakan kemelut ini dari berterusan…


Responses

  1. Tindakan Pemangku Raja Kelantan dan Kerajaan Negeri adalah tepat.Pemantauan pihak polis wajar untuk mengelak dari belaku pekara2 yg tidak diingini.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: