Posted by: pinkturtle2 | Mei 8, 2010

“first lady” Hanya Untuk Permaisuri Agung Bukan untuk Rosmah..

Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara - Zuraidah

‘Rosmah derhaka anggap dirinya Wanita Pertama’

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin hari ini menggesa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat permohonan maaf secara terbuka kerana merujuk dirinya sebagai “wanita pertama” atau “first lady” – satu tindakan yang dianggap menderhaka.

“Kenyataan ini dilihat tidak wajar dikeluarkan oleh beliau kerana jika merujuk kepada Perlembagaan Negara, Artikel 32, gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

“Gelaran ini sama sekali tidak harus menjadi pertikaian dan juga hasrat bagi sesiapa sahaja untuk memilikinya kerana ia jelas tertulis dari sudut Perlembagaan Negara,” katan Zuraidah (kanan) dalam kenyataan media hari ini.

Zuraidah merujuk kepada iklan dua muka surat yang disiarkan di New York Times, bulan lalu yang mengucapkan tahniah kepada “Rosmah, Wanita Pertama Malaysia” sempena dikurniakan Anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

Iklan 16 April itu juga dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama yang mendapat perhatian blog Malaysia Today, yang dikendalikan oleh blogger Raja Petra Kamaruddin yang kini diburu kerajaan.

Laman web itu juga melaporkan iklan yang dianggarkan bernilai RM10 juta itu juga memuatkan gambar besar Rosmah dengan tajuk “Malaysia berbangga dengan anda”.

Menurut Bernama, kos berkenaan ditampung oleh “keluarga dan sahabat Rosmah di Amerika dan Malaysia”.

Zuraidah berkata sikap Rosmah yang kerap mengganggap dirinya sebagai “The First Lady” bukan sahaja dilihat sesuatu yang tidak sopan tetapi menunjukan beliau seolah-olah cuba membelakangi Istitusi Diraja.

“Amat dikesali apabila seorang isteri Perdana Menteri begitu dangkal dan cetek fahaman politiknya sehinggakan bagi menaikkan diri, beliau sanggup membelakangi Raja Permaisuri Agung dan sekaligus dilihat sebagai satu tindakan yang menderhaka.

“Kami ingin menasihati kepada semua rakyat agar tidak mencontohi kelakuan biadap sebegini semata-mata ingin meraih sokongan politik sehingga sanggup melanggar Perlembagaan Negara,” katanya lagi.

Rosmah juga didesak supaya tidal lagi menggunakan gelaran tersebut di mana-mana sahaja beliau berada. Malaysiakini

Gambar-gambar Rosmah dan Isterinya…

TOKYO, JAPAN - APRIL 19: Prime Minister of Malaysia Dato' Sri Mohd Najib (2nd L) shakes hands with Japanese Prime Minister Yukio Hatoyama, as their respective wive's Miyuki Hatoyama (R), and Datin Sri Rosmah Mansor (L) stand by their sides at the premier's official residence in Tokyo, Japan, 19 April 2010. Prime Minister Dato' Sri Mohd Najib and his wife are in Japan from April 18 to  21.

India's Prime Minister Manmohan Singh (R) shakes hands with his Malaysian counterpart Najib Razak as Singh's wife Gursharan Kaur (L) and Najib's wife Rosmah Mansor (2nd L) watch at the presidential palace in New Delhi January 20, 2010. Najib is on a five-day state visit to India.

Malaysia's Prime Minister Najib Razak (C) and his wife Rosmah Mansor, dressed in a traditional Gowa costumes, arrive to attend a ceremony procession for Gowa kingdom anniversary at Gowa in Indonesia's South Sulawesi province November 18, 2009.

TOKYO, JAPAN - APRIL 19: Miyuki Hatoyama (L), wife of the Japanese Prime Minister welcomes Datin Sri Rosmah Mansor wife of the Prime Minister of Malaysia at the premier's official residence in Tokyo, Japan, 19 April 2010. Prime Minister Dato' Sri Mohd Najib and his wife are in Japan from April 18 to  21.

Visiting Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono (front C) and Malaysia's King Sultan Mizan (front  L), followed by Yudhoyono 's wife Kristiani (front R), Malaysia's Prime Minister Najib Razak (back R) and Najib's wife Rosmah Mansor (back L), leave the podium during the welcoming ceremony at the parliament square in Kuala Lumpur November 11, 2009.

silakan!!!

Advertisements

Responses

  1. salam 1 malysia,,
    alamak….betapa aku lihat di sini begitu remehnya perkara ini nak dijadikan satu isu yg amat dahsyat…
    kenapalah rakyat malaysia hari ini dah jadi teruk sebegini rupa..
    gelaran first lady tu akan dibawa sampai ke kubur ke…apa masalah sebenarnya
    dengan PR ini..
    MEMANG BERMASALAH!!!!!
    kepada KWPKR tolonglah menasihati si eli
    tentang akhlak2 yg baik sbg wakil rakyat.

    • salam,

      Toksah ikut melayu tu
      yg kerja dia buat naya
      kat orang.Guna lah otak hang.
      Jgn guna pala lutut bawa
      mai sini.

  2. Tapi kalau makcik Zuraidah Kamarudin,Latifa Koya , Nurulizzah , Elizabeth Wong tak apa. Sebab Datin Rosmah lah benda ini dijadikan isu. Carilah isu lain spt:-
    1. Tak ada Air Paip
    2. Jalan tak berturap
    3. Talian talipon tak ada
    4. Bekalan elektrik tak ada
    5. Tak ada seluar… selalu pakai cawat…..
    6. Selalu makan ubi…. tak ada beras…

    Itu baru dikatakan PKR !

    • NI KAPIAQ TELEPAIH WAD GILA MANA PULAK NI……….

      ORANG DOK CERITA PASAI LEIN DIA DOK KONA KE LEIN.
      KALU SEMAH JAMBUL NI…..AKU DAH SERABUT DAH NGAN MALAUN HARUSSANI……… TAKLEH NAK HABAQ KAT SEMAH TU….TUA TUA NAK MAMPUIH, GHAMBUT MACAM ADA DARA SUNTI.

      he he he
      gurau ngan puak jamban

  3. Cua hangpa chekc background first lady ni…
    sapa lagi berakhlaq dari eli…
    Nak tau banyak?
    Tanya tukag tiub..

  4. Rosmah memang gila kuasa itu yang macam-macam dia nak buat, sebab itu dalam sehari dia mesti nak keluar dalam tv tapi first lady juga dia akhirnya itu yang dia tunggu-tunggukan selama ini.hahahaha

  5. apa susah, panggil je Wanita Gemuk pertama Malaysia, hah! habis cerita

  6. Sesiapa boleh meletakkan apa saja gelaran pada diri sendiri dan tidak menjadi salah kalau ianya tidan menyentuh gelaran yang telah dikhaskan pada orang lain.

    Dalam Perlembagaan Negara, Artikel 32, telah menyebutkan bahawa gelaran itu sepatutnya diberikan dan dipegang oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agung selaku isteri kepada Pemimpin Tertinggi Negara.

    Menggunakan status isteri Presiden UMNO ia memang sesuai dipandang sebagai “Wanita Pertama UMNO” tetapi bukan untuk negara Malaysia.

  7. ala kak ros tu…
    first lady maksud dia tu pasai baju la apa la korang semua..\kan butik baju yang berlambak kat pasaraya letak nama first lady kan..

    dia nak promote la baju dari kampeni tu..
    dia ni standard pakai baju murah2 ja yang dok juai kat first lady tu…

    cuba tgk baju yang duia pakai mana ada kualiti..
    hampeh ja semua…ok tu oklas tapi nampak murah

    hu hu hu…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: