Posted by: pinkturtle2 | Mei 8, 2010

Enggan memberhentikan motosikal, remaja 17 tahun ditembak Polis di Perut

Remaja ditembak polis kerana enggan hentikan motosikal..

Polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus

08/05/2010 1:40pm

TAMPIN 8 Mei – Seorang anggota polis berpangkat konstabel dikenakan tindakan gantung kerja serta merta apabila bertindak menembak seorang remaja di bahagian perut dalam kejadian kejar mengejar di Jalan Seremban – Jelebu dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azizi Aziz, 17, ditembak ekoran enggan memberhentikan motosikal yang ditungganginya selepas diarahkan polis.

Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tertembus ke bahagian usus.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota berkenaan telah dikenakan tindakan penahanan kerja serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa justifikasi yang boleh membawa ancaman kepada dirinya.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara,’’ katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Bukit Rokan, Gemencheh di sini hari ini.

Menurut Osman, mangsa kini telah selesai menjalani dan berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

“Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa,’’ katanya. – Utusan

………………………………………………………………………………………………………………………………….

Apa dah jadi ni!!!… Dah tak selamatkah anak-anak kita yang memandu kereta dan membonceng motosikal?? Pesan pada anak-anak,kalau ternampak polis tu.. jaangan nak lari tak tentu pasal, bahayaaaa..silap-silap nyawa melayan.


Responses

  1. salam 1 malaysia,,
    umur 17 tahun
    jam 3.30 pagi..pergi kemana agak nya budak ini????? pada waktu ini semua orang nyenyak tidur..
    polis tahan tak nak berhenti pulak!!!!!

    tak tahulah apa nak jadi dgn ibubapa zaman skrg..

    • ANJIN………..ANJINNNNNNN

      tadak maruah la anjinAMENO ni kena hina sampai kat mak bapak, hegeh2 mai
      nak jual barang tadak laku.

      TADAK KENA MENGENA NGAN ANJIN LA DIA NAK PI MANA, PUKUI BERAPA PON. LAGI PON KERAjaan TADAK BAGI LESEN KAT CHE POLEH SAPA YANG KELUAQ PUKUI BERAPA2 MISTI KENA TEMBAK.

      PEMIKIRAN ANJIN SANGAT CETEK. LANI BUKAN ZAMAN DARURAT. KALU BUDAK TU TAK MAW BERHENTI, HAMBAT LA, KALU DAN. KALU TAKDAN LEPAIH SAJA LA. INI TIDAK LEPAIH TEMBAKAN. UNDENG2 LORD RIED PON
      TAK KASI TEMBAK MACAM TEMBAK BABI.

    • Assalamualaikum dan salam sejahtera..

      Kul 3 pagi ke 3 petang ke isu utama sini kenapa nyawa manusia
      dah jadi murah..Sedangkan dalam quran dinyatakan betapa penting kita
      utk kite sesama manusia hargai nyawa..Adakah remaja itu penjenayah
      yang dikehendaki dan membahayakan nyawa polis tadi?
      Dan kalau benarpun dia disyaki bersalah, manakah hak dia utk membela diri
      utk dibicarakan? Dan apa sebabnye polis tu tembak remaja ni?Tiada sebab yg
      jelas, cuma tak nak berhentikan motor..ish ish..tak yah nak kait mak bapak plak..kasi celik sikit mata tu arr

    • Oii Si bodoh lagi gila yahudi

      Kemana pun dia pergi apa masalahnya.
      polis ada akta sendiri bukan cowboy. Man boleh tembak sesuka hati.

      Tolong jangan jadi manusia bodoh. yahudi semua nya pandai-panadi. jangan jadi yahudi bodoh tidak boleh diajar wahai si aftar zionis.

  2. kot ye pun, tayah la nak tembak2…tak pun kalau nak tembak, tembak la tayar ke, bahaya tu men tembak2

  3. Salam,

    TAK TAU LA APA NAK JADI DGN KEGHAJAAN SEKARANG PEMBANGUNAN YG TAK SEIMBANG.

    ADA MASJID TAPI TERHAD….

    UMOQ 17 TAHUN PUKOI 3.30 PAGI KALAU DOK MASJID PON BAGUIH…BUAT QIYAMMULAIL…

    • KOBOI DOK LEPAS GIAN…

    • Salam great chief.

      Tu la hang.
      Kalaulah hang, masuk polis dulu.
      Jadi pulak Chief Inspector.
      Barulah, chief betoi.

      Tentu tak jadi perkara macam ini.
      Tentu lebih disiplin.
      Sekurang2nya disiplin, seropa.
      nasik kandaq.
      Masih dok kandaq2 lagi.

      Sekadaq TGNA belum komen.
      Sebab letih dengan Kelate berisu.

  4. Dia bau balik tlg abang dia juai Char Kuew Tiaw…..
    Semasa dr bawak keluag peluru dlm perut dia, ada kesan char kuew tiaw yang masih bau..he!x3.
    Cabut laii takut!!!! …pasai takdak lesen…

    • Salam Kucing Kota.

      Marah sangat lah hang.
      Sebab polis tak ikut budaya hang.

      Budaya hang kan.
      Tengok saja, dengan mata terkelip, kelip.
      Nak terkam takut.
      Dengan tikus pon, takut.

      Hang nak polis pon, macam hang jugak.
      Tengok saja.
      Terkelip, kelip macam kucing kota.
      Nak tembak takut.
      Nak tembak.
      Tak nak tembak.
      Lepais2 tu.
      Depa pulak kena tembak polis.

      Di malam hari.
      Hanya kucing kota saja ada kelebihan.
      Boleh lihat.
      Tikus besaq.
      Terkelip, kelip.
      Takut.

      Hang tolonglah bagi kat polis.
      Peralatan yang canggih sikit.
      Mungkin senapang peluru pelastik ka.
      Tembak bagi suspek pengsang dulu.
      Lepais tu periksa.
      Bila sah, baru tembak sampai mati.

      Sekadaq dah nak celaru dah, dengan komen.
      Suku tigasukusakat hang.

  5. salam GC n KK………….

    lama tak tengok gambaq Lee Van Cleef ngan Franco Nero………..
    kadang tu lepaih gian jugak laa kat u tube tu……
    nostalgia lama……….

    Adios Sabata……….
    ada kot mcm cerita depa kat ataih tu……he he he

    • Salam nasik kandaq.

      Itu saja komen hang.
      Selalu hang komen.
      Sampai berkandaq, kandaq.
      Banyaknya.

      Dah BO BO Idea.
      Kah.

      Sekadaq yang tua2.
      Kena banyak membaca buku.

  6. Macam citer The Good the bad & Ugly
    main tembak2.
    Kalau dlm High chaparal. Manolito Mantoya yang jadi tukang tembak anak buah great cheif Uquinok.
    Siaannn..Red Indian.

  7. Salam adik beradik,

    Mana depa ada std koboi laghu tu.
    Taraf koboi LABU LABI ada la
    Dok tembak rakan sendiri..
    Kegja dok berebut lubang saja…

    Koboi2 ni semuanya nak jadi punca..
    Mengkala kalau peluru tu pi hinggap kat cina
    yg dok lalu lalang…..
    Pakai jadi laghu lain la….

    Tembak pi lah anak2 melayu bagi perabih buang.
    Dah mak pak depa tak rheti kawai….
    Ada esok ramai pon dok jadi laghu malaun yg masuk n3 ni dok baca byk. tapi tak rheti2,tak faham2….ramai saja ..quality tarak..menyemak la tu….sampai ke nikmat yg perlu di syukuri pon tak tau…nak balas balik nikmat tu pon sebagai tanda rasa syukor pon tarak angkat pot…

    la pon sebenaqnya anak2 melayu semua dah mampuih…bangga 52 tahun perintah…
    pembangunan canggih…anak2 melayu yeeeeeza.
    “””””no hal punya”””””

  8. Salam 1Malaysia.
    Salam great chief.
    Salam nasik kandaq.
    Salam Kucing Kota.

    Tigasukusakat kita dah KeLiRu.
    Komen pon.
    Macam tak komen.

    Dah mula kelabU.
    Dah mula KeLiRu.

    Yang sorang kemponan nak jadi.
    Chief Inspector.

    Yang sorang tak habis2 dengan.
    Kandaq, kandaq.

    Yang sorang lagi masih.
    Mata dok kelip, kelip jugak.

    Tigasukusakat semua ni dah tua2.
    Yang tua2 kena banyak membaca.
    Baca pon, kena baca.
    Buku2 yang baik2 saja.
    Buku2 pon kena.
    Buku2 berlainan bab.

    Baru boleh didik anak2.
    Jangan dok harap kat cikgu2 saja.

    Kalau dah tak membaca.
    Cikgu tulih sikit pon.
    great chief dah kata terer.
    nasik kandaq pon komenlah entah ke apa2.
    Kucing Kota sampaikan copy n paste nak komen juga.

    Sekadaq ini lah Melayu kita.

    • Salam BT,

      Tua pon lemak byk.
      Rebuih hempok….
      Kalau muda rebuih pon tak hempok
      Ketegaq bijik seduit pon tak guna
      “””sampai ke tua lalu….””””

  9. polis masa kt ofis men CS..
    so gian la nk menembak kt luaq..

  10. flora damansara…tempat yg menarik dikelilingi flora dan fauna..berhampiran dengan mutiara damansara.kehidupan disini pada mulanye aman dan temteram ttp bertukar menjadi kusut akibat segelintir warga asing membuat ornar…akibatnye maka jadi tempat ini dipenuhi polis…lama kelamaan kebanjiran polis menjadi masalah…terjadi kes mengambil kesempatan..pantang saja nampak orang lalu pasti kena pau…siang malam rodblock..umpama syurga tambah pendatan bagi si berbaju biru…mereka datang dari luar dipindah kesini…ada yang baru tamat latihan..berbangga dengan seragam baru..umpama raja baru naik taktha….sampai bilakah perkara ini harus berlaku….

    • Selagi ZIONIS bertapak dihati pemerintah dan juga pembodek-pembodek Yahudi.

      Zionis telah mengambil alih malaysia. RM77 juta

  11. Dalam kes ni, saya sokong polis. Maaf le Tuan, Puan, jangan salahkan pihak polis, anak awak berkeliaran pukul 3 pagi buat ape???? MEREMPIT kan. Nape anda berdua tak betul-betul bela anak??? Pada saya polis menjalankan tugas, sedih tengok anak bangsa menggadai nyawa kepada perkara-perkara bodoh dan tak de hasilnya. Biarkan remaja ini mengerang kesakitan, ini adalah pelajaran berguna baginya!!!

    • kalu hang sokong pon jangan la sokong pulak che poleh tembak budak tu macam tembak babi.

      KALU ADA UNDENG MACAM UNDENG DARURAT, IAITU TIDAK DIBENARKAN KELUAR RUMAH SELEPAIH PUKUI 12 MALAM, BAGHULAH TADAK SAPA NAK KELUAQ.

      he he he

  12. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suke.

    Ini masalah dari yang tua2.
    Bukan masalah remaja.

    Yang tua2 tu.
    Kena tahu tanggongjawab.
    Kalau tak tau.
    Kena belajaq dengan great chief.
    Dia tau semua.

    Jangan dok ikut budaya Kucing Kota.
    Yang dia tau.
    Tengok terkelip, kelip.
    Tunggu tulang2 ikang2.

    Kalau yang tua2.
    Tak banyak ilmu.
    Banyaklah masalah kat negara ini.
    Nanti.
    Tak terkandaq, kandaq pulak.

    Sekadaq kandaq nasik, cukuplah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: