Posted by: pinkturtle2 | Mei 8, 2010

Mangsa ditembak polis tiada rekod jenayah

BANGUNLAH NAK… Juhaida Che Hasan mengucup tangan anaknya Mohd Azizi Aziz, 17, yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis semasa melawat remaja itu di Hospital Tuanku Ja’afar di sini hari ini. Turut serta ialah (dari kiri) bapa Azizi, Aziz Omar, anggota Exco Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop (kanan). Azizi yang menunggang motosikal dikatakan melarikan diri dan enggan berhenti semasa diarah berhenti menyebabkan anggota polis melepaskan satu das tembakan ke arahnya pada 3.30 pagi tadi.

Keluarga sedih, mangsa ditembak polis tiada rekod jenayah

SEREMBAN, 8 Mei: Keluarga Mohd Azizi Azri Aziz, 17, remaja yang ditembak anggota polis pagi tadi melahirkan rasa sedih di atas kejadian tersebut kerana mangsa tidak bersalah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
“Ana terima maklumat dari ibu bapa mangsa sewaktu menziarahi keluarga di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban tadi,” kata Adun Paroi, Mohd Taufek Abd Ghani kepada Harakahdaily.
(Gambar: Sebahagian keluarga mangsa di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.)
Beliau berkata, keluarga mangsa memberitahu, Mohd Azizi Azri baru balik dari membantu kawannya yang berniaga di Pasar Malam Ampangan kira-kira jam 2 pagi.
Katanya, dia bersama-sama kawannya minum selepas bekerja di pasar malam.
Tambahnya, keadaan mangsa serius dan masih di dalam bilik bedah sejak jam 7 pagi tadi di mana usus besarnya cedera.
“Keluarga merasa sedih atas kejadian yang berlaku kerana anak mereka tidak bersalah dan tiada rekod jenayah.
“Walaupun kisah Aminulrasyid baru berlaku tetapi kisah sedih ini terus berulang dan menimpa keluarga mereka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau dan beberapa wakil Pakatan Rakyat negeri yang menziarahi keluarga mangsa berharap pihak polis mengambil serius kes tersebut dan sudah tiba masanya Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mesti bertanggungjawab dan meletakkan jawatan.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 4 pagi tadi di Ampangan, mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Paroi cedera parah di perut akibat ditembak seorang anggota polis.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Polis Digantung Kerana Tembak Remaja Dalam Kejadian Kejar-Mengejar

GEMENCHEH: Seorang anggota polis digantung tugasnya kerana menembak seorang remaja dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Jelebu di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azizi Aziz, 17, ditembak polis kerana enggan memberhentikan motosikal walaupun diarah berulang-kali untuk berbuat demikian.

Mohd Azizi daripada Paroi dekat sini ditembak pada perut dan menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal menunjukkan anggota polis terbabit sedang membuat rondaan bersama rakan setugas tidak mengikut standard operasi untuk melepaskan tembakan.

“Kami telah menggantungnya kerana menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara.

“Dia tidak sepatutnya melepaskan tembakan kerana polis-polis terbabit tidak berada dalam keadaan berbahaya,” katanya kepada pemberita pada perasmian lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan, dekat sini.

Anggota polis yang digantung itu berpangkat konstabel dan telah berkhidmat di Balai Polis Rahang selama satu setengah tahun.

Osman turut memohon maaf kepada ibu-bapa mangsa di atas kejadian itu.

Difahamkan Mohd Azizi sedang melepak bersama rakan-rakan di pusat beli-belah Centre Point apabila kereta peronda menghampiri mereka.

Mereka melarikan diri ke arah berbeza apabila kereta peronda semakin hampir.

Dua polis di dalam kereta itu mengejar dan memberi amaran berulang kali kepada Mohd Azizi supaya memberhentikan motosikal Honda EX5 yang ditungganginya.

Bagaimanapun, dia dikatakan tidak mempedulikan arahan itu, malah memecut laju ke arah Jalan Jelebu sejauh 2km.

Osman berkata, Mohd Azizi yang menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dilihat seolah mencabar pihak polis untuk mengejarnya.

“Namun, salah seorang anggota polis melepaskan tembakan apabila mangsa gagal untuk berhenti selepas beberapa kali diarahkan untuk berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata, Mohd Azzi yang bekerja di pasar malam di sini memberhentikan motosikalnya apabila menghampiri 1km dengan Kg Ujung Pasir dan cuba melarikan diri, namun dia ditahan.

Menurutnya, ketika itu barulah anggota polis tahu yang Mohd Azizi telah ditembak.

“Mangsa tidak mempunyai lesen menunggang motosikal.” tambahnya.

Berdasarkan siasatan awal, Osman menjelaskan, anggota polis terbabit tidak berniat untuk menembak mangsa.

“Dia mengeluarkan pistol dari tingkap kiri kereta peronda bagi memberi amaran tembakan, namun terkena mangsa. Bagaimanapun, kami akan mengesahkan perkara ini.

“Mangsa kini pulih dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusof yang turut hadir pada majlis perasmian berkata, pihak polis menyerahkan undang-undang untuk mengenakan tindakan sekiranya polis berkenaan didapati cuai.

Abu Seman dan Osman kemudian melawat mangsa di hospital.Mstar


Responses

  1. SALAM

    BULIH LA PINJAM CHE POLEH YANG TEMBAK BUDAK TU AJAK PI BUGHU BABI SABIK PEEL DIA
    MACAM TENGAH DOK BUGHU BABI. KALU BABI TAKPA, HANG NAK TEMBAK KAT MANA2 PON. BABI TENGAH TIDOQ KA, BABI TENGAH MAKAN KA, BABI TENGAH BELAGHI KA, ATAU BABI TENGAH BELAKI. TAKDA MASALAH PUNYA.

    YANG HANG DOK TEMBAK BUDAK HANYA TADAK
    MAW BERHENTI SAJA. MUNGKIN TADAK LESEN ATAU MUTOR DIA TADAK ROAD TAX SAJA. KALU TAK DAN NAK HAMBAT, LEPAIH SAJA LA. KALU CHE POLEH TU CEKAP, KEJAQ LA SAMPAI DAPAT.

    AKU CADANG LEPAIH NI CHE POLEH KALU NAK RONDA JANGAN PAKAI PISTOL…… BAKALKAN LASTIK CUKUP LA. KALU LASTIK, TAK LA REMAJA SAMPAI MAMPUIH. TINGGI2 BONJOL KAT MANA2.
    BAGI GULI SATU KARUNG PAKAI DEPA WAT PELURU.
    he he he
    baru semingu dah 2 ekoq kena tembak, seropa tembak babi

  2. thanks atas komen anda.utk tau cerita lebih lanjut boleh layari facebook azizi azri “adytasix” .


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: