Posted by: pinkturtle2 | Mei 9, 2010

Istana akan patuh apa juga keputusan mahkamah esok…

Istana akan patuh apa juga keputusan mahkamah tetapi buat masa ini Tuanku (Tuanku Ismail Petra) kekal berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk menjalani rawatan seterusnya - Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad

Pejabat Sultan Kelantan Akur Keputusan Mahkamah Khas Esok

KUALA LUMPUR: Pejabat Sultan Kelantan akan mematuhi sebarang keputusan Mahkamah Khas yang dijangka bersidang esok berkaitan permohonan habeas corpus yang mahu membawa Sultan Kelantan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di Kelantan

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, pihak istana sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sepanjang krisis yang melanda keluarga diraja itu sekarang.

“Istana akan patuh apa juga keputusan mahkamah tetapi buat masa ini Tuanku (Tuanku Ismail Petra) kekal berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk menjalani rawatan seterusnya,” katanya kepada pemberita di Rumah Kelantan di sini hari ini.

Hadir sama ialah kekanda-kekanda Sultan Kelantan iaitu Datuk Tengku Rozan Sultan Yahya Petra dan Datuk Tengku Salwani Sultan Yahya Petra.

Beliau mengulas mengenai tindakan peguam yang mewakili Sultan Kelantan yang memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari HUSM di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira 11.45 pagi kelmarin menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.

Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia.

Peguam kanan Datuk Param Cumaraswamy yang hadir bersama peguam Gobind Singh Deo dan Datuk Mohd Haaziq Pillay, berkata ini merupakan kes pertama di dunia apabila writ habeas corpus difailkan bagi memohon pembebasan seorang pemerintah negeri.

Mahkamah Khas ditubuhkan pada 1993 untuk mendengar sebarang prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau pemerintah sesebuah negeri atas sifat peribadi baginda.Mstar


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: