Posted by: pinkturtle2 | Mei 9, 2010

Saya tak lepas tangan, kerja anak beranak nak campur tangan macam mana? – TGNA

Kemelut Diraja itu cerita anak-bernak, bukan cerita kerajaan (negeri), itu (masalah) anak beranak.Saya tak lepas tangan, kerja anak beranak nak campur tangan macam mana?Bukan kerja MB (Menteri Besar), itu kerja orang lain... ni hal anak beranak - MB Kelantan

Krisis Istana Kelantan: Nik Aziz Nafi Lepas Tangan

KOTA BARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz menafikan beliau mengambil sikap lepas tangan terhadap krisis yang terus menyelubungi Istana Kelantan pada ketika ini.

Sebaliknya beliau menyifatkan kemelut yang melanda Istana Kelantan itu adalah ‘cerita anak beranak’ dan tidak perlu campur tangan pihak luar.

“Kemelut Diraja itu cerita anak-bernak, bukan cerita kerajaan (negeri), itu (masalah) anak beranak.

“Saya tak lepas tangan, kerja anak beranak nak campur tangan macam mana?” katanya ketika ditemui pada majlis bersama Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali bahawa krisis Istana Kelantan tidak akan berlarutan sekiranya beliau memainkan peranannya sebagai penasihat kepada Sultan dan Pemangku Raja Kelantan.

Malah Ibrahim berkata kemelut yang berlaku hari ini mencerminkan kegagalan Menteri Besar itu melaksanakan tugasnya dengan baik walaupun telah memegang jawatan tersebut selama 20 tahun.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz menegaskan krisis yang melanda Istana Kelantan itu perlu diselesaikan secara dalaman tanpa melibatkan rang luar.

“Bukan kerja MB (Menteri Besar), itu kerja orang lain… ni hal anak beranak,” katanya.

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada Selasa lalu hingga mencetuskan pelbagai persoalan terutama berhubung status kesihatan baginda.

Pada hari berkenaan, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Hamid dan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry serta dua doktor cuba membawa Sultan Kelantan ke Hospital Mount Elizabeth, Singapura menaiki pesawat tetapi dihalang polis dan baginda dimasukkan ke HUSM.

Sejurus tiba di HUSM, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Wad Diraja untuk pengawasan perubatan, manakala Tengku Muhammad Fahkry bersama dua doktor itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan sebelum dibenarkan pulang, manakala Tengku Anis kembali ke Istana Mahkota.

Ditanya mengenai peranannya sebagai penasihat kepada Sultan dan Pemangku Raja Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata: “Nasihat la tu, di antara nasihat ialah senyap, ada yang Allah suruh nasihat, ada yang Allah suruh senyap.

“Jadi saya ambil sikap senyap, supaya benda ini berkisar antara anak beranak sahaja.”

Dalam pada itu Nik Abdul Aziz berkata, beliau dan barisan exconya merancang untuk melawat Sultan Kelantan di HUSM.

“Saya akan melawat, nak melawat sekali dengan exco,” katanya namun tidak menyatakan bila lawatan itu akan diadakan.Mstar


Responses

  1. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA pon suke.

    Dah nampak letih.
    TG kita ini.
    Bersaralah TG weh.
    Dah tak gi dah.
    Dok lagu tu la.
    Nak buat guana lagi.

    Kita pon heran.
    Berlaku di Kelate.
    Depan mata TG.

    Dah 20 tahun.
    TG dok dakwah.
    Lagu tu, lagu tu jugak.

    Sekadaq eloklah TG besara.

  2. Cuba tengok otak budak tadika down syndrom ni,
    Menulis dengan konon banyak membaca tapi tak faham dan tak jadi ilmu dengan apa yang dia baca.

    Baca dengan tidak berilmu dan tidak berguru..
    setanlah yang jadi guru penambah ilmunya…

    Otak dia dengan otak katak puru yang dok provok TGNA masuk campur hal anak beranak dalam istana tu..kitab manalah pulak yang dia baca.

    Katak puru nak cari kesempatan politik kalau TGNA masuk campur dan ada saja sedikit terkesan unsur2 menyebelahi Pemangku Sultan.. Nanti, Katak puru akan api2kan kumpulan Tengku Temenggung dan bondanya supaya keluar kenyataan memburuk burukan TGNA….
    Katak puru dapat “politic milage”…

    Tu la kita kata budak tadika down syndrom ni…
    baru nak bina akai macam katak puru…

    Berak dalam kelas, cikgu tadikaaa.. jugak kena basuh…

    • Salam Kucing Kota.

      Hang yang tak faham.
      Sebab hang kucing kota.

      Kalau hang tu, kucing kampong.
      Hang dah faham, dah.
      Budaya kampong.
      Budaya orang Melayu.

      Kat kampong.
      Kita segan kat Tok Ketua.
      Kita mengadu dan rujuk dengan Tok Iman.
      Ada orang tua2 jugak, kat kampong.

      Kat negeri pun, gitu jugak.
      Nik Aziz seorang MB (kalau kampong, Ketua).
      Nik Aziz seorang TG (Kalau kampong, Tok Iman)
      Mengadu dan mintaklah nasihat dia.

      TGNA pakai dua, ketayap dan serban.
      (orang putih kata, two hats).
      Tok Ketua pon, dia.
      Tok Iman/ulamak pon, dia.
      Seorang yang patut dihormati.
      Seorang yang patut disegani.
      Seorang yang patut dijumpai, untuk minta nasihat.

      Jadinya.
      Sepatutnya, tak dak la masalah.
      Kalau masalah jugak.
      Segan la kat Tok Guru, yang jugak MB.
      Pagi, sian, malae, dok berdakwah.
      Tak gi, tak gi, jugak.

      Sepatutnya.
      TGNA sebagai seorang MB dan ulamak.
      Patut dihormati.
      Kalau masalah begini timbul.
      Malulah MB kita.
      Sebab MB kita tu, bukan sebarang MB.
      Tok Guru dan Ulamak.

      Dulu2 lagi.
      Dah patut jumpo TGNA.
      Minta nasihat.
      Minta penyelesaian.
      Minta perdamaian.
      Cara Melayu.
      Cara Islam.
      Dua2 cara, TGNA tahu.
      Bukan tahu lagi, dah pakaq.

      Kalau tak atau belum mintak nasihat TGNA.
      Kita nak tanya jugak, pasai apa.
      TG sibuk ka.
      Atau TG, macam tak wujud.

      Malang sekali, bagi Kelate.
      Malang jugak, bagi Melayu Islam.
      Ada MB, seorang TG dan ulamak.
      Krisis begini boleh berlaku.
      Di mana lah kesilapan Melayu.
      Carilah permata delima Melayu.

      Sekadaq jangan ada yang kata.
      Alamak, apa dah jadi dengan TGNA.
      Macam tak wujud saja, dia.

      • Apa masalah ni… kalu tok pehe baco berito demo dok die2 sudoh lah, tulih panje2 tapi lari tajuk, acu demo masuk kelas PASTI pulok, baru cridik sikit ambo raso… ni mace retarded jah… ho..! payoh bilo budok2 nok wi komen jugok ni..

      • salam BT,

        Ada tempat lain yg TGNA
        rasa sangat malu.

        Ahmad Nisfu dlm. 3 Abdul
        pon ada Tuan Penasihat
        sindiri.

        Politik 1 m’sia pecah dan
        perintah pon ada Tuan Penasihat
        sindiri.

        “””teringat dulu seluaq jean jenama
        AMCO yg hebat 1 ketika”””

        taik org. pon mahu sedut juga ka…
        silakan budak2 ….
        bagi yg terencat akai saja

  3. Nak tegur pun kemelut istana. Nak tegur ke raja-raja sultan sultan.

    Mana boleh nanti ubn kata derhaka pada raja atau sultan. Bagus TGNA duduk diam. Lagi molek. ini kes Istana.
    Umco yahudi memang suruh campur tangan supaya yahudi senang nak lagakan istana dengan kerajaan kelantan.
    Umco akan bertepuk tangan seronok. Ini lah dasar yahudi macam umco.

    UMCO (uBn + apco) yahudi seronok tengok islam berpecah.

  4. salam bro n sis…………

    seronok tengok komen hangpa nie………..
    tapi paling palat tu………komen bebudak tadika tu laa……..
    tak tau pabende…….kepala bana apa dia dok komen…….
    kalau dia masuk….kira punggahhhhh…..
    kalu tak reti………jngn dok menyebok……..lagi nampak dol………..

    pekasam pun nak suruh tuan guru ambik tau jugak hal krisis adik beradik………..
    kalu ambik tau……..bersuara ke atawa diam ke………dua-dua depa bantai……..
    pekasam ni kalau buat apa pun dok tak kena situ laa……..
    nak tau pasai apa daaa????????
    pasai hati tu dah ada penyakit……tak dak ubat punya………

    pertimbangan tok guru dikira cukup baik……..
    berdiam itu lebih baik dari masuk campoq hal-hal yg bukan ‘our belonging’…………

    nasihat diberi dlm diam………betapa indah bunyinya dan isinya…….kerna bukan kita mencari redha manusia……..tetapi menjunjung redha ilahi……….tak perlu kita bergopoh gapah dlm merongkai kekusutan………

    see u all……………..

  5. Salam 1Malaysia aka
    Salam yang TGNA suke.
    Salam tigasukusakat
    great chief.
    nasik kandaq.
    Kucing Kota.
    Semua tua2 belaka.

    Yang tua2 belaka lah kata kan.
    Jangan lupa, terus belajaq.
    Carilah ilmu.
    Nabi pon kata, sampai ke negeri China.
    Jangan asyik baca harakah saja.
    Hara kanan, hara kiri.
    Lepais tu, gelak kah, kah, kah, kah.

    Coba fikiq sikit, kalau tak banyak pon.
    Kita tak suruh TGNA campoq urusan.
    Kita hanya kata.
    TGNA pakai ketayap, pakai serban.
    (wearing two hats)
    Hat pertama, Menteri Besaq.
    Hat kedua, Tok Guru.

    Yang hairannya.

    Mengapa yang anak beranak tu.
    Tak jumpa TGNA.
    Minta nasihat.
    Minta pandangan.
    Minta tolong damaikan.
    Perdamaian cara Melayu, cara Islam.
    Tok Guru seorang Melayu.
    Tok Guru seorang ulamak Islam.
    Yang great chief dari Bayan Lepas.
    Yang nasik kandaq dari Ayaq Hitam.
    Yang Kucing Kota dari cerok mana pon.
    Sanjong dan hormat pada TGNA.
    Kita pon hormat kat TGNA.
    Yang anak beranak pulak, macam tidak.

    Yang great chief pon satu.
    Sapa suruh TGNA rasa malu.
    Kot TGNA, nak terasa pon.
    Terasa macam tak wujud.
    Tak wujud, macam mana nak malu.

    Baru kita tau, yang nasik kandaq ni.
    Jenis suka mencarut.
    Yang tua sorang ni, apalah nak jadi.
    Memang tak suka membaca.
    Yang dia tahu.
    Palat dan pekasam.
    Palat tu mencarut.
    Pekasam tu, memang jenis terperam.

    Sekarang ni, baru kita ingat.
    TGNA kita ni, 3 dalam 1.
    Sebagai Menteri Besaq.
    Sebagai Tok Guru.
    Sebagai Mursyid.
    Memang dia hebat.
    Anak beranak kena jumpa.
    Jangan tak jumpa.

    Sekadaq TGNA tak lepais tangan.
    Kalau lepais tangan.
    Kandaq kemana.
    Nasik pon kemana, bertaburan.
    Rezeki Kucing Kota lah.
    great chief miss suru lah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: