Posted by: pinkturtle2 | Mei 9, 2010

Sultan Kelantan Dibawa Pulang Ke Istana Mahkota Dengan Pekenan Pemangku Sultan

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dibawa pulang ke Istana Mahkota di sini hari ini setelah lima hari menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Kepulangan baginda turut diiringi Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan anakanda baginda Tengku Amalin A'ishah Puteri.

Sultan Kelantan Dibawa Pulang Ke Istana Mahkota

KOTA BARU: Selepas lima hari Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dekat sini, baginda hari ini dibawa pulang ke Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Baginda dibawa menaiki kenderaan rasmi Istana Kelantan meninggalkan HUSM kira-kira pukul 5.10 petang.

Turut mengiringi baginda, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Difahamkan tindakan membawa keluar Sultan Kelantan dari HUSM mendapat perkenan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.

Sultan Kelantan dikeluarkan dari HUSM dua hari selepas peguam baginda memfailkan writ habeas corpus bagi memohon kebenaran untuk membawa baginda keluar dari hospital itu di mana baginda menerima rawatan sejak Selasa lepas.

Writ itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Khas di sini kira-kira 11.45 pagi kelmarin menerusi tetuan J.S. Pillay & Mohd Haaziq.

Afidavit bagi menyokong writ itu dibuat oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail, putera ketiga Sultan.

Sultan Kelantan dinamakan sebagai pemohon.

Writ itu menamakan lima responden iaitu Ketua Polis Kelantan, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan, Ketua Pengarah Kesihatan dan kerajaan Malaysia. Mstar


Respon

  1. tengok kepada keadaan fizikal/tangan Sultan, nampak Sultan masih lagi incapasitate, Sultan Sakit apa sebenarnya ni..?

  2. Sebak hati sgt tgk Tuanku Sultan….moga Allah menyembuhkan Tuanku dgn penyembuhan yg sempurna……

    Kpd manusia yg menyebabkan Tuanku gering sebegini rupa,insaf lah…di dunia mungkin terlepas tp di akhirat terima lah pembalasannya….

    Moga anakanda2 Tuanku Sultan semuanya tabah hati……patik semua ttp setia di bwh naungan Tuanku Sultan…sekaligus juga kami setia dibawah Pemangku Raja yg dikasihi……

  3. Bahan yang dibekalkan bomoh yang dibawa pergi ke Singapura tu, untuk sembuhkan sakit ke?
    Atau melemahkan orang yang tak sakit?.

    Kenapa Baginda Sultan tiba2 saja sakit, setelah baginda diberitakan telah berkahwin satu lagi?

    Kenapa mereka tak benarkan TGNA berjumpa dengan Bagind Sultan?

    Kan sekarang ada dah puak yang pertikaikan TGNA tak ambik berat, selesaikan masalah keluarga Istana?.

    Mungkin kalau ikut kehendak orang yang pertikaikan itu. TGNA mesti guna pistol, paksa mereka benarkan TGNA jumpa Baginda Sultan. kerana TGNA ada dua tanggungjawab, sebagai Tok Guru dan MB walaupun terpaksa berdepan dengan pihak keluarga yang menghalang TGNA berjumpa dengan Sultan.

    Soal keluarga ini dan pengawal peribadinya ada pistol, itu soal lain. Yang mustahaknya TGNA tak boleh diam, sebab ada dua tanggung jawab.

  4. MasyaAllah.. Gitu sekali geringnya Tuanku. Wak doa semuga Tuanku sembuh seperti sediakala. Wak doa keluarga DiRaja Kelantan kembali bersatu. Kalau ini perbuatan sehir, laknak ahli sehir berkenaan dan mereka yang terbabit dengannya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: