Posted by: pinkturtle2 | Mei 10, 2010

Kematian Aminulrasyid..Korporal Jemain Subi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini

Koperal Jenain Subi ,48, ketika tiba di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini yang dituduh menyebabkan kematian selepas tertembak seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, di Seksyen 11 Shah Alam, bulan lepas. Jenain mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 10 Jun ini untuk sebutan semula kes.- Foto BERNAMA

Polis Yang Menembak Aminulrasyid Amzah Didakwa di Mahkamah Sesyen

SHAH ALAM: Anggota polis, Korporal Jemain Subi hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana menembak pelajar tingkatan tiga, Aminulrasyid Amzah sehingga membawa kepada kematiannya.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 304 Kanun Kesiksaan iaitu menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum sehingga 30 tahun.

Hakim M. Gunalan mengenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan kes.

Aminulrasyid mati ditembak dalam insiden polis peronda mengejarnya sejauh enam kilometer pada 26 April lalu di Seksyen 11 di sini selepas mangsa enggan memberhentikan kenderaannya.

Kejadian tersebut berlaku pada lebih kurang jam 2 pagi iaitu selepas mangsa bersama seorang lagi rakannya Azamuddin Omar, 15, keluar menggunakan kereta kakak mangsa ke sebuah restoran untuk minum.

Dalam perjalanan pulang, kereta yang dipandu mereka telah tergesel sebuah kenderaan lain dan ketika itulah mereka melarikan diri sambil dikejar oleh sekumpulan remaja lain yang menunggang motosikal.

Insiden tersebut disaksikan oleh sebuah kereta peronda yang melihat mangsa memandu dalam keadaan merbahaya dan memotong lampu isyarat merah di beberapa persimpangan lalu turut mengejar mangsa. Mstar

Advertisements

Responses

  1. WAT PE NAK SAMAN2 NI, KAN CHE POLEH NI WAT KIJA BETUI……. SIAP NGAN LETAK PAGHANG SEKALI DALAM KETA AMINURRASYID.
    MUJUQ DIA TAK LETAK PISTOL KALU TAK….. REAL MACAM TEMBAK ROBIN HOOD.

    he he he

  2. Laaaa.. Yong ingat polis muda, sebab dok panas baran Rupanya dah berumoq. Mungkin ade anak sebaya mangsa. Isy isy isy!

    • TENGOK MUKA MACAM PELAKON VETERAN S ROMAINO JER.

  3. Ingatlah wahai pemandu tua dan muda. Bila polis tahan kena benti. Bila polis kejar kena benti. Kalau tak benti, tu cari nahas namanya. Tanya diri sendiri. Sape yang patut disalahkan…

    • KALU TAK BERHENTI CHE POLIH BULIH TEMBAK MACAM TEMBAK BABI.

      he he he
      gurau ngan kapiaq

    • salam,

      Kalau ada road block
      baghu boleh berhenti.

      Kalau tak dak road block
      Jgn berhenti…blah teruih
      penyamun la kot
      ramai dok menyamaq

      saja la habaq…….

      pi tanya polis yg dok tahan tepi
      lorong dan simpang tampa
      check point pemeriksaan polis…
      boleh ka depa tahan suruh berhenti

      tu yg depa bleh bertukaq jadi
      koboi….akai pala lumbu

    • Oiii
      Polis pun ada prosedur la untuk menembak. Bukan sebarang tembak macam tembak babi.

      Ada penjenayah yang mesti ditembak tapi takut nak pergi tembak. nampak melayu sahaja tembak. Apa niii oiii.

      Berapa ramai melayu dah yang terinaya.

      Zionis punya angkara la ni.

      Wak jangan jadi bodoh macam UMNCO. Ramai yang menyamar polis wak oiii. Wak Ali makan tempeh busuk banyak sangat sebab sebab itu wak Ali jadi bodoh macam tempeh busuk.

      Maaf Wak Ali ye . Geram.

  4. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suke.
    Salam jugak pada 3sukusakat.
    great chief, nasik kandaq dan Kucing Kota.

    Simpati kita pada Kpl Jemain Subi.
    Moga2 dia banyak bersabaq.
    Moga2, keluarganya memberi sokongan.
    Moga2 rakan polis sentiasa membantu.

    Inilah Malaysia namanya.
    Masing2 macam tak ada jiwa.
    Jiwa kosong.

    Ada great chief pon.
    Datang dari keluarga bekas polis pon.
    Pon, pon, pon.
    Masih tak faham.
    Masih tak memahami.
    Nak faham, nak fahami, lagu mana.
    Kerana kurang membaca buku yang baik2.
    Yang dia tau.
    Baca harakah.
    Dok hara kiri, hara kanan.

    Harap2nya.
    Nasik kandaq dan Kucing Kota.
    Sudah ada jiwa.
    Jiwa simpati.

    Sekadaq kena tunggu komen TGNA.
    Kerana TG berjiwa besarrr.

    • salam,

      takat kesian buat apa..
      pi la huluq buang singgit dua…
      kat keluarga dia…

      Kalau rakan dia nak bantu
      boh bom atau pistol dlm keta
      sebagai bahan bukti

      Simpati kat keluarga yg malang
      Kerana musibah melanda
      innalillahiwainnailalhirojiuun…

      angkara sistem manusia
      kalau ajak manusia tunduk sujud
      pd yg esa…..aman dunia…

      “””””pelihara nikmat””””

      hanya yg membaca dan mengetahui saja…
      yg yakin sepenuhnya….pasti terpelihara
      baik di dunia & di akhirrat…

      salam…adios amigo..sawadikap…selamat..pinoy

  5. Polis in telah diyahudikan oleh pemimpin UBN.
    Ikut suka hati dia nak tembak.
    tembak orang melayu islam pula.

    Pistol bukan barang mainan. Tak kan tidak tahu prosuder senjata api.

  6. kopral jenian pun tempeh juga. patut pun.

    Ini kopral tidak lulus undang-undang senjata api.
    Dah tua-tua pun tidak boleh memikir. inilah akibat sokong yahudi zionis

  7. Aslkm,

    Inilah masalah dengan orang Melayu… sentiasa nak menegakkan pendirian dan kefahaman sendiri walau pun sedaq apa yang di buat tak betul….

    Betul cakap Wak Ali… betul cakap PDRIS… memang le salah sendiri kalau tak ada lesen… tak berhenti kalau polis suruh berhenti…. tapi salah lagi besar kalau tembak orang sampai mati orang yang tak bersenjata… guna senjata ada prosedurnya…

    Tengok kes terbaru di Semban.. bos polis pun mintak mahap sebab anak buah salah guna prosedur… baru betoi…. kalau ikut prosedur rakyat pun tak bising… bukan la buat press statement bagi tau satu dunia bahawa aku tengah merajuk dan tak mau buat tugas yang di amanahkan….

    Saya ternanti nanti BUDAK TADIKA berhujah bahawa bos polis kat NOGORI tak betoi… tembak orang sesuka hati adalah betoi… maklumlah BT kan banyak membaca dan banyak juga kelentongnya…

    Sekadaq nak tengok pendirian orang… takziah pada keluarga mangsa..ALFATIHAH untuk adik Aminul….

    • Nak tulis masalah orang Melayu.
      Nama pon tak bunyi melayu.
      Cakap tak seropa bikini lah.

      Dok betul, komen orang.
      Baik pebetul tulisan sendiri.
      Agaq tak sewel.

      Nak nanti, buat apa, hujah kita.
      Mu kan ustaz.
      Ustaz ber title pulak tu.
      Yang suka memunafikkan orang.

      Jenis yang suka memunafikkan orang.
      Jenis tak dak otak.
      Jenis sewel lah.

      Sekadaq sewel, sukusakat gelong.

  8. satu bapa, korbankan masa bersama keluarga untuk keluar berkerja di tengah malam, mencegah jenayah supaya keluarga-keluarga lain dapat tidur malam dgn tenang.

    satu bapa lagi, tidur malam dgn tenang, sampai tak sedar anak bawah umur telah keluar rumah, pandu kereta tanpa lesen, langgar kereta org lain, lepas tu langgar motor orang, lari dari polis. anaknya kemudian mati kena peluru sesat.

    pada bapa no 1, aku nak ucapkan terima kasih. at least aku rasa selamat utk tidur malam sebab ada korang berkerja.
    pada bapa no 2, aku ucapkan padan muka, ada anak menyusahkan org je.

    moral of the story, walau ape pun, jangan lah terima nasihat lawyer terutama yg dari bangsa yg lidah belit tu. diorang ni kerjanya putar belit aje, ape lagi kalau diorang ni politician.

    bapa no 1 tu islam, bapa no 2 tu islam jugak, datang lawyer bangsa lidah belit antara mereka. Sorang bapak memang dah ilang anak, sorang anak mungkin bakal membesar tanpa bapak. Tapi lawyer bangsa lidah belit ni, anak dgn bapak terus bermaharaja-lela memecah belahkan kita. sape yg rugi? melayu dan Islam kat malaysia.

    pada PAS, tak payah lah korang involve to politicize kisah yg ni. dah jadi adat bangsa melayu, mak bapak kena pastikan anak anak semua dalam rumah bila masuk waktu marghrib, solat jemaah, dinner same same, mengaji, waktu utk family, then tidur, pagi pagi esok bapak kejut anak anak solat subuh. Jangan pulak PAS nak bersetongkol dgn bangsa yg kononnya nak bela parent yg biarkan anak anak melepak tgh malam, anak anak yg tak hormat org tua, anak anak yg bila buat salah, tahu lari.

    jahanam bangsa melayu kalau bersetongkol dgn lawyer bangsa lidah belit ni.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: