Posted by: pinkturtle2 | Mei 11, 2010

Kesihatan Sultan Kelantan Baik Tapi Mungkin Tidak Mampu Terus Di Tampuk Takhta

Kesihatan Sultan Kelantan Baik Tapi Mungkin Tidak Mampu Terus Di Tampuk Takhta

KOTA BARU: Tahap kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra kini berada dalam keadaan baik dan stabil, bagaimanapun baginda mungkin tidak lagi mempunyai keupayaan meneruskan tugasnya sebagai pemerintah Kelantan.

Menurut sumber terdekat Istana Kelantan, berdasarkan perkembangan tersebut dipercayai peluang Tuanku Ismail untuk kembali pulih sepenuhnya adalah tipis.

“Secara amnya kesihatan baginda menunjukkan peningkatan yang baik berbanding sebelum ini, sekurang-kurangnya baginda boleh menggerakkan tangan dan kaki.

“Tapi agak mustahil untuk melihat baginda pulih seratus-peratus, apa yang pasti kesihatan tuanku adalah baik dan memuaskan,” kata sumber berkenaan yang enggan namanya disiarkan di sini hari ini.

Dalam pada itu menurut sumber berkenaan lagi, status sebenar mengenai kesihatan Sultan Kelantan adalah amat penting terutamanya bagi menentukan sama ada kemelut Istana Kelantan akan berakhir atau sebaliknya.

“Dalam keadaan sekarang status sebenar keadaan kesihatan baginda adalah amat penting, semua pihak termasuk rakyat ingin tahu mengenai situasi sebenar.

“Sebab itu saya katakan tadi bahawa hakikatnya kesihatan tuanku adalah baik dan stabil, tapi untuk kembali pulih seperti sediakala adalah mustahil.

“Tuanku pernah mendapat serangan jantung, kesan daripada itu darah tak dapat mengalir dengan baik ke bahagian otak,” katanya lagi.

Tambah beliau pada tahap ini, hasil laporan panel perubatan yang menjalankan pemeriksaan terhadap Sultan Kelantan akan menentukan tahap keupayaan baginda untuk mentadbir negeri ini dari sudut perundangan.

“Laporan itu sangat penting, ia akan menjadi penentu dari segi undang-undang sama ada Sultan Kelantan masih berupaya memerintah negeri ini ataupun sebaliknya,” katanya.

Sehingga kini, pelbagai persoalan timbul mengenai status sebenar kesihatan Sultan Kelantan terutamanya selepas baginda dibawa pulang ke Kelantan pada 4 Mac lepas setelah menjalani rawatan akibat masalah jantung di Hospital Mount Elizabeth di Singapura sejak Mei tahun lalu.

Malah cubaan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan anakanda ketiganya, Tengku Muhammad Fakhry Petra untuk membawa baginda kembali menjalani rawatan susulan di Singapura menimbulkan tanda tanya.

Bagaimanapun Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Selasa lalu bagi menjalani rawatan.

Kemasukkan baginda ke HUSM juga membolehkan panel terdiri 11 pakar perubatan dilantik Kerajaan Kelantan dan Malaysia dengan perkenan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra, buat pertama kali berpeluang melakukan pemeriksaan terhadap Tuanku Ismail sejak dibawa pulang ke negeri ini pada 4 Mac lalu.

Panel pakar perubatan itu bertanggungjawab melakukan pemeriksaan rapi terhadap kesihatan Tuanku Ismail dan laporan mereka akan diserahkan kepada Pemangku Raja.Mstar

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: