Posted by: pinkturtle2 | Mei 12, 2010

Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah – Dr Asri

Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? - Dr Asri

‘Malaysia bukan masyarakat judi’

Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus.

Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa ‘tindakan pemerintah terikat dengan maslahah’. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri.

Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi’i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair).

Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?

Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu.

Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima.

Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia.

Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219).

Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima.

Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada ‘dilesenkan’ atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan.

Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain.

Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi.

Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa ‘judi adalah budaya kami’, atau ‘kebanggaan hidup kami’.

Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi.

Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama.

Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang.

Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah ‘tauke’ sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen.

Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat ‘hisap candu berlesen’ untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen?

Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Petikan Dari Tulisan Dr Asri Di Malaysiakini


Responses

  1. Macam ni sajala Dr.
    Mana ada pemimpin Umngok boleh lihat dan percaya dengan undang2 dan peraturan Allah ikut seperti yang disebutkan oleh AlQuran..

    Mereka ni tidak ada keyakinan dan tetap ragu untuk mendapat restu rezeki yang Allah janjikan kalau tak laksanakan perkara yang dikatakan mungkar itu.

    Megeluarkan lesen judi, arak dan lain2 yang Allah tegah itu akan menyebabkan tidak menjana ekonomi kepada sesebuah negara..
    Kalau tak buat, mereka berpendapat. Adakah Allah akan akan mendorongkan satu sumber ekonomi lain yang boleh memakmorkan negara ini?.

    Itulah keraguan yang dipermainkan oleh syaitan supaya manusia hilang keyakinan dengan sebuah negara yang Allah janjikan ” Baldatun Toyyibatun Warobbul ghofur” sekiranya mereka ikut tuntutan undang2 dan peraturan Allah.

    Dr!. Kalau nak diikutkan minda serakah manusia pemimpin Islam sekular ini, jika tiada dikalangan rakyat dan organisasi yang masih ada niat menegakan amal makruf nahil mungkar , sudah lama dah negara ini akan ikut seperti negara2 budaya yahudi.

    Malaysia juga akan mengeluarkan bukan saja lesen judi, arak bahkan lesen pelacuran.

    Kalau dikatakan lesen judi untuk mengawal rakyat bertaruh secara haram, kenapa tidak pula tidak dikeluarkan lesen pelacuran yang juga kan boleh menyumbang kepada ekonomi negara.
    Tanpa lesen pun pelacuran subur berkembang diseluroh negara. kalau dikeluarkan lesen, sudah tentu tiada lagi rumah pelacuran haram dan premis haram.

    Kerisis akidah, kerisis moral yang diselubungi dalam kehidupan rakyat hari ini, Dr. sendiri telahpun menilai siapakah yang menjadi penyumbangnya!.

    Bolehkah Dr. berjuang diatas sifat individu untuk tegakkan agama dan hukum2 Allah ini.

    Sekiranya berjaya Dr. sudah dikira hebat nak disebariskan dengan siapalah agaknya…

  2. salam 1 malaysia,,
    dulu semasa ditanya kpd nik ajis tentang
    arak dijual di kelantan
    nik ajis kata ‘tak mengapa..itu hak orang bukan islam …itu budaya mereka,,buat apa kita nak ganggu’
    masa tu tak nampak pun kaki2 pr bising
    tapi skrg???? BETULLAH HIPOKRIT
    sbg orang islam kita dah tahu apa yg haram
    apa yg halal tapi kalau dasar islam hanya
    pada pakaian saja bolehlah join sekali
    adakah kita memaksa org bukan islam
    jgn hampiri judi dan arak??????

    • ANJIN………..ANJINNNNNNN

      tadak maruah la anjinAMENO ni kena hina sampai kat mak bapak, hegeh2 mai
      nak jual barang tadak laku.

      MEH NAK HABAQ KAT ANJIN………
      KAT KELANTAN ARAK DIJUAL DI PERMIS KHAS DAN DISELIA OLEH KERAJAAN NEGERI DENGAN KAWALAN YANG BEGITU KETAT. STOK ARAK HANYA DIBEKALKAN DENGAN MENGAMBIK KIGHA JUMLAH PEMINUM. TIDAK SEROPA NGAN NEGER2 DIBAH PARTI JAMBAN…… KEDAI MAMAT TEPI JALANPON JENUIH AYAQ SETAN TU.

      KAPIAQ TADAK PUAIH HATI BAWAK MAK HANG DENGAN HANG2 SEKALI.
      TUNGGENG KAT AKU. NAK TES POWER. BIAQ LUAS JUBUQ TAIK HANG DAN MAK HANG SEKALI

      he he he
      gurau ngan ANJIN AMENO

  3. Bismillahirahmanirahim !
    (1)
    DIMANA dan KEMANA ISLAM INI HENDAK DI BAWA ?
    SIAPA ITU ULAMA ? dan SIAPA ITU “PEGAWAI” ?

    HAMPIR SELURUH KEHIDUPAN UMMMAT ISLAM BERJALAN DI ATAS LANDSAN SISTEM YANG MENOLAK NILAI AGAMA. MALAHAN ORANHG ISLAM MEMEGANG TERAJU HARAM DALAM BANYAK SYARIKAT YANG HARAM DAN BER BENTUK “SETENGAH HARAM” DAN SESUKU HARAM.

    SISTEM PENDIDIKAN TIDAK PUNYA PEGANGAN.
    ULAMA ISLAM DIIKAT DENGAN GAJI DAN AKUR JANJI YANG BERPAUT PADA “PEMBANGUNAN”.
    ISLAM SUDAH DILESENKAN BEGITU RUPA. ILMU YANG TINGGI TIDAK ADA TEMPAT LAGI JIKA TIDAK ADA LESEN.

    LESEN DIIKAT DEWNGAN POLITIK. KUASA POLITIK BERADA DI ATAS SEGALANYA. KEPUTUSAN POLITIKLAH YANG MENYEKAT KEMARAAN AGAMA
    DENGAN TEMBUK OLEH BERBAGAI JABATAN DAN JAWATAN. MALAHAN UNDANG-UNDANG MERUPAKAN PAGAR YANG “GATE”NYA YANG DIKAWAL RAPI OLEH FALSAFAH KEBENDAAN.
    UALAMA DAN TERPELAJAR AGAMA BERJALAN DILORONG-LORONG BANGUNAN YANG DIBEBASKAN. TANPA TOL.

    HENDAKNYA UMMAT ISLAM MENILAI DIRI sendiri dan juga bentuk FALSAFAH atau daya berfikir UALAMA yang BERLESEN.di sekeliling kita sebab kita tidak diizinkan begerak bebas.
    Semua tempat dan sudut sudah BERLESEN “HALAL”…..
    MAAF. `Aq Mei 07, 2010.

    2~ ahmad, di Mei 14, 2010 pada 7:05 am Kata: r
    Bismillahirahmanirahim !

    APA UKURAN SEROANG ALIM dan “ULAMA” ?
    SIAPA MENILAI PENILAINYA ?
    SIAPA MENGHAKIM SI HAKIM ?
    ***

    Mengikuti isu dan berita yang diberitakan sekarang ini, saya membuat kesimpulan bahawa kedudukan sesuatu yang haq (benar) dan yang bahtil, menjadi begitu ketara.

    Yang bathil pecah melalaui berbagai cara : ada pecah daripada mulut pelkaunya sendiri ; ada yang dibukakan oleh keluarga, kawan dan orang lain. Fitnah pun begitu

    Kedudukan pangkat dan gelaran juga terbuka latar belakangnya. Ada yang benar dan ada yang bathil. Kosnya berbagai rupa dan cara bayaran baik kuasa.

    PEMIMPIN berada di aras puncak dengan fan gfaya sendiri, bagi tingkat atasan pertama sedikit berlainan, menengah dan bawahan amsing menurut kastanya. Maka kini sedang terbongkar kepalsuan dan kebathilan tentang “status” dan peranan maing-masing.

    Macam-macam gelaran dan pangkat, seperti gorengan di gerai pasar siang dan malam.
    AMARAN : pecah di mulut, pecah di perut, penyakit itu dan ini terkena pada jasad diri dan anak isteri kian parah. BENCANA LALAM berbagai jenis sudah melanda dan akan parah lagi mendatang. LIHAT AL QURAN tentang istilah HAQ dan BAHTIL ADA ENAM AYAT YANG USAPAYA MEREKA YANG BERAGAMA ISLAM berwaspada. Begitu beberapa ayat yang mengisi “KUN FAYAKUN”.

    Antara lain : Ayat 21 surah Sajdah menyatakan balasan Allah berlakunya “balasan azab” di dunia lagi sebelum menerima azab yang besar di akhirat.
    Bentuknya berbagai, langsung dan tidak langsung ; terutama orang yang menggunakan agama sebagai
    alat menghalalkan yang mungkar.
    ULAMA SUDAH JADI ALAT NAFSU DIRI DAN “IKATAN”
    DALAM SISTEM KEHIDUPAN YANG MEREKA TERLIBAT walaupun atas nama dan “cap” agama.
    MAKA buatlah selidikan diri sendiri dan pemimpin tanpa prasangka.
    ULAMA : SIAPA MENGANGKAT MEREKA JADI ULAMA ?
    ULAMA adalah jama disewdut daripada perkataan ALIM.
    APA SYARAT JADI ALIM / “ULAMA” ? APA BUTIRAN PENGESAHANNYA ?
    ALIMNYA DALAM BIDANG APA ?

    Pertanyaan anatara lain : Mengapa perjuangan ulama dalam parti terkuat {UMNO umpamanya] sering tersangkut di siling atap saja ? Mereka kaku mengadapi isu yang luas dan tercabar !

    APA itu “mufti”, kedudukan dan peranan ?
    APA itu fatwa ? bagaiamana dengan kedudukan “ijma ulama” ?
    SIAPA yang menilai majlis fatwa itu ?
    SIAPA MENILAI PENILAI ?
    DAN KEMANA PERGINYA MAJLIS “IJMA ULAMA” yang menjadi sumber hukum (fiqh) selama zaman berzaman ini ?
    APAKAH IA SUDAH DIBOLOT OLEH INSTITUSI fatwa PULA ?

    SEBAGAI SEORANG YANG KURANG ARIF, SAYA INGIN DAPAT PENJELASAN DARIPADA PEMBACA BUDIMAN, terutama mereka yang ada “lesen”.
    Maaf. ~Aq Mei 15, 2010.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: