Posted by: pinkturtle2 | Mei 12, 2010

Persatuan Pegawai Tadbir sokong Sultan Kelantan dirujuk ke HUSM

12/05/2010 11:07am

KOTA BAHARU 12 Mei — Persatuan Pegawai Tadbir Negeri (PTN) Kelantan menyokong penuh tindakan merujuk Sultan Kelantan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini untuk mendapat rawatan susulan yang terbukti sebagai sebuah pusat perubatan terunggul.

Presidennya Shafie Ismail berkata persatuan itu juga berasa optimis dan penuh yakin dengan kebolehan panel doktor yang dilantik pihak kerajaan untuk memeriksa dan menilai tahap kesihatan Sultan Kelantan.

“PTN percaya pelantikan panel doktor ini dibuat begitu teliti dan berhati-hati agar keputusan yang dikemukakan nanti dapat memberi gambaran penuh mengenai tahap kesihatan baginda,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama, di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya demi kepentingan dan kesihatan Sultan Kelantan, persatuan menyarankan agar tidak ada mana-mana pihak cuba untuk mengambil kesempatan membuat pelbagai kenyataan atau spekulasi mengenai keputusan tersebut yang boleh menimbulkan keadaan kurang harmoni di antara pihak istana, pemimpin kerajaan negeri Kelantan, pegawai kerajaan negeri serta rakyat jelata.

Menurut Shafie anggota persatuan itu sentiasa menyokong penuh sebarang tindakan dan keputusan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra dan kerajaan negeri dalam semua situasi demi kepentingan semua pihak.

Sultan Kelantan kelmarin telah dibawa pulang ke Istana Mahkota selepas menjalani rawatan susulan di HUSM seminggu lepas dan diletakkan di bawah pengawasan 10 doktor panel. — Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: