Posted by: pinkturtle2 | Mei 31, 2010

Kerajaan Umno BN Halalkan Judi,Kerajaan Pakatan Rakyat Mengharamkan Judi…

semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.“Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak - MB Selangor

Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Mengharamkan Judi Yang Dihalalkan Oleh Kerajaan UMNO BN

Selangor Haramkan Judi Piala Dunia Beroperasi

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak akan membenarkan mana-mana premis beroperasi di negeri ini untuk menjalankan aktiviti perjudian atau pertaruhan bola sepak.

Walaupun lesen perjudian bola sepak telah dikeluarkan oleh Kerajaan Pusat Barisan Nasional, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa menghalang aktiviti perjudian bola sepak beroperasi di negeri ini.

Ini kerana syarikat yang berkenaan perlu membuat permohonan lesen perniagaan terlebih dahulu dari PBT untuk menjalankan aktiviti perjudian bola sepak.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua PBT telah diberi arahan supaya tidak mengeluarkan lesen perniagaan kepada mana-mana pihak bagi aktiviti perjudian bola sepak.

“Kerajaan Negeri melalui pihak berkuasa tempatan tidak akan teragak-agak untuk menutup mana-mana premis yang menjalan perjudian bola sepak secara haram,” kata Abdul Khalid.

Sambil membantah keputusan Kerajaan Pusat mengeluarkan lesen perjudian sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang akan bermula 11 Jun ini, Abdul Khalid berpendapat keputusan itu adalah langkah yang silap dan hanya menghalalkan segala penyakit sosial yang berterusan di negara ini.

Beliau menambah, tiada jaminan bahawa pemberian lesen perjudian itu akan menghapuskan perjudian secara haram.

Sebaliknya, tindakan Kerajaan Pusat itu akan memburukkan lagi penyakit sosial apabila semakin ramai orang yang mahu cepat kaya terutama golongan miskin yang sanggup menggunakan wang gaji atau simpanan untuk membuat pertaruhan.

Abdul Khalid berkata, keputusan kerajaan negeri dalam hal ini diharap dapat mengelak orang ramai, sama ada Islam atau bukan Islam daripada terjerumus dengan perbuatan merugikan dan melalaikan itu.

Katanya, Pakatan Rakyat sepakat bahawa aktiviti perjudian adalah haram dan boleh meninggalkan kesan negatif kepada kehidupan sosial masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah.Mstar
…………………………………………………………………………………………………………….

No football betting in Selangor, says MB


Responses

  1. TAHNIAH Kerajaan UMNO kerana meluluskan lesen judi.

    Boleh juga UMNO,MCA,MIC dan rakan sekutu berjudi. baru ada Model Ekonomi BARU (MEB).

    Tahniah UMNO.

  2. Kita kena faham sekali saja lesen judi ini telah diluluskan, ia kan kekal dipremis judi syarikat yang mendapat lesen.
    Dalam maksud lain lesen ini bukan dikeluarkan untuk sepanjang pertandingan bola sepak piala dunia ini sahaja. Ia akan berlarutan sehingga tempoh lesen ini tamat.

    Dalam menunggu lesen ini tamat tempoh, semua pertandingan liga bola sepak diseluruh Eropah, China, Amerika Selatan dan Asia bahkan liga bola sepak Malaysia dan piala Malaysia akan diguna pakai sebagai pertandingan jualan tiket judi disemua premis syarikat.

    Cuba kita bayangkan berapa banyak keuntungan yang akan dikaut oleh syarikat itu.
    Berapa banyak cukai yang akan dikutip oleh kerajaan Malaysia. Banyak tu beb!!…

    Jadi takkan Ds. Najib nak layan protes dari siapa pun. Ini hasil untuk mengisi kantung negara.
    Boleh membangunkan negara dan rakyat, selain boleh digunakan untuk membeli undi rakyat dalam PRU 13 dijangka tahun hadapan ini.
    Atau terpaksa membelanjakan sekiranya ada PRK diluar jangka.

    Dalam tempoh sehingga 2019, jika Ds Najib tidak dapat menyediakan peruntukan mengurus negara dengan jumlah yang tidak membebankan rakyat.
    Negara akan diistihar bankrupt sama seperti kerajaan Greece.

    Tidakkah Malaysia telah disenaraikan dalam negara yang akan bankrupt.
    Ds. Najib kena perjelaskan kepada rakyat bagaimana kerajaan Malaysia akan mengatasi masalah kewangan ini, tanpa membebankan rakyat membayar kenaikan harga petrol dan GST.

    • Salam….

      Saya tertarik dengan tulisan dan kupasan sedara tentang lesen judi ni..
      Pada pandangan dan tilikan saya,
      sedara ni mesti mempunyai tahap pendidikan yang tinggi
      Kurang-kurang pun PHD…

      Teruskan usaha murni sedara tu…

      • masuk bakul angkat sendiri,,,,
        la pulak

  3. he he

    wali kerrr

    wali band…..

    he he

  4. tahniah atas pendedahan saudara. Saya gunakan artikel saudara sbg bahan rujukan penulisan sya….boleh?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: