Posted by: pinkturtle2 | Jun 1, 2010

Iran ada maklumat tepat rancangan Israel melancarkan serangan besar-besaran terhadap Gaza- Ahmadinejad

EDITORS' NOTE: Reuters and other foreign media are subject to Iranian restrictions on leaving the office to report, film or take pictures in Tehran. Iran's President Mahmoud Ahmadinejad speaks in Kerman, 1,064 km (661 miles) south of Tehran, May 26, 2010.

Kami mempunyai maklumat tepat ia merancang serangan besar-besaran terhadap Gaza bagi membalas dendam terhadap kekalahan lalu.Saya memberi amaran bahawa jika kali ini anda melakukan jenayah terhadap terhadap Gaza, taufan kemarahan negara rantau akan mencabut anda – Presiden Mahmoud Ahmadinejad

Israel rancang serangan besar-besaran terhadap Gaza-Ahmadinejad

Kerajaan AS mengambil pendirian yang lemah dan berat sebelah- Ahmadinejad

TEHRAN: Presiden Mahmoud Ahmadinejad berkata Iran memiki maklumat tepat mengenai rancangan Israel melancarkan “serangan besar-besaran” terhadap Gaza selepas serangan maut terhadap konvoi kapal bantuan kemanusiaan semalam yang mengorbankan beberapa sukarelawan.

“Kami mempunyai maklumat tepat ia merancang serangan besar-besaran terhadap Gaza bagi membalas dendam terhadap kekalahan lalu.

“Saya memberi amaran bahawa jika kali ini anda melakukan jenayah terhadap terhadap Gaza, taufan kemarahan negara rantau akan mencabut anda,” kata Ahmadinejad dalam ucapan umum di bandaraya Ilam di barat Iran yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen negara itu.

Pemimpin yang tegas mengecam Israel itu juga mengutuk negara yang disifatkan beliau sebagai “menyokong rejim Zionis”.

“Kali ini jika anda menyokong jenayah rejim Zionis, kemarahan negara rantau ini tidak akan hanya terhad kepada sempadan Palestin tetapi akan mengheret anda dan rakan subahat ke muka pengadilan,” katanya sambil disambut sorakan hadirin.

Ahmadinejad juga mengecam Washington kerana mengambil “pendirian lemah” terhadap Israel berhubung serangan maut terhadap konvoi kapal misi kemanusiaan ke Gaza semalam.

“Kerajaan AS mengambil pendirian yang lemah dan berat sebelah,” katanya. – AFP

……………………………………………………………………………………………………………………………………

Israel planning massive attack on Gaza: Ahmadinejad

TEHRAN: President Mahmoud Ahmadinejad said on Tuesday that Iran has precise information that Israel plans to launch a “massive attack” on Gaza in the wake of its deadly raid on an aid flotilla.

“We have precise information it has planned a massive attack against Gaza to make up for its past defeats,” Ahmadinejad said in a public speech in the western Iranian city of Ilam that was broadcast live on state television.

I warn you that if this time you commit a crime against any place, against Gaza, the storm of regional nations’ fury will uproot you,” he said.

Ahmadinejad, who has repeatedly infuriated the world by his anti-Israeli tirades, also lashed out at countries which he said “backed the Zionist regime.”

This time if you back the crimes of the Zionist regime, the anger of regional nations…will not just be limited to the borders of Palestine, but will also put on trial you and those who are accomplices in the crime,” he said to cheering crowds.

Ahmadinejad criticised Washington for adopting a “weak stance” against Israel for its deadly raid on the Gaza aid flotilla.

“The US government has adopted a very weak and biased position. Instead of condemning, it has spoken vaguely and sought to evade taking a stance,” he said, while some European countries had adopted a “good” stand.

On Monday, Israeli commandos raided an aid flotilla in international waters of the Mediterranean headed to Gaza that left at least nine pro-Palestinian activists dead, according to the Israeli army.

The attack on the flotilla has triggered a fresh wave of tirades from Ahmadinejad against Israel.

The animosity between the Islamic republic and the Jewish state has worsened under Ahmadinejad, who has repeatedly said Tehran’s arch-foe is “doomed to be wiped off the map.”

Israel, for its part, has consistently demanded strong action against Iran for pursuing its controversial nuclear programme and has not ruled out a military strike.AFP


Responses

  1. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Presiden Iran ni pon, seropa.
    Ada maklumat sikit, heboh satu dunia.
    Pandai ilmu nuklear sikit, pon heboh.

    Simpanlah rahsia.
    Mulut jangan celupaq.
    Gunalah rahsia, untuk menang.
    Baru boleh lawan Israel.

    Tengok lah dulu.
    Sadam Hussein, sikit punya lagak.
    Di ting dek Amerika.
    Bersembunyi dalam lubang.

    Orang Islam kena ada kekuatan.
    Berusahalah mendapat kekuatan.

    Sekadaq kesianlah kat orang Palestine.

    • salam

      kalau orang Melayu/Islam dok tahap pemikiran ‘TADIKA” mcm BT ni,, sampai bila pon tak kemana…. dok tak gi tak gi, no go, BOBOIdea mcm BT jugak la

      • Salam KeLi.

        Hang ni, apalah.
        Kita tulih macam tu.
        Hang kata, tahap pemikiran TADIKA.
        Hang ni, KeLiRuLaH.

        Pemikiran macam tu.
        Memang dah sampai, ke tahap.
        Sekurang2nya Diploma.
        International Relations lah.
        Perhubungan Antarabangsa.

        Hang pi.
        Universiti Pondok mana.
        Sekarang sekolah pondok pon.
        Dah naik taraf, universiti.
        Tu yang Guru Pondok, dah berani.
        Tegoq tok guru, TGNA.

        Sekadaq kena kesian kat TGNA.

  2. budak tadika,

    saddam dulu dia ccaya kat amerika. dia nak serang kuwait dia bagi tahu madeline albright dulu, apabila kawan tu no komen, dia tafsir amerika setuju…

    perang iraq, dia ccaya kat amerika jugak. dia tafsir amerika tak akan serang iraq. hidup2 kena tipu kat “penasihat sesat” yang ditanam amerika.

    • Salam Saudara hussin.

      Sadam telah digunakan oleh Barat.
      Tapi Sadam, tidak tahu.
      Dia perasan, dia kuat.

      Bila dia ingat, dia kuat.
      Dia cuba buli arab2 lain.
      Dia tak tahu, yang.
      Barat simpan kelemahan2 dia.
      Barat guna dia.
      Barat laga2kan dia.
      Macam orang2 kita, lah.
      Dok dilaga2kan, oleh musuh2 kita.

      Tu yang kita.
      Dok berani dengan orang kita.
      Dok lemahkan sesama sendiri.
      Budaya arab tu lah.
      Yang ada pada kita.
      Yang dok kongkong pemikiran kita.
      Sampaikan, mana satu arab.
      Mana satu Islam, pon tak tahu.

      Sekadaq ramailah yang KeLiRu.

  3. salam,

    1 dunia la ting Saddam.
    di ketuai amerika.Tarak
    baca punya worang.

    • Salam great chief.

      Itulah hang.
      Lurus sangat.
      Betoi bendoi sangat.
      Sampaikan hang tak tahu.
      Yang tersirat.

      Hang tak tau ka.
      Hampiq satu dunia, kena pulas tangan.
      Kena paksa setuju.
      Dibuat oleh Amerika.

      Sekadaq hang kena teruis membaca.
      Lah.

      • salam,

        Sekatan ekonomi masa yg panjang
        melumpuhkan Saddam….

        baca balik….

  4. Budak tadika, tak tau bangsa apa le hang nih.. Ahmad Denajad tu seribu kali baik berbanding bangsa arab lain yang berani menyatakan kejahatan israel..

    Harap anak keluarga hang mati ditembak israel baru hang sedar, itu pun kalau boleh sedar.. maklum la, macam najib, suka cium buntut israel sampai org islam sendiri pun dicaci.

  5. 1Malaysia = 1Israil

    UmCo sahabat karib Rejim zionis.
    Ada budak dari Umco sama la juga dengan zionis.

  6. aslmkum,,
    apa sumbangan sedara2 semua dalam menangani masalah ini????
    jgn hanya cakap sj pandai!!!!!!

  7. ya, setuju ngan Bukan Budak Tadika tu… at least Ahmadinejad ni dia brani menyurakn apa yg x kena ngan israel & trg2an kutuk israel… baguih gak israel tau yg iran pndai nuklear, klu x dh lama iran terima nsb cam palestn..

  8. salam,

    Najib pon pandai juga bercakap dlm tv.
    Ahmadnejad pon sama juga la pandai bercakap..

    Bertahun dan berzaman depa smua pandai bercakap.
    Tak bercakap jadi bisu la lebih baik…

  9. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Ahmadinejad ni dah jadi.
    Tukang karut.
    Macam dikiq barat.

    Ada maklumat lah.
    Ada rancangan lah.
    Ini cerita.
    Semua orang cerdik dah tahu.

    Israel memang.
    Sudah ada semua.
    Bukan sekadaq rancangan.
    Israel sudah ada SOP.

    Israel bukan sekadaq ada SOP.
    Tapi sudah bersiap sedia.
    Ada options.
    Sekurang2nya dua tiga options.

    Cuma Pak2 Arab dan Pak2 Parsi saja.
    Dok gi, tak gi, dok lagu tu.

    Sekadaq bunyi macam Kelate pulak.
    Dah.

  10. salam bro n sis………..

    BT ijau dok mai ngan idea lapuk………..

    hang kena paham laa BT n sukusakat hang tu……yg Israel aka yahudi ni……..satu dunia………..
    aku ulang…..satu denia membenci yg amat sangat……..dek kerna kebejatan……kekejaman…….kezaliman yg teramat sangat……..bukan hanya kpd umat Islam….tapi semua bangsa………pasai yahudi ni perasan dia bangsa no wahid…….lain-lain kira low class citizen laa……….

    nie nampak mcm hang dok puja yahudi pula……bila Ahmadinejad clear dia punya stand against yahudi…….hang dok buat lawak bodoh suruh simpan sanjata……….awat hang ingat filem Panggilan Pulau ke?? simpan simpan sanjataaaa????………….

    politik a/bangsa pun hang tak faham…….
    ni ada sikit maklumat aku nak bagi kat hang…….

    awai tahun 2009 dulu……..
    Israel melingkupkan n menghanguihkan Gaza…..
    selepas tu…….. Yahudi mula menuai apa yang dilakukan oleh pemerintahnya terhadap Palestin……..

    Balasan itu tidak semcm serangan yahudi vs Gaza…….. tetapi sikap warga dunia yang secara serentak seakan memusuhi orang-orang Yahudi……
    Tidak hanya orang Islam, tetapi juga orang-orang sekular dan kristian pun menjadi sangat benci bangsa yang menjadikan Talmud sebagai kitab suci mereka………….. Yahudi menyebut sikap itu sebagai anti-Semit….(dlm bahasa mudah anti-semit adalah anti semua bangsa selain dari sesama yahudi saja)

    Laa nie, jumlah keseluruhan penduduk Yahudi di dunia adalah 14 juta orang…….
    7 juta di AS……. 5 juta di Asia…… 2 juta di Europe……. dan 100 ribu di Afrika……
    Di negara-negara Islam, salah satunya Indonesia, jumlah seluruh Yahudi sekitar 1.5 juta orang………
    Yahudi membuat perbandingan dengan nisbah……. satu Yahudi untuk 107 orang Islam di seluruh dunia…….
    hang kena tau……target dia orang Islam saja laa nie………..

    produk Yahudi mengepung seluruh sendi kehidupan di semua belahan dunia. Di antaranya Polo Ralph Lauren…… Coca Cola……… Levi’s Jeans Levi Strauss ……. DKNY Donna Karan……… Dunkin Donuts……memang budak tadika suka donut nie…….cikgu hang selalu dok bagi makan……..kah kah kah…..
    tu laa maksud one Israel one world………….
    dia boleh beli seluruh menesia dunia ngan produk dia…….hang pun tak telepaih gak……..hari-hari dok minum coke………..

    Begitu juga dengan para ilmuwan dan tokoh politik a/bangsa didominasi oleh Yahudi…… Henry Kissinger (bekas S/Usaha Negara AS)…….. George Soros yang geng hang dok dakap dulu tu…. atau Steven Speilberg….yahudi hollywood……..yg hang selalu tengok gambaq dia…

    Di bidang media, CNN, ABC, Washington Post, NY Times, Disney juga dikuasai oleh Yahudi………
    aku tak tau laa pula melayau ngan hairan sapa dok pegang kepala dia?????????????……hang tlng jwb mai sat………..

    di mesia hang jng buat tak tau laa….puak hang dok tengah mesra janji ngan yahudi nie…….mcm-mcm…….mcm-mcm adaaaaaaaaa……..

    Iran adalah musuh utama bangsa Yahudi…………. sehingga Israel dan AS mengatakan bahwa Iran adalah negara yang mendukung terorism………
    Pemerintah Iran turut mendukung kemerdekaan bangsa Palestin dari penjajahan bangsa Yahudi………… sehingga Iran di bawah Ahmadinejad memang menyokong penuh gerakan HAMAS…bukan mcm Mahmud Abbas yg terang-terang bersekongkol dng FATAH……..mcm geng hang kat sini tu……..kah kah kah

    see u

    • Salam nasik kandaq.

      Hang ni, tak patutlah.
      Hang tulih, apa yang kita dah tau.
      Tulih panjang2 pulak tu.
      Seropa dok pi, dok mai, dok lagu tu.

      Hang tulihlah macam mana.
      Hang sengehlah macam mana.
      Hang menangislah macam mana.
      Hang keriaulah macam mana.
      Hang kutuklah macam mana.

      Hakikatnya.
      Israel kuat.
      Israel menguasai Amerika Syarikat.
      Israel menguasai Eropah.
      Israel menguasai Rusia.
      Israel menguasa Arab.
      Melalui ekonomi dan kesatuannya.

      Bila kita terima hakikat itu.
      Barulah boleh kita.
      Cari jalan, berikhtiaq.
      Menandingi kekuatan mereka.

      Pak2 Arab dan Pak2 Parsi, di sekeliling.
      Kaya dengan hasil minyak.
      Kena kuatkan ekonomi.
      Kena ada kesatuan.
      Baru boleh bersaing dengan Israel.
      Baru Israel terasa tergugat.
      Setakat cakap saja, buat apa.

      Sekadaq ada Liga Arab.
      Seropalah dengan Liga Bolasepak.

      • salam,

        Ayat2 Allah pon turun berulang2.
        Dah bengap tak faham2….
        maka di ulang2 la…

        Byk. n3 hang asyik benda
        yg sama saja sampaikan
        seblom hang komen …
        kami sukusakat dah tau..
        Kurang skit main golf….

        Buat bilik library dlm rumah
        sepertimana yahudi menjadi 1
        wajib bagi mereka sebuah bilik
        khas utk. itu dgn. aircon dan carpet
        senang lena bila baca…

  11. salam ukhwah………

    BT ni memang bengap betoi laa………

    aku ambik tulisan hang balik: “Hakikatnya.
    Israel kuat”……BT n bla bla bla…

    hang tak payah bagi tau laa……Israel memang kuat…..pasai puak hang jugak dok bagi depa masyukkkkkkk…….itu pasal laa dia banyak duit……..sapa bayaq apco???……..awat hang tak lawan balik ngan depa kat sini tu?????……..

    kalu dia kuat hang dok kegheyeh saja kaa…….
    jngn dok buat prangai mcm tu…….nanti masuk langau……..kot hang tak larat tepih kot……………..kah kah kah…..

    baca buku apa hang nie BT ????…….isu nie pun hang kelabu……..kah kah kah…….

    see u………..

  12. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.
    Salam jugak pada duasukusakat
    great chief dan nasik kandaq
    yang sudah suka membaca
    yang suka bengap2
    kerana makan nasik yang berkandaq.

    Kita kata Ahmadinejad dah jadi.
    Tukang karut.
    Tukang karut yang bengap.
    Ulang2 yang hampiq sama.

    Kita tak mahu words lah.
    Kita mahu actions.

    Ini seropa mamak.
    Kat Padang Kota.
    Kat Ayaq Hitam.
    Cakap tak berhenti.
    Tapi.
    Pi mai, pi mai, dok tang tu.

    Sekadaq Ahmadinejad boleh jadi.
    Hero hangpa bedua lah.

    • Kita kata BT dan kuncu=kuncunya dah jadi
      Tukang karut.
      Tukang karut yang bengap.
      Ulang2 yang hampiq sama.

      Kita tak mahu words lah.
      Kita mahu actions.

      Ini seropa rempahman.
      Ini seropa kepalahotak
      Ini seropa aftar
      ini seropa kuncu-kuncu yang menjadi “penyokong kuat” YAHUDI
      Cakap tak berhenti.
      Tapi. ISI TAKDAK….. ada kepala, ada “hotak” tapi akai takdak
      Pi mai, pi mai, dok tang tu.

      • Salam KeLi.

        Hang ni terok lah.
        Tulisan kita pon.
        Hang dok cut and paste.
        Gaya bahasa kita pon, hang ikut.
        Tapi.
        Terima kasihlah KeLi ya.

        Kirim salam kat suku2sakat2 hang.
        Budak tadika minta depa banyak2 membaca.
        Sebab, depa dah tua2.

        Sekadaq TGNA kena bersara cepat.
        Pi minum kopi dengan Ahmadinejad.
        Atuq strategi.

  13. salam..t0-budak tadika
    sebenaqnya isreal tak kuat pun
    tp ang yg pi heboh2 kata dorg kuat..maka kuatlah dorg pd pndgn ang
    ..klu pikir israel kuat smpai bila2 tak dop sapa berani lawan..
    yg ang xpuas ht ngn ahmadinejad asal…dah bgus ada org mcm dy..nk ty?
    tu APCO tu…tu nk mnunjukkn ketundukan kita pada bangsa yahudi kew?
    tu ke ikhtiar tuk lwn yahudi/israel..

  14. HANG SEMUA NI BUAT PA KUTOK2 DEPA ( ISRAEL ) KAT SINI? BUKAN DEPA BACA PON. KALAU BACA PUN BUKAN DEPA SADAQ PON! LAGI PON SIKAP RAKYAT KITA MESIA NI PUN BUKANNYE BETOI SANGAT PON. SEMAYANG PUN NAK RENGGANG KALO BULEH SAMPAI KE ATLANTIK SANA NUN JARAKNYA. SUSAH SANGAT KE SAF SOLAT TU RAPAT2? APO MASALAHNYER? TERBAKAR KE KAKI TU? KE TAKUT BERJANGKIT KENCING MANIS ATAU KURAP? HERAN TOI HAMBA NI!!! PENYAKIT TOL. TU FACEBOOK PON GITU GAK KAN.LAGI2 COKE…DAN MCM2 LAGI PRODUK YANG MEMBERIKAN AMMUNITION UNTUK IZREL MENEMBAK ORG ISLAM TERUTAMANYA PALESTIN!!! RENUNG2KAN LAH. SAYA ADA MCM2 LAGI NAK TULIS NI! TAPI TANGAN X LARAT DA. K SEKIAN TERIMA KASIH……..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: