Posted by: pinkturtle2 | Jun 2, 2010

Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan – Wartawan Astro, Ashwad Ismail

https://i1.wp.com/4.bp.blogspot.com/_OsZ9f2thX9Y/Rt7q35hweVI/AAAAAAAAACM/ujq7qB90uCs/s400/ashwad.jpg

Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel.Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan – Wartawan Astro, Ashwad Ismail

Wartawan, jurukamera Astro Awani dibebaskan

02/06/2010 12:36pm
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMEDmetra.mohamed@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Jun – “Penderitaan rakyat Palestin selama enam dekad dapat saya rasakan sepanjang 28 jam berada dalam tahanan Israel.’’

Kata wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail, 26, ketika menceritakan mengenai layanan yang diterimanya ketika ditahan tentera Israel selepas kapal Mavi Marmara yang dinaikinya ditahan rejim itu, pagi kelmarin.

Menurut Ashwad, dia dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip, 43, kini berada di Jordan selepas dibebaskan daripada tahanan Israel dan menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air.

“Saya dapat rasakan bagaimana derita penduduk Palestin semasa berada dalam tahanan.

“Alhamdulillah, kini kami selamat,’’ katanya ketika menghubungi bilik berita Astro Awani pagi ini. – Utusan

………………………………….

Mavi Marmara on alert. semua berada pada tahap tertinggi. Dua pesawat pemantau drone dipercayai milik Israel kelihatan Msj terakhir Ashwad di twiternya

Twitter ashwad… http://twitter.com/ashwad1

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Wartawan Kongsi Detik Cemas Diserang Israel

Kesemua 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Yahudi Israel dua hari lepas mengibarkan Jalur Gemilang setelah dibebaskan rejim tersebut hari ini. Mereka yang ditahan ketika menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza kini dalam perjalanan ke kedutaan Malaysia di Jordan. – Foto BERNAMA

PETALING JAYA: “Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Shamsul (jurukamera, Shamsulkamal Abdul Latip) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu.”

Demikian cerita wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang merupakan salah seorang daripada 12 rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara yang diserang tentera rejim Zionis pagi kelmarin.

Dalam satu lintas langsung dengan stesen itu pagi ini, beliau memberitahu, tentera Israel mengepung konvoi Flotila Pembebasan itu di setiap sudut dengan menggunakan 19 bot, lapan kapal laut dan tiga helikopter perang, Apache.

“Tentera Israel menggunakan peluru hidup ketika menyerang kapal itu dan berdepan dengan sukarelawan yang hanya menggunakan peralatan bukan senjata.

“Meriam, bukan meriam air sebaliknya hanyalah pili bomba digunakan dari mengelak komando-komando mereka dari naik ke atas kapal melalui bot-bot kecil yang telah pun mengepung Mavi Marmara

“Kami diserang bertubi-tubi oleh komando yang naik ke atas kapal. Saya dan Shamsul (jurukamera) terselamat tetapi dua sukarelawan yang berada di tepi kami terkena tembakan di tangan dan bahu,” katanya.

“Kami kemudian lari ke kawasan lebih selamat… kami lihat ada sukarelawan yang berlumuran darah… ini pengalaman memeritkan yang berjaya membuka mata dunia apa yang berlaku. Tak sangka Israel bertindak demikian sedangkan koncoi ini membawa orang awam. Ini satu isytihar perang atas kemanusiaan,” tambah beliau.

Ditanya keadaan Shamsul, Ashwad berkata, beliau selamat tetapi kedua-dua mereka terpisah selepas mereka ditahan dan digari oleh tentera Israel dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan.

“Shamsul diarahkan duduk di tepi dan saya diarahkan turun ke bawah dan kami terpisah sejak itu dan kami dipenjarakan di Beersheba. Kami dibawa ke Ashdod. Dari Ashdod kami dibawa ke penjara di Beersheba dan dari itu kami tidak bertemu,” tambahnya.

Dalam pada itu, Ashwad berkata, mereka kini berada dalam keadaan selamat tetapi keletihan.

Mereka dihantar dengan bas bersama sukarelawan dari beberapa negara lain ke sempadan Israel-Jordan dan kini dalam perjalanan ke Amman.

“Kami berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia, pihak kedutaan (di Jordan) dan masyarakat antarabangsa yang banyak berusaha untuk keluarkan kami,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan agar mereka selamat dan mengadakan sembahyang hajat.

Mavi Marmara, sebuah kapal Turki ialah salah satu kapal konvoi Flotila Pembebasan yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza.

Ketika ditanya pengalaman sepanjang insiden itu, Ashwad berkata, layanan yang diterima dalam tempoh 28 jam itu mengambarkan konflik enam dekad yang dialami oleh rakyat Palestin yang tertindas.

Katanya, kejadian itu bermula apabila tentera Israel mengepung kapal mereka ketika ia berada kira-kira 68 batu Nautika di luar perairan Israel pada pukul 4.20 pagi.

Beliau berkata, kesemua 12 rakyat Malaysia itu akan bertemu dengan Duta Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz sebelum mengatur rancangan pulang ke tanah air.Mstar


Responses

  1. Semua ni fithnah, sebab utusan yang laporkan!

  2. Israil kawan baik 1Malaysia

    • betul-betul..sy setuju

  3. Dalam ASTRO Awani, begitu gempak dilaporkan keadaan Ashwad dan Samsul Kamal, seolah-olahnya hanya mereka berdua rakyat Malaysia yang ditahan regim tel Aviv.

    Kemana perginya liputan terhadap baki 10 aktivis Malaysia yang turut ditahan?

    Liputan seluas-luasnya diberikan dengan menemuramah ibubapa, anak dan Isteri kakitangan ASTRO itu yang ditahan pihak Israel. Liputan terhadap mereka seolah-olah mereka berdua sahajalah WIRA Malaysia yang berani.

    Soalan yang sama, mereka berdua sahajakah?

    Kemana visual, liputan dan temuramah terhadap ahli keluarga 10 lagi aktivis Malaysia yang turut ditahan?

    Adakah 10 orang aktivis Malaysia itu “bukan pejuang pun” hinggakan tiada langsung liputan diberikan kepada mereka? Apa khabar mereka sebenarnya?

    Tup Tup, panggil si budak hingusan Khairy Jamaluddin, temuramah beliau di studio ASTRO pasal serangan ganas Zionis ni terhadap kapal Mavi Marmara.

    Oii… bila masa si KJ tu jadi pejuang Palestin?
    Bila masa si KJ tu betul-betul ikhlas dan berani memperjuangkan isu Palestin?

    Tuduhan munafik yang dilemparkan oleh
    LIM KIT SIANG terhadapnya dlm isu
    minum arak kat Parlimen pun
    tak boleh jawab, inikan pulak
    nak jadi pejuang
    yang nak memburu “syahiiiid”….

    pergh.. syahdunya aku….

    Berani ke dia naik kapal Mavi Marmara tu skali?

    • Manusia memang selalu tak bersyukur..memang lar astro awani asyik menyebut pekerja dia..yang menyibuk apa pasal..dah tak der kerja ker..tak habis2 nak cari kesilapan org..sedarlar sikit..bersyukur sbb semuanya selamat.,

      • Bersyukur….Bersyukur…..Bersyukur…..

        Inilah slogan kampungan UMNO Israel,
        sejak turun temurun.

        “Bersyukurlah dengan apa yang ada…..”

        Last-last, kerana kedangkalan ilmu dan
        ketidak-fahaman konsep bersyukur ni,
        Melayu terus merempat di bumi sendiri.

        Benarlah kata beberapa kawan saya dalam PAS;

        “Di mana UMNO kuat, di situ Melayu merempat…!!!”

    • Salam.

      Hang, kalau nak tahu, lebih2.
      Hang, jangan tengok ASTRO AWANI.
      Hang kenalah.
      Teruskan.
      ikutCeramah.

      Kalau dah ikutCeramah.
      Baca buku pun, tak payah.
      Koot.
      Koot pula, kotlah.

      Sekadaq hang jangan dok merapu.

  4. salam 1 malaysia,,,
    isu remeh temeh amat disukai para jin dan syaitan memanipulasikan ia menjadi isu besar!!! dah takde kerja lain dah…
    kerja nak kritik sajalah manusia yg tak pernah berpuas hati dgn qada dan qadar.

    asal semua selamat…sudahlah
    bersyukur!!!

    • Berpuas hati dengan qada’ dan qadar?

      Oii kepalahotak!!!

      Kalau hang seorang Muslim,
      jangan nak jadi pewaris kepada puak
      khawarij dan muktazilah
      yang BAHALOL macam hang…!!!

      Asal semua selamat, dah nak bersyukur?

      KEPALAHOTAK HANG…!!!!

      Perjuanagan jihad belum selesai la mangkuk…!!!!

      • aslmkum,
        knp pemimpin hangpa dan juga penyokong spt hang tak buat apa2???? dok melalak mcm anjing knp??????
        jgn jadi banganglah..dok jaja islam la konon jihad la konon tapi
        hangpa sendiri jadi pencacai dap, knp tak antar puak puak hangpa pi bg bantuan?????
        setahu aku sukarelawan tu semua diantar oleh kerajaan BN
        termasuk seorg wakil rakyat umno….
        puak hangpa mana dia????
        …pi dengar ceramah saja ke??? ikut ceramah sana sini,
        otak pusing mcm babi,,
        maaf ye!!!!!

  5. betul ckp ikut ceramah 2…wlupn dorg selamat nasib pejuang2 yg lain mcm mne??…nasib penduduk palestin yg ditahan??..ptt biar mcm 2 jeke??…

  6. salam,

    Ramai di kalangan sahabat ikut berjuang beserta Nabi saw dlm. menegakkan agama ALLAH menginginkan mati.Tapi tak ramai yg gugur .
    Tang ni sindir pikiaq la…ada baca tarak baca BT
    SERBA TAU……KPI COORDINATOR.

  7. aslmkum,
    hangpa semua tarak pegi ke???
    semua orglain je pegi….
    hangpa kira mengutuk sajelah
    itu tak kena ini tak betul!!
    maklumlah ikut ceramah saje..apa pun tak tahu nak buat …bengong!

  8. aslmkum,
    satu lg utk pengetahuan yg dok ikut ceramah saje otak dah beku,,tak boleh fikir
    palestin dicabuli oleh israel dah lama
    bukan baru semalam, mungkin si mangkuk ikut ceramah belum beranak lagi, sbb tu dia tak tahu,,ini masalah dunia bukan masalah parti pas.
    kalau puak pas yg nak pegi berjihad…lantaklah
    mungkin si mangkuk ikut ceramah boleh ikut sekali buat ceramah di sana.

    jihad konon…poooraaahhhhhh!!!!

    dgn dap pun dah takut sembunyi dlm jamban..inikan pula israel.

    • Oii KEPALAHOTAK..!!!

      Semua orang tau yang Israel dah
      lama cabul Palestin.

      Kalau dah lama Israel ceroboh Palestin,
      dah lebih 60 tahun Israel membunuh rakyat Palestin,
      adakah itu bermakna jihad sudah terhenti?

      Tak mahu berjihad lagi,
      sebab dah lama sangat Palestin ditindas Israel?

      Sebab tu hang cakap p o o o r a a a h h h h h h
      pada perjuangan jihad kan..????

      Cara hang tulih “bukan baru semalam”
      macam hang tu yang buta sejarah.

      Awat hang ingat kami semua ni
      bodo sejarah macam hang ka???

      Hang dok kata,
      pemimpin dan penyokong aku tak buat apa?
      Hang nak kami buat lagu mana?

      Hang takut ka, kami demo dijalanan,
      demo di depan kedutaan Amerika Syarikat,
      membantah kekejaman Zionis Israel,
      Hang takut dan kalut dengan demo ni,
      sebab tu hang habaq
      demo ni macam anjing menyalak???

      Semua sukarelawan
      dihantar oleh BN….???

      Heh… nak tergelak aku dengaq.
      Setakat yang aku tau, cuma sorang,
      MP Parit tu.

      Kenapa cuma sorang?
      Mana yang lain?
      Mana pegi Khiry Jamaluddin?
      Kenapa takut pegi Gaza,
      setakat berani tunjuk muka kat ASTRO Awani?

      Selain daripada MP Parit
      dan staff ASTRO,
      semua yang pegi bukan ahli BN.

      Hj Jamuliddin Elias,
      Dia ni orang Unit AMAL,
      satu Badan di bawah PAS,
      Bukan dibawah UMNO….

      Wakil dari Aqsa Syariff,
      ini NGO, BUKAN UMNO…!!!

      Wakil dari HALUAN,
      ini juga NGO yang BUKAN Pro-UMNO…!!!!
      dan bukan UMNO pun…!!!!

      NGO Perkasa yang Pro UMNO
      yang buat demo
      “paling tak dapat sambutan”
      depan kedutaan Amerika baru-baru ni,
      hang tak panggil pulak
      depa ni menyalak macam anjin…!!!

      Siapa yang takut dengan DAP
      sampai menyorok dalam jamban?

      Setakat yang aku tau,
      PM Najib yang takut dengan MCA.

      Buktinya?

      Tuh… tengok rombakan kabinet baru-baru ni.
      Punya ramai timbalan menteri baru dari MCA.
      Sapa yang pi nyuruk kat jamban sebenaqnya…???

      Err… Otak babi memang pusin ka???
      Habaq mai kat sini,
      kajian saintifik mana yang menunujukkan
      otak khinzir memang “berpusing” dalam kepala depa…..

      berpusin macam bumi mengelilingi orbit…..

      • Salam.

        Yang hang dok marah sangat.
        Pasai apa.
        Kan, kepalahotak tu.
        Lebih bagus dari otak.
        Hang tak tau, ka.

        Hang ni.
        Terlampau ikutCeramah sangat.
        Hang kena slow sikit.
        Hang kena baca banyak buku.
        Barulah, hang boleh control.
        Marah.

        Sikit2, hang marah.
        Hang nak jadi apa.
        Mana ada kerja.
        Tukang marah.
        Tukang sapu adalah.

        Sekadaq hang kena senyum dan sabaq.
        Selalu, seperti budak tadika.

    • tahniah kepada penyokong kuat YAHUDI 1 Malaysia….. tahniah…. kamu hebat….

  9. aslmkum,
    wah!!!! mengamuk pulak puak suci,
    hihihi!!!!!
    kesian tengok menyalak kuat sangat!!!
    sabar sabar…hangpa kan org islam sejati
    hanya sekadar mampu buat demo jalanan
    mana pemimpin pas yg berani2 tu tak pegi
    bantu kt palestin ke???
    knp tak suruh nik ajis solat hajat bagi
    membinasakan israel?????

    • Heh, kalau Datuk TG Nik Aziz buat
      solat hajat, hang nak mai datang
      berjamaah sekali ka???

      Mana hang tau Tuan Guru Datuk Nik AzizIAP
      tak pernah buat solat hajat untuk mendoakan
      sahabat-sahabat kita yang ditindas sekutu
      UMNO di Israel?

      Perlukah Tuan Guru Datuk Nik Aziz
      memukui canang seantero alam
      memuji diri sendiri macam Pee Errmm
      menghebah-hebahkan di media
      yang dia bangun menunaikan solat hajat
      dan qiyamullail TIAP-TIAP malam?

      Tuan Guru Datuk Nik Aziz bukannya bodo macam hang….

    • PAKATAN nak jemput Priseden UMNO menjadi imam solat hajat nanti. israil boleh cool berkat doa Najib.

      PAKATAN tidak ikut pun tidak apa. Tidak ada maknanya kalau RM77juta umno dah SEDEKAH pada APCO.

  10. opps, lupa
    pasal rombakan kabinet tu,
    itu kabinet kerajaan BN,, lu takyah sibuk
    lah…pm tak pilih lu…tak boleh jadi sbb hanya ikut ceramah..dungu
    tak tau buat kerja.

    • salam,

      Boleh mai provoke saja la.
      Hujah tarak…

      Jom la pi ikut ceramah drp.
      ikut kepalahotak penuh taik.

    • Gua memang tak pernah iktiraf
      M.Najis jadi PM gua.

      So, suka hati gua lah nak
      hentam dan kutuk PM
      yang jadi bini Bik Mama tuh….!!!

    • ada “kepala” ada “hotak” TAPI TAKDAK AKAI

      • setuju SANGAT LE. Puak yahudi mana ada AKAL. Harap kepalotak babi sahaja yang ada.

        SYABAS ikutCeramah.

    • Kerajaan Bn tolong bukan melayu

    • Kepalahotak Lupa pula. tapi

      Jangan lupa siapa bunuh altantuya.
      Jangan lupa siapa beri RM77juta pada Israi;
      Jangan lupa Tanjung Pagar dah terlepas
      Jangan lupa Pulau Batu Putih dah hilang semasa bn memerintah
      jangan lupa lesen judi Bn luluskan
      Jangan lupa berbilion wang tiris
      jangan lupa telaga minyak dah disedekah pada Orang KAYA
      jangan lupa janji janji 10 pilihanraya – berbilion
      jangan lupa minyak petrol nak naik
      jangan lupa kilang arak milik anak orang bn
      jangan lupa Bank Bumiputera dah hlang

      Tahniah UMNO

  11. untuk kepalahotak………

    hang pi balik kat papagomo n parpukari hang tu…….
    memang satu kepalahotak ngan hang…….
    kalu takat provoke hang tu……..memang kepala toya mat amin punya……………….tak dak bebekaih pun……….kah kah kah

    • Blog papagomo dan parpukari kepala ikan
      tak dapat sambutan kot….

      Atau karinya tak sedap…

      Sebab tu depa singgah kat sini….

  12. aslmkum,
    apa pun aku tarak takut, lu org yg pengecut 6 org lawan 1….sahlah yg jantan tak ada telor yg betina tak ada biji, seronok seronok sja bantai orang,,
    seropa geng bas sekolah,,hihihi
    sapa sapa pun kat atas tu tarak bg bontot sama itu org ka????

    • Salam..
      bukan masalah takut atau berani. Tetapi kenyataannya umco sokong Yahudi.
      Tengok lah cara orang umno.

      Islam umno.

    • Salam…

      aku kesian tengok kau kena buli dengan diaorang ni…
      nampak macam amerika/yahudi buli palestin…

      • Buat apa nak kesian kat kepalahotak ni…

        Dah suku sakat dan kerabat dia kat Israel
        tu pegi buli saudara seagama kita di Palestin,
        kita buli lah dia balik kat sini…..

    • Oii… Kawan-kawan…
      Tengok tu…..
      Kepalahotak puji diri sendiri…!!!

      Perasan la konon…..!!!

      Cuma hang sorang….???
      Hang berangan nak jadi Slyvester Stallone dalam RAMBO???
      atau Stevan Seagal dalam filem Hollywood???

      Lawan musuh sorang-sorang…????

      KAH….!!! KAH….!!! KAH….!!! KAH….!!!!

      Habih tu,
      si Budak Tadika beringus bukan kawan hang?
      Macam mana dengan aftar?
      Rempahman pulak, dah tarik diri ke?
      Insan Kerdil dan Dirham yang “takut-takut” tu,
      bukan geng hang?

  13. ashwad ismail ensem….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: