Posted by: pinkturtle2 | Jun 4, 2010

Sukarelawan Malaysia Berlepas Pulang

Malaysian activists, who were on board a Gaza-bound aid convoy seized by Israel, pray in their hotel room in Amman June 3, 2010. Angry Turks mourned activists killed in Israel's seizure of a Gaza-bound aid ship, as Israel sought on Thursday to deflect U.N. demands for an international inquiry by offering its own probe with outside observers.

Malaysian activists, who were on board a Gaza-bound aid convoy seized by Israel, pray in their hotel room in Amman June 3, 2010. Angry Turks mourned activists killed in Israel’s seizure of a Gaza-bound aid ship, as Israel sought on Thursday to deflect U.N. demands for an international inquiry by offering its own probe with outside observers.

Malaysian activists, who were on board a Gaza-bound aid convoy seized by Israel, pray in their hotel room in Amman June 3, 2010. Angry Turks mourned activists killed in Israel's seizure of a Gaza-bound aid ship, as Israel sought on Thursday to deflect U.N. demands for an international inquiry by offering its own probe with outside observers.

Sukarelawan Gaza rakyat Malaysia berlepas pulang

04/06/2010 7:55pm

AMMAN 4 Jun – Sekumpulan 12 rakyat Malaysia yang dibebaskan kerajaan Israel Rabu lepas ekoran insiden rampasan kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal minggu ini, hari ini telah meninggalkan Amman untuk ke Istanbul sebelum berlepas pulang ke tanah air.

Mereka diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan pegawai kementerian yang lain menaiki pesawat Royal Jordanian (RJ).

Penerbangan RJ165 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia pada 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia).

Hadir sama di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan kepada rombongan itu ialah Duta Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.

Mereka dijadual berlepas dari Istanbul pada petang Sabtu dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 5.50 pagi Ahad.

Seorang pegawai di kementerian itu memberitahu, ketibaan rombongan berkenaan akan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka dan keluarga masing-masing kemudiannya akan dibawa menaiki tiga bas menuju ke kediaman persendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta, Kuala Lumpur. – Bernama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: