Posted by: pinkturtle2 | Jun 7, 2010

PM Kencam Israel APCO

Malaysian Prime Minister Najib Razak, right, tables a motion to discuss the condemnation of Israel's attack on a humanitarian aid flotilla headed to Gaza at the Parliament House in Kuala Lumpur, Malaysia, Monday, June 7, 2010.

Malaysian Prime Minister Najib Razak, right, tables a motion to discuss the condemnation of Israel’s attack on a humanitarian aid flotilla headed to Gaza at the Parliament House in Kuala Lumpur, Malaysia, Monday, June 7, 2010.

PM bentang usul kecam Israel di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Malaysia menyarankan agar negara-negara dunia sepakat membawa usul kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk merujuk perbuatan ganas rejim Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Gesaan itu terkandung dalam usul khas yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usul yang mengandungi 15 ketetapan itu mencadangkan, antara lainnya, agar peristiwa keganasan Israel pada 31 Mei menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mendapatkan “advisory opinion” (pendapat berbentuk nasihat).

Najib juga mencadangkan supaya Turki, yang kehilangan sembilan aktivis kemanusiaannya akibat dibunuh komando Israel, menimbang untuk mengambil tindakan di bawah peruntukan Statut Rom, ICC.

Usul khas itu mengecam sekeras-kerasnya pemimpin Israel Benjamin Netanyahu kerana membenarkan tentera rejim itu bertindak di luar batasan kemanusiaan terhadap rakyat pelbagai negara, termasuk Malaysia, yang menyertai misi bantuan itu yang dikenali sebagai “Freedom Flotilla”.

Advertisements

Responses

  1. tak payah nak kecam,
    sedangkan anuar mengiktiraf negara israel.

  2. Hari ini kecam. mlm ni telephone APCO Worldwide

  3. Salam..

    macam tak ikhlas ja
    APCO macam mana pulak??

  4. Salam…

    kecam salah…
    tak kecam pun salah…
    cubalah kita bersangka baik…
    kan itu yang diajar oleh tok guru…
    sekurang2nya negara kita ada pendirian…
    tak macam ada orang tu…
    kat sini kata lain…
    kat sana kata lain…
    sampai orang kat sana pun dah tegur…

  5. ….Maka aku teringatlah dengan apa yang pernah disebut oleh Tuan Guru bahawa dalam sesuatu keadaan….diam itu adalah jawaban kepada segala…….tolong betulkan jika aku tersilap.TQ.

  6. Kenapa PM tak berani mulakan saranan semua negara Islam IOC bersatu ambil tindakan ketenteraan kepada Israel.

    Sekurang kurangnya kita boleh dengar apa jawapan dari ketua negara2 orang Islam dalam isu keganasan Israel terhadap rakyat Palastine dan awak2 kapal Mayvi Marmara.

    Barulah kita boleh nilai kefahaman dan tafsiran Islam oleh pemimpin sekular Islam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: