Posted by: pinkturtle2 | Jun 8, 2010

Lesen Judi Bola Belum dikeluarkan Lagi Kepada Ascot Sports – PM

Malaysian Prime Minister Najib Razak, right, tables a motion to discuss the condemnation of Israel's attack on a humanitarian aid flotilla headed to Gaza at the Parliament House in Kuala Lumpur, Malaysia, Monday, June 7, 2010.

Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia – PM

Lesen Belum dikeluarkan Kepada Ascot Sports – PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd untuk menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat tersebut bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di Malaysia.

“Kerajaan masih mendapatkan maklum balas atau pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tian Chua ingin tahu apakah asas keputusan kabinet menarik balik lesen judi pada tahun 2004 dan keputusan itu diubah tahun ini.- BERNAMA


Responses

  1. Namun ianya telah di”SPIN” “DIVERT” seolah2 ianya telah diluluskan olih parti PR
    Walaupun bukan keuntungan wang ringgit yang diraih , Namun ianya telah meraih sokongan dan mendapat publisiti melalui isu ini…
    Inya di”SPIN” seolah2 PM telah meluluskan lesen judi bola tersebut……

  2. “Berjaya gets football gambling licence”, Malaysiakini 12/5/10 melaporkan:
    In a statement late this evening, Berjaya Group confirmed that it has been re-issued the license that it was held in 1987 and that Tan has sold the controlling state of Ascot Sports to the conglomerate.

    According to the statement, Ascot Sports plans to roll out gaming products for internationally

    sporting events including football, basketball, motor racing, tennis and golf.

    Punters will be able to place bets through 220 Sports Toto outlets in Peninsular Malaysia.
    Vincent Tan’s Ascot Sports gaming licence comes with conditions (The Star 12/5/10)
    Berjaya perolehi lesen judi bolasepak’ (Malaysiakini 12/5/10)

    Nak lebih jelas rujuk diakhbar ini
    Vincent Tan’s Ascot Sports gaming licence comes with conditions (The Star 12/5/10)

    Dari kenyataan dalam berita diatas. Vincent Tan hendaklah didakwa kerana memfitnah Ds Najib yang juga menteri kewangan Malaysia.

    Kerana fitnah ini telah menyebabkan parti PR dikatakan telah meraih sokongan dan mendapat publisiti melalui isu ini…
    Inya di”SPIN” seolah2 PM telah meluluskan lesen judi bola tersebut……

    Vincent Tan itu siapa?. Adakah dia saudara kepada Chua Jui Meng…

  3. salam….

    Awang Adek sendiri juga yang berkata dan membuat press statement bahawa lesen judi bola telah diluluskan kepada VC Tan

  4. Lesen judi TELAH diluluskan tetapi belum dikeluarkan kepada Tauke CINA.

    BN beri kemudian kecoh-kecoh. Bn tarik balik sekejap. Kemudian PM umum belum beri tetapi telah diluluskan.

  5. betul betul betul

    dah lulus tapi belum beri walaupun VC Tan dah bagi jaminan nak bagi kt BN RM525 juta hasil judi tu, tak cukup kot banyak tu….

  6. Puak-puak ApNO bn pakat-pakat buat kenduri arwah dan syukur duit Vincent Tan beri.

    maka makan lah ramai-ramai anak beranak UMCO BN.

  7. he he

    bt, kepalahotak, autar, wali band, manis, dino, rempah gilin dan yang sama waktu dengan nya….

    seronokkkkkkkk

    dapat bagi makan anak2 duit judiiiiiii

    syukurrrrrrrr…..

    he he

    • Salam…

      inilah yang dikatakan cerdik tak boleh diikut…bodoh tak boleh diajar…
      yang ko nampak sekarang ni cuma RM525 tu… itu sikit je…
      ko fikir tak dari mana sumber duit untuk subsidi yang kerajaan beri pada makanan yang ko makan, petrol yang ko pakai buat cari makan…dan banyak lagilah subsidi yang ko gunakan tapi tak perasan tu…
      itu belum kira bahagian pembangunan negara…
      takkan ko duduk dalam hutan ataupun tengah laut tak pakai semua tu…

      ko agak kemana hasil2 cukai yang kerajaan ambil dari perniagaan orang2 kafir yang dah tentu berniaga tak ikut cara Islam…
      kemana perginya hasil2 riba bank… cukai2 syarikat rokok dan arak…

      agaknya sebab tu ramai orang kita sekarang ni berhati hitam…
      cubalah ko fikirkan demi untuk anak2 kita…

      • maknanya memang betul la kerajaan kita ni tak kisah duit halal ke haram ke,semua disapu,janji maju membangun!!!

      • BIJAK UMCO memrintah Malaysia

        TAHNIAH UMCO.

      • salam
        satu pengakuan akar umbi UMNO/BN yang ikhlas.
        TAHNIAH dan disamping itu, bawak la bertaubat dan lakukanlah perubahan..

  8. salam………

    wali makan begheteh saja kot???………bersih dari angkara syubhat………….
    wali bila betapa………sari makan sebijik begheteh saja………wali laa katakan……..

    wali tak simpan fulus di bank…bwh tikaq saja……..
    tak pi market……..tanam sayoq sendiri…….syubahat……takut sayoq boh baja taik ayam……….syubhat……..

    orang dok cakap pasai lesen judi dah lulus ke tidak……..yg ko dok merepet ke lain tu pasai apa????

    lojik akai yg bingai pun……..tinggai 3 hari lagi bola dah nak start……….tak kan lesen tak bagi lagi kot……..nampak dol sangat laa……
    bila depa nak betaruh??kalu dah tak ketahun hala lagi……….puak-puak yg dok kata tak luluih lagi tu…….tak mengaji strategi laa tu……….
    lagi pun pakcik vin cent kita tengah dok rayu-rayu tu…….nampak macam nak teriak saja………..kasihannnnnnnnn……..
    kalu dah rayu tu kira dah dapat laa tu…….
    ilmu balaghah ajaq macam tu………

    see u……..

  9. Kalau tak mau semua ghaflah syubhah yang haram.
    Sebab tu kita kena bagi syariat Islam yang memerintah.

    Bukan syariat Islam itu yang kena turut perintah.

    Katalah saja yang hangpa tak yakin dengan syariat Allah. Jangan dok pusing2 nak buat alasan.

    • salam…

      bukan tak mau…tapi negeri2 yang kononnya diperintah yang bersyariat islam tu…nampak tak makmor…tak meyakinkan…

      nak salah sapa? aku jugakkah? atau TGNA pun patut dipersalahkan? komen

      • salam manis,

        Jgn.lah sebut macam tu.
        Ambil statement anda dan
        rujuklah ustaz anda.Ambil
        lah nasihat dari dia.

      • Hanya orang yang TIDAK beriman dengan ISLAM sahaja nampak macam kamu nampak.

  10. Kalau orang beriman dan berilmu, tak berani nak komen apa yang Kucing tulis diatas.
    Biasanya mereka memilih untuk diam, tapi cik manis yang tak faham tafsiran syariat Islam, gagahi juga nak komen. Sebab tu great cheif nasihat suruh rujuk ustaz yang faham maksud syariat Islam.

    Untuk makluman, Kelantan tidak dapat lagi jalankan pemerintahan ikut syariat Islam kerana dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan.

    Jangan nanti kata senang2 saja nak murtadkan orang, padahal ucapan, perbuatan yang terkeluar dari akidah itu yang menghukum kita jadi murtad.

    Dipasaran sekarang ada buku yang diterjemah ke Bahasa Melayu dari tulisan Syeikh Yusuf Qardawi mengulas tafsiran Syariat Islam. Beli dan bacalah untuk memahaminya dengan panduan dari mana2 ustaz.

    Ini nasihat Kucing!. harap faham.

    • salam…

      sebab tu la…berdakwah dengan bijaksana supaya orang2 yang naif tertarik untuk menyertainya…fikir2kan kucing….

      adakah anda tergolong dalam yang bijaksana berdakwah…baca posting2 anda yang terdahulu ya…jangan jadik takbor, jangan jadi riak …terima kasih

  11. salam,

    Gugurnya rukun islam no. 1
    Sia-sialah no.2 – no. 5.

    Amat berat utk. memikul no 1
    gunong ganang ,bukit bukau
    dan segala di bumi tak sanggup
    menerima utk. memikulnya.
    manusia saja sanggup menerima.
    awas dan waspada apa jua perbuatan
    dan percakapan kita yg menyentuh
    ttg syahadah yg kita pikul ..

    salam….salam…salam….

    to luv is to care…..
    caring is loving….

  12. Tengok gambaq diataih betui-betui….

    Pucat semacam Jib. Awat?

  13. ni baru ahlil politik sebenar.. hari ni lain esok lain.. bagus2.. teruskan berpolitik..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: