Posted by: pinkturtle2 | Jun 10, 2010

Kenapa Susah Sangat Nak Bagi ‘pas media’ kepada blogger kita sendiri???

Kenapa Susah Sangat Nak Bagi ‘pas media’ kepada blogger kita  sendiri???

…………………………………………………………………………………………………

Kesian pada sahabat-sahabat Blogger yang  datang jauh-jauh..Sampai di Putik,” PAS MEDIA” pun tak dapat..Perisik Rakyat lagi sedih,habis cara ikhtiar nak dapatkan pas.dilayan macam kucing kurap je.last2 dapat pas media melalui pertolongan wartawan Malaysiakini. Ummi ani pun sama.Begitulah nasib yang menimpa beberapa blogger PAS yang lain lagi… Presiden PAS cakap lain,pokyet-pokyet kat bawah ni buat kerja lain… Utusan, TV3 dan yang seangkatan dengannya depa bagi senang-senang je.Dunia dah terbalik ke apa ni? Blogger sendiri mereka halang, Utusan yang mereka boikot dan hina sebelum ini , depa jilat dan persilakan…dah hampir-hampir sama dengan amalan munafiq.

Presiden PAS pernah sebut…”..Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, ”

Tapi bila tiba hari muktamar mereka buat musuh dengan blogger-blogger sendiri…Macam mana blogger nak dapat maklumat kalau  sengih-sengih kat luar bangunan Putik..Tak kan pekara kecil macam ni pun sampai tahap bodoh untuk menyelesaikannya..Sampai Blogger yang datang jauh dari Perak siap tunjukkan PAS MEDIA yang kerajaan PR Perak bagi…Petugas-petugas Pas buat bodoh je..Sampai ke tahap itu sekali Kebodohan dan kepincangan yang depa tunjukkan pada blogger-blogger sendiri…

…………………………………….

Nasihat Untuk Blogger-Blogger Pas Yang Tak Dapat PAS Masuk…

1. Menyamar sebagai Wartawan Utusan Meloya @ yang seangkatan dengannya.

2. Pohon kerja sebagai wartwan Utusan dahulu sebulan sebelum Muktamar PAS bermula.Bila dah jadi wartawan rasmi utusan,senanglah nak masuk…kalau pandai bodek tak pakai PAS pun tak pe…yang penting wartawan utusan

3.Menyamar sebagai perwakilan PAS,cetak lah apa-apa lencana pun. yang penting ada logo pas..dan yang penting lagi,lencana tu lekat pada baju .

4. Pi jumpa Presiden PAS atau SU PAS..kenapa anak buah depa ni bangang sangat sampai PAS MEDIA pada blogger-blogger sendiri pun tak nak bagi.. TAPI PERLU DI INGAT!!! KITA TAK NAK DENGAR DEPA JAWAB ”ARAHAN DARI ATAS @ARAHAN DARI PUCUK PIMPINAN”…

…………………………………………….

Mereka mungkin dikalangan pemilik blog yang ternama dan dikenali. Saya kira masa masih ada untuk pihak yang terlibat untuk mempermudahkan rakan Blogger PAS dan Pakatan untuk membuat liputan. Mereka yang datang dari dekat dan jauh punya satu harapan besar untuk menyatakan dan menggambarkan kehebatan Muktamar ke 56 kepada pembaca blog. – YB idham Lim

Saya mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan..permintaan blogger tidaklah besar sangat..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah..jangan dihalau terus jauh2 – Ummi Ani

Kalau pada Utusan yang selalu kita boikot pun kita boleh bagi,inikan pula pada blogger-blogger kita sendiri… Utusan sudah jelas akan memberi berita yang akan menguntungkan mereka.. –Mat Lan Confirm

kalau nak baca update atau apa-apa laporan tentang Muktamar PAS Kali Ke-56, HARAP MAAF, blog ini tiada apa-apa update atau laporan berkenaan dengan Muktamar PAS Kali Ke-56… korang boleh baca update dan laporan dari Media Perdana. jangan lupa beli Utusan Malaysia dan jangan lupa untuk menonton TV3 – Perisik Rakyat

jenguk-jenguk juga ulasan dari blog lain..

http://perisik-rakyat.com

http://politikbanjar.blogspot.com

http://idhamlim.blogspot.com

http://g-82.blogspot.com

dan sini

Advertisements

Responses

  1. nak kata cerdik ish,,,nak kata banggang ish,,

    apa la yg mangkak sangat,, kita semua pakat dok pulau utusan,, depa pi jemput,,

    satgi rakyat kata cakap tak serupa bikin ,,susah plak,, tapi betoi la,,

    aku dah naik fed up dah ni,,

  2. Hasilnya dapatlah berita macam ni….
    Baguslah… pi jilat UTUSAN tu lagi….

    http://mahaza.blogspot.com/2010/06/bagaimana-berita-di-putar-belit-kan.html

  3. Kadang2 TGNA terlepas pandang pekara blogger ni.Dia pun mungkin hanya menerima maklumat daripada SU sahaja.
    Yang sebenarnya adalah JUAK2 TGNA yang berlebihan dalam hal ini.Kata orang “Lebih Sudu Daripada Kuah !”

  4. Sebab itu saya selalu kata pemimpin politik ni sama sahaja.ibarat anjing.mengongong-giong bagi tulang diam.

  5. Depa jemput , utusan , tv 3 tu sebab kalau pakatan menang mereka nak guna pulak. buat sama macam sekarang. sebab tu utusan tak takut. baik pas, baik pkr baik dap sama saja.sebab itu aku tak mahu semua itu.yang aku mahu KEADILAN KEADILAN KEADILAN.

  6. salam

    setuju ngan jamil… sama ja…

    bila dah sama…baik la kekal yang sedia ada…

  7. Sudah diludah….
    Dijilat balik…..
    Sedap weaaaa !

  8. Salam…

    apa yang kita nak ributkan…
    Pas ibarat tuan rumah…
    blogger ibarat tetamu…
    kalau tuan rumah tak jemput kita datang kenduri kenapa kita susah hati…
    mungkin ada maksud yang tersirat…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: