Posted by: pinkturtle2 | Jun 10, 2010

Jangan kita tertipu Dengan UMNO BN lagi… Ingatan TGNA kepada Spesis UG

https://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/05/nik_aziz1.jpg

Pas hanya membunuh diri sendiri jika ia mengkhianati amanah rakyat berbilang bangsa dan bersekutu dengan Umno-Barisan Nasional – TGNA

Jangan Khianat Kepercayaan Masyarakat Islam & Bukan Islam – TGNA

Sejarah mencatatkan bagaimana pas diajak masuk bergabung dalam barisan nasional. pas pada masa itu menyambut tangan perpaduan dengan harapan kebaikan yang berpanjangan. rupanya bn adalah perangkap bagi Pas. Mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi Allah sebaik perancang,”

Saya rakamkan disini bukanlah untuk mengungkit luka lama berdarah kembali, jauh sekali bara dendam untuk dimarakkan, tetapi sebagai peringatan dalam menongkah arus perjuangan. Ingin saya ingatkan disini bahawa sejarah mencatit bahawa Umno bukanlah rakan yang setia – tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melempar senjata.

Kita mahu eratkan hubungan kita dengan DAP dan PKR, dan kita mahu rakyat berikan mandat pada kita. justeri itu kita harus berani tawarkan alternatif ini dan berikrar pada semua kaum bahawa kita akan membuang semua unsur kerosakan yang dibawa Umno-Barisan Nasional. Kita mahu gantikan dengan kerajaan yang berintegriti, yang adil, bermoral dan bertanggungjawab, kerana memang begitu ajaran Islam.

Strategi sebegini adalah penting kerana nilai perjuangan kita adalah tidak boleh lagi bersekongkol dengan pihak yang menyuburkan maksiat. Lantaran kita telah melihat sendiri kesan politik dan pentadbiran Umno-Barisan Nasional yang menimbulkan kekalutan pada rakyat dan pada negara.

Saya suka mengingatkan kita agar memerhati perkembangan ini dengan serius. Pas sebagai alternatif kepada Umno perlu bergerak dengan lebih cergas meraih sokongan pengundi-pengundi Melayu. Jangan dibiarkan orang Melayu terus diperbodohkan dengan pukauan Ketuanan Melayu, yang merupakan dongeng pemimpin Umno.

Mereka harus diingatkan bahawa keris yang dijulang pemimpin Umno digunakan untuk menikam bangsa sendiri yang tidak sehaluan dengan mereka. Buktinya adalah Kelantan dinafikan hak untuk royalti minyak yang diraih dari buminya sendiri.

Sudah sampai masanya kita lebih serius mewajahkan Islam yang telah disolek dengan buruk oleh Umno. Rakyat Malaysia harus disedarkan bahawa Islam telah diterima masyarakat India dan Cina lebih awal dari orang Melayu,””Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah diatas penubuhan Dewan Perhimpunan Penyokong Pas yang sedia berjuang bersama kita dan mendekatkan Islam pada golongan bukan Islam.

– Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,Ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS di Putik

https://i2.wp.com/3.bp.blogspot.com/_zlgGqXKrios/TBBxCuUSiAI/AAAAAAAABrU/FxXOxRwVoE4/s1600/putikk.jpg


Responses

  1. Salam 1 Malaysia aka
    SalamTGNA suka.

    TGNA cukup marah dengan UG.
    Tak lena dibuatnya.
    Malam bermimpi.
    Siang bermimpi.
    Cuma bermimpi di cekerawala.

    Kalau Gubiq Kedahlaih kata.
    Nak jadi pembangkang yang baik.

    TGNA kata.
    Nak jadi alternatif pada UMNO.

    Kalau UMNO tak baguis.
    Bolehlah jadi alternatif.

    Kalau UMNO,masih baguis.
    Maka terus bermimpilah.
    Di cekerawala.
    MelePASlah.

    Sekadaq TGNA kena berjiwa besaq.

    • ALOOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU……

      PENYOKONG PARTI BEWAK MAGHAH BILA ABANG GURAU HABAQ DEPA KAPIAQ. ABANG SAJA HABAQ LAGUTU NAK SUH DEPA SEDAQ SIKIT SABIK SELAMA NI DEPA DOK SEDAP JE, TADAK SAPA NAK HABAQ KAT DEPA.

      DEPA DAH GHASA TERLALU ISLAM SABIK SOLAT, POSA DAN NEIK HAJI. DEPA PON TADAK JUDI, SEKADAQ NENGOK PUAK2 CINA DAN KELING BERJUDI. MISJID PON DEPA PI, WALAU PON SEKALI SEMINGGU UNTUK SOLAT JUMAAT. PENGERUSI MASJID DEPA SAPU. LAST2
      TABUNG MASJID PON NENTAH KE MANA.
      SABIK TU DEPA DAH GHASA DEPA CUKUP ISLAM DAN KALU MAMPUIH MASUK SYURGA.

      MEH NAK HABAQ……….

      SEBELUM MERDEKA, RATUSAN TAUN DAH
      KAPIAQ2 BRITISH DOK TREN ORANG MELAYU SUPAYA APABILA KAPIAQ2 BRITISH NI KELIK NEGAGHA DEPA ORANG2 MELAYU TIDAK BERPEGANG TEGUH NGAN AJARAN ISLAM. BRITISH SUKA ORANG MELAYU SOLAT. DEPA TAK MAGHAH PON MELAYU POSA DAN NEIK HAJI. TAPI…… SELEIN DARI TU DEPA AJAQ MELAYU( puak2 bewak la )
      TOGOK AYAQ SETAN. DANCING DAN CAMPUG LAKI POMPUAN DIKIGHA MODEN,
      PAKAI KETAYAP, TUTUP AURAT DILEBEL KOLOT, PESYEN LAMA.

      BRITISH HANYA TAK SENTUH BILA MELAYU MAMPUIH SAJA. BILA MAMPUIH,
      MELAYU PON INGAT LA NGAN SYARIAH ISLAM, LAGU MANA TAK URUS JANAZAH IKUT ISLAM.

      SAMPAI KE LANI PUAK2 BEWAK NI IKUT ISLAM 100% BILA MAK BAPAK DEPA MAMPUIH. AWAT TAK IKUT ISLAM SEKERAT, IKUT KAPIAQ SEKERAT. TAK KA PUAK2 BEWAK GHASA MELIA KALU MAK BAPAK DIA MAMPUIH DEPA PAKAI BAJU KOT….YANG POMPUAN PAKAIKAN KEBAYA KAT MAYAT TU….. NAK PI KEMBUIH, BULIH BERARAK NGAN PALUAN KOMPANG RENTAK INANG. NAK PERKASAKAN MELAYU KENA LA BUAT LAGU TU. KAN KAN KAN KAN KAN .

      INI TIDAK BILA MAMPUIH NAK IKUT ISLAM….SELAGI IDUP MISTI PERKASAKAN MELAYU. MAMPUIH AJAK LA OGHANG PAIH SOLAT JENAZAH SABIK ORANG2 YANG DOK CAKNAKAN UGAMA ADALAH PUAK2 PAS, TIME BAGI BASIKAL KA, BAJA KA, DEPA MANA BULIH, PEMBANGKANG.

      he he he
      gurau ngan puak2 bewak

  2. SAYA RASA LORD REID INI BUKAN ISLAM SEBENARNYA, MUNGKIN KAFIR MENYELINAP MASUK DALAM ISLAM, LIHATLAH TULISAN DIA SEPERTI KAFIR HARBI, INILAH HASIL BIMBINGAN USTAZ YANG MURTAD DALAM PKR DAN PAS, ALLAH LAHIRKAN GENERASI YANG SEPERTI LORD REID

  3. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Marah betoi TG kita.
    Pada UG.
    Tengok genggaman tangannya.
    Macam nak bagi penumbok.

    Kalau kena great chief.
    great kemana.
    chief kemana.

    Kalau kena nasik kandaq.
    Melambonglah pengandaq.
    Berteraboorlah nasik.
    Rezekilah buat Kucing Kota.
    Makan gulai ikan KeLi.

    Sekadaq Gubiq saja yang laih.
    Macam Kedahlaih.

    • komen tahap BUDAK TADIKA macam ni la…. tak ilmiah langsung, orang Kedah kata “BODO PIANG” ni la contohnya…..

      • Salam KeLi.

        KeLiRu jugak kita, dengan hang sorang ni.
        Nak ilmiah, macam mana.
        Dah tak intangible.

        Hang ni, belajaq kat sekolah pondok.
        Yang mana satu.
        Yang tak dak.
        Guru sains dan matematik.
        Koot. Kotlah.

        Sekadaq, koot, koot, cukuplah.

  4. Dah macam2 tajuk N3 dalam blog ni. Semua tak intangible.
    Bila pulak dia pernah komen berilmiah…
    Sebab tu tahap yang dia ada…

    Yang Kucing ingat bila Kucing tulih alasan berasaskan agama dan Alquran, dia lari dari bagi respons dan dia kata dia bukan ustaz dan bukan belajag agama.

    Yang dia kondem orang yang belajag kat pondok.

    Sebab tu ada forumer kata dia ni munafik yang gila nak berforum.

    Yang jelasnya Si badut tua ni, logo dipilih untuk dia tu sign Keristian…

    • Salam Kucing Kota.

      Kita tahulah yang hang bawak mulut.
      Orang bawak mulut, untuk makan, cerita yang baik2.
      Hang bawak mulut, cerita yang tak betoi.

      Sapa kondem sekolah pondok.
      Yang hang dok terasa tu, pasai apa.
      Hang mengaji kat sekolah pondok, jugak ka.

      Hang dok kira dengan sorang.
      Ustaz Neutron Al Munafikun (UNAM) tu.
      Dia tu, tak guna seduit pon.
      Masuk baldi sampah.
      Tak boleh kandaq sendiri, pon.
      Harap pi, kat kucing kota.
      Dok jilat pi, jilat mai.
      Tak kilat, kilat, pon.

      Sekadaq UNAM pon,species jugak.

  5. Salam…

    kenapa kita dengan mudah menuduh orang lain kafir… munafik…anjing…
    adakah kerana mereka tidak sependapat dengan kita ke…
    kita kalau nak tuduh orang pun… adakah kita ni Islam sangat… adakah Islam boleh dinilai dengan kopiah yang dipakai dikepala…ada janggut… pakai jubah… tapi peribadi…pertuturan mengalahkan yahudi…
    Yahudi pun pakai semua tu… jadi apa yang membezakan Yahudi dengan kita…

  6. salam

    yahudi memang tak dak beza dgn hang…
    pasai hang dok sokong kerajaan yang sokong yahudi……

    bangang punya wali……

  7. Aku juga Melayu.

    Tapi ada satu ungkapan
    kurang ajar yang aku nak
    lempaq pada gerombolan
    yang “kunun-kununnya” pejuang
    ketuanan Melayu….

    “GO TO HELL to KETUANAN MELAYU…!!!!”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: