Posted by: pinkturtle2 | Jun 12, 2010

Parti mesti bergerak dengan kehendak ahli, bukannya dengan kuasa ‘orang-orang Presiden -Wakil Temerloh

Idea Datuk Mahfuz seolah-olah memberikan kuasa penuh kepada Presiden dan jawatankuasa PAS Pusat, ini sesuatu yang tidak mengikut perubahan rakyat.Kita mestilah menerima perubahan yang berlaku supaya parti bergerak dengan kehendak ahli, bukannya dengan kuasa 'orang-orang Presiden - Perwakilan PAS Temerloh, Amirruslan Manaf

Wakil Temerloh Dakwa PAS Ciplak Perlembagaan Umno

KOTA BARU: Gara-gara terlalu lantang mengkritik parti, perwakilan PAS Temerloh, Amirruslan Manaf terpaksa menarik balik kenyataannya yang mendakwa Perlembagaan PAS yang ada hari ini diciplak daripada Perlembagaan Umno.

Dakwaannya bahawa PAS hanya melakukan penambahbaikan daripada apa yang dilakukan Umno mengikut kesesuaian parti tidak disenangi para perwakilan.

Bagaimanapun, dia menarik balik kenyataannya itu apabila diminta oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail kerana wujudnya gesaan daripada para perwakilan yang mempersoalkan kesahihan dakwaan yang dianggap tidak berasas.

Ketika membahaskan usul memperkasakan parti yang dikemukakan Dewan Ulama PAS, Amirruslan berkata, asas kepada dakwaannya itu dapat dilihat apabila beberapa dasar yang diamalkan PAS seperti memberi sepenuh kuasa kepada Presiden parti sama seperti apa yang diamalkan Umno.

“Konsep ini diciplak, maka tidak dinafikan Perlembagaan PAS kita diciplak dari Umno, cuma kita tambah perkataan ‘Islam’,” katanya di sini hari ini.

Malah beliau yang tidak bersetuju dengan cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar agar jumlah jawatan Naib Presiden ditambah kepada lima dengan memberi kuasa kepada Presiden untuk melantik dua kerusi bagi jawatan itu dengan berkata, PAS adalah sebuah parti yang tidak mengikut perubahan rakyat.

Sebaliknya beliau menyifatkan Umno lebih kehadapan dalam soal perubahan apabila memberi peluang kepada kira-kira 380,000 ahlinya untuk memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti.

“Idea Datuk Mahfuz seolah-olah memberikan kuasa penuh kepada Presiden dan jawatankuasa PAS Pusat, ini sesuatu yang tidak mengikut perubahan rakyat.

“Kita mestilah menerima perubahan yang berlaku supaya parti bergerak dengan kehendak ahli, bukannya dengan kuasa ‘orang-orang Presiden’,” katanya. Mstar


Responses

  1. As-salam,
    Apakah Dasar UMNO?Sila bagi beliau senaskah buku perlembagaan PAS,suruh dia kaji baik2 baru komen.
    Dimana nak diletak MAJLIS SYURA’ ULAMAK yang diketuai oleh Mursyidul ‘Am dan anggota nya terdiri drp ulamak belaka,tak kut seorang Ahli Pas tak Tahu,yang membuat Dasar bukan Presiden seorang.Dimana Wala’ di kat pemimpin,atau tahu ke beliau apa itu Wala’ atau pun tak ditarbiyah cukup kut.

  2. Muakakakakakaka kalau ikut logik mamat nih, maka bukan pas saja yg ciplak perlembagaan ameno, hatta presiden amerika pon sama ciplak. Kalau Ameno dah kedepan dalam soalan perubahan, tunggu apae lagi yob , gi la join ameno, partai yg prgresif , muakakakakakakakkak

  3. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Macam mana ni.
    Masih “is a, is a”.
    Masih dok tak gi, tak gi, ni.

    Patutlah.
    TGNA dok marah sangat.

    Sekadaq jadi alternatif pon.
    Cukup.

  4. APA PUN DAP DAH BERSEDIA SAIN AGGREMENT TALAK TIGA

  5. Dan kita akan tunggu MCA dan MIC juga akan sain agregrement talak tiga meninggalkan parti assobiyah melayu yang ditolak Rasulullah ini>

    • Salam Kucing Kota.

      Apa dah jadi.
      Tulih macam orang.
      Bukang Islam.

      Masih dok “is a, is a”, jugak ke.
      Atau.
      Masih, dok gi, dok pi, tapi tak mai.

      Sekadaq jangan dok lagu tu.

  6. Sebenarnya mengikut sejarah PAS ditubuhkan hasil dari tidak puas hati sebahagian besar Ahli Jawatankuasa Biro Agama dalam UMNO mengenai beberapa Isu khususnya Judi. (Loteri Kebajikan masyarakat) Lalu mereka letak jawatan dan keluar UMNO. Antara pengerak ialah Datuk kepada Abdullah Badawi.
    Mereka tubuh Persatuan Islam Setanah Melayu. Kemudian NGO ini berubah nama dan fungsi menjadi sebuah parti Politik. Nama baru kepada parti Islam Se Tanah Melayu (PAS).

    Jika hasil dari situ, maka undang-undang / perlembagaan pun diubah. Mana yg tidak ada di adakan, mana yang sama dikekalkan. Mereka membuat penambahan baikan kepada perlembagaan yang sedia ada.

    Sekarang ini perlembagaan PAS atau UMNO sudah jauh berubah dari yang asal. Ini adalah proses pentadbiran dan pengurusan organisasi masing-masing. Kita perrlu ingat Umno dilahirkan pada tahun 1946 manakala PAS pula 1951.

  7. Silap haribulan, PAS pun tak ada bezanya dengan UMNO.

    Bila Presiden terlalu berkuasa,
    ahli tak boleh menegur.

    Inilah bahananya
    kalau tak dengaq nasihat TGNA
    selaku Mursyidul Am.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: