Posted by: pinkturtle2 | Jun 13, 2010

Lesen Judi Bola: kita juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku – Khairy

https://i0.wp.com/www.kpmu.net/wp-content/uploads/2009/07/kj21.jpg

Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang kita dapat daripada pihak kerajaan dan juga daripada syarikat berkenaan.Jadi kita juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sudah tentu rakyat Malaysia pun nak tahu – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin

Judi Bola: Khairy gesa k’jaan segera beri penjelasan

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyeru kerajaan supaya segera membuat penjelasan berhubung pemberian lesen judi sukan kepada syarikat Berjaya.

Katanya, masyarakat perlu diberi penjelasan mengenai duduk perkara sebenar memandangkan perkembangan isu tersebut mengundang banyak laporan bercanggah.

“Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang kita dapat daripada pihak kerajaan dan juga daripada syarikat berkenaan.

“(Berjaya dilaporkan berkata) persetujuan dah dapat tapi lesen belum dapat lagi.

“Jadi kita juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sudah tentu rakyat Malaysia pun nak tahu sekiranya betul (persetujuan diberikan),” kata Khairy yang juga ahli parlimen Rembau.

Tambahnya, pemimpin BN telah memberikan pandangan mereka melalui “saluran dalaman parti” berhubung isu tersebut.

“Jadi kita dah serahkan kepada perdana menteri pandangan daripada pimpinan parti dan terpulang kepada kerajaan untuk buat keputusan muktamad,” katanya lagi.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media selepas pelancaran program Rally 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil petang ini.

Program berkenaan menarik penyertaan lebih 10,000 golongan muda dan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta pemimpin parti komponen BN.

Ditanya mengenai rancangan Pakatan Rakyat untuk menganjurkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah pemberian lesen judi itu, Khairy berkata golongan berkenaan sekadar mempolitikkan keadaan.

“(Pakatan Rakyat) akan raih sokongan untuk apa saja sekiranya ia memberi kelebihan kepada mereka,” katanya.

Beliau seterusnya mencabar kerajaan Pakatan Rakyat supaya menutup semua premis judi sedia ada.

“Jangan kata tidak praktikal (untuk tutup premis). Kalau (Pakatan) kata boleh tarik balik lesen untuk judi sukan, tunjukkan prinsip sehabisnya.

“Kalau tidak, ia hanya memberi keuntungan politik kepada mereka (dengan) hanya mengambil pendirian separuh-separuh,” katanya lagi.

Menurut Khairy, beliau ingin melihat Pakatan menunjukkan keterbatasan dalam tindakan mereka, dengan mengemukakan cabaran tersebut.

“Tapi kita hendak tengok juga keterbatasan hasrat pembangkang itu.

“Contohnya mereka bantah lesen judi sukan, apabila kita cabar mereka buat sesuatu, kerajaan bawah Pakatan Rakyat katakan mereka tidak akan benarkan premis tersebut daripada beroperasi dan akan tarik balik lesen mereka.

“Masalahnya bila dicabar lagi, (kita) kata kalau macam itu, kenapa tidak hapuskan semua premis 4D, Magnum, Sports Toto, oh… dia kata tidak praktikal.

“Jadi anda tahulah pembangkang hanya bermain politik,” katanya lagi.Malaysiakini

Advertisements

Responses

  1. Aslkm,

    Tutup premis premis tak lah susah sangat…. cuma lepas tu dah pasti kerajaan negeri kena saman dan dijamin akan kalah di mahkamah dunia ni….

    Sepatutnya kita nak tengok PUSAT yang bagi arahan tutup semua premis judi dan arak kat Mesia ni… Ada boleh ka KJ?? Kalau terasnya di PUSAT kita tak bunuh… cabang ranting di di negeri negeri kita cantas 100 x pun pasti akan tumbuh balik…. tak kan mati punya…

    Saya rasa rasa lah…. lepas ni UMNGOK akan cuba mengeluarkan lesen untuk PELACURAN macam di Thailand dan Singapura…

    BT, AUTAR dan SUKU SAKATNYA akan kata PELACURAN HANYA UNTUK PELANGGAN BUKAN ISLAM… ORANG ISLAM TAU HUKUM DAN TAK AKAN MASUK RUMAH PELACURAN….

    Sindri hati tarak mau buat …lagi mau cabar cabar orang lain suruh buat… PIIIRAHH HAPRAK SORANG ni….

  2. baguslah dia nie.. walau apa pun niat dia .. aku tabik dia berani , x mcm org lain especially mufti2 , ahli agama yang digaji oleh kerajaan terus menikus … x bersuara , ataupun buat2 bodo…lagi x guna …
    walaupun dia org BN , walaupun aku x de la suka sangat mamat nie , tapi its a good step dia dah ada sedikit membangkang terhadap kerajaan , inilah yang kita mahu…
    membangkang tidak semestinya kita mesti join pembangkang.. tetapi membangkang demi kebenaran…

  3. Bismillahirahmaanirahiim

    JANGAN UJUD “SEKATAN JALAN” HUKUM ISLAM SEHINGGA FATWA JADI KABUR DAN ULAMA JADI KECUT.

    Banyak bencana yang telah dan sedang berlaku dalam alam ini ialah kerana campur “tangan politik”. Keputusan politik meletuskan perang dan pembunuhan. Islam jadi lemah kerana ulama ketiadaan peranan dan kuasa.

    Judi, arak, zina dan pembunuhan adalah larangan utama agama. Semua manusia geliga tiada hujah yang benar bagi menolaknya. Akal mereka buntu dan mabuk..

    Nafsu yang tidak terkawal sahaja yang menyatakan nilai utama itu salah.

    POLITIK APA LAGI MAHU DIPUTAR BELITKAN. Jika hendak main judi mainlah sendirian.

    Jangan dihalalkan yang haram memberi “fatwa”. Itu sudah jadi dua kali haram. Menghalakan yang haram itu lebih parah dosa dan akibatnya.

    Pendirian peribadi dan pertubuhan itu penting. Ya atau tidak : Haram atau Halal ?
    BERI KATA PUTUS PENDIRIAN INI DAHULU. Kemudian cakaplah apa yang “politik” boleh cakap dan letak harganya ~ahmad.

  4. salam sukusakat……….
    salam grombolan……………

    tak kan KJ tak tau kot apa yg dok belaku dlm sana tu???
    dok selimut sekali……..satu kelambu…..
    pun tak tau kaa????………
    hang jngn buat lawak laa KJ……..
    boleh gelak sampai beguling maa………..
    atawa hang dok main kong kali kong dak????

    kah kah kah………………

  5. 2~Tambahan : Bismillah !
    HUKUM ISLAM merupakan peraturan lebuh raya kepada KEREDZAAN ALLAH.

    Setiap lorong mempunyai tanda : haram, halal, sunnat, makruh dll. Semuia lorong punya akibat dan keuntungan yang zahir dan bathin, bentuknya berbagai dan terlindung.

    BALASAN ALLAH sebelum azab besar di akhirat di dunia lagi dikenakan : Lihat Al Quran ayat Surah Sajdah :21.

    HUKUM ISALAM yang nyata tidak boleh pakai “demokrasi”, IKUT SUARA RAMAI ! Tunggu rakyat bantah bahru setuju diharamkan ! Apa punya alasan ini ?

    Jika semuanya bahalol tetapi ada seorang yang tahu hukum maka yang benar dan haq itulah yang jadi pegangan.

    HAI, HAI, HAI, KUASA POLITIK ! LIHAT SEJARAH SUDAH BANYAK YANG PARAH DILANDA BADAI ; DAN MENANG SORAK, NAH, KAMPUNG TERGADAI ; KAMU JUGA AKAN TERSADAI. ~ahmad

    • Keluaq topik sat..

      Orang Malaysia takat MENANG SORAK tengok bolasepak piala dunia aje la. Padahal takdak sorang pun pemain rakyat Malaysia yang bermain dalam kejohanan Piala Dunia tu.

  6. APAKAH DENGAN KEHADIRAN PAKR SEBAGAI PM DAN DAP SEBAGAI TPM PAS AKAN MENUBUHKAN NEGARA ISLAM

    KAH!KAH!KAH! SATU LAWAK BODOH YANG DIMAINKAN OLEH ULAR DALAM SEMAK PAS

    • ye tak ye jugak!!!sedangkan umno jadi pm berkurun lama pun tak berminat nak tubuhkan negara islam,inikan pulak pkr atau dap!ya…betol2!!

      • umno terang terang kafir yahudi

  7. susah nk nmpk mufti jwb isu ni kt media…

  8. […] Lesen Judi Bola: kita juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku – Khairy Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang […] […]

  9. Gabungan itu sudah tentu nya akan bertitik tolak dari pandangan bersama,dan mereka insyAllah akan dapat memahami inti pati dari keadilan islam yang telah sedia ada.Malah mereka kini telah pun berani bersuara atas dasar islam.

  10. […] Lesen Judi Bola: kita juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku – Khairy Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang […] […]

  11. Nak cabar apanya?.
    Kalau disahut cabaran itu,

    4D, Magnum, Sports Toto, syarikat judi ini akan kata tidak praktikal kerana kami telah mendapatkan lesen dengan kelulusan kerajaan Malaysia, bukan kerajaan negeri.
    Kalau kerajaan negeri tidak berikan lesen dijual dipremis kerana dibawah kuasa PBT negeri PR.

    Kami akan jual secara terbuka tanpa premis dengan memberi gaji dan komisyen yang tinggi kepada mereka yang suka menjadi penjaja jual tiket judi…Bole kaya tu beb….

    Mereka ini tidak boleh ditangkap dan didakwa kerana mereka menjual tiket judi yang dihalalkan oleh kerajaan UBN Malaysia.

  12. “Selalunya buah yang cepat masak , Akan cepat busuknya !’

  13. Berbanding dengan buah yang tak masak masak, seperti buah manggis tua yang kematu akhirnaya gugur dan layak dibuat membaling lembu.

  14. Salam…

    apa yang nak dihebohkan dengan judi dan arak…
    judi dan arak hanya untuk orang kafir…
    jika orang Islam kuat pegangan imannya takkan tergoda dengan semua tu…
    contohilah Nabi Yusof…

    • Assalamualaikum Mat Wali

      persoalan sekarang bukan pasal orang Islam nak berjudi, bantahan yang timbul ialah “Pemimpin Islam” meluluskan “lesen Judi dan arak” tu. Tak cukup2 ke lesen judi dan arak di Selangor saja pon dah lebih 4 ribu, belum dikira negeri2 lain di 1Malaysia ni yang telah di”halalkan” judi dan arak oleh Kerajaan Pusat?

      Budak Tadika pon tau judi dan arak tu haram….

      • Salam…

        habis tu… macam mana selama ni ko kata seolah2 Najib tu bukan Islam…
        sekarang ni ko tulis….
        “Pemimpin Islam” meluluskan “lesen Judi dan arak” tu.
        pening…pening… tak tau boleh ikut ke tak ko ni…

      • Wali,

        Kau kena ingat balik hadith Rasulullah yang sahih,

        “Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah is cegah dengan tangannya (yakni kuasa). Jika ia tidak mampu, hendaklah ia cegah (kemungkaran itu) dengan lidahnya. Jika ia tidak mampu juga, cegahlah (kemungkaran itu) dengan itu. Maka itu adalah selemah-lemah iman”.

        Alasan hang supaya mencontohi nabi Yusof a.s tidak berasas. Berapa ramai antara kita yang memiliki iman seteguh nabi Allah Yusoff?

        Sebab tu Rasulullah s.a.w. bersabda dengan hadith ni. BN selaku KERAjaan yang “berkuasa” sepatutnya mengharamkan judi dan arak dari dulu lagi.

        Bukannya berbolak-balik dengan bermacam-macam dalih.

        Yang Halal itu jelas, yang HARAM itu pun jelas. Ini juga sebahagian daripada Hadith Sahih yang diriwayatkan daripada Nu’man bin Basyir.

      • Mat Wali

        Najib tu orang Melayu yang dilahirkan Islam, jadi aku tak berani la nak komen tentang keIslamannya, kalo betul2 Islam, tak kan tak tau membezakan halal dan haram, kalo tau, kenapa luluskan benda yang sahih “haram”nya??? kenapa gunakan “hasil haram” untuk membangunkan negara dan rakyat, tak takut “dosa” dan balasan Allah ke?

        tengok saja berbagai bala dan bencana telah mula menjelma di 1Malaysia ni? tanah runtuh, ribut, maksiat berleluasa, sumber rezki rakyat dan negara sudah mula hilang dan berbagai lagi….

  15. salam,

    Kalau dah duduk, tidoq dan makan sekali semuanya tak tau lebih2 lagi memerangkap sebagai ketua pemuda eloklah hang KJ cari alternatif lain.Hang tu ada serupa tak dak ja….dok di rumah perasap kerih….tak pon pi mandi sintok.

  16. […] Lesen Judi Bola: kita juga mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku – Khairy Itu sebab kita menyeru dan saya harap penjelasan ini dapat dibuat dalam masa terdekat sebab laporan bercanggah yang […] […]

  17. mengaku Mesia negara islam bagi pula lesen judi siapa yg lulus lesen ni ?? Melayu ka cina ? ISLAM HANYA DI MULUT . di sebabkan Haram lah maka orang2 yg Beriman dok heboh kata haram. Orang JAHIL berkenaan hukum hakam tak akan membantah . Lebih JAHIL lagi pemimpin yg menghalalkan benda yg haram. sokong jangan tak sokong .

  18. Haiyaaaa….
    “Itu gelhalu cidana pulaaa……”
    “Luuuu sulah Tao kasi tanya ka…..”

  19. mufti? ape tuh? har har har..

  20. Terbaca saya yang Dato Nik Abdul Aziz mengingat SABDA NABI KEPADA perwailan PAS di Kota Bharu, jangan menyindir orang dengan kata yang melukakan.
    Dalam kehidupan ini ada peraturan, ada budaya, turut kata yang berbagai jenis. Kata pemanis, bahasa melompat pun ada, kata sindir yang manis pun ada.
    Setiap niat kita ada kosnya.
    Lihat sejarah dan kaji niat masing-masing. InsyaAllah kita dapat pertunjuk jalan yang diredzaiNya. Maaf.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: