Posted by: pinkturtle2 | Jun 15, 2010

Majlis Pengebumian Ustaz Hassan Shukri… Video

Wahai pejuang…Istiqamahlah berbuat kebaikan walau dibenci oleh seluruh manusia…
dan bermati-matianlah berkhidmat untuk agama…

Walau perit mana pun perjuangan…

Sesukar manapun perjalanan..

Tabahkan hati..Kuatkan diri Kukuhkan tekad..

Mara dalam perjuangan Islam..

Nahnu Ansarallah..

Kehidupan merupakan satu medan ujian bagi hamba yang beriman, sehinggalah saat dan tikanya lambaian kematian menjelma. Kematian juga adalah sebahagian dari ujian setelah melalui detik perjalanan sebuah kehidupan yang telah ditetapkan. Kematian inilah saat yang tak mungkin dimungkiri dan dihindari walau seorang Perdana Menteri, Menteri-Menteri,pegawai tinggi, hinggalah rakyat biasa.

Cukuplah mati sebagai peringatan buat diri seorang mukmin. Padanya tiada yang lebih berharga di dunia, keluarga, pangkat, mahupun harta melainkan keredhaan dariNya, dan pengharapan agar dapat dipertemukan dengan Yang Maha Pencipta, pemilik segala hati manusia. Apabila mati menjadi peringatan, terlerailah segala persengketaan, bersemilah ukhuwwah dan terbinalah persaudaraan, tertunailah segala janji yang dipatri, terlaksanalah segala  tanggungjawab dan amanah Allah ke atas bahu hamba-hambanya…

Demikianlah renungan kita pada hari ini, atas kerpulangan sahabat seperjuangan kita ke rahmatullah, Saudara Ustaz Hassan Shukri, semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada keluarganya. Kita do’akan semoga Allah SWT mengampuni dan mencurahkan rahmat-Nya kepada hamba yang telah dipanggil ke hadirat-Nya dan kepadanya diberikan tempat terhormat dan terindah, yaitu surga yang penuh kenikmatan.

Semoga kepulangannya kepada Allah mendapat sambutan yang hebat dari Allah yang Maha Kuasa, seperti diungkapkan dalam firman-Nya, surat Al-Fajr ayat 27-30: Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh kepuasan dan ridha-Nya, bergabunglah ke dalam kelompok hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam surga-Ku… Aminnn


Responses

  1. Assalamualaikum semua…………

    Dari Allah kita datang……..
    kepadaNya kita kembali…………..

    aku terkedu sebentar bila mendengar berita kembalinya Al-Fadil Ustaz Hasan Shukri…….
    dari apa yang berlaku…….sekembalinya dari muktamar di Putik…… beliau yang memandu kereta…….bersama rakan-rakannya Tn.Hj. Subki Latif dan lainnya………..

    Beliaulah antara yg mengasaskan Markaz PAS di Tmn Melewar……….
    Ustaz Hasan jugak digelar perlembagaan berjalan…..kerana kepakarannya dlm perlembagaan PAS………….

    jasanya terhadap jemaah terlalu besar………..
    semoga bakti ikhlas Us. Hasan Shukri mendapat jaza’ yg tinggi di sisi Allah……..amin

    al-fatihah……………

  2. Assalamualaikum

    Semoga dicucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang di redhai olehNya…..

    al-Fatihah

  3. Ustaz Hassan adalah insan yang telah meyambut seruan Allah melalui firman yang bermaksud. ” Barang siapa yang menolong agama Allah yakni Islam. Allah akan menolongnya ”

    Insan ini adalah diantara mereka yang telah mewakafkan usia remajanya dan dirinya hingga keakhir hayat dengan membuat kerja bagi menegakan Islam di bumi Malaysia ini.

    Semoga janji allah dalam maksud ayat diatas meletakan rohnya bersama para salafussalihin.

    Kucing pernah hidup bersama didaerah perjuangannya dan mendapat bimbingannya…
    Tidak ada yang lebih indah bila kita mewakafkan diri untuk Islam…

  4. salam takziah pd. keluarga beliau..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: