Posted by: pinkturtle2 | Jun 15, 2010

Demi kepentingan masa depan rakyat saya memilih untuk meninggalkan DAP dan PR – Keshvinder

ADUN Malim Nawar Keluar Parti, Isytihar Bebas

SUBANG JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar di Perak hari ini mengisytiharkan keluar daripada DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Keshvinder membuat keputusan itu kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu yang terlalu banyak berpolitiking sehingga mengabaikan tugas sebagai wakil rakyat.

“Bagi menjaga kepentingan rakyat dan pembangunan yang berterusan saya membuat keputusan untuk menyokong dan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpiman Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

“Keputusan ini merupakan pengorbanan saya kepada rakyat di kawasan saya. Saya sedar saya bakal menghadapu tuduhan dan cemuhan daripada pelbagai pihak.

“Demi kepentingan dan kesejahteraan masa depan rakyat saya memilih untuk meninggalkan DAP dan Pakatan Rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, surat peletakkan jawatannya telah diserahkan kepada Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng awal pagi tadi.

“Keputusan yang saya buat ini juga mengambil pengamatan saya selama 15 bulan terhadap corak kepimpinan Menteri Besar dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Saya amat menyakini corak dan cara kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini terutamanya konsep 1Malaysia yang merupakan pendekatan realiti terbaik untuk rakyat di negara ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, wakil rakyat terbabit menafikan dakwaan beliau menerima ganjaran wang tunai sejumlah RM2 juta untuk meninggalkan parti.

“Saya yakin saya bersih. Anda boleh semak akaun bank, saya tidak pernah menerima sebarang ganjaran daripada mana-mana pihak,” katanya.

Jelasnya, buat masa ini beliau akan kekal sebagai wakil rakyat Bebas dan tidak akan menyertai mana-mana parti.

“Saya tidak ada cadangan untuk menyertai mana-mana parti. Saya mahukan sokongan daripada kerajaan negeri dalam membantu memberikan peruntukan kepada saya untuk mengatasi masalah penduduk,” katanya.

Kesvinder berkata tindakan tersebut dibuat selepas beliau mengambil kira semua perkara tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Keputusan ini saya ambil selepas saya meneliti secara mendalam dan mengambil kira pendapat pelbagai pihak. Tindakan ini diambil tanpa tekanan.

“Saya berharap semua pihak terutama penduduk di kawasa saya dapat menerima dan menghormati keputusan ini kerana ia dibuat demi kebaikan rakyat,” ujarnya.

Keshvinder adalah Adun DAP kedua keluar parti itu selepas ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, yang menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di Dewan Undangan Negeri sekarang ini adalah 27 orang berbanding 28 yang dikuasai oleh BN manakala wakil Bebas pula adalah empat orang.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Keshvinder mengalahkan calon BN, Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.Mstar


Responses

  1. Tak tau la, betulkah utk rakyat sekalian atau untuk rakyatnya saja (diri, keluarga dan suku sakatnya). Selepas dia jadi bebas ni rezeki dia akan mencurah-curah masuk dalam kawasannya?

  2. bengagli singh pun tau taubat. orang pas bila nak taubat?

    • Rakyat pilih dia. Bukan dia pilih rakyat. Oii Singh mau sear sikit.

      Lepas ni setelah jadi BEBAS, kamu singh tidak perlu jadi Guard (pengawal Keselamatan) lagi. UMNOBN akan amil sogh jadi menteri.

  3. salam bro n sis…….

    Hello Bai, apa tugas wakil rakyat kalau bukan berpolitik?…………
    Ada betulke ini Bai?
    Untuk kepentingan rakyat?
    Aku nak muntahlah Bai…

    kalu nak berambueh tu………..pi laa berambueh……
    hang tak payah dok bagi alasan bukan-bukan……..
    tak dak sapa nak pi check akaun hang……..
    hang ada duit banyak mana pun…….hang punya hal laa……….

    lain kali PR tengok loyar hat elok sikit……….pasai loyar memang keroja dia dok cari makan……….faham saja laaa

    yang tak tau kira duit banyak nie……budak-budak saja……..bagi chewing gum……..dia kulum sariiiiii………
    kah kah kah

    diucapkan selamat mendakap grombolan……..

  4. benggali ni kena belajaq berpolitik dari Karpal Singh, ini benggali romeo yang cuma masuk poltik untuk buncitkan perot dia je…..

  5. Salam…

    seperti yang diduga dan dijangka…
    kutukan… cemuhan… fitnah…untuk mereka yang keluar…
    pujian… penghargaan… Islamik… untuk mereka yang masuk…
    bila agaknya nak berubah rentak…

    tapi… pelik ya… kenapa ramai sangat yang keluar…
    dan kalau nak belipun…kenapa tak beli semua…
    tinggalkan yang pucuk…biar dia layu…

    • Biasa la wali wali walekuk

    • benggali ni banyak utang, kereta mewah dia pon dah nak kena tarek sbb tak buat bayaran

  6. Salam,

    Calon saja pi…mau ingat..
    Rakyat tak ikut serta…ini jgn lupa…

    Nampak pelik tapi benar…

  7. iye ler tue bang… ape lagi pi tolong rakyat ler.. jgn sembang je lebih…

  8. Nak keluaq???

    Dah konpom keluaq???

    SILAKAANNNN….!!!!

  9. Tahniah anada telah memilih jalan yang betul,anda lebih mulia dari ular dalam semak PAS yang munafik

    • TAHNIAH UMNO BN

      UMNO PARTI ISLAM YANG MUlia meluluskan judi dan YAHUDI.

      PAS bukan parti islam. PAS sokong HUDUD dan TIDAK sokong judi.
      Orang UBN kata PAS semak.

      Apa punya bahlol la

  10. ape punye bengaplh kutu2 yg menyokong umno bn…entah ade ilmu atau tak yg mengatakan PAS MUNAFIK…xsedar lg ke meluluskan lesen judi (same je maksud menghalalkan yang haram)menjatuhkan akidah(terkeluar dr islam)?kalu betul mengaku islam kenapa xmenentang isu ini?padanlh bleh dianggap kafir umno bn ni…sbbnye menentang perintah Allah.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: