Posted by: pinkturtle2 | Jun 18, 2010

Permohonan DSAI Ditolak

Liwat II: Mahkamah tolak permohonan untuk bukti

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan semua laporan perubatan yang disediakan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur yang terlibat.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam keputusannya berkata tidak ada peruntukan atau asas undang-undang yang mengatakan dokumen itu perlu dibekalkan.

“Justeru, saya dengan ini menolak permohonan itu.”

Permohonan itu dikemukakan oleh peguam Anwar pada 4 Jun lalu yang menuntut agar pihak pembelaan dibenar melihat semua nota klinikal, laporan, bahan, spesismen dan perkara lain yang berkaitan yang disediakan oleh ketiga-tiga doktor berkenaan.

Mereka juga mendesak supaya sejarah perubatan yang lengkap pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ketika pemeriksaan di HKL dibekalkan kepada pihak pembelaan.

Selain itu, peguam-peguam Anwar juga mahu pihak pendakwaan menyerahkan peralatan yang lazim digunakan semasa ujian untuk serangan seksual diberikan kepada mereka.

Pih

ak pembelaan juga ingin mendapatkan maklumat berhubung kelayakan dan pengalaman ketiga-tiga doktor berkenaan yang merawat Saiful – Dr Khairul Nizam Hassan, Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Siew Sheue Feng.

Seorang pakar forensik yang didatangkan khas dari Australia oleh pihak pembelaan, Dr David Wells, sebelum ini mengadu bahawa beliau tidak dapat menjalankan tugasnya jika dokumen berkenaan tidak dibekalkan.

Profesor dari Victoria Institute of Forensic Medicine itu berkata peranannya sebagai penasihat pihak pembelaan akan terjejas tanpa dokumen berkenaan.

Prosedur lazim bagi kes jenayah adalah bagi pihak pendakwaan membekalkan semua dokumen berkaitan kepada pihak pembelaan sebelum permulaan perbicaraan.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak perlu untuk berbuat demikian kerana pihak pembelaan boleh mengemukakan supaya bukti-bukti itu diserahkan semasa perbicaraan. Malaysiakini


Responses

  1. Biasa la permohonan orang MELAYU. Tentu umco tolak mentah-mentah.

    Kalau BUKAN MELAYU pasti UMCO jilat habis habisan.

  2. Ini bukan soal tentang Melayu atau Bukan Melayu.
    Ini soal keadilan. Menuduh tanpa memberi peluang yang dituduh untuk melihat bukti …… inilah kelebihan kerajaan yang dipimpin Melayu.
    Jangan jadi syaitan jelmaan manusia, menghasut suatu yang bercanggah dengan agama kita, Islam. Itulah sejahat-jahat manusia.
    Tuduh orang melakukan kesalahan tanpa bukti dibekalkan adalah KEJAM dan akan dilaknat Allah swt. Satu lagi kelebihan yang ada pada Melayu Raya.

    • salam,

      nasi tambah satu…
      bukan melayu raya…ni peel
      H A N T U R A Y A

  3. memang pembohong perlu ditolak nampak muka pun dah tau ini mesti ahli kelab main belakang kat Australia sebab tu ahli kelab dia datang menyokong

    • inilah kenyataan “wali bangkai” yang tak guna akai yang dikurniakan Allah

    • busuk sungguh mulut dia ni……….

  4. wali bangkai la yang hangpa dok sembah bodoh punya keliwon celaka

  5. main2 dengan merendah kan seorang ulamak

  6. na tengok bukti je ke..
    jubur tak nak tengok ke…?


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: