Posted by: pinkturtle2 | Jun 18, 2010

Najib perlu tahu, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan – Datuk Husam

http://kickdefella.files.wordpress.com/2009/05/dsc_0052.jpg

kita telah mulakan satu precedent baru iaitu tarikh pilihanraya ditetapkan secara terbuka. Bukan bermisteri dengannya. Bukan pula dijadikan senjata yang menguntungkan parti pemerentah semata-mata.Tindakan begini bertujuan menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihanraya. Tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak.Paling penting, Najib perlu tahu, mengejut atau tidak, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan – Datuk Husam Musa

Najib bubar Parlimen, mestikah kita bubar DUN?

Padang permainan tak sama rata telah menguasai pilihanraya Malaysia sejak UMNO mewarisi negara ini dari penjajah.

Sebahagian sebab kemenangan UMNO/Perikatan dan UMNO/BN selama ini ialah kerana mereka menguasai semua instrumen penting untuk menjadikan proses pilihanraya sentiasa menyebelahi mereka.

Setiap dua kali pilihanraya, mereka mengubah sempadan pilihanraya ikut corak yang membolehkan mereka menang mudah dengan ramuan berubah-ubah peratusan Melayu-Cina-India dan beberapa faktor lain.

Kali ini, hingga kini, mereka tidak lagi boleh berbuat demikian kerana majoriti dua pertiga yang telah hilang buat pertama kalinya.

Apa lagi unsur pilihanraya yang boleh diubah untuk menjadikan padang lebih sama dan rata?

Bagaimana dengan tarikh pilihanraya?

Najib dengan nada yakin memberitahu kita, tarikh pilihanraya hanya berada dalam tangan beliau. Beliau telah berjanji menjadikan tarikh pilihanraya sesuatu yang mengejutkan. Itu yang diucapkan beliau di Kelantan semalam.

Pilihanraya mengejut bertujuan memerangkap pembangkang dan mencari satu masa di mana pembangkang belum bersedia atau sedang mengalami pusingan ke bawah. Termasuk dengan media stage yang mereka atur.

Jika itu janji Najib dan kita hanya mengikut, sekali lagi tangan UMNO berada lebih atas.

Jika Najib dengan berani menunjukkan bahawa beliau ‘in command’, apa pilihan kita untuk membolehkan Najib berfikir dua kali?

Apa kata empat negeri Pakatan menetapkan tarikh pilihanraya DUN lebih awal?

Sebelum Najib membubarkan Parlimen, kita mengumumkan tarikh pilihanraya kita sekarang.

Tak semestinya tarikh pilihanraya itu awal tetapi penetapan tarikhnya diumumkan awal.

Ini bermakna, tarikh pilihanraya DUN di empat negeri itu berbeza dari tarikh pilihanraya Parlimen jika sekiranya Najib memilih mengadakan pilihanraya berbeza dari tarikh yang telah kita umumkan.

Mereka bubarkan Parlimen tetapi kita tidak bubarkan DUN sampai tarikh yang telah kita isytiharkan.

Pilihanraya DUN dan Parlimen tidak berjalan serentak, kecuali mereka menjadualkan sama dengan jadual kita.

Ada dua kemungkinan. Pertama, mereka ikut tarikh kita atau mereka berunding bersama untuk menetukan tarikh lebih awal dan terbuka seperti yang selama ini kita kehendaki. Ini bermakna, tarikh pilihanraya bukan lagi teka-teki dan memberikan kelebihan kepada mereka semata-mata. Atau, mereka terus berdegil dan membubarkan Parlimen tak bersamaan tarikh dengan kita.

Namun, kita telah mulakan satu precedent baru iaitu tarikh pilihanraya ditetapkan secara terbuka. Bukan bermisteri dengannya. Bukan pula dijadikan senjata yang menguntungkan parti pemerentah semata-mata.

Tindakan begini bertujuan menghapuskan monopoli penentuan tarikh pilihanraya. Tindakan demokratik untuk kesaksamaan kepada semua pihak.

Pilihan tarikh itu boleh atas berbagai asas. Jika nak genapkan lima tahun, bermakna DUN empat negeri Pakatan hanya akan dibubarkan awal 2013. Jika empat tahun nak digunakan sebagai asas, DUN boleh dibubarkan pada awal 2012. Akhir 2012 boleh juga dipilih untuk memberikan masa yang cukup untuk negeri ini ditadbir tanpa terlalu banyak politiking pilihanraya.

Paling penting, Najib perlu tahu, mengejut atau tidak, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan.

http://cetusan-hati.blogspot.com

Advertisements

Responses

  1. Begitulah adat didunia.Siapa yang berkuasa,dialah yang tahu apa yang akan dilakukan.
    Sepertinya apa yang berlaku semasa majlis persamian “KELANTAN FIESTA”
    Sungguh memalukan kepada RAKYAT KELANTAN dengan apa yang telah dialami olih para jemputan luar…………..
    Tidak disangka bolih terjadi begitu !!

  2. Ya. Memalukan rakyat Kelantan kerana tidak meyahut seruan ” Kelantan Fiesta” yang bersusah payah dianjurkan oleh Kerajaan pusat. Yang pada mulanya dikatakan akan memohon kerjasama dengan kerajaan negeri.
    TGNA MB Kelantan telah bersedia akan mengahdiri majlis persamian Fiesta ini.

    Kemudiannya kerjasama yang dirancang itu telah dibatalkan oleh Kerajaan Pusat atas sikap kononnya UmnoBn mampu berdiri tanpa mendapat sokongan kerajaan negeri. Begitulah Egonya UmnoBn.

    Walaupun malam perasmian itu Kota Bharu diserang ribut dan hujan lebat yang turun dari 8.30 mlm hingga ke jam 11.30 mlm.
    Sewajarnya rakyat Kelantan, pada malam perasmian itu mesti datang meraikan seorang PM Malaysia supaya Fiesta itu dilihat “Grand dan Gah” bila disiarkan oleh semua media perdana.

    Apalah salahnya jika rakyat Kelantan turun dalam hujan ribut biarlah demam atau sakit sekalipun, datanglah.. demi tidak memalukan jemputan luar dan memalukan PM 1 Malaysia.

    Rakyat Kelantan mesti tunjuk istiqamah mengagungkan “Kelantan Fiesta” ini dan menyokong PM bagi memenohi setiap sudut dan ruang stadium Sultan Muhammad ini seperti mereka menyokong TGNA yang telah mengadakan berbagai programe Ibadah dan solat ditempat dan di stadium yang sama….

    Takkan asyek nak beribadat saja..marilah kita berseronok dan ber “FIESTA”

    Kenapa tidak menyokong pulak programe yang dirasmikan oleh PM 1 Malaysia ini?.

    Lupakan soal Royalthy rakyat Kelantan!
    Lupakan soal Ibadah yang di didik oleh TGNA!

    Tengok! Kerana anda semua rakyat Kelantan tidak datang dalam majlis perasmian itu. Tidak sampai suku stadium yang hadhir.
    DS Najib telah lari meninggalkan majlis sebelum sempat rasmi lagi, dan tinggallah Datuk Mustapha Muhammed dan para juak UmnoBn yang terkial kial melayan jemputan luar.

    Tidak disangka boleh jadi begitu!!.
    Kenapalah Allah memilih malam itu untuk diturunkan ribut dan hujan lebat. Subhanallah!!!.

  3. Fiesta Kelantan tak dapat sambutan?

    KAH…!!!KAH…!!! KAH…!!!

    “Pade muko demo”
    Najiiiibbb……!!!!

    KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

    “Demo” sombong “sangak” kat Tuan Guru.

    Inilah akibatnya…..

    Last-last, takut malu,
    cabut balik cepat-cepat,
    tak jadi nak rasmikan Fiesta Kelantan…

    Stadium Sultan Mohamed kosong beb…!!!

    KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  4. salam bro n sis…………..

    nak buat fiesta kononnnnnnnn………
    masuk rumah ‘orang’ tak mau bagi salam…..
    ‘buka kasut’ pun dak……..
    nak pakai rumah orang……
    tuan rumah pun tak dijemput………
    apa punya turrrrrrrrrrrr dahhh………..

    tu pun jangannnnnnnn…….
    dok tunjuk eksyen situ laaaaaaa……..

    program depa ‘rosak’ teruk……..
    nasib baik yg merosakan tu…..hujan ribut……..
    kalau tidak…….aku tak tau laaaaaaa….depa maki bekandaq………
    paih tu pandai pula pakai ‘serombong’……..
    boleh dengaq ke tuuuuu????……..
    nasib baik ada laa 40….50 orang……..
    jadi la…….buat umpan……..

    tahniah Red Carpet…….

    kah kah kah…………….

    • salam nk,

      Hujan tu rahmat..
      kot2 koot2 la
      sier bagi depa…
      mana tau…jenih tak berakai

  5. Salam 1Malaysia aka
    Salam Tok Nik suka.

    Tentang Kelate.
    Tak abis, abis.
    Dok tak gi, tak gi, jugak.
    Dok no go, no go, jugak.

    PAS boleh perintah Kelate, lama.
    Sebab Kelate perlukan PAS.
    Seropa.
    Nabi diturunkan di bumi Arab.
    Sebab perangai Arab perlu ditenteramkan.

    Tak ka gitu.
    Kucing Kota weh.
    Nasik kandag weh.
    ikutCeramah weh.

    Sekadaq weh, weh, aje.

    • “Kelate” memang perlukan PAS.

      Satu lagi yang hang kena tambah….

      Seluruh Rakyat Malaysia
      perlukan PAKATAN…..!!!!

      • satu lagi kena tambah…kelate tak perlukan umno,malaysia juga lebih2 lagi tak perlukan umno!!!

    • salam bt,

      Sampai cina & india
      pon dah pandai menilai
      yg mana melayu yg mana
      arab…malah lebih lagi sampai
      ke melayu pedukang makan taik
      pon depa dapat menilai.

      pelan pelan kayuh merebak la
      arab 1 mesia.dok mai dah

    • salam

      satu statement yang membuktikan “kebodohan” dan “kemunafikan” diri kamu…

  6. PAS boleh perintah Kelate, lama.
    Sebab Kelate perlukan PAS.

    Seropa.

    Nabi diturunkan di bumi Arab.
    Sebab perangai Arab perlu ditenteramkan

    ????????????????????????????????????????????

  7. salam bro n sis………..

    hang ni aku tengok koi saghi koi mengarut laa BT………..
    hang tu dah tua renta……….
    koi dok melalut……..

    aku ni kesian kat hang…..
    cara hang bandingkan….
    pasai hang dok komen tak tau hujung pangkai……….

    hang boleh bandingkan dgn apa pun…….
    TAPI…….
    hang jngn dok banding dgn Junjungan Besar Nabi Muhammad……….
    cara hang komen…….nampak merendah-rendahkan Junjungan Mulia………
    Nabi bukan khusus untuk bangsa arab saja…..
    Nabi adalah untuk Rahmatan Lil Aalamin……termasuk makhluk jin sekali………
    hang jngn buat siru…….
    silap tak silap hang boleh jalan……..boleh kiok…

    ada batas nak komen pun……..
    jngn sampai akidah goyah………..

    pikiaq dulu sebelum nak komen……..
    jngn hang dok hantam kromo……..

    see u

  8. salam

    budak hingusan tua tu memang macam tu…
    bukan reti batas iman dan kufur……

    org tegoq dia dok kona pi mai… pi mai
    dah zulmat….hijab tetutup rapat…..

    tak tau bila nak dapat hidayah….

    sekadaq kencin pun dok becabang lagiii

    he he

  9. Waalikum salam bro n sis..
    Kucing dah lama dah terkesan Si badut tua (bt) ini memperlekeh belajag Pondok, bangsa arab dan Nabi yang juga bangsa arab.
    Tapi bila Kucing persoalkan. Dia nafi konon tidak menghina belajag pondok, bangsa arab dan nabi Muhammad dari bangsa arab.

    Begitulah kebabian akal yang dijelmakan oleh Allah dalam minda badut tua dan mereka yang sewaktu dengannya.

    Makhluk jenis ini memang dilahirkan untuk manusia lain yang faham dengan iman untuk menyanggah segala niat yang memperlekeh dan mempertikai kehadiran Islam, apatah lagi pengajaran Islam melalui dokterinasi dari pondok, kerana bagi mereka, Islam bangsa arab dan nabi Muhammad adalah satu legasi yang sesuai untuk mereka yang berkupiah putih, berserban, atau sesiapa yang belajar agama Islam tetapi menjadikan Islam satu pegangan hidup.

    Berbanding dengan satu lagi puak yang mendapat pendidikan Islam tetapi berusaha mencari alasan dan bertindak membebaskan diri dari kekangan saranan Islam dan perkara2 hukum dalam Islam.

    Cuba lihat cara kebabian akal mereka berhujjah, walaupun samar2 tetapi kemunafikan mereka tidak dapat dilindungi kerana setiap perkataan samar bagaimana sekalipun ia kan menjadi ayat menjelaskan maksud yang tersembunyi.

    Sebab itu Kucing kata logo ijau salib itu diubah bagi memperlihatkan secara nihil jiwa munafik seorang makhluk ciptaan Allah untuk mempersenda agama Allah itu sendiri.
    Kita bukan saja akan berhadapan dengan makhluk badut tua dan mereka yang sewaktu dengannya disiaran maya ini sahaja, bahkan diluar sana masih ada makhluk gergasi yang setanding dengan kebabian akal Yahudi yang kita akan perangi….

  10. hahaha

    HEHEHEH

    WELL DONE UMCO

    LAIN KALI JANGAN MASUK RUMAH ORANG.
    orang kelate tidak suka UMCO.
    ORANG KELATE NI BIJAK-BIJAK. Bukan macam penyokong atau pendukung UMCO.

    Ingat sikit untuk dilain kali.

  11. Dasar pendidikan di Malaysia
    Halal haram dan trade mark jakim
    Melayu dan bahasanya.
    Melayu dan iklan percuma.
    Baca di
    http://tebangtebas.wordpress.com/

    • salam tebangtebas………..

      blog hang aku dah melancong…….
      Tahniah…….ada umpppppphh……..
      aku tertarik dengan artikel hang….
      “Kerugian yang dialami apabila perempuan berkerja di luar rumah”……..
      hujah baguih n mantap…….
      teruskan………

      sekalong taniah lagi……….

  12. […] Najib perlu tahu, bukan beliau seorang sahaja berhak untuk tentukan – Datuk Husam […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: