Posted by: pinkturtle2 | Jun 19, 2010

Makan Malam Bersama Tok Guru..

Pada hari ini berlangsungnya satu majlis makan laksa untuk kutipan derma bagi menyiapkan Pembinaan Kompleks Masjid Darul Tarbiah di Tawang…Tok guru dijemput sama untuk memeriahkan lagi majlis penutup  pada malam ini.Sebelum majlis di mulakan selepas insya tadi, tok guru sempat meluangkan masa sekejap singgah di rumah ayah untuk menikmati sedikit juadah yang disediakan..

Untuk pengetahuan semua, KMDT ini sudah hampir 40 peratus siap.setakat ini ianya sudah menelan belanja hampir tiga ratus ribu lebih tidak termasuk kos pembelian tanah yang berharga 180 ribu ringgit..Jumlah keseluruhan pembinaan KMDT dijangka mencecah 2 juta  ringgit.Jumlah kutipan derma yang berjaya dikumpul pada hari ini ialah RM120 ribu ringgit. Bangunan KMDT ini dijangka siap pada pertengahah 2011.Bagi yang berminat untuk menambah lagi saham akhirat masing2, bolehlah menderma bagi menyiapkan pembinaan Kompleks masjid Darul Tarbiah ini…

……………………………………………………………………………………………………………………………………

Wanita disaran solat Jumaat

BACHOK, 19 Jun: Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Saranan itu diutarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat sini, malam tadi.

Beliau berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

“Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat,” katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Adun Tawang, Hassan Mahmood ketika ditemui selepas majlis berkenaan berkata, pembinaan kompleks masjid berkenaan dilengkapi dengan dewan mesyuarat dan seminar yang mampu menampung 200 peserta dan asrama.

“Kita berharap segala kemudahan yang melengkapi masjid ini seperti dewan dan sebagainya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama dalam menjana generasi masa depan yang bakal mewarisi perjuangan ulama,” katanya.HRK


Responses

  1. assalamualaikum

    masyaAllah…… sungguh terharu melihat seoang Tuan Guru, Menteri Besar, Wakil Rakyat sudi bersama rakyat makan besila dan ala kadar tanpa dirai dengan kemewahan seperti mana “makan malam” yang dihadiri oleh lain-lain wakil rakayat/menteri dalangan UMNO/BN…..

    • Salam KeLi.

      Hang ni dok KeLiRu sokmo.
      Makan macam tu pun.
      Hang puji melambong.
      Kalau ada pengandaq.
      Dengan kandaq2 melambong.

      Mai, pilihanraya.
      Pakai ketayap, baca doa, duduk besila.
      Hang dok.
      Dengan masya Allah hang lah.

      Sekadaq apa ada dengan besila.

      • salam BT

        hang la manusia yang tak akan berubah dan tak akan belajaq, dah benak hati mati hati…. kesian sungguh…..

    • kira dahsyat la tu,,,
      tok garu makan mcm tu
      lain2 pemimpin mereka mkn dgn kaki…

      ‘masyallah’

      dewa mereka ni buat apa pun ….’masyallah’

      • salam BT and Eddy

        Tahukah kamu apa erti “masyaAllah” sehingga kamu mempelekehkannya?

        Maksud kalimah “MasyaAllah” ialah ALLAH YANG MAHA AGUNG atau ALLAH THE ALMIGHTY.

        Kalimah “MasyaaAllah” digunakan apabila melihat sesuatu yang menarik seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian, sesuatu perbuatan yang baik, wajar dipuji serta dicontohi dan sebagainya lagi. Pendek kata apa saja perkara baik eloklah kalimah puji-pujian ini digunakan.

        Jadi, adakah pada kamu berdua yang arif lagi bijaksana, perkataan itu wajar digunakan kepada PM yang telah meluluskan “lesen judi dan arak”, pada permit konsert-konsert hiburan yang dianjurkan oleh kamu, pada perkara-perkara yang menyusahkan rakyat?

        Bawak-bawak lah banyak membaca dan belajar wahai saudara BT dan Eddy, jangan sesuka hati mempersendakan dan mengecil-ngecilkan kalimah Allah.

      • tidak ada sesiapa pon dalam blog ini yang mendewa-dewakan atau memuja sesiapa walaupun TGNA, sebaliknya kagum dengan kerendahan diri dan ilmunya sebagai pemimpin yang berwibawa yang boleh dipelajari, dijadikan contoh dan diteladani. Hanya ALLAH yang WAJAR di agungkan dan dibesarkan kerana DIA lah yang MAHA segala-galanya.

        Tidak lah sampai kepada peringkat seperti pengikut-pengikut UMNO yang lebih selesa mengagung-agungkan dengan slogan HIDUP MELAYU, HIDUP MAHATHIR, HIDUP NAJIB, HIDUP UMNO dan sebagainya, kerana yang menghidup dan mematikan adalah ALLAH, hanya DIA yang KEKAL selamanya. Ingatlah bahawa Firun, kaum Lud juga tidak HIDUP selamanya dengan kehendak Allah.

      • Eddy

        yang makan dengan kaki tu hang la….

  2. SALAM,

    Jenih temolok besaq perut buncit mana nak
    boleh dok bersila makan lagu tu….
    kedarah sambil berdiri pon depa boleh balun.
    Jenih pedukang makan taik…
    Tau nga nga sedut masuk….macam STP
    SEVERAGE TREATMENT PLANT.

    • sewerage

      • Salam great chief.

        Jenis nasik kandaq kot.
        Dalca dengan parpu, punya PENANGan.
        Dok kandaq hari hari.
        Tentu perut buncit.

        Sekadaq hang jangan kata macam tu.
        Tak baik.

  3. salam bro n sis……….

    pancaran dan mesej dari photo yg dipaparkan……

    i. makan dlm suasana ukhuwah…….
    ii. berlatarbelakangkan keilmuan………
    iii.ikut sunnah nabawi……..jilat jari….makanan tidak bersisa…………
    iv.kesederhanaan dlm makan minum…….tidak memabzir……….

    cuba hangpa pi makan ngan puak-puak grombolan tengok ………
    nah aihhhhhh……..bukan lagi makan namanya…
    mentekedarah…….sisa hat tak habih boleh sagha berpuluh sekolah tadika………..

    moral…….dampingilah orang-orang alim…….anda akan belajaq sesuatu melalui lisanul hal……………….

    see u……..

  4. budak tadika makan macam mana?

    • makan macam YAHUDI ISRAIL makan.

  5. jangan lupa belajar juga cara maki nya..
    cara cara memecah belahkan org islam
    jgn makan je…belajar juga sifat2 pendendam yg ada padanya….
    barulah hidup anda semua yg mendewaannya akan aman selalu….
    dan
    sifat2 itu akan diwarisi turun temurun
    suku sakat, yg taksub, yg bendul…

    ‘mu masuk syurga,,weh’

    • Eddy

      hang pulak jangan lupa

      angan lupa belajar juga cara rasuahnya..
      cara cara memecah belahkan org islam
      jgn asek makan dari punca-punca haram je…belajar juga sifat2 menipu, membohong, merosakkan akidah umat Islam dengan menghalalkan yang haram, dan mengajar rakyat 1Malaysia melakukan kerosakan, membankrupkan petronas, KWSP, PNB, Felda yg ada padanya….
      barulah hidup anda semua yg mendewanya akan aman selalu…. dengan slogan hangpa HIDUP BN, HIDUP UMNO, HIDUP MELAYU dan sebagainya seolah-olah hangpa akan HIDUP selamanya…..
      dan
      sifat2 itu akan diwarisi turun temurun suku sakat, yg taksub, yg bendul… etelah lebih 52 tahun melingkup dan memusnahkan kesejahteraan negara, bangsa dan agama

      ‘mu masuk syurga,,weh’

  6. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA pon suka.

    Salam jugak pada suku2tua2sakat.
    Yang tak suka membaca.
    ikutCeramah memang gila2.

    Memanglah.
    Makan bersila tu baguih.
    Kita lembutkan urat lutut.
    Kita kempeskan perut.
    Makan pon tak boleh banyak.
    Tak kiralah, makan apa pon.
    nasik kandaq ke.
    Ikan KeLi ke.

    Jadi, kalau dah baguih.
    Jangan setakat makan sahaja.
    Mesyuarat EXCO kerajaan Kelate.
    Kena duduk besila jugak.
    Barulah segak.

    Tak payah, kerusi meja.
    Mesyuarat kat padang Stadium pon, boleh.
    Kalau kat Perak, mesyuarat bawah pokok.
    Kat Kelate, besila kat padang Stadium.
    Lepais tu.
    Jeput wartawan asing ambik gambaq.
    Sureheboh.
    Sedunia.
    Baru dunia tau, mana Kelate.
    Mana TG.

    Sekadaq TGNA kena mola.

    • salam BT……..

      hang ni bengap laa…….jumud
      analogy hang tu nampak melelong……..
      pasai senang saja…….
      hang langsung tak mau baca buku baik-baik…….
      hang pun temberang jugak macam authar “The Si Putar”

      dalam bahasa ilmu………ada pepatah menyatakan…”Tiap sesuatu ada tempat nya”…..
      “Kullu Qal Maqal”………kalau nak bercakap ka……..nak soal ke….biaq sesuai ngan yg dibincang……………baru tak becelaru…….
      yg hang dok pi rawit nak mesyuarat pun nak kena besila……..menatang jadah apa ni???……..

      cua hang tengok gambaq tu…….kan dlm rumah tu……….lebih sesuai besila laa……..

      hang tu dah tua …….mata dah rabun…….buku tak mau beli……..harap menempek orang punya………cua hang pi tanya rempahratuih…..dia banyak resepi………boleh buat kari ngan kuah parpu sekali………..

      hang kehabisan rempah ka??……..lama tak mai kedai N3 ni………….

      kh kah kah……………

      • Salam nasik kandaq.

        Hang serba salah, kot.
        Kalau ikut tulisan hang.
        Kalau ikut TG besila.
        Nak makan nasik kandaq hang.
        Kena dok bersila, jugak.

        Yang makan bersila2 ni, Kucing Kota yang suka.
        Dia tak payah tengok tekelip, kelip ke atas.
        Tunggu orang campak tulang KeLi.
        Hang boleh suap KeLi ke mulutnya terus.
        Chief pon, kalau makan besila, terasa greatnya.
        Cuma Gubiq Kedahlaih, tak lalu makan, kot.

        Sekadaq tak ada apa lah.
        Makan dengan TG pon.

  7. Assalamualaikum NK

    BT tu memang bangang, bengap, jumud, sama la macam pemikiran dan hati perut orang-orang yang dia sokong, bodoh tak boleh di ajar, cerdik tak boleh di ikut – cerdik? maaf la, rasa aku BT dan gerombolannya langsung tak cerdik, 1% pon tak cerdik……

  8. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.
    Hatta makan kena duduk besila.
    Tapi yang tua2 tak reti bahasa.
    Tetap malais membaca.
    ikutCeramah jugak, yang disuka.
    Suka suka.

    Bila tak suka membaca.
    Tua2 nyanyok.
    Tanya Prof. Ungku Aziz, kalau tak caya.

    Bila asyik ikutCeramah.
    Tua2 gelong, melelong.
    Tanyak great chief, kalau tak caya.

    Makan besila.
    Bagus, kuat uratsaraf.
    Nanti kuat uratsaraf.
    Sapai takdan nak nikah.
    Dah beranak.
    Beranak takdan nak nikah.

    Tebas Tebas Blog kena buat kajian.
    Gapo ramai sangat berlaku kat Kelate.
    Nak kato UMNO, PAS yang perintah.
    TGNA bukan sebarang TG, jadi MB.
    Belaku kat budak sekolah menengah agama.
    Pulak dah.
    Pelajaq maut keguguran.

    Sekadaq make sorang2 cukuplah.

    • merapu la kerja hang dari dulu kini dan selamanya…… takdak isi ilmiah langsung tulisan hang….. macam budak tadika tak cukup dan terencat akai.

  9. salam,

    depa minta derma utk. menyiapkan masjid….
    bukan minta dudok bersila …………….

    “””jgn. lupa angkat kaki sebelah kencing kat tayar kreta.”””

    • Salam great chief.

      Macam hang pernah buat aje.

      Sekadaq heran.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: