Posted by: pinkturtle2 | Jun 20, 2010

Adakah Dr Asri Akan Menyertai Umno??

https://i0.wp.com/www.harakahdaily.net/v2/images/stories/encikzul/asri%20zainal%20abidin.jpg

Asri belum putus sertai Umno

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. “Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini,” tulis beliau dalam blognya/.Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.

Menulis dalam blognya, Dr Mohd Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan.

“Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

“Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas,” tambahnya.

Dalam laporan tersebut, Ab Rauf yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”

Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi, Dr Mohd Asri enggan mengulas lanjut berhubung laporan yang beliau akan menyertai Umno.

Sebaliknya beliau, meminta merujuk kepada tulisan di dalam blognya itu.Malaysiakini


Responses

  1. Dr Mohd Asri Zainal Abidin mempunyai hak untuk jadi ahli politik atau juga pendakwa bebas. Beliau bebas membuat apa jua pilihan.

    Jika Dr. Mohd. Asri memilih jadi ahli politik khususnya dalam parti UMNO maka dia akan menjadi musuh politik kepada ahli politik barisan Pakatan Rakyat. Ada kemungkinan segala fatwanya tidak akan diterima pakai oleh masyarakat seperti yang terjadi pada ulamak UMNO.

    Jika beliau memilih menjadi pendakwah bebas dan mengajar orang ramai mengenai agama islam secara jelas dan benar, dia akan dihormati sehingga kelubang lahatnya.

    Semuga Allah meramaikan alim ulamak yang benar-benar berkhidmat untuk masyarakat islam dalam Malaysia.

  2. Jika masuk UMNo menunjukan ulamak mencari wang. tukar akidah

  3. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

  4. Seseorang hamba Allah kalau sudah memilih Islam sebagai cara hidup. Maka manusia yang bersifat hamba ini mesti akur apa yang telah dianjurkan oleh Islam seperti apa yang diperjuang oleh Rasulullah dan apa yang dituntut didalam AlQuran.

    Rasulullah telah berusaha dan berjaya menegakan sebuah empire Islam berkesinambungan hingga kezaman para sahabat dan, ianya mulai lumpuh dan hilang apabila kerajaan Islam Turkey dan Masir telah gagal mempertahan kerajaan Islam kerana kelemahan dan kezaliman yang dilakukan oleh Sultan Abdul Hamid Turkey dan King Farouk Masir itu sendiri. Lalu Turkey dan Masir dijajah oleh ideoloji sekular sehingga kehari ini.

    Apakah bagi para ulamak2 Islam non partisan dan Dr. Maza sendiri, sudah cukup merasakan sudah sempurna Islam hari ini yang masih menumpang diatas negara2 ideoloji sekular yang pada keseluruhan negara2 ini didominasikan oleh penganut Islam tetapi terlalu jauh dari hakikat negara Islam yang tetap relevan dituntut oleh Alquran.

    Terlalu banyak ayat2 Alquran untuk dihujahkan, supaya setiap umat Islam, bukan sahaja wajib punya niat bahkan wajib berjuang menegakan Islam berasaskan syariat seperti yang telah dimaktubkan dalam AlQuran.

    Tidak perlu Kucing menyebutkan ayat2 ini kerana para ulamak dan Dr. Maza sendiri lebih maklum dan alim dalam perkara mentafsir dan mensyarahkan ayat2 yang berhubung dengan kewajipan umat Islam menegakan syariat ini, kecuali mereka yang berniat untuk menyembunyikannya tuntutan ayat2 Alquran ini.

    Kalau para ulamak non partisan dan Dr. Maza berijtihad bahawa telah benar dan memadai bentuk Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan UBN Malaysia hari ini.
    Kami memohon berdasarkan ayat2 dan hadith mana yang boleh duhujahkan untuk kami tatap dan menilai sejauh mana kebenarannya.

    Kalau Dr. Maza memilih Umno untuk menjayakan misi nak menegakan Islam dari dalam.
    Apakah kita boleh nak membersihkan tong najis dari dalam tong itu sendiri?.

    Allah telah melemparkan bukti dengan mengkifarahkan saudara Anwar Ibrahim yang pada ketika itu presiden ABIM yang ditawarkan menyertai Pas berdasarkan merit perjuangannya untuk membentuk masyarakat Islam madani.

    Malangnya beliau telah memilih Umno konon untuk membentuk dasar Islam kedalam Umno dari dalam. Akhirnya beliau tersirna dengan tawaran dan kedudukan tinggi dalam Umno sehingga beliau telah terlupa niat awal beliau menyertai Umno. Beliau menghina Islam dan pemimpin2 Pas dengan tindakan menyekat segala peruntukan hak kerajaan negeri Kelantan.

    Dengan peristiwa mata lebam dan dipecat dan dipenjara oleh Dr. Mahathir presiden Umno ketika itu. Maka beliau harus mengakui itulah dosa dan kesilapan yang telah beliau lakukan.
    Rasanya beliau telah menilai tindakan yang dilakukan oleh Dr. Mahathir itu, tersimpang jauh dari hukum dan syariat Islam. Kalau dikatakan ini tindakan politik Dr. Mahathir untuk mempertahankan kuasa. Apakah tindakan ini telah dibenarkan oleh Islam?.

    Untuk makluman Dr. Maza Islam dan hak syariat negara Islam tidak akan tertegak dengan sendirinya hanya dengan menunggu arus masa.

    Menegakan Islam mesti melalui jamaah yang bulat dengan iman. Sementara mengangkat politik Islam adalah jalan sebenar mendaulatkan Islam dibumi Allah ini.

    Allah jadikan syurga dan neraka untuk hamba2nya memilih yang mana hak dan yang mana bathil. Allah tidak pula cipta tempat lain yang bukan syurga dan yang bukan neraka untuk hambanya tidak mahu memilih samada yang hak atau batil.

    • Salam Kucing Kota.

      Hang frust ke.
      Yang Dr. Asri nak serta UMNO.
      Hang tulih panjang panjang.
      Buat apa.
      Caya lah, Dr. Asri tak baca.

      TGNA pun tak terkata.
      Itu pilihan dia.

      Sekadaq itu hak dia.

  5. no to dr asri masuk umno!

  6. salam kpd Dr.MAZA…saya mnyanjung tinggi keilmuwan Dr. MAZA..tetapi hati saya berasa hiba andai kata Dr. MAZA mmbuat kputusan bersama UMNO…sesungguhnya akn lenyap hilang kaseh sayang saya kpda Dr. MAZA…Dr. lihatla sndiri apa jd pada Nakhaei, apa jadi pada . Abdullah mat zin, apa jadi pada Firdaus, apa jadi pada Mashitah…hilang sudah nur Islam pada diri mereka…UMNO sudah terlalu jauh dari Islam….Dr. janganlah jauhkan diri dari jemaah yg sebenar..Apakah Dr. rasakan UMNO jemaah yg betul? Dr. wajib ingat, dalam Islam majoriti bukan semestinya jemaah, kalolah perkiraan Dr. orang melayu ramai menyokong UMNO dan Dr. mesti brsama mereka, itu adalah salah…kerana sesungguhnya jemaah itu adalah mereka yg membawa kebenaran meskipun berseorangan…Janganlah Dr. semakin jauh dari jemaah yakni kebenaran…Kami menyintai tulisan dan kata2 Dr..jgnlah lenyapkan perasaan itu..

  7. salam KK………..

    aku cuma nak peringat………..
    “telah jelas pertunjuk dari kesesatan……mereka yg kufur dengan Toghut dan beriman dengan Allah…….
    sesungguhnya dia telah berpegang dengan tali yg kukuh dan tidak akan melepaskannya lagi”……….mafhum dari al-Quran………..

    untuk Dr Maza………
    anda boleh memilih……pilihan ditangan anda……
    ada dua pintu sahaja……
    a. Babus Salam
    b. Babu Jahannam……….

    jangan tersilap masuk pintu daaaaaaa…….

  8. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.
    Salam jugak pada duatuasakat
    Kucing Kota dan nasik kandaq
    Yang tak suka membaca.

    Seseorang hamba Allah……..
    Aku cuma na peringat…….
    Kata KK dan nk.

    Bahawa UMNO atau PAS itu.
    Adalah HARDWARE.
    Bahawa ahli2nya.
    Adalah HUMANWARE.
    Bahawa pemikiran dan ideologi.
    Adalah SOFTWARE.

    Kalau Dr Asri masuk UMNO.
    Dengan ilmu yang ada padanya.
    Dengan kekuatan yang ada padanya.
    Baguslah tu.
    Kalau dia berjaya.
    UMNO akan jadi kuat.

    Bila UMNO dah kuat.
    Si Neutron kena buat Phd.
    Jadi.
    Dr. Ustaz Neutron Al-Munafikun.
    Maka untuk lawan UMNO.
    Kena kuatkanlah Al-Munafikunnya.

    Baru kuat menyaingi kuat.
    Complement each other, orang putih kata.

    Sekadaq bukan compliment lah.

  9. salam,

    Sana sini pongpang2 bida’ah.
    Last2 sendiri ahli bida’ah…

    pi la load software bida’ah tu merata cerok.
    esok di sana pasti dia lepas diri…software ciplak

  10. salam bro n sis……..

    BT !!!…….
    u r no where……….

    kah kah kah………….

  11. huh!!!
    confirm sesat budak tadika nie
    tak leh ikut
    tak leh baca idea mengarut die nie

  12. Dia belum putuskan untuk menyertai UMNO. Maknanya ada hati lah, senang cerita. Lagipun dia baik dgn Shahidan Kasim sejak dulu lagi

  13. Pakat ajak ulamak-ulamak semak masuk UMCO. pakat-pakat sokong JUDI dan Israil.

    Barula 1Malaysia disegani rakyat malaysia.

    Tahniah UMCO

    UMCO UMCO
    APNO APNO

    • salam 1 malaysia,
      tak payahlah menyertai mana2 parti yg tak berguna ini
      lebih baik ‘bebas’ dari mana mana jadilah seperti
      utz abu hassan din al hafiz…..

      apabila menyertai parti umno kau buat benda baik pun akan
      dicerca, dihina, dicaci
      begitu juga jika di dlm pas jika terserlah peribadi yg tidak baik
      yg boleh dinilai dgn akal, hati nurani namun oleh puak taksub
      akan menjulang tinggi dan menagungkan mu seperti org yg maksum

      kedua duanya parti adalah sama….inginkan kuasa
      bukan menegakkan agama…

      • Kalau bersikap elok siapa pun tidak akan di cerca,dihina,dicaci.

  14. salam ukhuwah………

    bawak laa seribu ulamak pun masuk dlm kandang grombolan……..
    grombolan tetap tak berubah……..tetap semak…..penuh duri dan onak……..
    faham grombolan ……faham jahiliah……..
    faham asabiyah………

    bro anwar telah dimanipulasikan untk kepentingan sementara grombolan…….
    kecerdikan anwar……..
    menyebabkan ‘icon’ lama grombolan mundur kebelakang……….timbul rasa tak puas hati……dendam kesumat………
    maka berlaku lah episod yg telah pun dimaklumi……..
    episod diteruskan dengan ‘actor’ baru……
    berbagai ‘plot’ diubahsuai…agar cerita nampak menarik………
    tapi sayang…….gambaq tak laku……..
    kutipan tiket merosot…….
    pawagam tak dak orang……..
    depa import ‘budak-budak’ tadika saja penuhkan pawagam……….tiket ‘free’
    gambaq tetap ditayangkan…….walaupun rugi……………
    maka nganga laaa budak-budak tadika…..mulut telopong………menengok ‘cerita’,……. “seribu satu malam” abad mutakhhir……….

    jangan jadi daun karpolay……..
    habih manis sepah dilempaq……..
    kah kah kah

  15. BISMILLAH

    Ramai Terpelajar Islam kehilangan dasar ilmu dan sejarahnya.

    Sistem POLITIK DEMOKRASI dalam dunia ini pada umumnya adalah acuan WESTERMINSTER. FALASAFAHNYA kebendaan yang menolak nilai agama. ULAMA dalam UMNO semua tidak boleh naik dan tidak pernah memegang “PORTFOLIO utama”. Juah sekali mempunyai mata tangga untuk naik ke PM atau Timbalan PM.

    Ada “alim” ~ulama ~terkenal hanya ditugaskan mencari hujah hukum agar “loteri” itu dapat dikebajikan dan dihalalkan. SETELAH apabila “ulama” di Mesir yang dirujuk memfatwakan alasan DHARURAT…Wal_Allahualam.

    Saya terdengar dan terbaca puluhan tahun dahulu…itulah kehebatan. Jika salah hrap perbetulkan isu dan kabar ini.

    “DAN JANGAN KAMU CAMPURKAN KEBENARAN [YANG HAQQ] DENGAN YANG BATHIL, DAN (jangan) KAMU SEMBUNYIKAN KEBENARAN ITU [HAQQ], SEDANG KAMU MENGETAHUINYA. JANGAN SEMBUNYIKLAN.”
    Sila rujuk Surah Al aL QURAN : Al Baqarah ayat 42
    ahmad ~Aq21 Jun 2010

  16. MAAF ! Ralat :

    WESTMINSTER

    ISTILAH SEBENARNYA IALAH WESTMINSTER IAITU THE BRITISH HOUSES OF PARLIMENT. ~ Aq

  17. Mungkin pihak UMNO terpanggil menyahut seruan beliau sendiri.

    Umno Perlu Majlis Ulama
    Disiarkan pada Oct 07, 2008 dalam kategori Komen & Pendapat |

    “Satu hakikat yang sukar untuk dinafikan oleh sesiapa pun adalah UMNO pada hari ini begitu tenat dengan berbagai penyakit yang tidak putus mengunjungi tubuh parti itu. Sebagai seorang rakyat dan pengkaji Islam, saya rasa beberapa cadangan perlu dikemukakan kepada UMNO, mudah-mudahan penyakitnya itu boleh diubati. Cadangan ini perlu dibuat di atas sebab di tangan parti tersebut masih ada kuasa pemerintahan yang mana pergolakannya akan memberi kesan kepada sekelian rakyat. Berikutnya, kembalinya parti tersebut kepada landasan yang betul dapat menyelamat umat Islam yang berada dalamnya.

    Saya dengan ini mencadangkan agar UMNO mengambil langkah berani dengan menubuh Majlis Ulama parti berkenaan. Namun, penubuhan itu bukan sekadar mengujud sebuah replika tanpa fungsi, sebaliknya hendaklah Majlis Ulama tersebut berperanan membimbing perjalanan parti selaras dengan kehendak Islam dalam segala aspek. Tokoh-tokoh agamawan yang jujur, amanah dan progresif yang cintakan parti itu diberi kebebasan untuk membetulkan UMNO. Sekaligus kemelayuan UMNO itu akan kelihatan begitu terikat dengan prinsip-prinsip Islam secara syumul. Jika tidak, dengan pergolakan yang ada sekarang UMNO akan terus kehilangan ruh islami. Sebaliknya, ia akan menjadi padang perlumbaan kuasa yang sebahagian besar mereka bercita-cita mengaut kekayaan harta.

    Dengan wujudnya Majlis Ulama yang progresif, diharapkan ahli-ahli UMNO sentiasa berada dalam disiplin dan diberi kesedaran tentang tanggungjawab kuasa adalah bagi melaksanakan amanah Allah dengan bijaksana dan jujur. Namun hendaklah dipastikan bahawa Majlis Ulama itu didokongi oleh mereka yang tidak takut melainkan Allah, bukan ulama fulus yang dalam sejarah UMNO telah banyak merosakkannya”.

    http://drmaza.com/home/?p=441

  18. salam ibnu Abdullah………..

    kalu nak ujudkan Majlis Ulama’……..
    kena bebas laa dari pengaruh politik kepartian……..
    none partisan………
    sekurang-kurang pun kena ada 10 orang……..

    kalau kat Univ. Azhar………
    depa ada Haiah Kibar Ulama’……Majlis Tertinggi Ulama’……..
    depa nie tak tunduk kat penguasa……..
    depa cukup bebas…………
    sebab tu Ali Abd Raziq salah sorang dari Kibar Ulama’ Mesir sekitar th 1924……..dibicarakan dek kerana menulis sebuah buku “al-Usul fil Ahkam” yg jelas memisahkan antara politik dan Islam……..macam grombolan dok buat tu laaaaaa……..
    akhirnya Ali dilucutkan dari Majlis Tertingi Ulama’ Azhar………

    adakah Mesia boleh buat cam tu??…….
    pasai……kadang-kadang…..fatwa mufti sendiri pun depa tak pakai………tengok apa jadi kat Dato’ Ishak Baharum dulu???……..kempunan orang tua tu……….

    lama dah depa dok hina Islam……..
    ada ka sapa-sapa ulamak depa tampil memperbetulkan????…………..
    bab judi bola pun depa kantoi……..
    nak bincang apa lagi????,,,,,,,,,,,,

    see u………..

    • Salam nasik kandaq.

      Kita tahulah, hang ni.
      Jenih tak suka membaca.
      ikutCeramah sangat suka.

      Tapi.
      Hang nampak cerdik.
      Cerdik pun, cerdik sikit dari KK lah.

      Apa kata.
      Hang jadi Ahli Majlis.
      Bukan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran.
      Ahli Majlis Tertinggi Ulamak.
      Fulamak.
      Tentu hebat.

      Sekadaq TGNA tak terkandaq.
      Kehebatan hang la.

  19. Bismillah

    Ahmad Kamar Jun 21st, 2010 at 6:09 pm

    DAYA FIKIR INTELEK TIDAK BERFOKUS LAGI

    Daripada apa yang saya alami, baca, dengar mengenai berbagai bidang pokok kehidupan masyarakat telah merujuk kepada kepada hal-ehwal politik, sukan, pembangunan umum, industri, ekonomi, pendidikan, keamanan, pertanian dan berbagai yang lain.

    Meskipun perihal pendidikan dibincang, tidak habis-habis, iaitu masaalah anak di rumah sampai ke universiti ; tetapi entah apa sebabnya, masalah CENDEKIAWAN yang ribuan betaburan tidak difokuskan pada mereka untuk jadi pegangan.
    [“politik diutamakan, kekuatan intelek diperalatkan”]

    Darjah kecerdasan cendeiakwan tidak lagi menjadi satu daya-gerak seperti daya gerak agama yang merupakan satu “force” merubah masyarakat. POLITIK JADI
    FOKUS TERTINGGI.
    POLITIKUS {politikawan) sudah mengambil tempat cendekiawan. Mereka yang membuat KEPUTUSAN POLITIK, lantas memakai cap niaga ekonomi, kewangan, pendidikan dan berbagai lagi.

    Kerosakan masyarakat, boleh dibuktikan, bahawa ia lebih banyak disebabkan oleh politik sukaramai atau KEPUTUSAN POLITIK Sdn Berhad.

    KEPUTUSAN ITU BUKAN SAHAJA TIDAK MENGIKUT “SPESIFIKASI” ILMU atau urutan peraturan yang sah ; tetapi juga politik terlibatnya rasuah, orang yang bukan pakar atau bukan ahli yang menjalankan projek berkenaan.

    Sekian, secara ringkas sebagai PENGANTAR : “JENAMA CENDEIAKWAN HANYA SEBAGAI CAP NIAGA” POLITIK.
    Ahmad Kamar ~Aq.

  20. Dengan kuasa Qudrat dan Iradatnya, lalu Allah telah membenarkan Islam berkuasa dan memerintah dinegra ini.
    Syariat Islam telah dilaksanakan seperti apa yang dituntut oleh Alquran dengan keakuran organisasi politik yang dahulu jahil dengan kesyumulan Islam.
    Dan setelah dihidang, didedah dan dibahaskan segala bentuk syariat dan keadilan Islam lantas terpancarlah kesyumulan Islam sehingga tiada ruang untuk mencari kecacatan, bahkan telah diterima dengan hati yang terbuka dengan membuat resolusi, syariat Islam inilah yang menjaga hak dan keadilan kepada manusia semua bangsa.

    Kita ingin bertanya, ketika pelaksanaan syariat Islam telah diputuskan untuk dijadikan perlembagaan negara.

    Adakah kita perlu keluar beramai ramai berdemo untuk membantah pelaksanaan syariat Islam ini, kerana ianya adalah hasil dari perjuangan organisasi politik kepartian yang ingin mendaulat AddinulIslam itu sebagai cara hidup?.

    Adakah kita akan menyelar dan mengutuk semua kepimpinan parti Islam yang pasrah mewakafkan diri dan harta untuk menegakan Islam dibumi Malaysia ini?.

    Maka kita yang berpandangan bahawa politik Islam tidak pernah dinukilkan dalam Alquran, dan kitab2 yang ditulis oleh cendekiawan itu adalah palsu, bukan kerana Ilmu tetapi lebih menjurus kepada menyumbang kepada ekonomi penulis semata mata.

    Maka dengan itu Kucing mencabar, hamba Allah yang mengaku beriman dengan Islam yang dianut, berukuk dan bersujud!.

    Keluarlah kejalan raya berdemo dan mengutuk perlembagaan Islam yang dipersadakan oleh laluan ruang politik. Katakan atau jerit dan pekiklah, bahawa perlembagaan negara yang berteraskan Islam ini tidak sah, kerana telah dibawa melalui jalan politik.

    “Perlembagaan berteraskan Islam ini mesti diturunkan, kerana mereka yang memartabatkan perlembagaan adalah ulamak politik, lebai pondok dan cerdik pandai yang memperalatkan agama untuk merebut kuasa. Kerja dan perjuangan mereka ini tidak diiktiraf oleh Islam.”

    Soalannya. Siapakah anda diketika itu, kerana anda adalah orang yang ragu bahawa Islam tidak layak memerintah.

    Atau anda adalah orang yang nak menghalang supaya kiamat jangan cepat terjadi, kerana tanda tanda kiamat itu ialah Islam akan menguasai dunia.

    Marilah kita sama2 menjawabnya dihadapan Rabbuljalil….

    • Salam Kucing Kota.

      Hang tulih panjang2 macam tu pun.
      Tak ramai yang membaca.
      Dr. Asri langsonglah, tak baca.

      Apa kata.
      Hang ceria2kan diri.
      Hang positif2kan diri.
      Hang berdoa.
      Nak dalam keadaan berdiri atau sujud.
      Ikut suka hang lah.

      Hang berdoalah.
      Pada pemimpin2 kita, yang beragama Islam.
      Tak kiralah, dari parti mana pon.
      Mohon Allah anugerahkan.
      Kesihatan.
      Kekuatan.
      Keimanan.
      Pada mereka.

      Itu baru perangai Kucing Kota.
      Yang banyak bersabaq.
      Kalau marah pun, kelip2 saja mata.
      Tengok saja.

      Sekadaq TGNA tentu suka.

  21. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA pun suka.

    Rasanya.
    Dr. Asri bukan tak teringin.
    Nak sertai PAS.

    Kalau sertai pun, buat apa.
    Bukan boleh bersuara.

    Bersuara sikit.
    Kena luku.

    Bersuara banyak sikit.
    Kena pengandaq.

    Sekadaq geng UG tahu.

    • salam bt,

      Dia bersora guna akai
      wajar lah kena….tapi
      kalau bersora dgn. dalil
      dan nas …semua akan
      tunduk …baca ngan mengaji
      saling memerlukan…
      baghu kejab….

  22. salam bro n sis……….

    perhatian BT……….
    kalau asri join grombolan……….
    kalu dia besuara…….tak kena ngan telinga depa…….bukan takat luku saja………depa picit idung teruih…….

    kah kah kah…………..

    • Salam nasik kandaq.

      Ni. Dok.
      Kah, kah, kah.
      Dok baca Harakah lah tu.

      Lain kali.
      Kalau nak ketawa.
      Kena.
      Hara, Hara dulu.
      Baru.
      kah, kah.

      Sekadaq hang kena baca buku.

  23. Ulamak ikhlas dan berpendirian nak ubah dasar umno sebagaimana harapan Tgna silakan.

    Pas walaupun ada dasar yang benar tapi tak kuasa menolak bidaah, syiah, hasad, rokok, cinta pengaruh, cinta pangkat, tidak taat pimpinan, keputusan Tgna ditolak bila bercanggah dengan nafsu diri.

    Siapa yang banyak berubah atas dasar Takwa, dialah yang akan mendapat tempat disisi Allah.

  24. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Dr. Asri menyertai UMNO.
    Bukan persoalan.

    Persoalannya.
    Bagaimana kedudukan PAS sekarang.
    Kuat ke tak kuat.
    Bagus ke tak bagus.
    Hebat ke tak hebat.

    Kelate, hebat tak.
    Kena lantik 13 penolong exco.
    Tak hebatlah tu.
    Dok tak gi, tak gi.
    La tu.

    Kedahlanie, hebat tak.
    Belum ada tanda2 hebatnya.
    Jangan2 dok pi mai, pi mai.
    Tang tu.

    Kalau setakat sukutua2.
    Yang tak suka membaca.
    Tahu ikutCeramah saja.
    Yang sokong PAS.
    PAS tak akan hebat.
    Dok no go, no go.
    Lah.

    Sekadaq TGNA kena tahu.

  25. Itu PAS punya pasal la nak lantik berapa orang exco pun.

    Kelantan yang bayar gaji bukan UMco yang bayar.

    Umco lantik Yahudi

    Hebat la UMCO.

    pirahhhhhh


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: