Posted by: pinkturtle2 | Jun 26, 2010

Asri akan menyertai Umno pada fasa kedua sedikit masa lagi – Shahidan

Penyertaan golongan ulama muda ini adalah secara berperingkat…insyaAllah Dr Asri akan termasuk dalam peringkat kedua tidak lama lagi.Kita harus ingat, dalam Umno ada dua kategori, yang pertama adalah ahli Umno seperti saya dan yang kedua ialah penyokong Umno… buat masa ini Dr Asri ada dalam kumpulan itu (penyokong) – Datuk Seri Shahidan Kassim

Mohd. Asri Tak Muncul Serah Borang Umno

KUALA LUMPUR: Gembar-gembur bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai Umno tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam.

Sebaliknya yang muncul pada majlis berkenaan, seramai 40 ulama muda menyerahkanborang keahlian kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam pada itu Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Mohd Asri akan menyertai Umno pada fasa kedua sedikit masa lagi.

“Penyertaan golongan ulama muda ini adalah secara berperingkat…insyaAllah Dr Asri akan termasuk dalam peringkat kedua tidak lama lagi.

“Kita harus ingat, dalam Umno ada dua kategori, yang pertama adalah ahli Umno seperti saya dan yang kedua ialah penyokong Umno… buat masa ini Dr Asri ada dalam kumpulan itu (penyokong),” katanya padasidang media di lobi Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam semalam.

Kesemua ulama muda itu akan didaftarkan menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka.Selain itu, mengulas lanjut mengenai penyertaan golongan ulama itu, Shahidan berkata, kemasukan mereka ke dalam Umno bukan untuk mengancam mana-mana pihak.

“Kita beri peluang yang besar kepada mereka untuk sebarkan Islam sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun kepada yang bukan Islam… mereka bukan untuk mengancam mana-mana pihak.

“Penyertaan mereka akan memberi impak yang besar kepada kepada umatIslam,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media yang sama, ketua kumpulan ulama berkenaan, Fadlan Mohd Othman berkata, tujuan mereka menyertai Umnoadalah bagi menyemarakan aktiviti dakwah dalam parti itu.

“Kami menyertai Umno bukan berlandaskan politik, tapi dengan tujuan untuk berdakwah…selepas beberapa perbincangan dibuat, kami dapati ada positifnya (sertai Umno) kerana ia lebih kepada bentuk kerjasama,” katanya yang juga merupakan pensyarah di Universiti KebangsaanMalaysia (UKM).

Ditanya sama ada kemasukan mereka ke dalam Umno ada kaitan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) yang dikaitkan dengan golongan ulama, beliau bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

Seorang lagi ulama, Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), Fathrul Bari Mat Jahaya berkata mereka memilih Umno sebagai medium dakwah berdasarkan janji yang diberikan pemimpin tertinggi parti ituuntuk memastikan para ulama dan ilmuan muda meneruskan dakwah.

“Jadi tawaran seperti ini memang dinantikan oleh kumpulan ini, sebagai seorang yang memiliki ilmu, memang menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, ia selaras dengan firman Allah dalam al-Quran yang menyeru supaya umatnya keluar mencari ilmu di mana sahaja supaya sekembalinya nanti ke tanahair dapat menyebarkan ilmu yang diperolehinya kepadamasyarakat.

“Maka kami yang dibenarkan oleh kerajaan untuk keluar menuntut ilmu di luar negara sehingga ke Mesir, Jordan, Madinah dan sebagainya… kepulangan kami dinanti-nanti oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu.

“Tapi sekiranya berlaku sekatan dalam menyampaikan ilmu, maka pengajian kami selama ini menjadi sia-sia… maka peluang yang diberikan Umno merupakan satu peluang keemasan,” katanya.mstar


Responses

  1. salam,

    “Tapi sekiranya berlaku sekatan dalam menyampaikan ilmu, maka pengajian kami selama ini menjadi sia-sia… maka peluang yang diberikan Umno merupakan satu peluang keemasan,” katanya.mstar

    Mengapa perlu ada sekatan dlm. penyampaian agama ALLAH setelah kamu sendiri mengaku kamu muslim.

    “””rupa-rupanya lahir mu UMNO hanya bersandiwara””””

  2. Lumayan pak Dan sekarang ni sejak berkecimpung dalam pekerjaan memikat burung untuk jualan? tersenyum lebar dia dengan hasil tangkapan yang lumayan. 40 burung berjaya dipikat.Malangnya 1 burung lagi terlepas lari. Taklama lagi danlah tu pak Dan. Burung akan terubang masuk ke sangkar pak Dan nanti. Berapa harga yang ditawarkan oleh Najib?…..pastinya lumayan bukan?….nama si pemikat burung ni pun semakin masyhor……

  3. salam untuk semua,
    dan 1 malaysia,
    Kerajaan yg memerintah dimana mana di dlm dunia ini tidak akan dapat memuaskan hati semua rakyatnya – amat mustahil –
    Mustahil dapat memuaskan 26 juta hati rakyat..
    untuk itu fikirkan sejenak takkanlah dengan mengalih kerajaan boleh jamin ‘negara bersih rakyat sihat’ atau ‘rakyat bersih negara sihat’

    perlukah nak sokong!!!
    1) puak puak kufur yg menyokong isu kalimah ALLAH digunapakai oleh gereja demi untuk mendapat sokongan org bukan islam (Allah dipolitikkan)
    2) peliwat yg menjadi kawan rapatnya adalah org2 atasan yahudi
    3) orang orang ingin menghapuskan hak hak orang melayu yang selama ini telah banyak berkorban.
    4) parti yang membohongi ahli ahli kononnya nak menubuhkan negara islam.
    5) orang bukan islam yang memimpin parti pas????kemana islamnya???

    tak lama lagi kita akan lihat begini;;;
    “nama wa lim kuan eng, wa sikalang jadi olang pas ma…pemimpin pas for all. wa ada minum alak juge ada main judi sikit sikit ma…
    wa pun syok sama nyonya itu china mali punya ada main juge sikit la…tapi takpe…
    ini pas for all dia cakap takpe boleh jadi AP juga ma….itu pasal wa sokong maaaaaaaa…….”

    • salam aftar

      sedarkah apa yang kamu perkatakan di atas tu kena batang idung kamu sendiri?

    • SALAM MAKAN TAIK BEWAK2 PEJUANG MELAYU……
      ( lebih koghang ngan salam 1 mesia jugak la )

      MEMANG APA YANG BEWAK TULIH TU BETUI….PAS MANA PANDAI MENEGA2 NI. KOHILAL SEJAK DITUBUHKAN 1986, RUGI TIAP TAUN. TADAK SATU TAUN PON UNTUNG.

      KOHILAL TAKLEH NAK CELENG KERAjaan BEWAK MENEGA. NEGAGHA MAJU 2O2O AKAN JADI KENYATAAN JUGAK WALAUPON EKONOMI MALAYSIA MAMPUIH PADA TAUN 2019. KALU TAKDIQ MAJU….MAJU LA. SOAL EKONOMI MAMPUIH, RAKYAT TAKLEH MENTEKEDARAH NASIK, CEGHITA LEIN TUH.

      SANGAT BIJAK KERAjaan BEWAK NI, HUTANG NEGAGHA
      NEIK SAMPAI 300 BILION TAPI DOK BANGGA SUBSIDI HANYA 74 BILION. PATUT PON IDRIS JALA WAT STATEMEN 10 TAUN LAGI BANGKRAP.

      SANGAT BIJAK PUAK2 BEWAK NI URUS GHETA TABUNG HAJI. RAKYAT SIMPANG KAT TH UNTUK NAK PI NEIK HAJI, DEPA DOK MENEGA SAMPAI UNTUNG BERBILION RINGGIT KAT LADANG GETAH DI INDONESIA. TAPI BEWAK NI PANDAI JUGAK OTA DOK KATA KEBAKARAN HUTAN LA SABIK TH HAJI UNTUNG. UNTUNG JUGAK TABUNG HAJI SABIK DOK MELABUQ SALAH TEMPAT.

      BANYAK LAGI KALU ABANG NAK TULIH KEUNTUNGAN2 YANG DIJANA OLEH PUAK2 BEWAK NI SEPERTI PKFZ, SIME DARBI UNTUNG BERBILION DOLLAR KAT PROJEK BAKUN. KITA BULIH TENGOK LAGU MANA MAS, SYARIKAT PENERBANG KERAjaan MENCATAT KEUNTUNGAN BEGITU TINGGI TIAP2 TAUN.

      SABIK TU LA( ngan keuntungan yang begitu memberangsangkan) PUAK2 BEWAK TELAH MENURUNKAN KADAQ TOL, TARIF ELEKTRIK,REGA MINYAK, DAN SELURUH KOS HIDUP DI MALAYSIA TERENDAH DI DONIA. OLEH KERANA RENDAH KOS IDUP KITA TENGOK
      PELABUQ2 ASING BEREBUT2 SAMPAI TIDAK TERTANGGUNG NAK MAI MELABUQ KAT MALAYSIA. SABIK
      BEWAK LA MALAYSIA AKAN MAJU PADA TAUN 2020, SEHINGGA RAKYAT SEMAKIN BERPENDAPATAN TINGGI DAN MENIKMATI KOS IDUP YANG TERENDAH DI DUNIA.

      he he he
      gurau ngan puak2 bewak.

    • Salam,

      Semangat melayu sungguh.
      Usong keeeerih merata tak…
      Malam juma’at semlm
      tak perasap kemian ka….
      sintok ngan limau purut kena ada
      Jadi tak tahuan..haru biru..

  4. “Kita beri peluang yang besar kepada mereka untuk sebarkan Islam sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun kepada yang bukan Islam… mereka bukan untuk mengancam mana-mana pihak.

    “Penyertaan mereka akan memberi impak yang besar kepada kepada umatIslam,” katanya.

    Apakah selama ini para Mufti Negeri, Majlis Ulama, Jakim dan berbagai agensi Kerajaan telah gagal menyebarkan Islam kepada umat Islam dinegara ini setelah memerintah selama lebih 52 tahun atau gagal menyebarluaskan Islam dalam UMNO?

    “Kami menyertai Umno bukan berlandaskan politik, tapi dengan tujuan untuk berdakwah…selepas beberapa perbincangan dibuat, kami dapati ada positifnya (sertai Umno) kerana ia lebih kepada bentuk kerjasama,” katanya yang juga merupakan pensyarah di Universiti KebangsaanMalaysia (UKM).

    Bukankah lebih wajar mereka berdakwah sama ada sebagai pendakwah bebas atau memegang jawatan dalam agensi Kerajaan yang berkaitan untuk berdakwah? atau maksud mereka adalah untuk berdakwah kepada ahli-ahli UMNO sahaja?

  5. salam..

    kalau pun nama pembangkang, tak payahlah bangkang semua perkara…

    kalau mereka berniat baik disertai pula dengan perlakuan dan tindakan yang baik…mengapa kita harus bantah?

    mereka lebih tahu urusan hidup mereka…semoga di permudahkan Allah. amin.

    • ALOO BEWAK PEJUANG MELAYU……..

      MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG TERMELIA DI DONIA. TADAK BANGSA LEIN YANG LEBIH MELIA DARI BANGSA MELAYU. DAH DITAKDIQKAN BANGSA MELAYU PILIHAN ALLAH.

      SAPA2 YANG MENGHINA BANGSA MELAYU BULIH JADI MURTAD. ALLAH TAK SUKA MANA HAMBA DIA DOK HINA BANGSA MELAYU.

      SAPA2 YANG HINA ISLAM, BULIH PAHALA. SABIK TU LA TUN MAHDIAQ DOK HABAQ NABI SIMPAN JANGGUT SABIK MASATU TADAK GILLETTE. BETUI JUGAK KATA MAHDIAQ SABIK ORANG ARAB MASA TU, BULU PELIAQ DEPA PON SAMPAI MELERET KELUAQ JUBAH PANJANGNYA SABIK TADAK PEKAKAS NAK POTONG BULU PELIAQ TU.

      BANGSA MANA BULIH CELENG NGAN BANGSA MELAYU…..SAPA BULIH WAT JALUQ GEMILANG TERBESAQ DI DONIA YANG TOK MAT TEMPEK KAT BANGUNAN ANGKASA PURI TU.

      MAKNUSIA, KALU DEPA MENGAKU MELAYU, MISTI KENA RASIS NGAN MELAYU. SAMPAI DALAM SUMA SEGI MELAYU TAKLEH DILUPAKAN.

      TAHU KA…SABIK APA MELAYU TU SANGAT MELIA, TAK LEIN DAN TAK BUKAN SABIK PARTI BEWAK LA. PARTI BEWAK NI DEPA TAK KIGHA ASALKAN MELAYU BULIH DOK ATAIH DAGHI BANGSA LEIN. ORANG YAHUDI HABAQ BANGSA YAHUDI ADALAH BANGSA PILIHAN ALLAH. PARTI BEWAK DOK HABAQ MELAYU LEBIH MELIA. BIAQ LA DEPA SAMA2 BEWAK DOK BALAH NAK MEMELIAKAN BANGSA MASING2.

      ” ORANG YANG MELIA DI SISI ALLAH BUKAN ARAB DAN BUKAN ARAB TETAPI ORANG YANG BERTAQWA” – AYAT

      KALU LA NABI MUHAMMAD NI ORANG MELAYU…….FUUUHHHHHHH BERTAMBAH MELIA LA MELAYU. MELAYU AKAN LEBIH DIMELIAKAN OLEH BANGSA2 LEIN SAMPAI SANGGUP BASUH BEGHAK ORANG MELAYU.

      * ABANG MELAYU JUGAK….TAPI JENIH TAK SEMELIA MELAYU PARTI BEWAK.

      he he he
      gurau ngan melayu termelia di donia.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: