Posted by: pinkturtle2 | Jun 27, 2010

saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya tidak menyertai mana-mana parti politik – Dr Asri

Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua – Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dr Asri Isytihar Kekal Ulama Bebas, Tidak Sertai Parti Politik

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang diuar-uar akan menyerahkan borang sebagai ahli Umno malam tadi menegaskan beliau tidak menyertai mana-mana parti buat masa ini.

Ingin saya tegaskan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta tanpa mengira batasan parti, kaum atau agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua,” katanya dalam kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dihantar kira-kirapukul 10.35 pagi semaalm.

Pada masa yang sama, kata ulama muda itu, beliau menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah khususnya dalam parti politik.

“Saya tidak berhasrat untuk membuat kenyataan yang panjang lebar dalam hal ini demi menjaga perasaan sahabat-sahabat saya dan pihak-pihak lain.

“Apa yang penting ialah saya tidak menyertai mana-mana parti politik dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu buat masa ini,” tegas beliau.

Malam kelmarin gembar-gembur bekas Mufti Perlis itu akan menyertai Umno tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam semalam sejurus sebelum berlangsungnya mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di ibu pejabat parti itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) .

Sebaliknya yang muncul pada majlis berkenaan ialah 40 orang pendakwah muda yang menyerahkan borang keahlian mereka kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam pada itu Ahli MT, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Mohd Asri akan menyertai Umno pada fasa kedua sedikit masa lagi.

“Penyertaan golongan ulama muda ini adalah secara berperingkat…insyaAllah Dr Asri akan termasuk dalam peringkat kedua tidak lama lagi.

“Kita harus ingat, dalam Umno ada dua kategori, yang pertama adalah ahli Umno seperti saya dan yang kedua ialah penyokong Umno… buat masa ini Dr Asri ada dalam kumpulan itu (penyokong),” katanya.

Kesemua ulama muda itu akan didaftarkan menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka. Selain itu, mengulas lanjut mengenai penyertaan golongan ulama itu, Shahidan berkata, kemasukan mereka ke dalam Umno bukan untuk mengancam mana-mana pihak.

“Kita beri peluang yang besar kepada mereka untuk sebarkan Islam sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun kepada yang bukan Islam… mereka bukan untuk mengancam mana-mana pihak.

“Penyertaan mereka akan memberi impak yang besar kepada kepada umat Islam,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media yang sama, ketua kumpulan ulama berkenaan, Fadlan Mohd Othman berkata, tujuan mereka menyertai Umno adalah bagi menyemarakan aktiviti dakwah dalam parti itu.

“Kami menyertai Umno bukan berlandaskan politik, tapi dengan tujuan untuk berdakwah…selepas beberapa perbincangan dibuat, kami dapati ada positifnya (sertai Umno) kerana ia lebih kepada bentuk kerjasama,” katanya yang juga merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ditanya sama ada kemasukan mereka ke dalam Umno ada kaitan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) yang dikaitkan dengan golongan ulama, beliau bagaimanapun menafikan dakwaan berkenaan.

Seorang lagi ulama, Penasihat Agama Institut Jantung Negara (IJN), Fathrul Bari Mat Jahaya berkata mereka memilih Umno sebagai medium dakwah berdasarkan janji yang diberikan pemimpin tertinggi parti itu untuk memastikan para ulama dan ilmuan muda meneruskan dakwah.

“Jadi tawaran seperti ini memang dinantikan oleh kumpulan ini, sebagai seorang yang memiliki ilmu, memang menjadi tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat,” katanya.

Tambahnya, ia selaras dengan firman Allah dalam al-Quran yang menyeru supaya umatnya keluar mencari ilmu di mana sahaja supaya sekembalinya nanti ke tanahair dapat menyebarkan ilmu yang diperolehinya kepada masyarakat.

“Maka kami yang dibenarkan oleh kerajaan untuk keluar menuntut ilmu di luar negara sehingga ke Mesir, Jordan, Madinah dan sebagainya… kepulangan kami dinanti-nanti oleh masyarakat untuk menyampaikan ilmu.

“Tapi sekiranya berlaku sekatan dalam menyampaikan ilmu, maka pengajian kami selama ini menjadi sia-sia… maka peluang yang diberikan Umno merupakan satu peluang keemasan,” katanya.mstar

……………………………………………


Responses

  1. alhamdulillah…………..!

    • salam 1 malaysia,
      yang semua sibuk2 sangat pasal dr. asri kenapa??
      dia lebih suka bebas seperti yg aku cadangkan padanyanya
      kerana kedua dua parti poltik yg ada tak boleh pakai
      satu parti
      i. suka suka membelakangkan agama
      satu lagi
      ii. suka memperolokkan olokkan agama demi mendapatkan kuasa

      • Bukan soal sibuk atau tidak.
        Cuma sekadar memberi komen.

        Jangan menyibuk pada orang yang memberi komen
        Kalau kamu rasa sibuk tidak payah masuk kesini.

        Asri dah beritahu dia tidak mahu pada UMCO.

  2. http://ikhwannain.blogspot.com/2010/06/40-ulama-sertai-umno-pas-harus-nilai.html

    • salam pdris,
      knp nak halang orang dari masuk sini??
      apakah kita sesama islam harus bermushan oleh kerana fahaman politik yang berbeza??????
      kalau kita tidak bertukar tukar pendapat macamana umat kita nak maju!!!!
      janganlah begitu kawan,, politik hanya diatas dunia, dan kita jangan hipokrit atau taksub sangat.
      umat islam adalah bersaudara di dunia dan diakhirat.

  3. Kesiannn….kat bekas MB Perlis yang beriya iya nak bawak masuk Dr. Maza kedalam UmnoUpco..

    Tup tup dia pulak dikaitkan dengan fahaman wahabi, sampai nak saman Pengarah ILIM.

    Walau macam manapun Syahidan ni kira orang yang pandai berpolitik macam Tok Brahim jugak la…

    Bila dia dah tak dipilih jadi Mb Perlis kalau orang yang dungu berpolitik. Tak lama lepas tu selalunya akan padam dipersada politik UmnoUpco macam Tun Abdullah Badawi atau MahThir Khalid bekas MB Kedah.

    Ds Najib memang dah macam lupa dekat Shahidan Kasim setelah dia penat melalak dok kacau MB Perlis Laani, Mat Isa Sabu, masa Paklah jadi PM dulu lah… Dia saja buat Kontraversi nak bagi rakyat perlis dan Paklah ingat dia.

    Mai tang Ds Najib ni dia cari isu supaya dia boleh jumpa Najib dan dia ambik peluang guna menantu dia Fathul Bari Mat Jahaya penasihat ugama Institiut Jantung Negara mintak buat cerita dia bersama dengan 100 ulamak nak masuk Umno.

    Bila Shahidan dan Ab Raof Yusoh heboh dalam akhbar dan Blog Umno. Najib macam terkejut pasai dalam isu orang dok bantah judi bola ini, ada pulak mangkuk taraf ulamak nak join Umno.

    Najib terkejut beruk dengan idea Shahidan, maka depa pun buatlah satu majlis serah borang dengan Shahidan dapat cium tangan Najib lagi sambil dipuji yang Shahidan pandai dakwah ajak ulamak masuk Umno. PRU 13 Shahidan akan ada peluang dipilih jadi calon lagi…he! he! he!

  4. Ahhh asri ni pun 2 kali 5. yang dok tunggu hari jumaat baru nak buat kenyataan buat apa? kenapa tunggu tunggu sampai rakyat keliru. ape bayaran kecik sangat ke.

  5. salam bro n sis……..

    Fathrul Bari Mat Jahaya berkata mereka memilih Umno sebagai medium dakwah berdasarkan janji yang diberikan pemimpin tertinggi parti itu untuk memastikan para ulama dan ilmuan muda meneruskan dakwah……….

    1. Itulah pasai dan asbab depa pilih grombolan…….
    lentok ayat yg depa pakai nak justify masuk grombolan tu……..seropa saja ngan puak-puak lama dok pakai……..tapi pi mai dok tang tu jugak……setongahnya banyak jugak jadi ‘ulama bisu’ bila nak ‘jaga’ sifu sendiri………

    2. bila nak ambik n pelawa orang masuk khemah depa……..mcm-mcm janji laa depa dok taboq…….boleh caya ke tu……..dah banyak sangat dah yg ‘loose’ …..kat ulu selangor pun tak tunai banyak lagi…..

    3. yang dok nampak kesinambungan dakwah dlm grombolan nie dah makin pupuih…….macam hari tak dak angin…….jenuh dok bekipaih…panaih……..
    apa yg hangpa dok nampak sejak lima enam tahun kebelakang nie yg ‘ulama’ grombolan dok buat keroja dakwah????……habaq mai sat…

    tapi kalau mat rempit ganaih…lempaq anak rata cerok……remaja berzina sana sini…..pompuan pakai seluaq ketat…rumahtangga berantakan….vandalism……kes pecah rumah…rasuah..penylewengan pengurusan harta awam….salah guna kuasa dsbnya…..cukup banyak……..banyak dan meriah

    jadi…….aku ingat le……40 orang ‘pak-pak shiekh’ kita nie………..kena laa mulakan ‘dakwah’ depa dari atas……dari kepala…sebabnya geng depa jugak sebut ‘busuk’ bermula dari kepala baru sampai ke usus………..
    so n so…..u h’ve 2 b started from the top line down 2 the bottom…..this is the mechanism of dakwah….
    kalau tidak..rentikan lah angan-angan tu……waste yr time n waste yr product……..
    tu pun kalu ada berani daaaaaa………

    wishes u all the best n have a good trial….

    • Salam nasik kandaq.

      Apa yang banyak meraPU ni.
      Ini bukan dalca.
      Dalca bolehlah.
      ParPU banyak, pon tak apa.

      Yang hang dok lorat sangat.
      Buat apa.
      Sukusakat hang kan ada.
      Tok2 Guru.
      Yang hang dok ikut2Ceramah tu lah.

      Apalah sangat dengan Dr. Asri.
      Dia setakat suka membaca, dapat Phd.
      Yang suku2tua2sakat hang dok ikutCeramah.
      Tak payah title Dr.
      Title TG pon dah cukup.

      Sekadaq hang jangan dok lorat lah.

      • salam,

        Dr. Asri taraf PHD.
        Betoi banyak baca.
        Kalau isi borang
        Jadi kurang amal la
        Lebih baik ikut ceramah.
        Kurang baca amal tip top

        mamak………nasi tambah satu
        tuloq setengah

      • ulamak mereka dasat…
        taraf lebih tinggi dari Phd..alah apalah sangat phd phd ni semua
        asal boleh buat solat hajat …. bagi pecah perut orang!!
        the best ulamak in the world.

      • Salam,

        Lagi dasat ulamak bila
        hukum ALLAH sikit pon
        tarak angkat pot lagi boleh
        halang utk. menyebarkan
        islam…pengakuan seorang
        muslim tapi….membantah.
        “””kaum yg ingkar putaq belit
        macam yahudi la”””

        “”””iqra iqra iqra””””

  6. Salam 1Malaysia aka
    Salam yang TGNA suka.

    Dr. Asri tak payah.
    Tak payah tegaskan.
    Kepada seluruh rakyat Malaysia.

    Tegaskan kat sukutua2sakat.
    Cukuplah.
    Depa yang tak suka membaca tu.
    Yang dok.
    KeLiRu dan KeLiBuT sangat.

    Sekadaq TGNA pon suka.

    • BT tak payah komen la….. hang dn gerombolan dah tersalah telahan dan dah hancoq harapan dan angan2

  7. “Dr. Asri banyak baca buku.
    Dapatlah Phd.” – dari tulisan dan komen BT.

    memang benar kata2 BT, maka itulah sebabnya beliau tidak akan menyertai mana2 parti politik lebih-lehih lagi UMNO kerana beliau tahu, UMNO hanya cuba memerapkap beliau dan ingin memperalatkan beliau bagi mencapai cita2 kuasa mereka.

    “sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.” – kenyataan dari antara 40 orang “ulama muda” yang menyerahkan borang keahlian UMNO.

    Kita lihat nanti apa penjelasan dari Shahidan dn PM.

  8. “Dr. Asri banyak baca buku.
    Dapatlah Phd.” – dari tulisan dan komen BT.

    memang benar kata2 BT, maka itulah sebabnya beliau tidak akan menyertai mana2 parti politik lebih-lehih lagi UMNO kerana beliau tahu, UMNO hanya cuba memerapkap beliau dan ingin memperalatkan beliau bagi mencapai cita2 kuasa mereka.

    “sebahagian daripada mereka yang berada di dalam majlis tersebut telah terpedaya dengan mainan politik bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.” – kenyataan dari antara 40 orang “ulama muda” yang menyerahkan borang keahlian UMNO.

    Kita lihat nanti apa penjelasan dari Shahidan dn PM.

  9. Salam,
    pada hemat saya adalah lebih baik bersangka baik. Itu yang ditekankan dalam Islam. Siapa tahu 40 pemuda ini dapat memberi perubahan besar dan mendokong Islam melalui cara mereka sendiri. Allah lebih tahu, wassalam.

    • 40 pemuda ini dapat memberi
      perubahan besar dan mendokong
      Islam melalui cara mereka sendiri?

      I don’t think so.

      Lihat sahajalah apa yang berlaku pasa DSAI
      bila beliau cuba berdakwah kepada UMNO.

      Tak mustahil 40 pemuda ini akan
      menerima nasib yang sama
      macam DSAI dahulu.

      Tak usah nak bermimpi
      nak buat baik dalam UMNO…!!!!

  10. salam,

    Sedang menunggu 1 hujah from each of them
    mengapa perlu isi borang beserta dgn. mereka
    sedangkan IKUT CERAMAH sahaja dah banyak hujah.

    me wait & c for 40 hujah….F’ulamak such a lot……
    “”””give me 5 will do””””

    • Sori great chief,
      dan kawan-kawan seperjuangan semua.

      Lama tak komen kat sini sebab
      kelajuan internet di Malaysia
      di p e r l a h a n kan. . . . .

      Rakyat semakin tak percayakan UMNO-BN.
      Rakyat lebih gemar melayari internet
      untuk mendapatkan sumber berit

      Dasar UMNO Israel Penakut nak mamposs…!!!

  11. TPM amat yakin dengan Dr Asri akan menyertai UMCO.

    Ternyata tidak

    Say “NO TO UMCO”

  12. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Baru dengaq ura2.
    Dr. Asri nak sertai UMNO.
    TGNA dah tak terkata, kata.

    Kalau Dr. Asri masuk UMNO.
    Habis sukusakattua2.
    Dok kutuk dia.
    Puak Dungu dan AlMunafikun.
    Akan turut sama.

    Sekadaq TGNA dok perati.
    Macam fe’el Kucing Kota.

  13. Dr Asri duduk belakang rumah aku. Dia pun manusia biasa sahaja. Tidak ada apa yang lebih dia pun.

    Apa nak hiran sangat kalau dia masuk UMCO.
    Ramai lagi ulama yang ada.

    UMCO Kekurangan ulama. Yang ada semua semak.

    Apa pula nak dikutuk. Siapa pun boleh berPolitik.
    Biar berakal sedikit walaupun ada otak.

  14. Berikut ini penulisan ringkas mengulas isu pnyelewengan. Ejaan dan yatnya kurang kemas. Maaf.

    Anonymous said…

    BismillahirRahmaaniRhiim !
    Ahmad Kamar :
    KEBENARAN/HAQQ. IA SEPERTI AIR PUTIH YANG BERSIH. IA MENUJU KE SUNGAI DAN LAUT DAN LAUTAN.
    MANAKAL YANG BATHIL ITU ADALAH PENGHALANG. PENGHALANG AIR AKHIR AKAN KALAH DAN HANCUR LEBUR.

    Berbahaslah atas dasar kebenaran atau HAQQ.
    Syarat berbahas : premis utama [dasar hujah] kena tegap. Ikuti dengan PREMIS kedua yang

    berkaitan. Kemudian tarik kesimpulan.

    Bagaimanapun,semua dasar hujah masih berupa “andian”. Ia masih ada kelamahanya.
    Ingatlah bahawa “kesimpulan yang hujahnya tidak terbela dengan telus” biasanya teperuk dalam kategori yang lemah, malahan ditolak oleh pendengar dan pembaca. Hasilnya KOSONG.

    PREMIS yang tempang ialah premis terlalu bersifat pada “ukuran politik”. Umpamanya perasaan dan kepentingan diri.
    Banyak pernyataan yang membela “keputusan atau tindakan politik” didapati tidak tepat. Sebab itu, ia bukan satu isu yang jernih. Sebab hujahnya bukan atas dasar pernyataan resmi pemerintah. Tambahan pula apa yang berlaku adalah akibat daripada rancangan yang tidak diwartakan (gazette).

    Lihat sahaja : banyak keputusan politik (political decisions) yang telah menghancurkan masyarakat dan negara. Negeri berpecah : ayam di kepuk kehausan dan itek di air kehausan…

    AMBIL SATU CONTAH SAHAJA : LIHATLAH PUNCA TERCETUSNYA PERANG TEMPATAN DAN DUNIA. SIAPA YANG PUNYA ANGKARA ? APAKAH TENTERA YANG MAHU/ INGIN/ HENDAK BERPERANG DAN TINGGALKAN ISTERI MEREKA JADI JANDA DAN ANAK MEREKA JADI YATIM ? SEJAUH MANA DAN APA FAKTOR MENGATAKAN ITU ADALAH PANGGILAN KEPHLAWANAN NEGARA ?

    Begitu pedapat saya bahawa sesuatu “isu”, projek, rancangan yang tidak berdasarkan penyelidikan yang menyeluruh DAN TIDAK DIWARTAKAN maka tunggulah akibat buruknya…TSUNAMI MELANDA TANAH AIR MENYAPU KEBATHILAN.

    ALLAH MAHA BERKUASA HAKIM YANG MAHA ADIL. Maaf.

    Sekian secebis pendapat menjelang.
    asar. ~Ahmad Kamar.

    June 30, 2010 3:50 PM


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: