Posted by: pinkturtle2 | Julai 12, 2010

Zulkifli Pembohong, Parasit Dan Gila Talak – Khalid

Sekarang ini terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafikannya, bertambah kronik kes ini kerana beliau bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak - Khalid Abdul Samad

Zulkifli Pembohong, Parasit Dan Gila Talak – Khalid

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Abdul Samad menyifatkan Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai seorang pembohong, parasit dan gila talak apabila baru-baru ini mengakui menghadiri beberapa program ceramah dan forum anjuran PAS.

Menurut Khalid, tindakan bekas Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu terus menerus mengaitkan dirinya dengan PAS bertujuan mendapatkan ‘talian hidup’ demi survival politiknya.

“Sekarang ini terus menerus mendakwa dirinya sebagai ahli PAS walaupun PAS menafikannya, bertambah kronik kes ini kerana beliau bukan sahaja pembohong dan parasit, ditambah pula gila talak.

“Kononnya banyak program bersama PAS, tapi bak kata pepatah, sekali pembohong, sentiasa pembohong dan tiada contoh yang lebih jelas dan lebih nyata akan kebenaran kata-kata ini selain dirinya,” katanya di sini pada Ahad.

Menulis dalam entri terbaru blognya, http://www.khalidsamad.com beliau mendakwa, sikap tidak konsisten Zulkifli dalam prinsip perjuangannya jelas demi kepentingan politiknya.

“Beliau berpindah parti, dari parti Islam (PAS) ke parti yang lain sambil mendabik dada sebagai seorang pejuang Islam, semata-mata kerana tidak boleh bertanding di atas tiket PAS.

“Apakah prinsip perjuangannya kalau tidak kerana kedudukan dan kepentingan diri sendiri? Satu sifat yang jelas terbukti untuk semua melihatnya,” katanya.

Sebelum ini Zulkifli melalui blognya berkata beliau telah menghadiri beberapa program anjuran PAS walaupun kini menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Kenyataannya itu dibuat bagi menafikan dakwaan bahawa beliau dan seorang lagi wakil rakyat Bebas iaitu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya mereka akan terlibat dalam program jelajah Umno Selangor untuk mendedahkan sandiwara pakatan pembangkang di negeri itu.

Selain itu Khalid yang juga Pesuruhjaya PAS Shah Alam berkata, Zulkifli juga seringkali menumpang populariti Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peguam sewaktu beliau masih bersama parti itu.

“Dirinya tidak pernah berperanan di mahkamah atau berucap di hadapan hakim untuk membela Datuk Seri Anwar, tetapi hanya menumpang popularitinya (Anwar) untuk hidup.

“Ini bolehlah diibaratkan seperti parasit yang mendapat talian hidup dari yang ditumpang, tetapi pada masa yang sama mendatangkan mudarat pada yang ditumpangnya itu… dan sebagai parasit, menggigit kembali (orang) yang membantunya untuk terus hidup adalah perkara biasa,” katanya.

Dalam pada itu tegas Khalid, PAS dan PKR tidak akan menerima Zulkifli untuk kembali bersama mereka sebaliknya hanya mahu melihat masa depannya selepas pilihan raya umum ke-13 akan datang.

“Ada satu kebenaran lagi yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak iaitu PAS tidak mahukannya, PKR juga telah memecatnya (atau menendangnya keluar kalau ikut kata orang Kedah).

“Umno pula tidak teringin untuk menerimanya… oleh yang demikian, pada PRU ke-13 ingin kita saksikan ke mana beliau bersama empat lagi (ahli Parlimen Bebas) yang sekapal dengannya membawa diri,” katanya.

Khalid dan Zulkifli sebelum ini pernah berperang mulut dengan masing-masing mencabar agar keluar parti ekoran polemik penggunaan kalimah Allah awal Januari lalu.

Ekoran itu, Majlis Pimpinan Tertinggi PKR sebulat suara memecat Zulkifli selepas lembaga disiplin parti itu mengambil kira tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid berkenaan isu kalimah Allah dan kritikan beliau terhadap kepimpinan DAP.Mstar

Advertisements

Responses

  1. Err… Pinjam sat
    komen bloger Tukar Tiub
    terhadap Zul Nordin ni.

    Bisul dia dah sembuh ka belum???

    KAH…!!! KAH….!!! KAH…!!! KAH….!!!

    Kalau belum, “no wonder”lah dia jadi gila talak…..!!!

    KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

    Woit… Panglima “ISLAAAM” al-Kulimi
    makin “desperate”….!!!!

    Sebab tu dia meroyan cakap
    “kunun-kunun”nya hadir ke majlis PAS….!!!

    Sebab apa?

    Sebabnya, konpom UMNO
    tak calonkan dia
    dalam PRU-13 akan datang….!!!

    Samalah macam Zahrain….!!!!

    Dua-dua meroyan tahap cipan..!!!!

    KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH….!!!!

    • Ini ropanya ye.
      Ropa orang dok ikutCeramah.

      Dok err, err.
      Dok kah, kah.
      Tak boleh fikio ye.

      Sekador ye, ye lah.

  2. ha..ha..ha.. lawak king

    • khalid pesuruhjaya pas shah alam,,,,,,,,, silap tulis ni broooo

  3. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Apalah dah jadi.
    Apalah nak jadi.

    Mengaku Islam.
    Didikan Islam.
    Pakai ketayap.
    Masih tak kena.
    Masih tak jadi.

    Yang dah begitu Islam.
    Pun masih celaru.

    Sekadaq malu kat mat rempit.

  4. salam bro n sis………

    dlm sejarah politik dulu kala……..orang mcm mamat kulim nie…….dah kena bungkuih buat pekasam cicah ngan pulut dah……..

    mamat nie pun satu toya jugak……..
    dah orang meluat tu…….pi la masuk gua mana ka…..khalwat diri sat……suluh balik diri …….elok ke tak elok perangai yg dok buat tu……..

    ada tiga serangkai kat mamat nie mcm YB Khalid Samad sebut…….
    pembohong…..parasit…….gila talak……

    kalu sekali tengok…….memang kes ni…..heavy metal punya…….payah nak baik dah kalau dah kena hinggap mcm nie….wadooooh…tak dak hospital boleh berubat……….

    memang muka tak malu….muka tembok……dah balut mcm-mcm kulit muka tu….tu pun dok menyondoi jugak…….mengaku ahli…….guna kad ahli yg dah expired……….orang pas pun tak kebuloq jenih mcm tu…..buat rosak jamaah saja…….penyakit dok suka bohong nie……hangpa tau sendiri laa……..apa jenih dia nie……..

    kalu orang gila talak…..takat talak dua..boleh rujuk balik…….ni dah masuk talak tiga daa……kena cari ‘cina buta’ laa……..cina pun tak kelapaq nak tolong jenih mcm nie……nanti makan kwn balik…….kah kah kah

    parasit????…….
    ini lagi heavy nie………tak terpikul maaa……..
    yang ni kalu kena……baik tok sah jadi orang laaa….
    ada 2 konotasi vs parasit nie……..
    i. a plant or animal that lives on or in another plant or animal n gets food from it……….kira dedalu laa tu….kalau tidak pun umang-umang bangkai……main tumpang-tumpang saja…sendiri punya pocikkkkkkk……..

    ii. a lazy person who does not work……..and depends on other people………yg nie kira baloq liat laa…..jenih pekuda orang…….kah kah kah

    ini laa legacy pejuang Islam moden kononya…….
    roh islam tak dak langsung……..takat pakai topi putih tu sapa pun boleh……..kah kah kah…………

    limau purut tiga serangkai……..
    kenyang perut halai balai………….
    buta perut tak dak akai……..
    memang patut kena salai…….kah kah kah

  5. he he

    dlm blog nie pun ada tiga seraangkai…..

    he he

  6. nk…….

    hang kenai dak depa

    he he

    • salam ratfa……….

      depa ni aku cukup kenai………
      memang jenih 3 serangkai mcm YB Khalid kata tu……..
      dia nie pun jenih keremekmot keremektot……..
      jenih husien ngokngek (kata P/Ramlee)……..lutut bengkok…..hidung kemek………..

      nie bukan mengata…….tapi bagi contoh…
      nanti bt tak senang duduk pulak……..
      suruh dia pakai topi jarman……..jngn dok pakai seghebuuu saja……

      kah kah kah………..

  7. budak tadika kristian ni cuba nak komen pasai Islam hangpa. Islam hangpa ni Islam celaru…
    Kalau yang pakai ketayap pun Islam tak jadi..
    Jadi lebih baik masuk kristian macam dia, baru nampak tak celaru…

    Islam yang tak celaru.
    Jangan balun syeikh Zul Alkulumi…
    meskipun Mangkuk ALkulumi ni, merepek dan gila talak mengaku Pas.
    Jangan balun Islam Umno..Pasai depa pun orang Islam dan parti Islam jugak..

    Perkara2 fasik dan munafik yang dibuat oleh Umno jangan dok nak tegog…Pasai depa masih lagi orang melayu berdaftar dalam sorat beranak sebagai Islam…
    Islam yang baguih sokonglah dan bersangka baik apa saja perkara yang salah dan haram apa yang Islam Umno buat, pasai untuk kepentingan rakyat.

    Islam yang baik pi dok kat masjid, jangan peduli hal negara dan politik pemerintah negara..biag saja kerana tu semua urusan pemimpi Islam Umno negara.

    Itulah sebahagian dari ajaran Kristian sekular dengan menganjurkan supaya ulamak Islam India zaman penjajahan British India dulu, supaya jangan campor hal politik British dan jangan sokong gerakan menuntut kemerdekaan sehingga telah memperuntukan dana yang besar kepada ulamak2 India dengan meminta tidak membicarakan soal jihad yang termaktub dalam Alquran…Disinilah bermulanya gerakan Tabligh diseluruh dunia..

    Otak dan pemikiran inilah yang dok terpakai kepada Yb budak tadika logo kristian…….

  8. he he

    salam kk

    aku setuju dgn hang……

    depa dok suruh baca….
    ada la aku terbaca pasai kristian nie..

    ada khatolik n protestan…..
    depa nie pun dok begaduh pasai sekular nie jugak…

    aku rasa bt logo kristian nie mungkin mazhab protestan kut…..
    pasai tak mau agama involve dgn politik….

    he he

    sekadaq ala kadaq…. sat lagi maii la tu

  9. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.
    Salam jugak pada sukutua2.
    Sukutua2 yang malais membaca.
    Sukutua2 yang ikutCeramah saja.
    Sukutua2 yang tak kenai taufufa atau tikusfa.

    Yang dok ikutCeramah.
    Semuanya perasan.
    Yang berceramah, syok sendiri.
    Yang ikutCeramah, syok sendiri.
    Masing2 syoklah.
    Mana tak jadi pembohong.
    Mana tak jadi parasit.
    Mana tak gila talak.

    Orang, kalau dah mengaku Islam.
    Mengaku, macam Neutron mengaku.
    Memang tulih yang baik2 saja.
    Melainkan.
    Neutron kalah dengan syaitan.
    Syaitan angkat dia, jadi.
    Ustaz Neutron Al-Munafikun.

    Yang dok antara Islam dan tak Islam.
    Macam kucing.
    Macam rat.
    Payah sikit.
    Macam OKU.

    Sekadaq kucing dan rat lah.

  10. Haa…budak tadika terencat akai dah mai dahh…

    Sapa juga yang baca komen budak tadika yang tak tentu hala ni akan ketawa.

    Sejak dari dulu sampai laa…
    Dia dok komen gaya bahasa budak terencat akai.

    Apa Islam yang hang dok amai dan bawak.
    Tak pernah pun hang balun kami ikut fakta Islam.
    ayat mana? hadith mana ?
    hang mai bawak, kami dengag hujah hang.

    Hang cuma sebut perkataan Islam sana Islam sini.

    Yang paling terang hang amai Islam ikut suka apa kata lidah hang dengan gusi hang ajaa…

    budak terencat akai penyakit yang takdak ubat…

    • Salam Kucing Kota.

      Tu dia.
      Awat yang hang marah sangat.

      Kalau depa ketawa tu.
      Depa suka lah.

      Yang hang tu.
      Dulu tulih.
      Hadis sana, hadis sini.
      Masuk pon dengan tertib.
      Bagi salam.

      Sekarang, apa dah jadi dengan hang.
      Orang suruh baca buku.
      Hang dok ikutCeramah.

      Terlampau ikutCeramah.
      Hang dah jadi OKU.

      Sekadaq jangan bagi malu TGNA.

  11. salam pd semua pagi2 nih…apalah komen depa ni…tak ada apa…cuma dengki kianatnya…pru13 akan mengajar mereka yg berpaling tadah…depa main senang kuar masuk parti…cakaplah apapun nordin…kami senyum sinis ajer.,

  12. budak tadika terencat dan tak cukup akai tu memang mcm tu… dok gi tak gi selamanya… biaq pi la kat dia

  13. komen tentang n3 di atas ke
    atau masuk sini mengutuk oranglain memberi pendapat??
    blog ni dah jadi mcm dlm zoo..
    samalah juga n3 ni pun muka di atas tu pun mcm baru keluar dari zoo.

    • lebih elok la dok dlm zoo
      drp. dok dlm lubang jamban….

      • Salam great.

        Tolonglah hantaq.
        Kucing, KeLi dan rat.
        Masuk zoo.

        Tapi kena Zoo Taiping.
        Baru ada standard sikit.

        Sekadaq great jugak hang ya.

      • bukankah selama ini kau gc ngan lordreid dok dlm lubang jamban ke??? baru keluar dari lubang jamban masuk zoo…

  14. he he….

    eddy…. awat nya……

    dah rasa dok dlm zoo ker…..
    tak per larr
    meh aku jadi pelawat hang

    he he

    ada aqal tak memikir
    ada mata tak melihat
    ada telinga tak mendengar….
    elok la dok dalam sangkaq……
    baru seropa depa…..

    he he

    tapi betui jugak kata gc
    dok dlm lubang jamban…..
    lagi sesuai untuk puak larak gerombolan…

    hehe

    • tambah satu……………
      rat betina…teringin nak masuk zoo

  15. salam 1 malaysia negara tercinta,,,
    kalid marahkan zul kerana tidak menyokongnya di dlm isu ‘kalimah Allah”

    wlmcmanapun aku bangga dgn yb zul ini
    kerana beliau berani..
    beliau berani mengaku pernah berbohong
    ketika di dalam pkr.
    masalahnya skrg apakah anggapan kita jika org itu tidak mahu menyokong di dlm pembohongan dan ingin membersihkan diri
    dan telah berusaha untuk menerangkan
    kebenaran dianggap pengkhianat??
    apakah semua org2 yg meninggalkan pkr dianggap pengkhianat?? atau diberi sogokkan??? atau berbohong??

    bagaimana pula yg lari dari bn masuk pkr????
    adakah cakap mereka semuanya betul???
    cerita mereka semuanya dianggap benar???
    tidak ada sogokkan???

  16. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.
    Salam jugak pada sukutua2.
    Tua2 yang malais membaca.

    Susah dah kat Malaysia ni.
    Tak dak apa yang boleh jadi ukuran.
    Mengajilah kat UIA pon.
    Dapatlah Phd pon.
    Pakailah ketayap, serban pon.
    Masih boleh dibuli oleh syaitan.
    Jadi pembohong.
    Jadi parasit.
    Gila talak.

    Sekadaq syaitan jugak beRaja.

  17. he he

    betui la tu …
    syaitan dok beraja dalam otak dan pemikiran hang…
    pasai tu hang buta perut…

    he he…

    bodo …. sama la dgn autar n eddyngong

    he he


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: