Posted by: pinkturtle2 | Julai 16, 2010

Tidak Bebankan Rakyat.. PM Tipu

kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat tetapi confirm akan bertambah membebankan rakyat.Rakyar yang sudah tersedia terbeban dengan pelbagai bebanan akan lebih merasa terbeban dengan pelbagai kenaikan yang telah diumumkan oleh kamu kelmarin… Cakap lah apa-apa alasan yang cantik dan indah sekalipun, hakikatnya rakyat tetap menanggung bebanan ini…


Tidak bebankan rakyat – PM Tipu

Salah satu cabaran untuk mengukuh dan membangunkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang adalah subsidi besar yang perlu ditanggung oleh kerajaan.kerajaan terpaksa membuat sedikit perubahan dalam perkara tersebut tetapi tidak akan membebankan rakyat.

Saya nak sebutkan di sini bahawa apabila kita mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam bentuk subsidi, kita gunakan peruntukan itu untuk membangunkan rakyat terutama di luar bandar…

Jadi ini merupakan satu proses dan kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi ini berdasarkan pada kenaikan yang sangat minimum supaya tidak membebankan rakyat.. Ucapan PM Kelmarin 15.7.2010

……………………………………………………………………….
Bebanan yang ditanggung oleh seluruh rakyat dengan kenaikan ini tidak akan hilang dengan alasan bodoh yang diberikan oleh PM dan pemimpin -pemimpin UMNO BN yang lain..Saban hari rakyat menderita dengan pelbagai bebanan, saban hari juga pemimpin pemimpin hidup dengan bertambah mewah…

Ada dua buah hadis untuk sama-sama kita hayati di sini;

Diriwayatkan dari Ma’qil bin Yasar r.a, bahwa ia pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Tidak seorang hamba pun yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyat, lantas ia meninggal pada hari meninggalnya dalam keadaan mengkhianati rakyatnya kecuali Allah haramkan atasnya surga,” (HR Bukhori [7150])

diriwayatkan dari Abu Umamah r.a, Rasulullah saw. bersabda, “Ada dua jenis ummatku yang tidak akan mendapat syafa’atku pada hari kiamat: pemimpin yang zhalim dan melakukan sewenang-wenangnya, setiap orang yang melapui batas dan sesat,” (Hasan, HR ath-Thabrani [8027]).

Advertisements

Responses

  1. Tidak bebankan rakyat?.
    Laa. Tidak kutuk macam mana?

    Bagus nya PM 1Mcia.
    Nak bangunkan luar bandar.
    Tentu orang-orang kampung gembira dengan perkhabaran baik dan mulia oleh Pm 1Mcia ni.

    Tepuk gemuruh orang luar bandar untuk PM1 Mcia. Orang luar bandar selalu diutamakan.

    Minyak & gula naik lagi.
    TAHNIAH BN

  2. Mereka tidak boleh hidup tanpa menipu.. Ya Allah lindungilah diri ini dan umat Nabi Muhammad SAW daripada dosa menipu.

  3. Dan kenaikan ini bukan setakat berhenti disini saja,ia akan naik lagi pada masa yang lain…benarlah cogan kata rakyat didahulukan…pencapaian diutamakan….majulah rakyat Malaysia ku…

  4. Kerajaan Mohd. Najib dikatakan menaikkan harga barang keperluan dalam keadaan tergesa-gesa.

    Tiada perbincangan dari dewan parlimen menyebabkan kerajaan BN dilihat amat hipokrit, tidak memberi ruang kepada ahli parlimen khususnya blok pembangkang untuk berfikir, memberi pandangan dan membuat cadangan tetapi terus bertindak menaikkan harga barang keperluan.

    Berbagai perkataan dan ayat manis digunakan berkaitan kenaikan harga barang keperluan itu bagi mengelirukan pemikiran rakyat agar rakyat boleh terima kenaikan itu dengan hati yang terbuka.

    Persoalannya apabila rakyat 1 Malaysia sedar dari kelirunya apakah mereka akan bergembira menerima khabar itu dengan memberi kata-kata pujian atau kejian…?

    Kalaulah hari ini kerajaan Malaysia dipimpin oleh Pakatan Rakyat dan mereka melakukan pekara yang sama seperti apa yang dilakukan oleh Mohd. Najib terhadap rakyat… pastinya kita juga akan menentangnya juga walau pun kita berharap Pakatan Rakyat lebih baik dari BN.

    Tapi Pakatan Rakyat belum diberi kesempatan. Oleh kerana itu kita tidak boleh mengatakan bahawa mereka tidak boleh atau tidak tahu mentadbir.

    Kita patut memberi ruang dan peluang kepada pemimpin Pakatan Rakyat membuktikan kebolehan mereka mentadbir kerajaan pusat dan menguruskan ekonomi Negara lebih baik dari Barisan Nasional.

    Oleh kerana itu rakyat 1 Malaysia mesti bersatu bangkit berkempen dan menentang kezaliman kerajaan Barisan Nasional sehingga mereka tumbang jadi pembangkang.

    “LAWAN TETAP LAWAN..”

  5. ….selepas bentang belanjawan nanti pasti akan naik lagi….jangan susah hati tauke minyak, tauke gula, tauke gas, tauke apa lagi……… dan macam2 tauke lagi…..Mana ada PM tipu? dia sudah cakap benar kau orang je yang terbabas tak faham. Cuma semak apa dia kata semalam tu. Yang aku tahu dia tak kata naik tapi dia kata “penyelarasan 5 in 1” = 5 kali naik harga 1 tahun…..!!!!!!!!! kah kah kah. manalah aku tak gelak. kita rakyat ni dok diam-diamlah. tunggu time pangkah nanti kita g pangkahlah dia lagi. kan kan kan! mari kita tengok…..siapa yang kena…….!!!!!

  6. salam semua…….

    lepas nie…….macam-macam harga nanti naik……..

    yuran tadika mesti naik
    rempahratuih pun naik……..
    kayu manis turut naik…….
    kepala ikan…..tak dak hotak pun naik…….
    otak-otak kepalahotak lagi laa naik
    nasik kandaq tetap dah kena penaik……

    undilah grombolan……..
    jngn tak undi………
    kalau tak undi…….barang tak naik……

    lepaih penaik……….mcm-mcm alasan putaq belit nanti depa reka……..
    -untuk kesehatan rakyat laa kononya…..
    -bukan barang naik harga???…..tapi subsidi dikurangkan………..tak kaa sasau punya cakap…….kah kah kah
    -nak selaraskan harga pulak???…untuk masa depan???…………..apa ke benda nie……..

    gula naik…….
    minyak naik……..
    diesel naik……..
    gas naik…………..
    sapa untung??????????????………
    cukong jugak untung…….
    sapa bekwn dng cukong????……..hangpa jwb sendiri laaaaaaaaa………..
    jadi sapa dpt untung syafaat?????……….
    sendiri jwb jugak laaaaaa………

    dah lama mesia dok kena putaq ngan puak nie………
    teruk laa kita semua……
    kalau anak meremut…….apa macam maa????

    kah kah kah…………

  7. cakap x serupe bikin!!!!
    ckp nak utama kan rakyat…..pastu naikkan barang…..bodoh punye pemimpim!!…. rakyat sederhane pun dah mule rase susuah…..pikir lah ckit rakyat yang miskin….yang ade anak ramai…..nak pikir skolah budak ker…atau nak pikir bagi budak2 makan ker….came on lah pemimpim……makin melampau betul!!!! BN=barang naik!!!

    • wa barang naik no problem, wa anak felda, posa minggu pertama kang, najib kata nak bagi duit raya yahoooooo.com tapi rasa rase nye habeh boli gula ngan minyak ron 95 jeee leee, hampeh tooool laa lu najib (hanip, artis era 80an)

  8. tahniah bee end …tahniah rakyat yg mengundi bee end…pru13 undi lagi …undila tanpa was was….

  9. Aslkm,

    ada nama…. macam tu la jugak saya selalu cakap pada kengkawang kakitangan kerajaan yang dok mengeluh itu ini pasal dasar kerajaan… LAIN KALI UNDI LE LAGI BeNgong…..

  10. aku suka barang naik dari tak naik.

    barang tak naik kalu, bini nak makan apa? nak makan nasi saje mana cukup!!!

    • pjolor, lu ni single laieee kan……

  11. mslm, neutron..sekang kwn2 saya yg terkenal ngan amno totoknya dah mula mengeluh diatas tindakan PM kesayangan mereka nie..diorg ckp ‘ our PM done very goodjob to the people’..sindir mendalam tue….heheheheh…

  12. SALAM,

    Saya nak sebutkan di sini bahawa apabila kita mengurangkan perbelanjaan kerajaan dalam bentuk subsidi, kita gunakan peruntukan itu untuk MEMENANGKAN HATI rakyat terutama di luar bandar UTK. PRU YG AKAN DATANG…

  13. salam…..

    he he
    aku teringin sgt nak tengok…
    apa budak tadika mazhab protestan,
    nak komen posting nie….

    tapi
    kalau dia masuk lalat ijau mai dulu….
    bebau dah……

    he he

    • Budak Tadika musuh Islam, Israil laknantullah

      • salam…

        lu bukan islam ka?…bukan apa, nampak tulis macam tak fikir panjang!

        Kawan2 skutu PDRIS, bawak2 la nasihat si PDRIS ni…budi bahasa budaya kita!

      • Nasihat juga puak-puak lu. Umno nampak semuanya orang tidak betul. Umno sahaja yang betul. Umno ni budaya ape?

        Harga gula & minyak naik pun masih buat bodoh lagi ke.
        teruk punya manusia. sayang, Tuhan anugerah akal tetapi slahguna. Kenapa perliu bebankan rakyat dengan alasan kencing manis. bodoh punya olang.

        Macam bagus jer tetapi tidak bagus pun.

        Siapa sokong barang naik?

      • Manis yang kencing manis. Ini mesti kedua-dua kaki dah dipotong.

        Mana barua-baruan yang suka barang naik. Komen ler…

        Dah menyusahkan orang, berlagak pandai pula.

        bagus pergi bunuh diri daripa susahkan.

  14. ayuh rakyat malaysia kita hayati pandangan PAK IDRIS JASIN DLM BLOGNYA yg menurut pendapatnya lbh kurang begini ” jika subsidi utk rakyat dah tiada, bermakna rakyat tak bergantung lagi pada kerajaan….jadi rakyat bebas utk memilih kerajaan utk perintah negara dlm pilihanraya…jd…pandai2 la rakyat nak pangkah PR nanti…..TUNGGU SAJA KUASA KERAMAT TGN RAKYAT !

    • Aslkm,

      Subsidi untuk rakyat kebanyakan….. ada lagi yang dok bergantung pada kerajaan iaitu.. KRONI….itu yang liat nak tukar kerajaan…takut soru depa miss pulak…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: