Posted by: pinkturtle2 | Julai 17, 2010

Subsidi Gula: Bangang No 2

Adalah tidak munasabah bagi kerajaan berbelanja RM1 bilion setahun bagi memberi subsidi kepada satu barangan yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.. - Mengapa sekarang mung nak ungkit masalah kesihatan.Minyak.. apa pula rasionalnya subsidi di tarik balik??Kalau tak pandai nak memerintah negara , letak saja jawatan..

Tak Munasabah Untuk Terus Belanja RM1 Bilion Setahun Untuk Subsidi Gula- Mustapa

BANGI: Adalah tidak munasabah bagi kerajaan berbelanja RM1 bilion setahun bagi memberi subsidi kepada satu barangan yang memberi kesan tidak baik kepada kesihatan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.

“Kita harus lihat secara makro di mana antara lain kenaikan harga gula dapat mengekang ketirisan barangan kawalan itu ke negara jiran,” katanya kepada media selepas merasmikan Sukan Antara Agensi Kementerian itu di Pusat Latihan Petronas di sini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas program rasionalisasi subsidi yang melibatkan pengurangan subsidi bagi harga gula yang diumumkan kerajaan Khamis lalu.

Khamis lalu, kerajaan mengumumkan bahawa subsidi gula dan bahan api akan dikurangkan sebagai langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat.

Harga gula diselaraskan sebanyak 25 sen sekilogram, diikuti minyak petrol RON 95 dan diesel masing-masing dikurangkan sebanyak 5.0 sen seliter, serta gas petroleum cecair (LPG) dikurangkan sebanyak 10 sen sekilogram.

Katanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan merasai kesan kenaikan ini tetapi “kalau kita bijak menguruskan perniagaan, kita tidak harus merasai sebarang kesannya dengan meningkatkan produktiviti.”

Namun, beliau berharap tiada pihak yang akan mengambil kesempatan dari kenaikan harga yang kecil ini.

“Langkash mengurangkan kandungan gula tidak akan menyebabkan kos melambung. PKS boleh ubah suai dan struktur kos dapat dikekalkan,” katanya.

Mengulas tentang program rasionalisasi subsidi kedua, Mustapa berkata barangan yang akan terlibat tentulah yang bergantung kepada pasaran antarabangsa.

Namun, beliau memberi jaminan kerajaan akan kekalkan subsidi untuk bidang pendidikan dan pertanian.

“Kita tidak boleh pertahankan (harga pada) keadaan semasa. Malah subsidi bermakna kita mengambil hasil cukai untuk bantu pengguna.

“Kita kaji semula dengan melihat harga di pasaran antarabangsa. Jadi, kalau meningkat, sudah pasti kerajaan akan lihat semula kadar subsidi tersebut dan pada masa yang sama, kalau harga turun, penyelarasan akan dibuat bagi mengurangkan harga,” ujarnya.BERNAMA

………………………………………………………………..

Meletakkan masalah kekurangan wang kerajaan kebahu setiap rakyat..

salam 1 untuk semua,
mengurangkan subsidi adalah cara yang paling mudah utk krjaan menyelesaikan masalah..beliau meletakkan masalah kekurangan wang krjaan kebahu setiap rakyatnya..kesian rakyat yg miskin.

masalah ini sepatutnya ditanggung oleh menteri2 yg bebal yg berada di PJaya yg tidak tahu apa kerjanya selain dari membolot harta kekayaan, mengkayakan
kroni yg sememangnya dah kaya.
menteri2 yg dianugerahkan bengong ini yg tidak tahu buat kerja telah merugikan negara sepatutnya DIPECAT saja..knp rakyat harus menerima menteri2 yg bodoh spt ini utk bekerja.. PM harus memandang serious akan perkara ini, PM harus tegas dan berani.
kalau benar slogan ‘rakyat didahulukan’
tapi kenapa rakyat dibebankan???????
jangan jadikan rakyat sbg mangsa…..

masih ramai lagi diluar sana yg boleh diangkat menjadi pemimpin dan boleh diberi tjawb dan sy amat bersetuju utk mengubah cara umno mencorakkan kepinpinan dan krjaan adalah dgn diserap masuk ahli2 marhean dari kalangan pas/umno yg tidak mempunyai kepentingan sendiri tetapi sanggup berkhimat utk agama, bangsa dan negara.
menyelinap masuk demi untuk majoriti yang memihak kepada rakyat dan yg mengutamakan rakyat…..
‘kita buang menteri2 yg salahgunakan kuasa’

aftar

…………………………………………………

Tahniah dan syabasy kerna anda telah mula sedar betapa bodohnya “menteri-menteri” yang dilantik dan dpilih oleh anda selama ini…. masih belum terlewat untuk anda dan rakan2 anda melakukan perubahan dan menyedarkan penyokong-penyokong anda.

inilah yang sepatutnya diperjuangkan, bukan mengikut dan menyokong membuta tuli tanpa menggunakan akal yang waras yang diberikan Allah kepada kita manusia. Rosaknya muka bumi Allah ini adalah hasil kerja tangan manusia itu sendiri, akal yang diberi, gunakanlah sebaik-baiknya demi agama Allah kerna Allah kekal selamanya, manusia dan bangsa akan lupus seperti mana lupusnya kaum ‘Aad, kaum Lud dan sebagainya. Engkar kepada Allah akan terima pembalasan yang sewajar dan setimpal dari Nya….

KeLiWon

Shoppers purchase sugar at a grocery store in Kuala Lumpur July 16,  2010. Malaysia's government said on Thursday that it will hike fuel  prices and sugar prices from Friday in a move that will save 750 million  Malaysian ringgit ($234.6 million) a year in subsidies, which will help  to manage the country's budget deficit.

Shoppers purchase sugar at a grocery store in Kuala Lumpur July 16, 2010. Malaysia’s government said on Thursday that it will hike fuel prices and sugar prices from Friday in a move that will save 750 million Malaysian ringgit ($234.6 million) a year in subsidies, which will help to manage the country’s budget deficit.
Advertisements

Responses

  1. Penghargaan
    Sekalung Tahniah, Syabas dan Ucapan Ribuan Terima Kaseh
    kepada
    Ahli, Penyokong dan Pengundi UMNO/BN
    di atas kenaikan harga gula sebanyak RM0.25.
    Selamat Maju Jaya dan Tingkatkan Sokongan Anda.
    Ikhlas dari
    Pembekal/Pemborong/Peruncit Gula
    Zone Perak Utara

  2. salam,

    Aku malaih la nak habaq sbb. ta rak fakta tetapi desas desus kedengaran dari kalangan puak depa jugak dok mengeluh kerajaan ta dak duit.Bila keghajaan tak dak duit cara macam ni la depa dok rompak kita walhal depa cukup bangang dan ceredik boleh kat depa dlm mentadbir negara…

    Depa banggang tang lain.
    depa ceredik tang lain.
    ada beda ada beza…

    Dalam banyak barang yg naik
    3 serangkai ni saja yg depa nampak
    minyak…gas….gula…

    contigency 3 serangkai yg depa dok standby
    tol…..letrik……gst.

    asalkan depa dapat perintah 1 m’sia sampai
    kiamat.

    Keuntungan TNB suku pertama adalah 1.64 bilion

    by Hasbullah Pit | 00:51 in Arang Batu, Ekonomi, Minyak, politik, tenaga, TNB |

    Yang Terbuku Di Hati
    Luahan perfikiran sebebas-bebasnya.
    denaihati.blogspot.com/

    Tenaga Nasional berhad memperoleh keuntungan sebelum cukai suku pertama sebanyak RM 1.64 bilion. Secara kiraan kasar, keuntungan TNB setahun ialah 6.5 bilion.

    During the quarter under review, net profit jumped 22% to RM1.51bil, or 34.97 sen per share, from RM1.25bil, or 29.78 sen per share in the previous corresponding quarter, while pre-tax profit rose to RM1.64bil from RM1.33bil previously.

    Terima kasih kerana kenaikan tarif elektrik yang membolehkan TNB untung besar.

    Akan tetapi, TNB masih lagi mempunyai hutang sebanyak RM 2.2 bilion, dimanahampir separuh hutang itu dikira dalam matawang asing.

    Meanwhile, nearly half of TNB’s gross debt of RM22.8bil as at end-Nov 2007 is denominated in foreign currency, mostly in dollars and yen, and any appreciation in the ringgit gives it a foreign exchange translation gain.

    Seperti yang sedia maklum, antara punca peningkatan kos TNB adalah kenaikan harga minyak, manakala salah satu punca kenaikan harga minyak, dan arang batu adalah berpunca dari kelambatan PakLah melepaskan tambatan Ringgit.

    Kesilapan Paklah (matawang rendah) => Kos naik => Tarif naik => Rakyat Bayar

    boleh diringkaskan sebagai:-

    Kesilapan Paklah => Rakyat bayar.

    Diolah dalam ayat biasa:-

    “Rakyat membayar berbilion atas kesilapan PakLah lambat melepaskan tambatan Ringgit”

  3. Dulu masa naik harga gula, kata nak tingkatkan pasarana dan membantu rakyat, duit yang dulu tu pergi mana? sekarang naik lagi takut rugi 1 billion, subsidi tu untuk apa? bukan ke nak membantu rakyat? jadi kalau hapus kan subsidi atas nama nak bantu rakyat tu dah salah konsep.

    Kerajaan yang baik ialah kerajaan yag sentiasa menambah dana negaranya tanpa mencuri hak rakyat, ingat rakyat mengundi anda untuk kesenangan bukan kesusahan……….

  4. gula memang manis dan merbahaya.
    janji memang manis dan 1000 kali lebih merbahaya daripada gula….faham tak tok?……

    presiden restoran mamak malaysia janji harga teh tarik tak akan dinaikkan buat ‘sementara waktu’…….janji manis tuuu……

    Menteri Pengangkutan janji, pengusaha syarikat pengangkutan lori dan bas diingatkan tidak menaikkan kadar caj perkhidmatan…….janji manis tuuu…..

    tuuu apa? ttttuuuui!……!

  5. Apa pun TAHNIAH kepada penyokong setia Bn umno.

    Malaysia dpt jimat 1Bilion. boleh berkongsi dengan kroni-kroni.

    Budak Tadika kafirun tentu dapat bejuta sokong umno naik barang.

  6. salam aftar….

    tahniah dan syabasy kerna anda telah mula sedar betapa bodohnya “menteri-menteri” yang dilantik dan dpilih oleh anda selama ini…. masih belum terlewat untuk anda dan rakan2 anda melakukan perubahan dan menyedarkan penyokong-penyokong anda.

    inilah yang sepatutnya diperjuangkan, bukan mengikut dan menyokong membuta tuli tanpa menggunakan akal yang waras yang diberikan Allah kepada kita manusia. Rosaknya muka bumi Allah ini adalah hasil kerja tangan manusia itu sendiri, akal yang diberi, gunakanlah sebaik-baiknya demi agama Allah kerna Allah kekal selamanya, manusia dan bangsa akan lupus seperti mana lupusnya kaum ‘Aad, kaum Lud dan sebagainya. Engkar kepada Allah akan terima pembalasan yang sewajar dan setimpal dari Nya….

    By: KeLiWoN on Julai 17, 2010
    at 10:34 pm

    Balas

    salam 1 malaysia
    masalahnya bukan menteri dari bn saja bodoh,,
    jom kita lihat negeri selangor dibawah pkr
    menteri bodoh juga tu………….
    jom kita tengok kedah…..tak maju maju….
    dibawah pas…menteri bodoh gak tu…………….
    mu gi kelate….mu tengok … dok lagu tu juga….
    menteri apo ko bendo lagu tu…
    jom tengok p.pinang…dibawah dap…
    ‘amar maarof nahi mungkar
    buat kerja jgn nakal
    portfolio baguih2 kita punggal
    tanah sana sini kita sambar’

    sekadar ‘jangan nampak org lain bodoh’

    • aftar…

      BN+UMNO merintah 52 tahun,, tapi masih bodoh…. kerajaan PKR baru dua tahun tu pon disekat2 oleh kerajaan Pusat BN+UMNO. Apa yang kerajaan PKR buat sekarang ialah membetulkan, tapi hangpa dok putaq belit fakta. So jangan la ingat dua tahun dah boleh merobah satu negeri. BN+UMNO perintah lebih 50 tahun bukan merobah kearah kebaikan dan kesejahteraan tapi merosakkan dan melingkupkan lagi ada la.. yang tu hang kena pikiaq…

      hang sendiri dah mengaku menteri2 UMNO+BN bodoh, aku tak kata depa bodoh, hang yang kata dan mengaku pilihan hang semua bodoh…

    • salam,

      subsidi olitik bangang no. 3

  7. selagi nama manusia tidak akan terlepas dari membuat kesilapan.
    jadi tolong buka minda anda..
    kalau dikalangan serban-jubah pun boleh
    buat silap jugak.
    aku rasa aftar tak kata semua menteri kot!!! hanya segelintir sahaja termasuk mana2 menteri dari pr yg merugikan rakyat
    dan yg banyak menipu rakyat.

    • sokong bn untuk umno naikkan harga barang.
      Ada otak guna. Orang misikin pun nak hidup juga. Ada juga orang umno yang miskin.

      Apa nak jadi dengan kau orang ni.

  8. Bodoh punya menteri. Hal-hal kesihatan pun tak tahu. Penyakit kencing manis bukannya datang dari gula semata-mata. Pi tanya Dr sebelum keluar kenyataan yang memalukan.
    Masyarakat harus dididik dan bukan dihukum. Kerajaan boleh menaikkan harga tetapi rakyat tak boleh. Peraturan apaa? Mana logiknya? Benar seperti kata Prof Dr Aziz Bari, “Perkara-perkara yang ganjil yang hanya boleh berlaku di Malaysia, negara kita yang tercinta.” Malaysia Boleh. 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

  9. salam…

    baru naik 20 sen…riuh rendah..

    macam mana nak bersaing hak sama rata dengan geng DAP… cakap tak serupa bikin…

    malula pada diri sendiri…

    • hari ni 20 sen. esok lusa?

      umno dapat gula & percuma

      ramai-ramai sokong BN. Gula & boleh dinaikan lagi.

  10. Ini bukan masalah gula naik atau tak, tapi masalah bebanan kepada rakyat! bagaimana yang dikatakan RM1billion dibazirkan atas benda yang membahayakan kesihatan. Kalau camtu saman la tokey gula pasai dia yang mass produce gula tu. Awat yang dia tak pikiaq panjang masa nak buat empayar gula dia.
    Subsidi utk rakyat dikatakan membazir, tapi beratus juta utk program Rosmah tak plak ye….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: